Pages

Rabu, 6 Februari 2013

HUKUM BERMAIN GITAR (Al-Faqir menghormati Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus HafizohuLLOH cuma Bab Gitar sahaja Al-Faqir kurang setuju)

Assalamu'alaikum ,


بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ


DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Puji dan syukur Lillahi Akbar

Atas nikmatnya kecil dan besar

Sholawat akmal beserta salam

Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam

Dan atas keluarganya Nabi

Fathimah, Hasan, Husein dan Ali

Dan sahabat - sahabat baginda yang adil semua mereka itu


Oleh kerana masih belum selesai manusia-manusia yang salah faham  tentang hasrat hati Al-Faqir sebenar sehingga menuduh al-faqir melaga-lagakan ulamak, berniat jahat, dan macam- macam lagi







Asalnya ceritanya Al-Faqir ada menyentuh sedikit sebanyak gelagat manusia di halaman sosial,kebanyakan manusia akan menyukai  dengan hanya kerana kemasyhuran seseorang bukan menilik kepada apa yang di ucapkan. begitulah secara ringkasnya, lalu terkeluar sedikit cerita tentang Ustaz Azhar Idrus hafizohuLLOH menaqalkan Fatwa ulamak dengan tidak menggunakan qaedah Adab Ifta' Lil 'Awam dan dengan tidak menjaga Saddul Bab iaitu tentang Hukum bermain alat muzik yang bertali seperti gitar.. Bagi Al-Faqir walaupun BENAR hukumnya Khilaf ulamak tetapi dalam meriwayatkan Qaul-qaul dan fatwa ulamak kita punya adab, jangan jadi seperti apa yang diqiaskan oleh Syaikhuna Syaikh Nuruddin Al-Banjari " Jangan Sampai Pramugari lebih cermat menjaga keselamatan penumpang daripada ulamak menjaga keselamatan Ummat"




Saya secara peribadi sangat-sangat menghormati Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus , cara dakwahnya untuk orang muda sangat bagus, dan beliau juga membawa Fahaman Ahlussunnah Wal Jama'ah, beliau juga berani dengan lantangnya melawan puak-puak Wahabi.. itu lah Tokoh Ulamak Muda yang bagus .. tetapi dalam bab ini (hukum main gitar) saya kurang setuju.. Ini pendapat yang saya belajar dari guru-guru pondok di malaysia sampai lah saya belajar di Al-Azhar As-Syarif ini. 

Lalu dengan taqdir ALLOH ta'ala hadir makhluq perosak yang mengupluod balik video saya dengan tajuk "Pengikut Ustaz Azhar Idrus Bodoh??" yang menggunakan nama admin akaun youtube tersebut dengan nama Mashendribegawan  untuk melaga-laga kan saya dengan Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan cuba
mencemarkan imej saya yang memang sudah lama di cemarkan oleh mereka yang hasad dan berniat jahat kepada saya.

 

 



Saya sudah menjelaskan salah faham ini di dalam status FB saya dahulu dan meminta Admin Youtube tersebut mendelete video itu. namun tidak di indahkan , sehingga tersebar keseluruh alam maya.

Berikut adalah penjelasan saya dan pemohonan ma'af saya kepada Ustaz Azhar Idrus :


https://www.facebook.com/assayyidfaez.alaydrus/posts/461071747237146

"Asslamu'alaikum Para Hdhirin sekelian....Hahahaha..rupa2nya begini perbuatan manusia yang terpengaruh dengan perangai TV3..suka ambik video orang dan kerat lepas tu uplod dan ubah tajuk jd "POWER" gitu,supaya rmai yang dapat sedekah pahala....asal tajuk video ini ialah USTAZ TUAN SYED FAIZ - RAGAM MANUSIA DLM LAMAN SOSIAL. (FB)http://www.youtube.com/watch?v=hi4O3lwmjzw&feature=related

tapi diubah kerana di dalam nya ambo ado menyentuh tentang ragam manusia di dalam FB ... like gambar Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ...lalu di kata ambo hasad dan dengki kepada beliau...ini sangat2 saloh dan tidak betul... buat apa ambo nk dengki dengan ustaz azhar idrus..Al- fadhil Ustaz Azhar Idrus segala-segalanya lebih dari ambo... jasanya mengajar oarang ramai... cumo maksud ambo dalam video tu ialah seperti berikut :

1. Manusia sekarang hanya dengar dan ikut kepada seseorang ustaz atau tok guru yang "sohor " masyhur.. cuba kalau Al-Fadhil Ustaz Azhar idrus tidak semasyhur sekarang,adakah ramai orang akan ikut??? 

jadi pengajarannya bukan bodoh atau xboleh ikut Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus TAPI ikut dan mengaji dengan beliau bukan kerana beliau masyhur hanya kerana ilmu dan kebenaran yang di sampaikan nya.. ini lah yg di maksud kan dengan kalam Sayyiduna Ali k.r r.a a.s : انظر الي ما قال ولا تنظر الي من قال
lihat oleh mu akan apa yg di kata jgn engkau lihat diri org yg berkata

2. Bagi ambo 1 benda yg ambo tak berapa setuju mengenai hukum bermain gitar...ambo tahu yg ni khilaf sebab tu video tu tidak di panjangkan lagi pada minit akhirnya.. kerana ambo meraikan khilaf...

