Pages

Rabu, 19 September 2012

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG FIQH WANITA MUSLIMAH





Haid


 Takrifnya:

Nama bagi satu jenis darah yang keluar daripada faraj/kemaluan perempuan yang bermula umurnya sembilan   tahun taqriban, bukan darah penyakit dan bukan sebab wiladah.

-    Tidak keluar pada saluran lain seperti mata, telinga dan lain-lain dan bukan keluar pada kemaluan lelaki.

-      Yang dikehendaki di sini adalah sembilan tahun hijrah/qomariyyah(355 hari).

-   Yang dimaksudkan sembilan tahun taqriban di sini adalah kurang 15 hari lagi nak sampai had umur sembilan tahun, juga dihukumkan SAMPAI had umursembilan tahun qomariyyah.

-      Kalau 15 hari lagi, atau 14 hari lagi, atau 13 hari lagi, atau 12 hari lagi dan ke bawah nak sampai had umur sembilan tahun, jika keluar darah cukup 24 jam, maka dihukumkan darah haid juga.

-     Kalau 16 hari lagi, atau 17 hari lagi, atau 18 hari lagi, atau 19 hari lagi dan ke atas nak sampai had umur sembilan tahun, jika keluar darah, maka TIDAK dihukumkan darah haid tetapi dihukumkan darah istihadhah.

-     Bukan keluar sebab sakit tetapi keluar darah sebab tabiat kebiasaan, datang di waktu tubuh badan perempuan itu sihat, keluar dari HUJUNG rahim peranakan perempuan.

-     Dan keluar darah bukan sebab melahirkan anak.


 Masa sekurang-kurang haid, sehari semalam.

-     Paling kurang/sedikit datang darah haid adalah sehari semalam, dengan makna cukup 24 jam.

- Yang dikatakan sehari semalam cukup 24 jam di sini, ada dua MAKNA PENGERTIAN:

1-  Dengan makna jika darah itu keluar terus menerus(berhubung/bersambung) hingga cukup 24 jam.

    • Misalnya, perempuan itu keluar darah terus menerusTANPA HENTI dari jam 8 pagi hingga jam 8 pagi esoknya. Inilah yang dikatakan sehari semalam BERHUBUNG.

2- Dengan makna keluar darah itu putus-putus(tidak berhubung/tidak bersambung) tetapi jika dihimpun/dikira, maka cukup 24 jam.

      • Misalnya, perempuan yang keluar darah pada hari pertama 10 jam kemudian berhenti, hari yang kedua keluar 10 jam kemudian berhenti, dan hari yang ketiga keluar 4 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun/dikira, maka cukup 24 jam tetapi dengan mengambil masa 3 hari 3 malam. Maka HUKUMhaidnya adalah 3 hari 3 malam. Jadi, hukum inidiamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, makabeginilah caranya.

      • Misal kedua, hari pertama keluar darah 5 jam kemudian berhenti, hari yang kedua keluar 5 jam kemudian berhenti, hari yang keempat keluar 5 jam kemudian berhenti, hari keenam keluar 5 jam kemudian berhenti, dan hari yang ketujuh keluar 4 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun kesemuanya cukup 24 jam tetapi dengan mengambil masa 7 hari 7 malam. Maka HUKUM haidnya adalah 7 hari 7 malam.  Jadi, hukum ini diamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilah caranya.

      • Misal ketiga, hari pertama keluar 5 jam kemudian berhenti, hari ketiga keluar 5 jam kemudian berhenti, hari kelima keluar 5 jam kemudian berhenti, hari ketujuh keluar 5 jam kemudian berhenti, hari kesembilan keluar 2 jam kemudian berhenti, dan hari kesebelas keluar 2 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun kesemuanya cukup 24 jam tetapi dengan mengambil masa 11 hari 11 malam. Maka HUKUM haidnya adalah 11 hari 11 malam. Jadi, hukum ini diamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilah caranya.

      • Misal keempat, hari pertama keluar 10 jam kemudian berhenti, hari ketiga keluar 10 jam kemudian berhenti, hari keempat keluar 8 jam kemudian berhenti, hari kelima keluar 4 jam kemudian berhenti, hari keenam keluar 2 jam kemudian berhenti, dan hari ketujuh keluar 1 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun kesemuanya adalah 35 jam(melebihi 24 jam) tetapi dengan mengambil masa 7 hari 7 malam. Juga dihukumkan haid walaupun melebihi 24 jam kerana SEBANYAK-BANYAK haid adalah 15 hari 15 malam yaitu 360 jam(akan datang bicaranya). Maka HUKUM haidnya adalah 7 hari 7 malam.  Jadi, hukum ini diamalpada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilahcaranya.

    •      Dan misal seterusnya, kiaskanlah.
Dan sebanyak-banyak haid, 15 hari 15 malam.

-      Paling banyak darah haid adalah 15 hari 15 malam, dengan makna cukup 360 jam.

-  Yang dikatakan sebanyak-banyak haid di sini, juga ada dua MAKNA PENGERTIAN:

1- Dengan makna jika darah itu keluar penuh terus menerus(berhubung/bersambung) sebanyak 360 jam(24jam X 15 hari).

    • Misalnya, perempuan itu keluar darah terus menerusTANPA HENTI bermula pada hari pertama hingga hari kelima belas(jika dihimpun/dikira, sampai 360 jam).

2- Dengan makna keluar darah tetapi putus-putus(tidak berhubung/tidak bersambung).

