Antara penonton yang hadir
Bagi Ku ini lah kesimpulannya yang patut di fahami oleh semua ummat ISLAM
Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang Bercanggah dengan Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah
Kenyata'an Tuan Guru Nik Aziz ketika Tahun 90an , Cuba dengar betul-betul apa yang di tanya oleh orang " Benar kah Tuhan duk berSILA ??" Tuan Guru jawab " pasal DIO duk selo, SOH dio duk Silo.. Balahmano SILO tuhe, Akhirat Seksok bulih tengok "
Persama'an cara tafsiran istawa DR MAZA dengan Tuan Guru Nik Aziz
Kenyata'an Tuan Guru Nik Aziz tentang Sayyiduna Nabi S.A.W hampir-hampir sama dengan kenyata'an Ustaz Zahazan .
Teguran dari beberapa Tuan Guru Pondok dari Kelantan , Fathoni , Indonesia dan Lain-Lain terhadap kesalahan Tuan Guru Nik Aziz itu
Himpunan Tuan Guru - Tuan Guru yang tidak sependapat dan mengkritik Tuan Guru Nik Aziz
Akhirnya berlakulah perdebatan di antara pro Sunni dan pro Wahabi, Namun Penta'asub Tuan Guru Nik Aziz tidak pernah memandang serius tentang hal Aqidah ini dengan menghantar Tok Ngulu PAS yang Jahil.
Mujurlah Al-Fadhil Ustaz Jemming Hassan mencetuskan keberanian beliau.
بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Puji dan syukur Lillahi Akbar Atas nikmatnya kecil dan besar Sholawat akmal beserta salam Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam Dan atas keluarganya Nabi Fathimah, Hasan, Husein dan Ali Dan sahabat - sahabat b
aginda yang adil semua mereka itu.
Sebenarnya Hamba malas doh nok ulas benda ni , Cukuplah dengan penjelasan sebelum ini tapi Bila di minta berkali-kali untuk di ulas dengan lebih panjang di dalam msj2 FB dan my page tidak kurang juga msj di my HP kerana tak faham katanya. Maka hamba ulaskan seperti berikutlah (secara ringkas juga, sebab ilmu hamba ini belum matang katanya segolongan manusia, jadi kalau salah minta di tegurkan) :
Apa yg saya faham (kalau salah minta di betulkan ) Bersila Lendit& Lendik :Kita Buka Kamus arab mana-mana pun tidak akan berjumpa الإستواء istiwa dengan makna عبرت = bersila atau القرفصاء = lendik
Didalam bahasa Arab kalimah istawa mempunyai lebih dari 15 makna kesemuanya. Sesungguhnya bahasa Arab lebih luas dan sofistikated dari bahasa Melayu sendiri. Disini saya ingin menyenaraikan sebahagian daripada makna dari perkataan istawa ini:
1. Menguasai (قهر)
2. Menjaga ( حفظ)
3. Menetapkan
4. Masak (seperti " الطعم استوى")masaknya makanan
5. Berdiri ( seperti yang diucapkan imam sebelum solat berjemaah)
6. Duduk @ Bersemayam ( جلس)
7. Menetap (استقرار)
8. Seimbang@Selari
Tidak ada dengan makna yang di terjemah oleh "Tuan Guru” tersebut.
Saya sudah menjawab di dalam pelbagai kuliah termasuk di dalam majlis diskusi itu , Kalau di rujuk kepada Kamus Dewan Edisi Baru cetakan 1989 yang ada dalam simpanan saya dan Kamus Besar Indonesia yang terdapat on-line, serta beberapa rujukan yang lainnya.