3.Bukan lah maksud memisalkan dengan ustaz azhar idrus bermakna ambo tuju terus "totok" kepada beliau seorang...ambo tuju tok kirolah mano-mano ore pun hatta ambo sendiri pun,kalau yg baik kita kena akui dan kalau yg saloh kita jgn ikut...jd bukan kepada diri ustaz tu,siapakah dia?? sedap ke dia mengajar?? org kenal ke tidak?? parti apa dia ??...bukan,tapi pada ilmu yang dia sampaikan...nilai dengan kitab- kitab ulamak silam kerana ulamak lah pentafsir makna dan hukum dari Al-Quran DAN Hadis.....

4.memang tujuan asal nya nk cerita hal ehwal manusia dalam FB... cuba dengar tajuk asal... Tp peseng dio lah ore mangajar...terlanjut cerito nya tubik lah jugok..nk buat guano... 

kalau ya pun sayang dan kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus...ada ke ustaz azhar suruh kerat video dan masukkan balik dalam yuotube spy org boleh tau konon2nya ada budak dengki dengan beliau...betul ke Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus YG SURUH?? kepada yg masukkan tuu g tanyo ustaz nuuh..dia suruh ko tidok... jangan buat gapo yg tok guru xsuruh...hehehe atau pun bukan ikhlas nk bela Al-Fadhil Ustaz Azhar tp hanya benci ko ambo dan nok suruh manusia 1 dunia pakat supoh ko ambo...huhuhuhu ikhlas sungguh niat mu.... mungkin ini cara berjuang yg di tarbiyyah di dalam usrah-usrah kot??? kepada yang mengumpat kepada ambo dalam tu...moga2 ALLOH v hidayah la kepada kami dan anda semua..dan mungkin pahala kamu semua sangat-sangat banyak dan bermurah hati nak sedekah ko ambo sedikit sore...huhuhu ambo terimo dengan hati yang tenang dan gembira.... 

kepada orang yg meng uplod video tu (saiful ahmad &Mashendribegawan) dengan mengubah tajuk video dan mengeratkan video itu,kalau anda ada belajar ilmu TAUHID maka mesti anda ada mengaji rukun yang ke -6 percaya dengan hari kiamat...jd kalau betul2 anda percaya dan berani menghadapinya insyaALLOH di sana kita akan kenal dan berjumpa....walaupn tak tahu dan xkenal di dunia xapa....kerano bagi ambo akhirat itu dekat lambat laung akan sampai juga,dan akan tau juga kamu siapa yg buat lagu tu...hehehehe 

Dan terakhir sekali kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus Ustaz Azhar Idrus,ambo nok mitok ma'aflah kalau Ustaz teraso jugok... seikhlas-ikhlas hati ambo xdop niat nk dengki hasad dengan ustaz....ustaz jauh lebih hebat dari sy :

1.umur sy 23 ,ustaz mungkin dalam 30'an atau 40' an 

2. sy masih dalam fatroh "tempoh" pengajian, ustaz sudah rasmi berada di dalam lapangan dakwah yg mulia

3. ustaz mahir dalam bidang2 yg lain selain dari mengajar(seperti main kamera amik gambar dan main gitar), sy tak pandai,hanya tau mengaji sahaja..amal pon kurang

dan bnyak lah lagi kekurangan sy nak di bandingkan dengan Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus... tp yang paling berbezanya ialah:

Ustaz sudah ada 2 isteri zaujah soleh dan zuriyyat-zuriyyat yg soleh dan soleh yg sudah tentunya menjadi saham ustaz di yaumil AKHIROH ..adapun sy 1 pooon tak de lagi... doa2kan sy ya ustaz....biar alim mcm ustaz tak pun lebih lagi...

Salam ma'af saya kepada AL-Fadhil Ustaz Azhar IDrus andai ustaz juga terasa

Al-Faqir wal Haqir wa Kasir Zunub wa Muhtaj ila'AFU ROOBIHI
♥ السيد احمد فائز حفيظ الدين العيدروس ♥                                                                                     "

Saya juga ada menyentuh sedikit tentang hal ini dalam siri kuliah saya ketika di shah alam masa balik cuti tempoh hari




AlhamduliLLAH dengan Taqdir ALLOH sekali lagi, ALLOH ta'ala menghantarkan seorang ulamak dan juga guru saya, saya pernah belajar dengan beliau ketika saya belum datang ke mesir lagi , Ulamak ini selalu dulu ke kelantan kerana anak muridnya Al-Fadhil Ustaz Subki Mudir Ma'ahad Tahfiz Repek Pasir Mas kerap juga menjemput beliau mengajar di kelantan seperti di sekolah beliau sendiri , pondok pasir tumboh dan lain-lain , sampai lah saya belajar di mesir sekarang ini pun rupa-rupanya beliau setiap tahun akan mengajar di mesir dengan anak-anak kedah di rumah kedah , majlis ilmu al-banjari. sekali lagi saya berpeluang untuk mengaji dengan beliau, walaupun begitu beliau mungkin tidak mengenali saya, kerana saya hanya debu-debu sahaja yang layak duduk di belakang- belakang ketika majlis beliau. Beliaulah Al-Alim Al-Allamah Tuan Guru Syaikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Al-Azhari  hafizohulloh.

