Pages

Selasa, 13 November 2012

Haram melantik perempuan sebagai wakil rakyat


Permasalahan yang hendak kita bincang di sini ialah adakah patut dan bolehkah perempuan mewakili sesuatu kawasan pilihan raya supaya mengenengahkan pandangan dan masalah-masalah tempat yang diwakili untuk diajukan di dalam parlimen atau dewan undangan negeri. Dengan lain perkataan mereka diberi mandat mentadbir urusan kaum yang mereka wakili.
          Takut lah dengan janji رسول الله صلى الله عليه وسلم                            

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَة
Tidak berjaya sesuatu kaum itu jika urusan mereka ditadbir oleh wanita
dan sabdanya صلى الله عليه وسلم
إِذَا كَانَ أُمَرَاؤُكُمْ شِرَارَكُمْ وَأَغْنِيَاؤُكُمْ بُخَلاَءَكُمْ وَأُمُورُكُمْ إِلَى نِسَائِكُمْ فَبَطْنُ اْلأَرْضِ خَيْرٌ لَكُمْ مِنْ ظَهْرِهَا

Sekiranya pemimpin kamu terdiri dari kalangan orang-orang yang jahat diantara kamu, sekirannya orang-orang kaya kamu terdiri dari orang-orang yang bakhil diantara kamu dan sekiranya urusan kamu diserah kepada wanita-wanita kamu, maka perut bumi adalah lebih baik dari muka bumi (ertinya mati lebih baik dari hidup).
Diandaikan sebuah parti politik meletak seorang wanita untuk mewakili sesuatu kawasan maka parti politik itu dan orang-orang yang mengundi bagi kemenengan wanita itu tergolong dikalangan mereka yang tidak mendapat kejayaan.
Kita jangan terikut-ikut dakyah barat yang hendak merosakkan agama kita sedangkan kita telah ketahui rosaknya mereka itu dengan tidak mengikut peraturan الله dan rasulnya.
Pihak yang tidak mahu umat islam berpegang dengan ajaran islam yang sebenar mengapi-apikan umat islam dengan slogan memberi hak yang sama rata antara lelaki dan perempuan.
Mudah-mudahan kita tidak termasuk di dalam golongan itu.

Firman تعالى الله di dalam surah Al-Nisaa’ ayat 34
الرجال قوامون على النساء بما فضل الله بعضهم على بعض وبما أنفقوا من أموالهم
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Mengikut Tafsir Jalalain, lafaz قوامون dengan makna مسلطون yang membawa maksud memerintah.
Berkata Al qurtubi:
ودلت هذه الآية على تأديب الرجال نساءهم
Ayat ini menunjukkan wajib di atas lelaki mengajar adab terhadap kaum wanita.
Berkata Al qurtubi lagi:
. و “قوام” فعال للمبالغة; من القيام على الشيء والاستبداد بالنظر فيه وحفظه بالاجتهاد. فقيام الرجال على النساء هو على هذا الحد; وهو أن يقوم بتدبيرها وتأديبها وإمساكها في بيتها ومنعها من البروز, وأن عليها طاعته وقبول أمره ما لم تكن معصية
Perkataan “قوام” dengan makna bersangatan pada mendirikan hak di atas suatu dan memerintah dengan memerhati pada perkara itu dan memeliharanya dengan bersungguh-sungguh. Maka tugas lelaki terhadap kaum wanita mengikut takrif ini ialah berusaha mengatur kehidupan harian mereka itu, mengajar adab, menyuruh mereka tinggal di rumah, menegah mereka itu mendedahkan diri di khalayak ramai, dengan itu mereka wajib mentaati dan menerima suruhan suami selama suruhan itu tiada unsur maksiat.
Berkata Ibnu katheer:
قول تعالى “الرجال قوامون على النساء” أي الرجل قيم على المرأة أي هو رئيسها وكبيرها والحاكم عليها ومؤدبها إذا اعوجت “بما فضل الله بعضهم على بعض” أي لأن الرجال أفضل من النساء والرجل خير من المرأة ولهذا كانت النبوة مختصة بالرجال وكذلك الملك الأعظم لقوله صلى الله عليه وسلم “لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة” رواه البخاري من حديث عبدالرحمن بن أبي بكرة عن أبيه وكذا منصب القضاء وغير ذلك
Firman Allah “الرجال قوامون على النساء” membawa erti lelaki menjadi pengawas kaum perempuan yakni lelaki adalah ketua-ketua mereka itu, …, yang menjadi hakim mereka itu, yang mengajar adab apabila mereka itu lari dari ajaran sebenar.
Dan firman Allah “بما فضل الله بعضهم على بعض” (Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,) kerana lelaki terlebih afdhal dari perempuan dan lelaki lebih baik dari perempuan. Oleh itu kenabian ditentukan bagi kaum lelaki, begitu juga sultan (atau yang sama erti dengannya) tertentu bagi kaum lelaki kerana sabda Nabi صلى الله عليه وسلم “لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة” Tidak berjaya sesuatu kaum itu jika urusan mereka ditadbir oleh wanita. Dan seumpama sultan orang yang hendak menghukum pada sesuatu pekara dan selain dari itu yakni segala urusan diatas muka bumi ini yang melibatkan kaum lelaki.
Persolannya adakah kita sanggup menterbalikkan ayat ini, dengan menjadikkannya الرجال قوامون على النساء. Kerana tugas seorang wakil rakyat itu bukan sahaja mengubal undang-undang tetapi dia juga orang yang menentukan dasar negara, mengawasi perlaksanaan undang-undang, membentuk kabinet dan memutus perkara yang bersangkutan dengan perang dan damai.