      • Misalnya, hari pertama keluar 10 jam kemudian berhenti, hari ketiga keluar 10 jam kemudian berhenti, hari kelima keluar 8 jam kemudian berhenti, hari kelapan keluar 5 jam kemudian berhenti, hari kesebelas keluar 4 jam kemudian berhenti, hari keempat belas keluar 3 jam kemudian berhenti, dan hari kelima belas keluar 1 jam kemudian berhenti.

      • Jika dihimpun kesemuanya adalah 41 jam(melebihi 24 jam) tetapi dengan mengambil masa 15 hari 15 malam. Maka haidnya adalah 15 hari 15 malam. Walaupun darah yang keluar hanya 7 hari sahaja, tetapi akhir keluar darahnya adalah pada hari yang kelima belas, maka HUKUM haidnya adalah 15 hari 15 malam.

      • Jadi, hukum ini diamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilah caranya.

-   Kalau keluar darah KURANG daripada 360 jam, maka dihukumkan haid juga tetapi dengan syarat MESTI keluar darah LEBIH daripada 24 jam(sekurang-kurang haid).



Dan yang ghalibnya(adat kebiasaannya), 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.

-     Sebagaimana misal-misal di atas.

- Kalau tidak ada masalah, tempoh haidnya adalah TEPAT mengikut adat kebiasaannya. Misalnya, perempuan yang datang adatnya selama 7 hari 7 malam, dan berakhir pada jam 9 malam. Kalau tidak ada masalah pada bulan hadapan, maka haidnya juga berhenti TEPAT pada hari ke tujuh jam 9 malam. Ini biasanya berlaku pada perempuan-perempuan muda belia. Allahua’lam.


Masalah:

  -  Untuk perempuan yang pertama kali datang haid, sekiranya bulan pertama datang haidnya 4 hari 4 malam, kemudian bulan kedua datang haid 5 hari 5 malam, maka  hari yang kelima itu juga dihukum HAID. Maka perempuan ituMESTI amal haidnya pada bulan yang ketiga dengan  hukum haid 5 hari 5 malam.


Dan sekurang-kurang taharah(suci), yaitu perceraian antara dua haid, 15 hari 15 malam.

- Selepas memahami sekurang-kurang haid, sebanyak-banyak haid dan adat kebiasaan haid.

-   Selepas berhenti darah haid pada bulan yang pertama MESTI suci selama 15 hari PALING KURANG sebelum datang haid pada bulan seterusnya.

-   Setiap perempuan selepas berhenti haid bulan yang pertama MESTI solat PALING KURANG selama 15 hari(waktu sekurang-kurang suci) sebelum datang haid pada bulan seterusnya.
      • Misalnya, perempuan yang haid pada adat kebiasaan 7 hari 7 malam. Manakala hari berikutnya hari kelapan, kesembilan, kesepuluh, kesebelas, kedua belas, ketiga belas, keempat belas, kelima belas, keenam belas dan ketujuh belas dia solat seperti biasa.

      • Pada hari kelapan itu adalah hari PERTAMA waktu suci. Dan waktu suci yang paling akhir adalah hari yang kedua puluh dua.

      • Tiba-tiba pada hari ketujuh belas itu keluar darahlagi. Maka secara mudahnya diketahui, bahawa darah yang keluar pada hari ketujuh belas itu adalah darah ISTIHADHAH. WAJIB teruskan solat sehingga hari kedua puluh dua.

      • Kerana pada hari ketujuh belas itu berada pada waktu taharah(suci). Yaitu, masih di dalam waktu suci 15 hari PALING KURANG.

      • Jika keluar darah pada hari kedua puluh dua dan cukup sehari semalam, maka barulah dihukumkanhaid bagi bulan yang seterusnya. Dihukumkan haid pada hari kedua puluh dua itu, kerana sudah PUTUSdengan sekurang-kurang suci yaitu 15 hari.

      • Begitulah seterusnya sehingga sembuh daripada darah istihadhah.

      • Biasanya haid datang sebulan sekali tapi boleh jadi dua kali datang. Allahua’lam.

      • Kalau haidnya sehari semalam, maka sucinya 29 hari 29 malam.
      • Kalau haidnya 6 hari 6 malam, maka sucinya 24 hari 24 malam.

      • Kalau haidnya 7 hari 7 malam, maka sucinya 23 hari 23 malam.

      • Kalau haidnya 15 hari 15 malam, maka sucinya 15 hari 15 malam.

      • Dan seterusnya.

Dan tiada had bagi sebanyak-banyak suci, dan terkadang setengah perempuan tiada haid langsung.

-   Tiada had bagi sebanyak-banyak suci haid. Lama suci tempohnya.
    • Misalnya, perempuan yang datang haid kebiasaan 7 hari 7 malam pada bulan ini. Kemudian tidak datang haid berbulan-bulan lamanya. Jadi, tempoh sucinya lama.
-    Perempuan yang tiada haid langsung seperti Siti Maryam, Asiah, Siti ‘Aisyah.

- Setengah ulama menceritakan zamannya, ghalib(kebiasaan) perempuan-perempuan dalam setahun, hanya datang sehari semalam sahaja datang haid.

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz dan pembaca sekelian, terima kasih atas ilmu yang diberikan. Di sini terdapat perbincangan berkaitan dengan TAHARAH oleh Ustazah Norhafizah Musa. Semoga perkongsian ini bermanfaat
    Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 1)
    Fiqh Wanita: Taharah (Bahagian 2)

    BalasPadam