Beliau menyentuh isu hukum bermain gitar dan Ustaz Azhar Idrus di dalam beberapa majlis ilmu beliau di Malaysia, yang bagi saya itu lah juga maksud saya dalam video saya dahulu. Jadi ALLOH mendatangkan Syaikh untuk menerangkan maksud saya kepada manusia yang kurang faham loghat kelantan dan tujuan ikhlas hati saya dalam menegur Ustaz Azhar Idrus

Lihat dan dengar lah dengan betul - betul, jangan mendahulukan taksub (Kami menghormati Ustaz Azhar Idrus) tapi kebenaran mesti di terangkan bukan bermaksud untuk merendahkan Maqom Ustaz Azhar Idrus seperti Abuaqif dan Ustaz-ustaz muda WAHABI UMNO tu.


TG Syeikh Nuruddin Al-Makki-Martabat SYEIKH ALI SOBUNI&Dakwah Ust Azhar Idrus&HARAM Gitar





TG Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - HARAM GITAR 




TG Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki - berhati-hati mengeluarkan fatwa


TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki mengulas tentang tulisan di masjalah Q&A berkenaan isu bermain gitar oleh Ustaz Azhar Idrus


Ini adalah teguran Tuan Guru Syeikh terhadap Ustaz Azhar Idrus yg menjawab persoalan tentang isu bermain gitar dlm. keluaran majalah Q & A.Diharap kita berhati2 dlm. mengeluarkan sesuatu hukum jika kita tidak pasti.





 Dalam menaqalkan Fatwa ulamak kita perlu menggunakan qaedah Adab Ifta' Lil 'Awam dan  menjaga Saddul Bab seperti  tentang Hukum bermain alat muzik yang bertali seperti gitar.. Bagi Al-Faqir walaupun BENAR hukumnya Khilaf ulamak tetapi dalam meriwayatkan Qaul-qaul dan fatwa ulamak kita punya adab, jangan jadi seperti apa yang diqiaskan oleh  Syaikhuna Syaikh Nuruddin Al-Banjari hafizohulloh " Jangan Sampai Pramugari lebih cermat menjaga keselamatan penumpang daripada ulamak menjaga keselamatan Ummat" 

Ulamak-ulamak kita bukan Jahil atau tidak mengerti bahawa hukum main gitar itu khilaf ulamak , mereka lebih tahu dari kita, tetapi mereka punya disiplin Ilmu dalam menghikayat qaul-qaul ulamak untuk orang Awam . mereka punya pendirian " Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil jalan ihtiyathi – إحتياطي- iaitu mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah sangat digalakkan dalam Islam. " Di sanalah timbulnya Saddul Bab atau Saddu Zari'ah  FAHAM itu wahai manusia yang perasan Alim...(mereka yang hasad dengan hamba bukan di tujukan kepada Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus HafizohuLLOH)


Sebab itulah Ulamak-ulamak dulu bila di tanya hukum main gitar di khalayak ramai , mereka akan jawab " HARAM" , Padahal mereka itu alim dengan hukum khilafnya. Hukum main gitar ini HARAM dengan Itifaq Ulamak 4 Mazhab ( bukan IJMAK sebab selain daripada 4 Mazhab ada yang tidak menghukumkan haram, FAHAM ISTILAH baik-baik, jangan Bodoh)



PANDANGAN ULAMAK MENGENAI ALAT MUZIK


Ittafaq  ulamak 4 Mazhab mengharamkan hampir semua bentuk alat-alat hiburan atau muzik. Mereka berdalilkan kepada beberapa hadis yang menyebut tentang alat-alat muzik yang ditegah oleh syarak sepertimana berikut:

a) Diriwayatkan oleh Abu Umamah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud:

Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan Aku supaya menghapuskan alat ma’azif (alat bunyi-bunyian), alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (alat-alat muzik bertali), salib dan perkara-perkara jahiliah ………..( hingga ke akhir hadis ).
( Riwayat Abu Daud al Thoyalisi )

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam Abu Daud al Thoyalisi dan lafaz hadis ini dari riwayatnya dan juga diriwayatkan oleh al Imam Ahmad bin Hanbal. Ahmad bin Mani’Al Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz yang bermaksud:

Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan Aku (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekelian alam dan Allah memerintahkan Aku supaya menghapuskan mazamir(gitar) , ma’azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah ……..( hingga ke akhir hadis ).