Firman تعالى الله di dalam surah Al ahzab ayat 33
وقرن في بيوتكن ولا تبرجن تبرج الجاهلية الأولى
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu;
Berkata Al-Qurtubi:
معنى هذه الآية الأمر بلزوم البيت, وإن كان الخطاب لنساء النبي صلى الله عليه وسلم فقد دخل غيرهن فيه بالمعنى. فأمر الله تعالى نساء النبي صلى الله عليه وسلم بملازمة بيوتهن, وخاطبهن بذلك تشريفا لهن, ونهاهن عن التبرج.
Makna ayat ini menyuruh kaum perempuan sentiasa berada di rumah, walaupun ayat ini dituju kepada isteri-isteri nabi adalah sekalian perempuan termasuk di dalam makna ayat ini.
Maka Allah menyuruh mereka itu tingal di rumah kerana hendak memuliakan mereka itu. Allah juga melarang mereka tabarruj yakni berhias bukan kerana suami,
Berkata Ibnu Katheer
قوله تعالى: “وقرن في بيوتكن “أي الزمن بيوتكن فلا تخرجن لغير حاجة
Firman Allah “وقرن في بيوتكن ” ertinya hendaklah mereka itu sentiasa berada di rumah maka mereka itu tidak dibenarkan keluar kecuali perkara yang penting.
Telah bercerita Sa’lab dan lainnya:
أن عائشة رضي الله عنها كانت إذا قرأت هذه الآية تبكي حتى تبل خمارها.
Sesunguhnya Aisyah menangis apabila dibacakan ayat ini kepadanya sehinga basah tudung kepalanya.
Telah berkata orang yang meriwayatkan cerita ini:
فوالله ما خرجت من باب حجرتها حتى أخرجت جنازتها. رضوان الله عليها.
Demi Allah tidak keluar Aisyah dari pintu biliknya sehinga dikeluarkan mayatnya.
Berkata Ibnu A’tiyyah:
 بكاء عائشة رضي الله عنها إنما كان بسبب سفرها أيام الجمل, وحينئذ قال لها عمار: إن الله قد أمرك أن تقري في بيتك.
Aisyah menangis kerana musafirnya pada hari perang jamal, yang mana telah berkata Ammar kepadanya “sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu tinggal tetap di rumah.
Adakah boleh orang yang dilarang keluar dari rumah, kita benarkan mewakili sesuatu kawasan untuk menguruskan permasalahan-permasalahan setempat?

Firman تعالى الله di dalam surah Al-ahzab ayat 53
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ
Dan apabila kamu kaum lelaki meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir.
Berkata Al-Qurtubi:
في هذه الآية دليل على أن الله تعالى أذن في مسألتهن من وراء حجاب, في حاجة تعرض, أو مسألة يستفتين فيها, ويدخل في ذلك جميع النساء بالمعنى, وبما تضمنته أصول الشريعة من أن المرأة كلها عورة, بدنها وصوتها, كما تقدم, فلا يجوز كشف, ذلك إلا لحاجة كالشهادة عليها, أو داء يكون ببدنها, أو سؤالها عما يعرض وتعين عندها.
Di dalam ayat ini ada dalil yang menunjukkan bahawa Allah mengizinkan kaum muslimin meminta daripada isteri-isteri Nabi dari sebalik dinding pada hajat yang dituntut, atau bertanyakan fatwa dari mereka itu. Masuk dalam makna suruhan itu sekalian kaum perempuan. Di dalam asal hukum syarak menyatakan bahawa perempuan sekaliannya aurat sama ada tubuh atau suaranya. Maka tiada harus mereka itu membuka yang demikian (tubuh atau suaranya) itu melainkan hajat seperti menjadi saksi atas kesalahannya, mengubati penyakit yang ada pada badannya atau  meminta dari mereka perkara yang penting sedangkan perkara itu tiada pada kaum lelaki.
Adakah patut kita melantik seseorang yang dilarang oleh syarak daripada bertemu dengan lelaki yang bukan mahram menjadi wakil rakyat?
Sedangkan kita mengetahui bahawa tugas wakil rakyat perlu berhadapan dengan sesiapa sahaja, lelaki atau perempuan, yang beragama islam atau tidak.
Akhir kata mari kita renung sepotong hadis dari رسول الله صلى الله عليه وسلم
إِذَا وُسِّدَ اْلأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ
Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya maka tunggulah berlaku qiamat.
Janganlah kita terlalu ghairah hendak mengejar kemenangan sehingga melupakan prinsip-prinsip agama. Matlamat utama perjuangan kita adalah mencari keredhaan تعالى الله. Biarlah kalah dalam keredhaan تعالى  الله dari menang di dalam kemurkaannya.

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam


0 ulasan:

Catat Ulasan