Pages

Isnin, 18 Februari 2013

HAMBA BEBAS MENASIHATI MANA-MANA PEMIMPIN SEBAB HAMBA BUKAN ORANG PARTI TERTENTU




لا تظلمنَّ إذا ما كنت مقتدراً
فَالظُلْمُ مَرْتَعُهُ يُفْضِي إلى النَّدَمِ
تنامُ عَيْنُكَ والمَظْلومُ مُنَتَبِهٌ
يدعو عليك وعين الله لم تنم

"Jangan kamu melakukan kezaliman bila kamu berkuasa,kerana kezaliman itu membuatkan anda sesal di penghujungnya, Tidur mata mu sedangkan orang yg di zalimi oleh kamu sentiasa berjaga memohon doa kpd ALLOH, Padahal ALLOH ta'ala tidak pernah lupa apa yg kamu buat


USTAZ SYED AHMAD FAIZ (USAF) - PEMIMPIN MESTI MENDAHULUKAN RAKYATNYA 





بسم الله الرحمن الرحيم

Tuduhan melulu Al-Fadhil Ustaz Helmi Assyafie HafizohuLLOH terhadap sy dengan komennya sebegini:

"(Helmi Assyafie) Jika ust nak bjuang ahli sunnah baik jgn terlibat dri dgn umno jdi org tengah hentam umno dan pas tu ana stuju , skrang nampak ust bnyak memihak kpd umno bagaimana nak satukan pas umno jika ust bsikap macam ni ?
3 jam yang lalu melalui · Suka · 3 "


Benarkah sy tidak pernah membaham dan menasihati PM Dato' Najib Razak ??? Jika anda mengenali sy di alam nyata nescaya anda tidak menyatakan sy ini UMNO , puas membaham doh (dalam video ni sy baham pulok)

Bahkn AlhamduliLLAH , pernah 1 kali sy bagi kuliah di 1 tempat (Area Selangor) , Ada seorang YB PAS dari Kelantan (Beliau sangat mengenali Al-Marhum Datuk sy wakil rakyat PAS semerak pasir putih dulu) singgah di Masjid tempat sy mengajar , Mungkin YB PAS itu dengar apa yg sy kuliahkan sehingga bila selesai kuliah YB PAS tu kata mcm ni " Bagus ustaz, ustaz xsoh main parti lah, Baham dan nasihat belako hok mano saloh , Sy suka org nasihat belako tidak berat sebeloh, lagi pun Ustaz masih belajar kan??"

Begitu juga seorang YB UMNO kelantan , siap pesan " Ustaz x soh masuk UMNO supo Tok Guru hj LOH geting lah, Molek doh Ustaz Baham dua dua sekali,Sy suka cara ustaz baham dua-dua yg mana salah kalu Ustaz masuk UMNO , Buruk nama Ustaz "

Siapakah kedua-dua YB PAS & UMNO itu?? Biarlah rahsia .. hihihi :P

Ini Video yg sekurangnya akan memanaskan Hati org PR & BN kalau org itu tidak faham pendirian sy, atau ianya juga akan membuatkan seorng yg ber'Aqal walaupun dia berparti akan faham sedikit sekurang-kurangnya apa pendirian sy, Sy tidak terikat dgn mana-mana parti dan Sy ada ada HAQ untuk menegur kesalaham mana -mana parti yg jelas salah.Dan sy akan menganggap mereka yg di pilih serta menang itulah Ulil Amri sy contohnya : Ulil Amri di Kelantan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan peringkat Negara sekarang ini Dato' Najib Tun Abdul Razak . Maka sy akan ta'at pada yg baik dan akan nasihat pada yg tidak baik , itu sahaja . Mudah contoh nya : Isu Wahabi ALLOH sila lendik, Muhammad KG , sy tegur dan sy nasihat . Isu K-pop, Arak sewenang2 nya di jual utk org ISLAM , Judi berlesen dan Gnym Style , sy tegur dan sy nasihat .