Hadis Abu Umamah ini terdapat pada rawinya Ali bin Yazid al Ilhani dan dia adalah lemah keadaannya, tetapi oleh kerana ia disokong oleh sumber yang lain seperti hadis Ibnu Mas’ud dan lain-lain sahabat maka hadis ini menjadi kuat. Antara hadis yang menyokong hadis itu juga ialah hadis riwayat Ibnu ‘Abbas r.a. yang telah berkata:
الكوبة حرام والدن حرام والمعازف حرام والمزامير حرام
Maksudnya: Kubah itu haram, dannu itu haram, ma’azif itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram. (lihat bentuk gambar yang dilampirkan)

Hadis ini diriwayat oleh al Imam Musaddad dan al Imam al Baihaqi dalam al Sunan al Kubra secara mauquf dan diriwayatkan oleh al Bazzar secara marfu’.

b) Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Aku diperintahkan untuk merobohkan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup.
Dikeluarkan oleh al Dailami

c) Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: Apabila tiba hari kiamat, Allah Azza wa Jalla berfirman: Mana mereka yang menjauhkan pendengaran dan pemandangan mereka daripada alat-alat permainan syaitan? Asingkan mereka…..(hingga ke akhir hadis)
Dikeluarkan oleh al Dailami

Berkata al Imam Ibnu Hajar, hadis ini jelas menunjukkan pengharaman alat-alat hiburan yang mendatangkan sukaria dan gembira yang membawa kepada kelalaian.


d) Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda yang berkmasud: Satu kumpulan daripada umatKu pada akhir zaman, ditukarkan mereka menjadi monyet-monyet dan babi-babi. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah, adakah mereka orang-orang Islam ? Sabda Baginda: Ya, mereka mengucap dua kalimah syahadah iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Aku adalah pesuruh Allah dan mereka mengerjakan puasa. Para sahabat bertanya: Mengapa mereka menjadi begitu, ya Rasulullah? Sabda Baginda: Mereka bermain dan berhibur dengan alat-alat bunyian dan penyanyi-penyanyi wanita dan dengan rebana serta mereka minum berbagai jenis arak dan mereka bermalam dengan minuman mereka dan hiburan riuh rendah mereka, maka pada pagi hari mereka telah ditukarkan rupa menjadi monyet dan babi.

Hadis ini diriwayatkan oleh al Imam al Musaddad dan Ibnu Hibban dengan lafaznya yang bermaksud: Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam: Tidak berlaku hari kiamat sehingga ada satu kumpulan……..(hingga ke akhir hadis sebagaimana riwayat di atas ).

e) Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Akan berlaku pada umatKu oleh beberapa kumpulan atau kaum menghalalkan zina, sutera (dipakai oleh kaum lelaki), arak dan ma’azif (alat-alat bunyi-bunyian).
(Hadis Riwayat al Bukhari dan Abu Daud)

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi dalil kepada sebahagian ulamak yang mengaharamkan alat-alat hiburan (muzik).

Dalam kitab al Muhazzab oleh al Imam Abu Ishak al Syirazi ada menjelaskan bahawa bermain alat-alat muzik itu haram sekalipun tidak diiringi dengan lagu. Kata al Syirazi:

ويحرم إستعمال الألات التى تطرب من غير غناء كالعود والطنبور والمعزفة والطبل والمزمار
Ertinya: Dan diharamkan menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan tanpa ada lagu seperti gitar, thunbur, ma’zifah, thabl (gendang) dan mizmar.

Adapun dalilnya ialah firman Allah yang bermaksud: Dan ada di antara manusia yang membeli “ Lahwa al Hadis ” bagi tujuan menyesatkan manusia daripada jalan Allah..
( Surah Luqman: 6 )

Berkata Ibnu Abbas: “ Lahwa al Hadis ” sesungguhnya itulah alat-alat hiburan.

Al Imam al Nawawi mengatakan dalam kitabnya al Minhaj dalam Kitab al Syahadat:

ويكره الغناء بلا آلة وسماعه ويحرم استعمال آلة من شعار الشربة كطنبور وعود وصنج
ومزمار عراقي واستماعها.
Ertinya: Makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya. Dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur, gitar, shanj dan mizmar ‘iraqi dan haram mendengarnya.


Demikianlah pandangan beberapa orang ulamak besar dalam mazhab syafi’e mengenai hukum menggunakan muzik dan mendengarnya. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh beberapa ulamak besar yang lain seperti al Syeikh Ibnu Hajar dalam kitabnya al Zawajir dan juga al Imam al Ramli al Syafi’e sebagaimana tercatat dalam kitab Nihayah al Muhtaj ila Syarh al Minhaj (8/296), yang menggambarkan inilah pandangan umum dan masyhur dalam mazhab syafi’e.

Ulama-ulama dalam mazhab syafi’e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan didapati mazhab-mazhab yang lain seperti Hanafi dan Hanbali juga berpandangan sedemikian.

Berkata Ibnu al Qayyim dalam kitabnya Ighathah al Luhfan min Masyahid al Syaithan (1/255-256): Ertinya: Mazhab Abu Hanifah dalam perkara ini adalah mazhab yang paling keras dan kata-katanya mengenai perkara ini adalah kata-kata yang paling tegas. Para sahabat Abu Hanifah dengan tegas mengatakan haram mendengar semua jenis alat hiburan seperti seruling, kompang bahkan termasuk memukul-mukulkan tongkat kecil (cota) sekalipun. Mereka dengan tegas menyatakan bahawa ianya adalah maksiat, boleh membawa kepada fasiq dan kesaksian ditolak.