Biarlah kita mulakan dengan bersila-lendit: bersila adalah cara duduk yang bersilang kaki, kaki kanan di atas betis kiri atau kaki kiri di atas betis kanan, atau betis kiri di atas paha kanan atau betis kanan di atas paha kiri. (cross legged). Kita juga mengetahui cara-cara duduk selain daripada bersila; umpama duduk bertepuh (umpama dalam tahiyyat awal), duduk mencangkung, duduk berjuntai kaki (sekiranya di atas kerusi atau seumpama), duduk mengiring dan bersandar serta lain-lain cara duduk.
Lendik bermaksud pakaian yang tidak berkedut, sementara lendit pula diertikan tertib; itulah yang tercatit dalam Kamus Dewan.
Maka maksud bersila lendit : cara duduk yang bersilang kaki secara tertib. Perbuatan bersila lendit ini mungkin sahaja dilakukan oleh seorang raja yang berkuasa atau seorang faqir yang sangat papa. Ianya tidak mempunyai apa-apa significant lain kecuali menerangkan cara duduk seseorang.
Sementara bersemayam telah ditakrifkan sebagai :
(1)duduk seorang raja di atas takhta, singgahsana atau peterana.
(2) bermaksud tinggal atau berkediaman untuk seorang raja yang memerentah , umpama Tuanku bersemayam di Kuala Kangsar .
Bersemayam dikaitkan dengan kedudukan yang berkuasa dan memerentah. Umpamanya sekiranya sekalipun seorang rakyat biasa dapat duduk di atas peterana di istana, dia tidak akan dikatakan bersemayam di atas takhta. Adapun cara seorang raja yang berkuasa duduk, semada caranya bersila lendit, atau bersimpuh, atau berjuntai kaki atau mengiring tersandar sekalipun, duduk baginda itu dikatakan bersemayam di atas singgahsana. Bersemayam adalah istilah majestic yang menunjukkan kedudukan yang menjadi simbol memilki kuasa dan daulat bagi seorang raja.
Maka sudah tentu bersemayam tidak sama dengan bersila lendit, bukan sahaja kerana bersemayam adalah istilah majestic semata-mata, iaitu seumpama istilah bersantap bagi makan, beradu bagi tidur, bersiram bagi tidur. Sekiranya seorang Raja duduk di bawah pokok atau di atas bangsal, baginda tidak akan dikatakan 'baginda bersemayam di bawah pokok' atau 'bersemayam di atas bangsal'; tetapi raja bersemayam di atas takhta (singgahsana atau peterena). Ianya melambangkan kekuasaan dan daulat seorang raja yang memerentah.
Kemudian timbul pula keperluan memahami perkataan 'istiwa'. "Istiwa' adalah perkataan yang disebut berkali-kali di dalam al-Quran, 'istiwa' berasal dari perkataan 'sawa' yang membawa maksud 'persamaan'. Penggunaan perkataan 'istiwa' di dalam bahasa Melayu yang paling meluas ialah Khatu al-istiwa' ( garisan equitorial) yang menunjukkan ianya adalah garisan yang membahagikan dunia sama banyak antara yang di utaranya dan di selatannya.
Saya melihat kitab Mu'jam lafaz al-Quran bagi Syaikh Muhammad Fuad Abdul Baqi , di dapati :
(i)- istiwa 'ala al-Arasy [istiwa di atas Arasy] terdapat pada 8 tempat . Al-'Araf:45, Yunus:3, Ar-Ra'du:2, Taha: 5, Al-Furqan:59 as-Sajdah:4 dan al-Hadid:4.
(ii) -istiwa ila as-Sama' [istiwa menuju langit] ada pada 2 tempat. al-Baqarah:26 dan Fussilat:11
(iii)Di dalam Surah al-Fath:29, ianya digunakan untuk menunjukkan proses semakin membesar serta semakin kukuh [established] pertumbuhan pokok .
(iv) Di dalam Surah an-Najm:52 , ianya digunakan untuk menunjukkan 'menzahirkan dan menunjukkan rupa yang sebenar [ revealed/established] oleh Saiyyidina Jibrail.
(v) Di dalam Surah az-Zukhruf ayat 13, disebut dua kali dengan membawa maksud menetap duduk [ride] di atas belakang tunggangan.
(vi)Di dalam Surah Hud ayat 44, di sebut dengan membawa maksud berlabuhnya [settle] bahtera Saiyyidina Nuh di atas Gunung Judy.
(vii) Di dalam Surah al-Muk'minun ayat 28, disebut dengan membawa maksud menaiki bahtera semunya, Saiyyidina Nuh serta semua pengikut baginda .
Saya juga cuba memahami apa yang dicatit oleh Imam Ibn Manzur di dalam kamus Lisanu al-Arab. Di dalam penggunaan bahasa Arab klasik terdapat beberapa maksud yang selain daripada yang telah disebut. Antaranya, umpamanya apabila dikatakan 'lelaki itu istiwa' bermaksud dia telah mencapai kemuncaknya, atau dikatakan mencapai umur 40 tahun. Istiwa juga bermaksud urusan seseorang itu berpindah tempat, Istiwa juga bermaksud menguasai, umpama "seorang lelaki itu telah istiwa (mendapat kekuasaan) ke atas Iraq tanpa peperangan tanpa pertumpahan darah".
Istiwa juga digunakan seumpama "Sebelumnya dia berdiri, maka dia istiwa dengan duduk" juga "Sebelumnya dia duduk, maka dia istiwa dengan berdiri".
Bermacam-macam pengertian istiwa yang dibincangkan di dalam Kamus Lisanu al-Arab, antaranya yang kerap disebut oleh ulama ketika membincangkan 'istiwa 'ala al-Arash' adalah perkataan Imam al-Ummah, Imam Malik bin Anas ketika ditanya tentang bagaimana istiwa' , Imam ini mengatakan: "Bagaimana (kaifa) istiwa itu tidak boleh difikirkan (ghairu ma'qul), istiwa itu tidak pula tidaklah tersembunyi (dari segi pengertian bahasanya), beriman dengannya adalah wajib, menyoal tentangnya adalah perbuatan bid'ah".
Mengatakan Tuhan bersila lendit di atas Arasy zahirnya menunjukkan bagaimana cara Tuhan beristiwa di atas Arasy, dan ini adalah ditegah oleh syara secara jelas. Hampir kita tiada menemui khilaf di antara ulama Islam yang melarang kita dari menentukan cara istiwa dengan mengatakan cara duduk 'bersila-lendit'. Imam Fakhruddin ar-Razi, ulama besar dari aliran Asya'irah menyebutkan di dalam kitabnya Asasu fi at-Taqdis bahawa Sifat-Sifat Allah yang mungkin difahami menyerupai anggota makhluk haram diterjemahkan kepada bahasa selainnya (ajam) kecuali perlu kekal dalam istilah Qurani. Kerana skop pemahaman terhadap sesuatu istilah itu membawa makna yang berbeza-beza antara satu bahasa ke satu bahasa, agaknya larangan itu termasuklah juga dengan istilah istiwa ini.
Adapun khilaf di antara sebahagian ulama yang mengikut mazhab Imam Ahmad dengan jumhur yang mengikut Aya'irah-Maturidiyyah itu adalah di dalam persoalan mengithbatkan makna istilah-istilah secara zahir bahasa atau perlu ditafwidh (serahkan maknanya kepada Allah) atau ditakwil sesuai dengan pengertian istilah tersebut di dalam bahasa Arab yang murni. Yang paling menonjol dari kalangan sebahagian pengikut Imam Ahmad bin Hanbal adalah Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, aliran yang dikutinya dalam soal ini ialah mengithbat dahulu segala Sifat Allah atas makna zahir bahasa dan menyerahkan kaifiat Sifat tersebut kepada Allah , serta ditanzihkan daripada menyerupai sifat dan bentuk makhluk.
Sedangkan golongan yang mentafwidh perkara ini di kalangan ulama jumhur , mereka mentanzihkan dahulu Sifat Allah dari menyerupai sifat dan bentuk makhluk, kemudian mereka menetapkan lafaz istilah-istilah tentang sifat Allah yang terdapat di dalam al-Quran tanpa memberi makna apalagi menentukan kaifiat, mereka serahkan makna dan kaifiatnya kepada Allah.
Sementara ulama yang mentakwilkan istilah-istilah ini malukukannya berdasarkan penggunaan istilah tersebut bagi makna-makna yang tidak zahir, tetapi digunakan secara simbolik (majaz) bagi istilah-istilah tersebut sebagaimana yang telah digunakan dalam bahasa Arab yang murni, kerana sememangnya al-Quran turun di dalam bahasa Arab dan di dalam uslub Arab.
Tetapi ketiga-tiga aliran ini tidak pernah memberi erti istiwa' dengan cara duduk bersila-lendit, bahkan golongan mujasimmah yang disepakati sesat oleh ummah ini sekalipun tidak juga memberi cara duduk yang begitu specific bagi istiwa-nya Allah di atas Arasy. Jadi kenapa perlu ada yang berani menterjemahkan dan memberi makna Istiwa Tuhan di atas Arasy sebagai Tuhan duduk bersila lendik di atas Arasy?. Selepas menterjemahkan sedemikian, kemudiannya dikatakan bersila lendit itu sebagaimana yang sesuai bagi Allah. Kebijaksanaan apakah ini?
Keterlanjuran sebegini wajib ditegur, ianya keterlanjuran yang menyentuh soal asas Aqidah, iaitu kepercayaan kita kepada Allah dan Sifat-Sifat-Nya. Walaupun kita boleh terima bahawa sipenutur yang terlanjur ini berniat untuk menjelaskan sejelas-jelasnya kepada masyarakat, Tetapi kita perlu sedar yang mana mungkin kita mahu menjelaskan sesuatu yang dikatakan oleh Imam Malik dan sepakati oleh ummah sebagai perkara-perkara yang kaifiat-nya adalah majhul? Kita perlu ada batas di antara perkara-perkara yang memerlukan keimanan yang mutlak terhadap soal-soal ghaib sebagaimana yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul daripada keyakinan yang dibina berdasarkan percubaan dan huraian setakat garapan otak dan pancaindera.
Marilah kita cegah keterlanjuran ini kerana Allah, bukan kerana geram peribadi, bukan kerana dorongan kuasa dan darjat duniawi. Marilah kita tegur keterlanjuran walaupun dari mana ianya berpunca; semada dari kumpulan kita atau kumpulan lawan,, semada dari golongan bawahan atau atasan. Jangan hendaknya kita bina mentaliti dan sikap seumpama sarang labah-labah, walaupun setiap benang-benang sarangnya agak kuat, tetapi ianya hanya memerangkap mangsa-mangsanya yang kecil-kecil, sedangkan yang besar-besar akan terlepas. Marilah kita mencintai Allah dan Rasul-Nya melebihi cinta kita dan hormat kita pada yang selain daripadanya. Kita suburkan budaya nasihah kerana mencari reda Allah, serta kita jauhi sikap membisu di atas kemungkaran kerana pertimbangan dunia, harta dan kuasa.
Maulana Abu Hassan an-Nadwi memperingati kita dalam belbagai tulisannya agar kita bersikap menegur kemungkaran atau kegelinciran seseorang yang memegang kuasa, kerana niat kita untuk menjalankan tanggung-jawab agama, kerana didorong oleh kecintaan kepada kemulian dan kemurnian faham tanpa dicemari oleh hasutan untuk menjatuhkan sesiapa, tanpa dorongan untuk mengambil-alih kedudukannya atau dalam rangka melemahkan struktur organisasinya. Dalam semangat itulah Maulana Abdu Hassan an-Nadwi menulis kritikan terhadap fahaman Maulana Maududi, kerana itulah juga Maulana Manzoor Numani, Maulana Yusuf Binuri, Maulana Zakaria al-Kandahlawi menghujjah fahaman dan tulisan Mualana Maududi. Begiru jugalah yang dilakukan oleh Imam Hasan al-Hudaibi ketika menulis 'Duah la Qudah'.
Maulana Abu Hassan an-Nadwi memperingatkan kita yang Imam Ahmad bin Hanbal bangun untuk meluruskan anutan faham Khalifah al-Makmun tetapi tidak pernah terpetik dalam catatan sejarah yang Imam ini pernah terlibat dalam usaha menjatuhkan baginda. Begitu juga Imam Mujaddid Alif ath-Thani yang bangun menentang penyelewengan Maharaja Akbar di India tetapi dia juga tidak langsung terlibat dalam percaturan politik merebut kekuasaan. Bagi Maulana Abu Hassan itulah rahsia kejayaan dakwah imam-imam ini.
Maka marilah kita contohi jejak mereka yang dianggap The Saviours Of Islamic Spirit, kita tegur kegelinciran kerana ianya merupakan kegelinciran, tanpa sebarang niat apalagi usaha untuk mempergunakan kegelinciran seseorang itu sebagai modal politik untuk menggugatnya. Tinggalkanlah soal politik dan kekuasaan kepada 'pemain-pemainnya' kerana mereka sudah ramai, lebih dari mencukupi , kita tumpukan hemmah kita kepada bidang yang mereka sering abaikan .
Saya teringat pesanan Allahyarham Sasterawan Negara S.Othman Kelantan di suatu majlis makan malam di Hotel Perdana suatu masa dahulu ketika memberi respon kepada kenyataan tentang terjemahan kepada salah satu daripada Nama-Nama Allah yang Indah yang telah diulang-ulang tanpa sebarang teguran yang tegas sebelum itu dengan mengatakan : "bukalah kamus sebelum bercakap menggunakan sebarang istilah". Di atas saranan itulah saya memberanikan diri untuk merujuk kepada kamus-kamus yang ada walaupun saya bukannya ahli bahasa. Semoga Allah mengampuni kita diatas kekurangan dan kealpaan kita dalam menyatakan kebenaran ketika ada orang yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat yang tidak selayaknya , menceritakan perihal Saiyyidina Rasulullah dengan meremeh-remehkan kemulian peribadi dan keturunan baginda. Ya Allah perlihatkan kami kebenaran, sebagai kebenaran serta berilah kami kekuatan untuk melakukannya, Ya Allah perlihatkan kami kemungkaran sebagai kemungkaran serta berilah kami kekuatan untuk menjauhinya. tiada daya tiada upaya kami kecuali Daya dan Upaya Engkau, Ya Allah yang Maha Berkuasa.
Semoga Allah ampuni segala keterlanjuran zahir dan batin kita, Allah menunjukkan kita Jalan kebenaran dalam i'tiqad, niat dan amalan, Allah menunjukkan kita hudud di dalam agamanya, serta diberi taufiq kepada kita untuk patuh kepada suruhan-suruhan-Nya dan tidak melanggari larangan-Nya. Sekiranya kita tergelincir dalam apa-apa pegangan dan amalan , kita harapkan semoga Allah akan bangkitkan orang-orang yang menasihati kita sehingga kita sedar dari kesalahan tersebut.Semoga gembira kita dan marah kita berdasarkan kecintaan kita kepada Allah, Rasul-Nya dan Agama-Nya.
Sejarah membuktikan pertelagahan manusia dalam menentukan makna perkataan "istawa " ini. Barangsiapa yang mensifatkan Allah dengan makna yang salah seperti sifat duduk atau bertempat maka jatuh kufurlah dia. Seperti apa yang dikata oleh imam Abu Jaafar Attahawi Assalafi
من وصف الله بمعنى من معانى البشر فقد كفر
“ Sesiapa yang mensifatkan Allah dari sifat sifat manusia maka dia telah kafir”
Dengan penerangan yang serba ringkas ini , diharap dapat memberikan manfaat kepada para pembaca dalam memahami akidah Ahl Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Semoga kita semua dilindungi Allah dari dicemari fahaman fahaman yang bertentangan dengan Islam.
Jadi kalau nak ulas panjang lagi... penat sangat doh menulis.. tunggukan jawapan di dalam kitab 'Uqdatul Mawaddah Fi 'Aqoidi Ahlis Sa'adah..
Apa yang penting seperti komen sy yg terdahulu :
Kesimpulannya secara ringkas di minta kepada Tuan Guru Dato Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan danTuan Guru Babo Hj Abdullah Sa'amah An-Najmiah berdebat atau berdiskusi ilmu secara terbuka, kalau buat lagi debat antara budak-budak macam kami ni.. masalah xakan selesai... Jangan hanya cabar debat dengan Dato Najib Razak PM malaysia - Rujuk TVPAS bertajuk Debat PAS-Umno, Nik Aziz mahu Najibhttp://www.youtube.com/watch?v=JE5rIhag84k ...
Dato Najib tu bab pemerintahan.. dengan Tuan Guru Haji Abdullah Sama'ah bab Aqidah...
kepada mana2 NGO atau badan2 keraja'an samaada kerajaan negeri atau pusat sila anjurkan Muzakarah ilmu di antara DUA Tokoh Ulamak ini... kami amat mengharapkannya... Wassalam
Kesimpulan lagi perbeza'an antara SALAF dan KHALAF (kedua-duanya AHLISSUNNAH WAL JAMA'AH) dengan MUJASSIMAH KARAMIAH (SOREH TAJSIM) dan MUJASSIMAH WAHABIYYAH HANABILAH (MUJASSIMAH GHOIRUSOREH) yang mana kedua2 golongan mujassimah itu ijmak ulamak laisa AHLUSUNNAH WAL JAMA'AH boleh lah lihat di gambar inihttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=458321150864895&set=a.123022154394798.13723.100000610413345&type=3&theater
BEZA antara SALAF dan WAHABIYYAH(Bukan SALAF).....
salaf~beriman dengannya(dengan ayat mutasyabihat mahupun ayat muhkamat)) dan menyerahkan makna hakiki kepada Allah(tafwidh) dan disertai dengan i'tiqad tanzih
Khalaf~menta'wil secara tafshili(terperinci) sifat2 Allah swt yang tertentu kepada makna yang layak bagi Allah. SWT
musyabihah/mujassimah SOREH~golongan yang mengakui bahawa tuhan itu berjisim(mempunyai anggota badan seperti manusia)dan menyerupai manusia
wahhabiyyah GHOIRU SOREH~tidak menerima ta'wil dan hanya menerima makna zahir bagi sifat2 Allah.SWT contoh kalimah "YAD" diertikan dengan makna "tangan".." SAQ" diertikan dengan makna "betis" "ISTIWA" kemudiannya diertikan dengan makna "duduk"atau "bersemayam",kemudian mereka mengatakan bahawa tangan/betis/bersemayam/duduk Allah SWT tidak sama seperti tangan/betis/bersemayam/duduk manusia...begitulah sifat2 yang lain
yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

Salam..ada jual lagi tak kitab tafsir surah yunus karya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tu???saya nk beli....
BalasPadamRasa-rasanya penerbit dah sembunyikan , mungkin ada di ja'afar rawas kota bharu.. medan ilmu
BalasPadamsesetengah masyarakat melayu Islam senang dikaburi dengan imej Islam....melebihkan parti daripada agama...jangan kerana terlalu taksub parti aqidah kita lari...hnya sunnah wal jamaah shj yg wajib kita pegang.dulu kini dan selamanya...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamhijabulcrewz.blogspot.com
BalasPadam