Qiaslah apa sahaja pun... AlhamduliLLAH, Bagi yg kenal sy di alam nyata tentu tidak akan menuduh sy berat sebelah PAS ke UMNO, Sbb sy suka membaham dua2, xcaye ???? tengok lah video tuu... hihihiii




Firman ALLOH ta'ala :

ولا تخاطبنى فى الذين ظلموا إنهم مغرقون

“Dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu, sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan

Sayyiduna Nabi s.a.w bersabda:

((مَنْ رَأَي مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْ بِيَدِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيْمَانِ)) رواه مسلم
"Sesiapa yang melihat di antara kalian satu kemungkaran maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan hal itu adalah selemah-lemah iman." HR. Muslim.

Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

(( مَثَلُ الْقَائِمِ عَلى حُدُودِ اللهِ وَالْوَاقِعِ فيهَا ، كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلىَ السَّفِيْنَةِ ، فَأَصَابَ بَعْضُهُم أَعْلاَهَا ، وَبَعْضُهُم أَسْفَلَهَا ، فَكَانَ الَّذِيْنَ في أَسْفَلِهَا، إذَا اسْتَقُوْا مِنَ الْمَاءِ مَرُّوا عَلى مَنَ فَوْقِهِمْ ، فَقَالوا : لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا في نَصِيْبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِى مَنْ فَوْقَنَا ، فَإِنْ يَتْرُكُوهُم وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَميعًا ، وَإنْ يَأْخُذُوا عَلى أَيْدِيهِم ، نَجَوْا وَنَجَوْا جَميعًا)) رواه البخاري .

"Perumpamaan orang yang mendirikan hukum (hudud) ALLOH serta orang yang melanggarnya seperti sekelompok orang yang telah mengundi (tempat tinggal) di dalam kapal, sebahagian mereka mendapat tempat di atas dan sebahagian lain di bawahnya, kemudian yang tinggal di bawah jika ingin mengambil air mereka melalui orang yang tinggal di atas, maka mereka berkata: "Jikalau kita lubangi tempat kita tentu tidak akan mengganggu mereka yang tinggal di atas." Andaikan keinginan mereka dibiarkan nescaya akan celaka semuanya, namun jika dicegah kehendaknya nescaya mereka selamat serta selamat pula semuanya." HR.Bukhori


HARAM MENTA'ATI PEMIMPIN PADA PERINTAH MAKSIAT

Demikian juga telah ijmak ulama haram terhadap muslim mengikut perintah pemimpin yang membawa kepada maksiat. Ini berdasarkan ayat di atas (surah al-Nisaa: 59) yang mengqaidkan (mengikat) ketaatan kepada pemimpin itu dengan ketaatan kepada ALLOH s.w.t. Demikian juga sabda RasuluLLOH s.a.w:

إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Ketaatan itu sesungguhnya hanya dalam perkara makruf” [Muttafaq 'Alaih].

Dan sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ

Maksudnya: “Dengar dan Taat itu wajib atas setiap muslim dalam perkara yang dia suka dan benci selama tidak disuruh melakukan maksiat maka apabila dia (pemimpin) menyuruh melakukan maksiat maka tidak boleh dia dengar dan tidak boleh dia taat” [Muttafaq 'alaih].

Antara contoh dalam tidak mentaati perkara maksiat adalah sebagaimana hadis dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang panglima perang yang dilantik RasuluLLOH s.a.w dalam satu sariah memerintahkan para prajuritnya untuk masuk dalam api lalu mereka semua enggan. Sehingga akhirnya kemarahan panglima mereka reda dan api pun padam, mereka pulang ke Madinah dan mengadukan hal itu kepada RasuluLLOH s.a.w lalu baginda berkata:

“Jika kamu masuk ke dalamnya tentulah kamu tidak akan keluar lagi, sesungguhnya taat itu hanya dalam perkara makruf”.

WAJIB NASIHATI PEMIMPIN YANG ZALIM DAN HIDAYAH MILIK ALLOH.





Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:

الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

: “Agama itu adalah Nasihat”. Kami (Sahabt) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk ALLOH, kitab-Nya, rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Muslim].

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama adalah nasihat.” Mereka bertanya, “Untuk siapa Ya RosuluLLOH?”

Beliau menjawab, “Untuk ALLOH, Kitab-Nya, Rasul-Nya, para pemimpin umat Islam, dan umat Islam secara umumnya.” (Hadis Riwayat Muslim,

Al-Khaththabi (Wafat: 388H) berkata:

النصيحة كلمة يعبر بها عن جملة هي إرادة الخير للمنصوح له

“Nasihat adalah perkataan yang menjelaskan sebahagian besar perkara yang merujuk kepada menghendaki kebaikan kepada yang diberi nasihat.”


أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائر

Maksudnya: “Jihad yang Afdal adalah perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim” [Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadisnya sahih]. Nasihat kepada pemimpin itu hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin depan khalayak ramai berdasarkan firman ALLOH s.w.t:

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (
44)
Maksudnya: “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].

Istidlalnya adalah jika kepada Firaun yang kafir pun ALLOH s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan kepada pemimpin Islam. Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

من أراد أن ينصح لذى سلطان بأمر فلا يبدله علانية ولكن ليأخذ بيده فيخلو به فان قبل منه فذاك وإلا كان قد أدى الذى عليه

Maksudnya: “sesiapa yang hendak menasihati pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan tetapi peganglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Ahmad, sahih].

Dalam hadis ini menjelaskan wajibnya menasihati pemimpin dan afdhol pula melakukannya dengan cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:

عن زياد بن كسيب العدوي قال كنت مع أبي بكرة تحت منبر ابن عامر وهو يخطب وعليه ثياب رقاق فقال أبو بلال : أنظروا إلى أميرنا يلبس ثياب الفساق فقال أبو بكرة اسكت سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول من أهان سلطان الله في الأرض أهانه الله

Maksudnya: Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah r.a: Diamlah, aku mendengar RasuluLLOH s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina Sultan ALLOH di bumi maka ALLOH akan menghinanya”. [al-Tarmizi, sahih].

Oleh itu, jelas sekali dalam manhaj Syarak yang benar, perbuatan berdemonstrasi dan protes jalanan membantah pemimpin yang zalim adalah maksiat dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata. Abu Ishaq al-Sabi’i r.h, daripada pembesar ulama Tabiin berkata:

ما سب قوم أميرهم، إلا حرموا خيره

Maksudnya: “Tidak ada suatu kaum yang mencerca pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid, Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani].

Imam Ibnu al-Jauzi (Wafat: 597H):

الجائز من الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر مع السلاطين التعريف والوعظ، فأما تخشينُ القولِ نحو: يا ظالم، يا من لا يخاف الله، فإن كان ذلك يُحركُ فتنةً يتعدى شرها إلى الغير، لم يجز، وإن لم يخف إلا على نفسه فهو جائز عند جمهور العلماء.

والذي أراه المنع من ذلك، لأن المقصود إزالة المنكر، وحمل السلطان بالانبساط عليه على فعل المنكر أكثر من فعل المنكر الذي قصد إزالته

“Amar ma’ruf dan nahi mungkar kepada pemerintah adalah dengan penjelasan dan peringatan (nasihat yang mendidik). Adapun ucapan yang pedas dan menyakitkan seperti “Wahai orang zalim”, “Wahai orang yang tidak takut kepada ALLOH” apabila ianya dapat menyebabkan timbulnya keburukkan atau menyusahkan orang lain, maka ia tidak dibenarkan. Dan sekiranya tidak dibimbangi melainkan terhadap dirinya sendiri sahaja, maka ia dibolehkan berdasarkan jumhur ulama....

... (beliau menyambung) walau bagaimanapun, aku menganggap ianya sebagai suatu larangan kerana yang dimaksudkan (tujuan sebenar) adalah untuk menghilangkan kemungkaran. Kerana membiarkan pemerintah melakukan kemungkaran itu lebih baik dari membuat kemungkaran lainnya dengan tujuan untuk menghilangkan kemungkaran pemerintah.”


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

((يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلِمْ يَدْخُلِ الْإِيْمَانُ قَلْبَهُ ، لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ ، وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتَهُم ، فَإنَّه مَنِ اتَّبَعَ عَوْرَاتَهُم ، يَتَّبِعُ اللهُ عَورَاتَه ، وَمَنْ يَتَّبِعُ اللهُ عَوْرَاتَه يَفْضِحُهُ فيِ بَيْتِهِ)) (رواه أبو داود)
"Wahai golongan orang-orang yang beriman dengan lidahnya yang hatinya belum dimasuki iman!!!, Janganlah kalian saling mengumpat (ghibah) kepada sesama Muslim, dan janganlah kalian mencari-cari aib mereka, kerana sesungguhnya orang yang mencari-cari aib mereka, maka ALLOH akan mencari-cari aibnya. Sesiapa yang tengah dicari-cari aibnya oleh Allah maka ia akan dipermalukan di dalam rumahnya (keluarganya)." HR. Abu Daud