Dalam Mazhab Hanbali, berkata Imam Ibnu Qudamah al Hambali dalam al Mughni yang boleh disimpulkan sebagaimana berikut:

Ada juga segolongan ulamak yang mentafsilkan pengharaman itu iaitu golongan yang mengharamkan beberapa jenis alat muzik dan mengharuskan selain daripadanya. Alat-alat muzik yang diharamkan itu ialah (al mizmar- المزمار ) seruling atau semua alat yang ditiup seperti serunai dan seumpamanya, (al awtar – الأوتار ) alat muzik bertali dan (Thoblu al Kubah – طبل الكوبة) gendang kecil yang ramping di tengah (lihat gambar-gambar alat tersebut sebagaimana dilampirkan). Inilah pendapat di sisi Imam al Ghazali r.a. dan mereka yang sependapat dengannya. Ini kerana ia menjadi lambang kepada peminum arak dan khunsa. Selain daripada alat-alat muzik tersebut hukumnya masih kekal dengan seperti asalnya iaitu harus. Umpamanya rebana sekalipun terdapat loceng kecil padanya, begitu juga dengan tabuh, syahin dan gendang yang dipukul dengan kayu serta alat-alat lain.

Al Imam al Ghazali berhujjah dengan berkata bahawa syarak tidak mengharamkan alat-alat tersebut kerana kelazatannya. Jikalau ia hanya kerana kelazatannya maka perkara-perkara lazat yang lain turut dilarang. Ia dilarang atas dasar turutan (ittiba’). Apabila arak diharamkan, maka semua amalan peminum arak turut diharamkan bersama iaitu alat muzik bertali dan seruling. Keadaan ini samalah seperti pengharaman berkhalwat dengan wanita ajnabiyyah kerana ia boleh membawa kepada persetubuhan. Begitu juga dengan pengharaman memandang ke arah peha kerana ia bersambung dengan dua kemaluan. Diharamkan juga arak yang sedikit sekalipun tidak memabukkan kerana ia membawa kepada mabuk. Setiap perkara yang mendorong kepada yang haram mesti diharamkan juga sebagai satu jalan menghalang daripada terjatuh terus ke dalam jurang yang pasti haram. Muzik bertali dan seruling (atau seumpamanya) menjadi haram kerana mengikuti pengharaman arak lantaran tiga alasan:

a) Ia boleh mengakibatkan seseorang itu meminum arak, kerana kelazatan yang ada padanya hanya akan sempurna dengan arak.

b) Alat ini menyebabkan orang-orang yang baru meninggalkan arak mengingati kembali majlis-majlis hiburan yang dihidangkan dengan arak. Ini kerana majlis hiburan tersebut kebiasaannya diserikan dengan alat-alat muzik tersebut. Dengan itu apabila dia bermain dengan muzik tersebut, maka ia akan membawa kepada ingatan terhadap majlis itu. Ingatan akan mendorong kepada kerinduan. Dengan itu alat muzik tersebut menjadi penyebab seseorang yang telah meninggalkan amalan meminum arak kembali melakukannya.

c) Terdapat ijma’ ulamak mengenainya, kerana ia telah menjadi amalan orang-orang fasik. Oleh itu ia dilarang kerana menyerupai mereka. Ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk di kalangan kaum tersebut.


Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali (autar) dan yang ditiup dengan mulut (mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.
Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :
Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.
Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar danmazamir.
Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.
Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:
  1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
  2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
  3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”

Dalam kitabnya, “Al-Umm”, Imam asy-Syafei rahimahullah menegaskan lagi bahawa:
(قَالَ الشَّافِعِيُّ - رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى -): "فِي الرَّجُلِ يُغَنِّي فَيَتَّخِذُ الْغِنَاءَ صِنَاعَتَهُ يُؤْتَى عَلَيْهِ وَيَأْتِي لَهُ، وَيَكُونُ مَنْسُوبًا إلَيْهِ مَشْهُورًا بِهِ مَعْرُوفًا، وَالْمَرْأَةُ، لَا تَجُوزُ شَهَادَةُ وَاحِدٍ مِنْهُمَا؛ وَذَلِكَ أَنَّهُ مِنْ اللَّهْوِ الْمَكْرُوهِ الَّذِي يُشْبِهُ الْبَاطِلَ، وَأَنَّ مَنْ صَنَعَ هَذَا كَانَ مَنْسُوبًا إلَى السَّفَهِ وَسُقَاطَة الْمُرُوءَةِ، وَمَنْ رَضِيَ بِهَذَا لِنَفْسِهِ كَانَ مُسْتَخِفًّا، وَإِنْ لَمْ يَكُنْ مُحَرَّمًا بَيِّنَ التَّحْرِيمِ، وَلَوْ كَانَ لَا يَنْسُبُ نَفْسَهُ إلَيْهِ، وَكَانَ إنَّمَا يُعْرَفُ بِأَنَّهُ يَطْرَبُ فِي الْحَالِ فَيَتَرَنَّمُ فِيهَا، وَلَا يَأْتِي لِذَلِكَ، وَلَا يُؤْتَى عَلَيْهِ، وَلَا يَرْضَى بِهِ لَمْ يُسْقِطْ هَذَا شَهَادَتَهُ، وَكَذَلِكَ الْمَرْأَةُ"[الأم للشافعي (6/ 226)- الشاملة].
“Seorang lelaki yang menyanyi dan menjadikannya sebagai pekerjaan, adakalanya ia diundang dan adakalanya ia didatangi sehingga ia dikenali dengan gelaran penyanyi, juga seseorang wanita (yang seperti itu), maka tidak diterima sumpah persaksiannya. Kerana menyanyi termasuk permainan yang dibenci. Tetapi, adalah yang lebih tepat, sesiapa sahaja yang melakukannya, maka ia disebut sebagai dungu (bodoh) dan mereka termasuk orang yang sudah tiada harga diri (jatuh maruahnya)...” [Asy-Syafei, al-Umm, 6/226].
Bagi mazhab asy-Syafei sendiri dinyatakan bahawa: “Diharamkan mengguna dan mendengar alat-alat muzik seperti biola,shonji (iaitu dua piring tembaga yang saling dilagakan bagi menghasilkan bunyi), dan sebagainya. Setiap alat muzik yang bertali adalah haram tanpa khilaf. Dibolehkan duff (kompang) bagi majlis kenduri kahwin, berkhatan atau seumpamanya. Nyanyian jika tanpa alat muzik, hukumnya makruh (dibenci) dan jika dengan diiringi alat-alat muzik hukumnya adalah haram.” [Lihat perbahasannya dalam kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah al-Faz al-Minhaj, Kitab asy-Syahadat karya Imam Muhammad bin Ahmad bin al-Khathib asy-Syarbini]




Hiburan itu tiga keadaan:

a) Haram- iaitu memetik tali-tali alat permainan dan alat-alat yang ditiup, memalu gambus,thunbur dan lain-lain alat hiburan. Sesiapa yang sengaja mendengarnya maka ditolak kesaksiannya kerana diriwayatkan daripada Saiyyidina Ali r.a. bahawa Nabi Sollallahu ‘alaihiwasallam bersabda yang maksudnya: Apabila telah nyata pada umatKu lima belas perkara nescaya bala akan menimpa mereka. Maka Baginda menyebutkan di antaranya: Muncul alat-alat nyanyian dan alat-alat hiburan.

b) Harus- iaitu duff (kompang), kerana Nabi Sollallahu ‘alahi Wasallam telah bersabda yang maksudnya: Zahirkanlah kerja perkahwinan itu kepada orang ramai dan kamu palulah kompang padanya. Atau di majlis - majlis Maulid Nabi s.a.w kerana memuji baginda dan dan berqosidah 

c) Makruh- iaitu memalu kayu pada kayu apabila tidak dicampur dengan perkara haram atau makruh.

Berkata Al-Imam Al-Sayyid ‘Alwi Al-Maliki Al-Hasani: Ketahuilah bahawa alat-alat hiburan yang mempunyai tali seperti rabab, gitar dan qanun HARAM  mendengarnya dan haram memainkannya mengikut pendapat yang masyhur dari mazhab yang empat dan wajib mengingkarinya (mendengar alat-alat tersebut) dan memberikan nasihat mengenainya. Adapun memukul rebana tidaklah mengapa dalam majlis pernikahan berdasarkan hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi Wasallam yang bermaksud: Iklankanlah pernikahan dan kamu pukullah rebana (al Duff) di atas pernikahan itu. Namun tidak harus memukulnya selain daripada majlis pernikahan menurut pendapat yang masyhur tetapi lawan pendapat yang masyhur, harus memukul (alat rebana) dalam semua upacara majlis kegembiraan orang-orang Islam.


Berikut Ini saya sertakan beberapa Nas kitab ulamak terkini untuk di tatap dan di kaji oleh manusia- manusia yang ingin mengambil faedah dan ilmu dengannya :


Di Naqal dari Buku " Santri Salaf Menjawab" 















Ini pula kitab menjawab mereka yang memboleh atau mengharuskan permainan alat muzik seperti Gitar:

















Ini pula Fatwa Syaikul Al-Azhar As-Syarif dan Mufti Mesir Tentang pengharaman Gitar :





Memadailah kita orang melayu tanah jawi menghayati nasihat dari seorang ulamak jawi yang sangat alim dan mengajar di masjidil haram Makkah Al-Mukarromah serta beliau juga murid kepada Al-Alim Al-Allamah Sayyidi Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain Azomatkhan Al-Husaini Al-Fatoni Al-Makki ( Tok Faridah) iaitu Al-Alim Allamah Syaikh Abdul Qodir Al-Mandili Al-Indonisi Al-Makki di dalam kitab beliau "Penawar Bagi Hati" , saya sempat bertalaqqi kitab ini dengan Sayyidi Tuan Guru Hj Abdul Hamid Gunong Al-Kelantani dan Sayyidi Tuan Guru Abdul Aziz bin Abdul Rohman Tanah Merah . kedua- dua guru saya ini sangat marah kepada mereka yang menghalalkan bermain gitar ketika mereka mengajar kitab tersebut :









Sayyidi Tuan Guru Abdul Aziz bin Abdul Rohman Tanah Merah 

















Kata Syaikh Abdul Qodir Al-Mandili:

 " Dan Jangan Engkau Tertipu di Sebabkan MEREKA (ULAMAK) yang menghalalkan akan mendengar UMPAMA serunai itu (Masuk juga dalam UMPAMA itu kata guru saya ialah GITAR) Kerana perkata'an (qaul) nya (ulamak itu) itu menyalahi ia akan Quran dan Hadis Nabi S.A.W (kata guru saya sekalipun Hadis - Hadis itu Dhoif, kerana Dhoif itu dari segi sanad jua, adapun Matan Hadis nya SOHEH) "





Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.

(Ini lah yang di maksudkan ittfaq 4 mazhab, walaupun tidak sampai tahap ijmak pun, namun qaul ini sangat kuat dan kukuh, dan dengan qaul ini lah kita di galakkan menghikayat fatwa mereka kepada orang awam muslimin)

Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci. Walaupun di sana juga ada beberapa ulamak yang menghalalkan permainan gitar dan sebagainya, namun dalam menghikayat fatwa ulamak  perlulah kita beradab lebih-lebih lagi di hadapan Awammulmuslimin. Saya menyokong penuh Ustaz Azhar Idrus HafizohuLLOH berdakwah , mengajar dan menarik anak muda. Kepada anak muda pula jangan taksub kepada sesorang tokoh sehingga kita mengenepikan pandangan ulamak yang lebih warak dan thiqoh dalam hukum hakam ugama. Ingat lah 

انظر الي ما قال ولا تنظر الي من قال
lihat oleh mu akan apa yg di kata jgn engkau lihat diri org yg berkata
Nasihat daripada Tuan Guru Maulana Syed Noor Mohammad Bin Syed Jamal. Berasal dari Besut, Terengganu.
Mula belajar agama di Sekolah Pondok Tok Guru Haji Muhammad Bin Yusuf, Kuala Besut, dan Sekolah Agama, Kuala Besut, Terengganu. Kemudian menyambung pelajaran di Deoband Darul Ulum, India. Tuan Guru Maulana telah dikurniakan ijazah untuk mengajar ilmu hadis dari guru-guru hadith di sana. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Berkelulusan Mufti, pernah berkhidmat di Pusat Islam. Menguasai 15 bidang ilmu seperti mantiq, balaghah dan sebagainya. Kini menjadi penceramah bebas di masjid dan surau sekitar Ulu Klang.
Beliau menasihati kita semua di dalam blognya :

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2012/01/29/menyanyi-main-gitar-dan-berjenaka-dalam-masjid/


" Menyanyi, Main Gitar dan Berjenaka Dalam Masjid





Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah. 
Majlis ilmu dan pengajian agama adalah majlis mengingati Allah dan masjid pula adalah rumah Allah di bumi ini. Adalah tidak wajar jika majlis ilmu di masjid dipenuhi dengan gelak ketawa, nyanyian dan muzik. Ketika para sahabat r.a. duduk dalam majlis ilmu yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka mendengar dan menumpukan sepenuh perhatian hinggakan bunyi daun yang gugur pun dapat didengari.
Kita hendaklah mengikut jalan (amalan) para sahabat, para tabiin atau para imam mujtahid (imam 4 mazhab) kerana merekalah mukmin (orang yang beriman) kelas atasan yang lebih layak diikuti. Mereka lebih takut kepada Allah SWT kerana mereka lebih mengenali Allah SWT berbanding kita.
…… dan dia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam Neraka Jahannam dan Neraka Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An-Nisa, 115)
Kesemua 4 mazhab sepakat mengatakan muzik adalah tidak baik dan haram hukumnya. Imam Syafie sendiri mengharamkan 6 jenis alat muzik yang terdapat pada zaman beliau (termasuk dalam kategori bertali, ditiup, digesek, dipalu). Pada zaman kita ni mungkin sudah terdapat beratus alat muzik. Keempat-empat mazhab sepakat bahawa muzik haram hukumnya. Cuma ilmuan dan cendekiawan islam sekarang yang mengharuskannya. Pendapat yang mengharuskan muzik ini adalah bertentangan dengan pendapat mazhab. Mengikut kitab Resmul Mufti, sesuatu fatwa yang dikeluarkan adalah tidak terpakai sekiranya ia bertentangan dengan pendapat mazhab, terutamanya apabila semua mazhab sebulat suara mengeluarkan pendapat yang sama.
Agama Islam adalah sesuatu yang serius , bukanlah untuk seronok-seronok. Maka penyampaian ceramah agama juga pelulah serius, tidak boleh banyak lawak jenaka dan gurau senda. Gantilah lawak jenaka dengan cerita yang boleh memberi teladan disamping boleh menghilangkan rasa mengantuk para pendengar.
Tinggalkan majlis ilmu yang dipenuhi gelak ketawa, lawak jenaka, nyanyian dan gurauan.
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).  (Al-Anaam, 68)




Sekali lagi nasihat saya untuk diri dan semua, Perselisihan pendapat di kalangan ulamak mengenai hukum mendengar atau menggunakan alat-alat muzik ini khususnya apabila terdapat pendapat yang mengharuskannya dengan syarat-syarat tertentu, tidak seharusnya diambil kesempatan untuk mengambil sikap bermudah-mudah dengannya atau memandang ringan terhadap penggunaan alat-alat muzik tersebut. Pandangan atau kenyataan yang sering mengaitkan alat-alat muzik dengan kelalaian, kefoya-foyaan, budaya lepak dan membuang masa, kekhayalan yang ke semua itu akhirnya mungkin menjebakkan seseorang ke lembah maksiat tidak boleh dipandang ringan atau dinafikan begitu sahaja dan tidak sewajarnya kita menghikayatkan fatwa-fatwa ulamak tanpa disiplin ilmu. Pandangan Ulamak tersebut ada kebenarannya, terutamanya apabila melihatkan keadaan masyarakat yang terlalu lemah iman khususnya generasi muda yang mudah terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat dan hanyut dengan keseronokan dunia pada hari ini. Oleh itu saya berpendapat bahawa walaupun mungkin kita bersetuju dengan pendapat golongan ulamak seperti Syaikh Yusuf qordhowi , Ustaz Azhar Idrus dan lain-lain , ia tidaklah bermakna kita boleh mendengar atau menggunakannya semahu-mahunya. Kalau boleh dielakkan daripadanya maka itulah sebaik-baiknya, kerana mengambil jalan ihtiyathi – إحتياطي- iaitu mengambil sikap berwaspada dan berhati-hati agar lebih selamat – itu adalah sangat digalakkan dalam Islam. Sekiranya hendak menggunakannya juga maka biarlah dengan sebab yang kukuh dan munasabah serta wujud keperluannya. Pendek kata, walaupun ia harus pada setengah pandangan ulamak tetapi kita juga di waktu yang sama hendaklah berhati-hati dengannya.

Dan kepada mereka yang mengupluod Video saya dengan meletakkan tajuk seperti  ini "  

Pengikut Ustaz Azhar Idrus Bodoh??  "  oleh Admin yang bernama 

Mashendribegawan
" Di dunia ini walaupun saya tidak tahu siapa kamu, InsyaALLOH kita berjumpa nanti di akhirat , benda ini menjadi panjang kerana kamu yang sesuka hati meletak tajuk yang bodoh pada video saya, yang menyebabkan semua orang salah faham maksud saya, anda tidak akan lepas di akhirat sana "

والله أعلم بالصواب وهو حسبنا ونعم الوكيل وإليه المآب

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

11 ulasan:

  1. انظر الي ما قال ولا تنظر الي من قال

    BalasPadam
  2. check balik youtube awak tu...

    http://www.youtube.com/user/syed1131?feature=watch

    sapa yg guna id ni?kenapa nak laga2kan sesama islam..insaflah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan jadi bodoh ... tengok siapa yg mula dahulu .... jadi supo ore makan nasi laah jgn supo ore makan ..... (Pengikut Ustaz Azhar Idrus Bodoh?? " oleh Admin yang bernama
      Mashendribegawan) tengok tarikh sapo dulu yg nk melaga2 sesama ISLAM... itu haq sy mempertahankan pendangan sy... sapo suruh khianat dulu mula2

      Padam
  3. abu bakar pun suruh tegur kalu dia salah... kenapa nk taksub sangat dgn uai tu? kalu rase nk cari kebenaran sangat pi thailand tanya tok guru dia kat sana gitar tu haram ke tidak.

    ustaz2 bole bagi pendapat tapi bukan bagi fatwa dkhuatiri lebih sesuai dgn nafsu...

    kalu tak faham melayu dan arab cer dengar sheikh hadis keluaran darul ulum plak dlm bahasa english

    http://www.youtube.com/watch?v=xelSIFe-eRs

    BalasPadam
  4. Jangan jadi bodoh ... tengok siapa yg mula dahulu .... jadi supo ore makan nasi laah jgn supo ore makan ..... (Pengikut Ustaz Azhar Idrus Bodoh?? " oleh Admin yang bernama
    Mashendribegawan)

    BalasPadam
  5. Salam ustak, macam mana nak 'pause'kan lagu dlm blog ni? Agak mengganggu untuk tengok video penjelasan ustaz dlm blog ni..

    BalasPadam
  6. ustaz ko lagu ning? BAHLOL punya budak!

    BalasPadam
  7. Astaghfirullah.. Kalau hati.. Prgi la jumpa uia tu.. ����

    BalasPadam
  8. Sey tak berani nak komen, bagi sey Ustaz ni betul. Dan sey pon amat yakin us syedfaiz pon seronok dgn gelaran Al Bahlol tu betul tak us? Kalau tak betul atau betul us boleh Wassap sey. Sbb nak tanya kek wassap, no us dah hilanglah. Secara tak langsung sey nak no us. Bahlol bukan ke nama salah sorang wali Allah? (",)

    BalasPadam