Pages

Isnin, 12 November 2012

TEGURAN BUAT DR USTAZ ZAMIHAN AL-GHARI -NAFI DAN ISBAT,BUKAN NAFI TUHAN YANG TIDAK SEBENAR





ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

NAFI DAN ISBAT,BUKAN NAFI TUHAN YANG TIDAK SEBENAR..

Kata Nafi di dalam kalimah tauhid, Umum mengetahui ucapan dua kalimah syahadah mengandungi dua kalimah syahadah iaitu pertama, syahadah tauhid, "Aku menyaksikan bahawa tiada Tu
han yang disembah melainkan Allah" dan yang kedua adalah syahadah Rasul, "Dan aku menyaksikan bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah".
Di dalam kalimah tauhid juga mengandungi dua perenggan kata iaitu "Lailah" sebagai perkataan nafi yang bermaksud tiada tuhan yang disembah dan yang kedua adalah "Illallah" iaitu perkataan isbat yang bermaksud menetapkan Tuhan itu ialah Allah yang sebenar-benar Tuhan yang wajib disembah.

Bila di tanya kepada Al-Faqir tentang penafian yang di katakan oleh Al-Fadhil Dr Ustaz Zamihan Al-Ghari di dalam video yang bertajuk Ustaz Zamihan al-Ghari - Nafi & Isbat sila rujuk di link :http://www.youtube.com/watch?v=XN0Gy2TD47w

" Perkataan nafi atau tiada tuhan itu adakah dimaksudkan dengan tuhan-tuhan seperti berhala,Batu, Kayu, Api ,tokong dan sebagainya?"

Jawapannya, "Tidak! dan bukan itu Maksudnya, tetapi sebenarnya tuhan yang dinafikannya itu ialah tuhan yang disembah dengan sebenar iaitu tuhan yang maha esa, maha berkuasa lagi maha sempurna yang mencipta segala-gala, kemudian diisbatkan Allah Taala yang sebenar-benarnya tuhan yang bersifat demikian itu."

Maka jelaslah di sini pengertian kata nafi di dalam kalimah tauhid. Dan sebagai umat Islam, kita TIDAK BOLEH mengiktiraf tuhan-tuhan yang dipercayai oleh agama lain. Kata-kata seperti, "Tuhan orang agama lain tu lain..." boleh merosakkan akidah kita. Ini kerana ia diibaratkan kita juga mempercayai tuhan lain itu juga adalah tuhan. Cuma kita tak mengikutinya. Fahaman sebegini boleh merosakkan akidah.

Tuhan yang dimaksudkan di dalam kalimah tauhid adalah Tuhan yang mempunyai sifat ketuhanan yang sebenar seperti yang dijelaskan di dalam jawapan di atas. Berhala,Batu, Kayu, Api , tokong dan lain- lain lagi yang diciptakan oleh tangan manusia pastinya dengan jelas tidak mempunyai sifat ketuhanan iaitu Maha Mencipta. Apatah lagi untuk menyifatkan ia Maha Mendengar atau Maha Berkuasa.

Banyak rosak maknanya jika nafi yang di buat itu ialah tuhan yang tidak sebanar.. kerana Istithna di situ bukan istithna mungqotiq' akan tetapi istithna MUTTASIL... kalau pakai istithna mungqotiq' amat teruk maknanya bahkan boleh membahayakan aqidah seseorang..

Ustaz Dr Zamihan mesti menerangkan balik syarah nafi dan isbat dengan betul......

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam 

5 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum.

    Harap enta dapat telefon ustaz Zamihan di : 012 2465518

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...
    TERIMA KASIH UST SYED FAIZ.
    SEMOGA ALLAH TUNJUKI KITA JALAN YG LURUS.
    ITIKAQ AHLUL SUNNAH WAL JAMAAH.

    BalasPadam
  3. Nafi di situ bermaksud nafi diri kita ni yang sebenarnya tiada yang ada hanya Allah Taala. Wujud kita hanya pada majazi sahaja. Haqiqatnya Allah Taala. Sebab tu dalam solat kalau wujud 2 kuasa iaitu kita 1 kuasa & Allah kuasa 1 kuasa. Maka kita telah jatuh syirik. Nauzubillah!

    BalasPadam
  4. Tiada "jenis Tuhan" yang disembah melainkan Allah. Menafikan "jenis Tuhan" atau sembahan2 lain yang direka. Yang ada hanya Allah. Wallahua'lam.

    BalasPadam