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Tidaklah seseorang hamba itu menyembunyikan kesalahan (aib) hamba yang lain melainkan ALLOH akan menyembunyikan kesalahanya (aibnya) pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Birri wash-Shilati wal-Adab, 12/479, no. 4692)

Imam an-Nawawi rahimahullah mengulas berkenaan hadis-hadis dalam bab ini:

وأمَّا السِّترُ المندوب إليه هنا، فالمراد به الستر على ذوي الهيئاتِ ونحوهم، ممَّن ليس معروفاً بالأذى والفسادِ، فأمَّا المعرُوفُ بذلك فيُستحبُّ ألاَّ يُستَرَ عليه؛ تُرفعُ قضيَّتُه إلى وليِّ الأمرِ، إن لم يُخَفْ من ذلك مفسدةً، لأنَّ السِّترَ على هذا يُطْمِعُهُ في الإيذاءِ والفسادِ، وانتهاكِ الحُرُمات، وجَسارةُ غيرِه على مثلِ فِعْلِه

“Adapun menyembunyikan kesalahan yang dituntut (mandub) di sini, maka maksudnya adalah menyembunyikan kesalahan orang-orang yang dikenali (para pemimpin) serta yang seumpama dengannya yang terdiri dari mereka yang tidak dikenali dengan perbuatan zalim dan jahat. Adapun mereka yang dikenali dengan seumpama itu maka dituntut agar tidak disembunyikan perbuatannya dan dilaporkan perbuatannya itu kepada pihak berkuasa. Sekiranya tidak, dibimbangi kemudharatan hasil dari perbuatannya itu kerana menyembunyikan kesalahannya akan menjadikan ia semakin berani untuk melakukan kejahatan dan kerosakkan serta memperkosa segala maruah dan menjadi jambatan kepada orang lain untuk mengikutinya.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 16/135)

Kata Sayyidina Abu Bakar r.a : Bahawa aku mendengar RasuluLLOH s.a.w bersabda:

((إنَّ النَّاسَ إذَا رَأَوْ الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْه أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمُ اللهُ بِعِقَابٍ مِنْ عِنْدِه)) رواه الترمذي وغيره .
"Sesungguhnya manusia jika mengetahui orang zalim kemudian tidak mencegahnya maka nyaris ALLOH akan meratakan suatu siksa dari sisi-Nya kepada mereka."

Syaikh ‘Abdus Salam B. Barjas rahimahullah dalam Mu’ammalatul Hukkam menukilkan perkataan Imam Ibnu an-Nuhas, katanya:

فإن كان السلطان - فليس لأحد منعه بالقهر باليد، ولا أن يشهر عليه سلاحاً، أو يجمع عليه أواناً لأن في ذلك تحريكاً للفتن وتهييجاً للشر، وإذهاباً لهيبة السلطان من قلوب الرعية وربما أدي ذلك إلي تجريهم على الخروج عليه وتخريب البلاد، وغير ذلك مما لا يخفي

Tetapi jika yang melakukan kemungkaran adalah para pemimpin, “maka sesiapa pun tidak boleh mencegahnya dengan cara kekerasan, menghunus pedang (senjata) di hadapannya, atau melakukan tunjuk perasaan (mogok), kerana perkara tersebut akan menimbulkan fitnah, membangkitkan rusuhan, dan menghilangkan kewibawaan pemerintah di mata rakyat. Bahkan, adakalanya perkara tersebut boleh mengakibatkan pemberontakan terhadap kepimpinannya dan merosakkan negara serta beberapa risiko-risiko besar lainnya yang sedia diketahui.” (Tanbihul Ghafilin, m/s. 46)

Imam Al-Bahutiyy telah berkata:

قال جمعٌ مُحَقِّقُون : إلاَّ على مَشْهُورٍ ببدعةٍ، أو فُجُورٍ ونحوِه كَكَذِبٍ، فَيُسنُّ إظهارُ شَرِّه، وسِتْرُ خيرِه ليرتدِعَ نظيرُه

“Segolongan Ulama Muhaqqiqin telah berkata: Melainkan orang yang masyhur melakukan bidaah atau maksiat dengan nyata seumpama dengan seperti penipuan, maka disunatkan menzahirkan kejahatannya dan menyembunyikan kebaikannya supaya tidak dilakukan oleh orang lain” (Kasyful Qinaa’:2/121)


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w: hadis Muslim dan Ahmad berikut:

عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة
)
Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada RasuluLLOH s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknapt mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai RasuluLLOH, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.

Sabda RasuluLLOH s.a.w:

(ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن نكر سلم ولكن من رضي وتابع ) قالوا أفلا نقاتلهم ؟ قال ( لا ما صلوا
)
Maksudnya: “Akan ada nanti pemimpin-pemimpin yang kamu suka amalan mereka dan ada yang kamu benci (kerana ianya maksiat), sesiapa yang mengenal pasti maksiat yang dilakukan maka dia terlepas, sesiapa yang ingkar dia selamat, tetapi (yang binasa) adalah yang reda dan mengikut”. Para Sahabat berkata: ‘Apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Kata baginda: “Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad].

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa RasuluLLOH s.a.w bersabda:

( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع
)
Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai RasuluLLOH?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

BOLEH JUGA DI GULINGKAN JIKA KUFUR YANG NYATA

Berkata al-Qadi ‘Iyadh r.h:

لو طرأ عليه الكفر انعزل

Maksudnya: “Jika dia (pemimpin) menjadi kafir (nauzubillah min zalik) maka dia terlucut jawatan..” [Syarah Sahih Muslim li al-Nawawi, 12/229].

Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h:

ونرى الدعاء لأئمة المسلمين بالصلاح والإقرار بإمامتهم وتضليل من رأى الخروج عليهم إذا ظهر منهم ترك الاستقامة
وندين بإنكار الخروج بالسيف وترك القتال في الفتنة

Maksudnya: “dan kami berkeyakinan wajibnya mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah, 1/11].

Jelas daripada kenyataan Imam al-Asy’ari ini, ASWJ bersepakat haramnya memberontak kepada pemerintah selama dia muslim dan beriman walaupun dia melakukan maksiat dan berlaku zalim.
Analoginya mudah, apabila ibu bapa kita melakukan maksiat atau menyuruh kita melakukan maksiat maka kita wajib mengingkari maksiat tersebut tetapi kita tidak boleh memutuskan nasab kita dengan mereka.

Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h menyatakan dalam kitab Aqidah beliau:

-”ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعو عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز وجل فريضة، ما لم يأمروا بمعصية، وندعو لهم بالصلاح والمعافاة
.”
Maksudnya: “dan kami tidak percaya sama sekali bolehnya keluar menetang pemerintah walaupun mereka berlaku zalim dan kami tidak akan mendoakan keburukan atas mereka dan tidak akan menderhaka pada mereka bahkan kami berpendapat mentaati mereka termasuk taat kepada Allah Azza wa Jall dan ianya fardu (wajib) selama mereka tidak menyuruh melakukan maksiat dan kami mendoakan bagi mereka kebaikan dan kemapunan”. Syarah Tahaiwah


Sabda Sayyiduna Nabi s.a.w:

أن رجلاً سأل النبى ( صلى الله عليه وسلم ) أى الجهاد أفضل ؟ قال : كلمة حق عند سلطان جائر

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar dihadapan pemimpin yang zalim”
Wallahu A’alam

Sebab itu lah sy menegur Dato' Najib yg membawa masuk artis korea buat joget xsampai 10 minit hanya 8 minit di bayar dengan sangat - sangat lumayan , di mana letaknya maruah Ulamak - ulamak yg mengajar di Pondok madrsah supayah anak bangsa celik ugama ?? Harga punggung artis sahaja sudah mengalahkan serban dan kopiah Tok - tok guru pondok dan ustaz -ustaz .. Muhasabah lah wahai Pemimpin Negara, di sa'at rakyat sudah muak dan mahukan perubahan , anda pula mencipta pelbagai sebab musabab yg menjatuhkan maruah diri anda sebagai pemimpin negara sekian dulu dari hamba

Al-Faqir wa Dhoif Syed Ahmad Faiz As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Ustaz Syed Faiz Al-Idrus

♥[Leluhur Tokku Syed Fathoni @Kelantan]♥

2 ulasan: