Pages

Ahad, 12 Mei 2013

Isu Hudud - (Akibat Tidak Faham Qaedah : الحدود تسقط بالشبهات )


Pandangan Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah - Penjelasan mengapa di Zaman ini tidak dapat Laksanakan Hudud
Lihat di Link ini :










كلية الجناية الشرعية
بسم الله الرحمن الرحيم
♥♥ مدد يارسول الله ♥♥


Assalamu'alaikum semua.. Pagi ini Al-Faqir nk kongsi bersama tentang Isu Hudud Kanun Jenayah Syariah .

Sebenarnya Ummat ISLAM yang bertempik melalak nak kan Hukum Hudud ALLOH di lakasanakan itu, Mereka sebenarnya hanya ada kesedaran sahaja , Hakikat sebenarnya mereka JAHIL tentang Hukum ALLOH. Belajar kitab Fiqh pun tak lepas, kalau belajar pun tak sampai Bab Jinayah hanya sekadar Bab Rubu' Ibadat sahaja , itu pun bukan menadah kitab tapi menyandar di dinding2 Masjid sambil dgr Ustaz2 mengajar (Penuh Takabur cara jadi Mustima'an pun) . Yang ada nya hanyalah mendengar huraian Hukum Hudud itu di ceramah2 pentas2 Politik yg penceramahnya menerangkan Hukum Hudud dgn tidak lengkap, Sekadar membuat Isu Politik untuk menghentam pihak lawan yg tidak laksanakan Hukum Hudud, Supaya penyokong dan pendokong kita "lembut lidah" kata kat Gu Lawan kita " Tolak ISLAM", "TOLAK HUKUM ALLOH", "NEGARA MALAYSIA BUKAN DAULAH ISLAM SBB TAK BUAT HUDUD" dan mcm2 lah lagi . Ini lah budaya yg berlaku telah berkurun lamanya di Negara kita. Dosa mereka yg berceramah seperti itu sangatlah besar kerana "Khianat pada Ilmu" .

Setelah kita belajar dengan sehabis-habis "Lumat" dan Mengkaji (Tasawwurkan) semampu2 kita , Akhirnya dapatlah kita Faham seperti berikut:

1. Hukum Hudud ialah Hukum ALLOH yg WAJIB FARDHU KIFAYAH di atas Ummat ISLAM melaksanakannya tetapi di Wakilkan perlaksaanya di atas Kerajaan ISLAM. Dan WAJIB kita beriman dan yakin dengan Hukum Hudud tersebut, Jika Ingkar hukum nya Kafir (Bukan Hudud je, Ingkar Kewajiban Solat2 dan Lain2 pun sama lah)

2. Wajibnya Hukum Hudud itu bukanlah seperti Wajib 'Aini Solat yg kita sedia maklum jika Solat di tinggalkan ianya Wajib di Qodho dan tidak ada 1 Qaedah Fiqh pun yg menggugurkan keWajipan Solat walaupun ianya Wajib Muwassa' (Wajib yg di perluaskan)

3. Hukum Hudud ini di gugurkan/di tangguhkan dahulu jika ianya tidak mencapai maslahat UMMAT bahkan membawa keMUDHORATan kerana Sabda Jaddina Muhammad S.A.W :

النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ادرؤوا الحدود بالشبهات

Tinggalkan Hudud dengan sebab adanya Syubhat

Qaedah Fiqhiyah :

الحدود تسقط بشبهات

Hudud itu gugur perlaksaannya dengan sebab ada Syubhat dan bagai-bagai syubhat yang di sebut oleh para Ulamak di dalam Kitab-Kitab Qowa'id Fiqhiyyah.
Maka Syubahat itu mestilah kita Tasawwurkan , apa dia Syubahatnya berlaku di dalam dunia UMMAT ISLAM sekarang ini , Usahkan Malaysia yg warganegra berbilang bangsa dan agama , Mesir yg 95% arab ISLAM da berapa sahaja peratus kristian sampai sekarang tidak lagi menjalankan Hukum Hudud. Sedang Al-Azhar As-Syarif dan Alim Ulamak besar2 bnyk di sini. Soalannya kenapa?? Jawapannya ......... ( Panjang sangat kena buat ceramah khas atau wacana khas atau debat khas kalau nak bahas dan nak jawab bab ini. Saya berani sahut cabaran kalau ada yg nak anjur)

Anda boleh Rujuk Fatwa Syaikhuna Syaikh Nuruddin Ali Goma'ah (Bekas Mufti Mesir Tahun ini dan Murid Al-Musnid Dunya Syaikh Yasin Al-Fadani ) di Blog saya di sini :

http://ustazsyedfaiz.blogspot.com/2013/02/hukum-hududpolitik-kepartian-dan.html?spref=fb

Baca betul-betul sampai habis. InsyaALLOH Faham.


4.Hukum Hudud di Laksanakan apabila dengan perlaksana'annya akan mencapai Maslahat-maslahat berikut

Maqosid Syar'iyyah ( Kulliyat yang 5 atau Kulliyat yang 6) serta menjaminkan ke"IZZAH"an ISLAM dan selepas KeADILAN dalam Pemerintahan di sempurnakan ( KeAdilan dari sudut pendidikan aqidah, syri'ah dan akhlaq , keAdilan dari sudut ekonomi,pembangunan,sosial dan sebagainya ) sebagai contoh :

Hukum Zina di sabit dengan 3 cara :

1) Iqror si penzina
2) Mengkemukan 4 orang saksi yg cukup syaratnya tidak fasiq.
3) Qorinah

Maka Jika si penzina itu mengaku , itu sudah jelas akan hukumnya. Adapun bila di tuduh berzina , Maka si penuduh itu hendaklah mengkemukan 4 saksi , Jika gagal mengkemukan 4 org saksi , Maka hendaklah di bawa "Qorinah" untuk mengelak daripada berlakunya Hukum Qazaf . Maka "Qorinah" itu termasuklah DNA,GAMBAR, VIDEO, Bekas Air Mani dan sebagainya. Maka 4 Mazhab Ittifaq bahawa "Qorinah" ini terpakai dan WAJIB di siasat sehabis2nya termasuk seperti Ujian PoliGraf dan sebagainya. Akan tetapi bila memutuskan Hukum berdasar "Qorinah" Maka hukuman itu tidak masuk di bawah "Hudud" kerana tidak ada 4 org saksi , Hanya masuk ia di dalam "Hukuman Ta'zir" . Barulah Hukum itu mencapai keAdilan. Persoalannya kenapa orang tidak menerangkan dgn Jelas bab ini???!!! hanya berhenti setakat " Tak ada 4 org Saksi segera kena Qozaf 80 sebatan". Fuyoooo bermaharaja lela laaa Perogol.

Contoh lagi di Zaman Jaddina Sayyiduna Muhammad S.A.W , ada seorang Sohabat Nabi yg bernama AbduLLOH yg di panggil "Himaroh" kerana beliau suka buat lawak jenaka dan Baginda S.A.W ketawa dgnnya. 1hari beliau di tangkap kerana minum arak lalu Baginda S.A.W suruh laksankan Hukum Hudud yakni dengan memukul (Kaifiyyat memukul dalam ISLAM tidaklah sebagaimna memukul mcm WWF , ) Bahkan di riwayat dalam hadis tersebut para sahabat berkata : di antara kami ada yg memukul nya dengan tangan sahaja dan ada dengan baju sahaja. Tiba2 dalam hal memukul tersebut ada salahseorang sahabat melaknat AbduLLOH : ALLOHummal'anhu. Seraya Baginda S.A.W memarahinya :

لا تلعن فاءني أعلم انه حب الله ورسرله

Begitu juga hadis yg menceritakan berlakunya Hukuman Had Rejam Penzina Yg pernah merasai persetubuhan yg halal. Ketika berlakunya penrejaman tersebut seorang sahabat terperecik darah penzina itu, Lalu melaknat. Seraya Baginda memarahinya dengan mengatakan benda yg sama.

Ini menunjukan Jaddina Sayyiduna Muhammad S.A.W suruh berlaku "Adil" yakni Hudud itu di laksanakan tetapi mulut Ummat mesti di didik dengan Akhlaq , kerana sabda Baginda S.A.W :

سباب المسلم فسوق

Mencela orang ISLAM itu Fasiq. Bahkan seberat2 Fasiq di dalam ISLAM ialah mencela sesama ISLAM kerana ALLOH Ta'ala berfirman :

وَلاَ تَنَابَزُوا بِالأَلْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الفُسُوقُ

Jangan kamu mengelar denga cerca'an , Sejahat2 Nama Fasiq perbuatan itu.

Maka sekarang pemimpin2 ISLAM masih lagi tidak berjaya mendidik Akhlaq Ummah, pengikut dan pendokong masing-masing . Lihat sahaja di Page Tuan Guru Babo Hj Abdullah Sa'amah An-Najmiah , Berapa ramai yg jaga tangan dan mulut mereka . Maka selagi pendidikan Akhlaq ini tidak dapat di tangani . Sesuatu UMMAH itu tidak duduk di dalam ke Adilan.

Mudoh2 kecek gak , Kito ni xrejam lagi org zina tapi duk menympoh seranoh parop doh sedangkan Baginda S.A.W ajar ialah rejam tapi melaknat,menyumpoh seranoh tu di tegah, jangan buat.

Bahkan Sayyiduna Nabi S.A.W di dalam riwayat hadis hadis bab hukum hudud ini, Baginda banyak kali mengelak dari menjatuhkan Hukuman Hudud bila mengaku/Iqror oleh si penjenayah itu di hadapan Baginda S.A.W . Bahkan dalam Hadis2 itu ada meriwayatkan bila tertangkapnya orang melakukan Jinayah itu dan di bawa kehadapan baginda S.A.W dan di laksanakn hukuman Hudud itu keatas pesalah tersebut, Sahabat RodhiyaLLOhu'anhum berkata :

كأنك تكره يا رسول الله؟؟

Seolah2 engkau benci kami tangkap ini ya RosulaLLOH?? Lalu baginda besabda : "Kalaulah kamu semua tidak bawa kehadapan aku, Nescaya pintu Taubat bagiNYA masih terbuka,Tetapi bila ianya di bawa ke sini (Keraja'an ISLAM) maka hukuman mesti di jalankan.

Begitulah baginda S.A.W mengajar kita supaya menutup 'aib diri kita juga. Kerana Sabda Baginda lebih kurang mafhumnya "Dosa yg di buat secara sembunyi2 itu lebih mudah bagi ALLOH utk mengampunkan nya jika seorang itu bertaubat nasuha berbanding jika seorng itu menceritakan dosa yg di buat itu kepada org ramai kerana ketika dia melakukan dosa di malam hari ALLOH telah menutup 'aibnya jika dia sendiri yg tidak membuka 'aib itu". Begitulah yg terjadi bila seorang sahabat ada pergi mengubati pesakit perempuan di hujung Kota Madinah lalu balik berjumpa baginda dan menceritakan yg dia telah bercumbu2 dgn perempuan itu :

ففعلت كل شيء الا زنا

Lalu Sayyiduna Umar Al-Faruq R.A berkata :

قد سترك الله لو سترت نفسك

Sesungguhnya telah menutup 'aib engkau oleh ALLOH , buat apa kamu mari duk nok cerito kat kami??.

Pendeknya di sini menegaskan Isu Hudud ini bukan Isu Parti Politik atau Kerajaan . Bahkan ianya Isu Ummat ISLAM sejagat.JANGAN lagi menuduh dan menunding kesalahan kepihak yg lain. SATU DOSA BESAR BILA MEMPOLITIK KEPARTIANKAN ISU HUDUD INI Bahkan sepatutnya dan Sayugianya Ummat ISLAM Wajib mencari, mengkaji, mempelajari daripada mana puncanya Hukum ini tidak dapat di laksana di seluruh Negara ISLAM .. Hatta Negara Saudi yang melaksnakannya pun tidak melaksana dengan cukup syaratnya . Antranya mereka melarang daripada merakam kannya sedangkan Hukum Hudud ini :

فليشهد عذابهما

Mesti di persaksikan di persembahkan ke khalayak ramai. Inilah yg sy kata tadi supaya tidak timbul pencemaran ke"Izzah"an ISLAM itu.
Jadi kita sebagai UMMAT ISLAM jom sama-sama kita pakat belajaq,kaji apa punca yg sebenarnya. Adakah di sebabkan dengan runtuhnya sistem Khilafah Islamiyyah ?? Lalu penjajah Kuffar menanamkan benih2 Syubhat di dalam negara ummat ISLAM sehingga Keraja'an kita tidak mampu utk melaksnaknnya?? kerana Orang Kafir pun bijak dan kaji tentang ISLAM

الحدود تسقط بشبهات
Hudud itu gugur dengan sbb adanya syubhat.

Sebab itulah asas kerajaan ISLAM itu ialah "KEADILAN" bukan Parti KeAdilan. Sayyiduna Umar R.A masyhur bukan kerana berjaya memotong tangan pencuri,merejam org berzina dan sebagainya tetapi kerana ADILnya Sayyiduna Umar R.A. sehingga beliau mengungkapkan :

لو تعثرت بغلة في عراق لحاسبني الله يوم القيامة لماذ يا عمر لم تصلح هذا طريق فيها؟؟

kalu tergelincir seekor kaki baghol di hujung iroq nescaya di hisab oleh ALLOH di hari Qiamat " Heei Umar, Bakpo mu tidok baiki jalan sehingga baghal tu sakit kakinya kerna tergelekcoh?? .

Maka Tujuan ISLAM itu ialah "ADIL" dari segi Aqidahnya, Fekahnya, Akhlaqnya dan ekonomi, sosial dan pembangunannya. Bukan semata-mata menghukum . Adapun pemimpin2 kita sekarang kebanyakannya melaung sahja nak ke'Adilan tapi dia sendiri tak praktik pun keadilan itu dalam diri mereka. Contohnya tidak boleh di kritik dan di nasihati kononya mereka Pemimpin lagi Ulamak lagi ... Fuyooooo sedangkan Sayyiduna Abu Bakar As-Siddiq R.A ketika beliau di lantik menjadi Khalifah beliau berkhutbah :

ياءيها الناس ,قد وليت عليكم ولست بخيركم ان أحسنت فأعينوني وان أسأت فقوموني

Heei Manusio, Sesungguhnyo aku di lantik jadi khalifoh di atas kamu padahal aku bukan terbaik di kalangan kamu ,Jika aku berbuat baik maka tolonglah aku di atas taqwaLLOH dan jika akau buat benda tidok baik maka perbetulkan aku. Sayiduna Umar R.A pernah di tegur oleh permpuan tua, Sayyiduna Mua'awiyyah R.A pernah di tegur dgn Mata Pedang . Mereka bersikap adil. Kita baru tegur dan nasihat sikit jee pun dah di pulau, di hentam di tuduh macam2... Duk Mano "ADIL" weeeii??

sedangkan ALLOH Ta'ala berfirman :

وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Jangan di sebabkan kamu benci dengan 1 puok itu dengan kamu tidak berlaku ADIL terhadap mereka. Buat buat ADIL lah kerana ianya sedekat2 TaqwaLLOH.

Alah ko gu lawan suruh buat adil, bila kita nok nasihat di pulau di hino tidak di beri tempat. Mano gaak yg kita duk laung2 semangat keAdilan tu??

Sejarah mengajar kita , Lihat sahja di Sudan bila menangnya Parti ISLAM dan cuba melaksanakn Hudud dan ternyata ianya gagal. Begitu juga di tanah air kita contohnya negeri ku sendiri .. Ianya SUDAH BOLEH di laksankan , tiada sekatan apa2 di peringkat Pusat atau perlembaga'an .. Tetapi belum juga di Laksanakan . Sila Rujuk Blog Dewan Ulamak Pas Pusat : http://ulamak.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=323%3Ahudud-boleh-dilaksanakan-di-kelantan&catid=17&Itemid=19

Tapi kalu Bab Aqidah,Solat,Thoharoh, Tutup Aurat, Munakahat, Mu'amalat dan sebaginya pun Ummat masih lagi Jahil Tukil apatahlagi bab Jinayah. Hanya sekadar laungan membuta tuli sahaja lah tanpa di sertakan dengan ILMU ISLAM , ISLAM itu bukan dengan munasabah aqal boleh fikir sendiri tapi dengan Belajar Tafaqquh Kata Jaddina Sayyiduna Ali A.S wa KarromaLLOHuwajhah :

ديننا بنيان علي نقول لا مناسبة علي العقول

Dan Sabda Baginda S.A.W :

العلم بتعلم والفقه بتفقه

Qadhi iyyad berkata:

ﻋﻠﻴﻚ ﺑﻄﺮﻳﻖ ﺍﻟﻬﺪﻯ ﻭﺇﻥ ﻗﻞ ﺍﻟﺴﺎﻟﻜﻮﻥ،
ﻭﺍﺟﺘﻨﺐ ﻃﺮﻳﻖ ﺍﻟﺮﺩﻯ ﻭﺇﻥ ﻛﺜﺮ
ﺍﻟﻬﺎﻟﻜﻮﻥ


hendaklah kamu berada di jalan petunjuk (belajar itu sebab bagi petunjuk) walaupun sikit bilangan org yg melalui jalan itu. Jauhkan diri dari jalan kerosakan, walaupun sedikit bilangan pelaku kerosakan itu.

Dan Aku tetap di jalan belajar, mengkaji dan terus mengkaji . Biarlah golongan Talaqqi dan Tafaquh ini tak ramai mcm golongan yg semangat ISLAM pun.

Nasihat ini di tuju khas buat Sharifah Fatimah Benyahya Fatin Nadiah Al'AydrusFahim Al'Aydrus Shafiena Fiesha Nabilla Sham dan Sahabat dan Sohabiah ku di FB , yg jadi kawan atau yg melanggang FB ku dan Seluruh UMMAT ISLAM kerana aku mencintai UMMAT ISLAM yg damai, Adil, tenteram, Salim Aqidah Syari'at dan Akhlaqnya.

Tidak payah nak berdebat2 dalam komen FB ini ya, Kalau nak debat ke wacana ke apa, Jangan lupa anjurkan bila sy balik Malaysia.. Hahahaha InsyaALLOH sy mau je. Yang tak maunya komen bukan main ganas dalam FB , Bila balik habuk batang hidung pun tak nampak.

Daripada Si Jahil lagi FaqiruIlaLLOH As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Ustaz Syed Faiz Al-Idrus .







Sila Baca dengan teliti Fatwa Syaikhuna Syaikh Ali Goma'ah HafizohuLLOH :



Hukum Hudud,Politik Kepartian dan Sayyidi Syaikhona Syaikh Nuruddin Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab HafizohuLLOH serta video riwayat Hidup beliau


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُاَ
عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ


(Hukum Hudud dan Sayyidi Syaikhona Syaikh Nuruddin Ali Gomaa Mohamed Abdel Wahab HafizohuLLOH serta video riwayat Hidup beliau)
(قصة حياة الإمام العلامة أ د علي جمعة مفتي الديار المصرية و عقوبات الحدود)

( على جمعة محمد عبد الوهاب 'Ali Jum'ah Muhammad 'Abdul Wahab) lahir di Kaherah , 3 Mac 1951; umur 61 tahun, adalah Mufti Besar Mesir. Sekarang beliau meletak Jawatan Mufti dan banyak masanya di gunakan untuk mengajar di Masjid Al-Azhar As-Syarif  Moga kita dapat Faedah dan banyak manf'atnya nanti .. Amin Ya Robba'alamin ..



                                                            مفتي الديار المصرية فضيلة الدكتور علي جمعة

1 daripada Fatwa Syaikhuna Ali Goma'ah HafizohuLLOH ialah Bab Hukum Hudud yang menjadi lelongan orang JUHALAK dek kerana semangat sahaja malas nak belajar dan mengkaji, Bodoh tapi sombong tetapi belagak lebih islam daripada orang lain sampai mudah sangat menuduh orang Kafir dan tolak hukum ALLOH ....

Ini antara Fatwa Sayyidi Syaikh Ali Goma'ah Bab Hudud Teks Arabnya :

 عقوبات الحدود.. بين التعليق والتطبيق
حقائق.. حول تطبيق الشريعة والحدود

الأربعاء, 03 أغسطس 2011 00:00


فضيلة الدكتور علي جمعة
د. علي جمعة
قضية تطبيق الشريعة لا بد أن تفهم بصورة أوسع من قَصرها على تطبيق الحدود العقابية بإزاء الجرائم، كما هو شائع في الأدبيات المعاصرة، سواء عند المسلمين أو عند غيرهم، حيث إن تطبيق الشريعة له جوانب مختلفة، وله درجات متباينة، وليس من العدل أن نَصف واقعاً ما بأنه لا يطبق الشريعة لمجرد مخالفته لبعض أحكامها في الواقع المعيش، حيث إن هذه المخالفات قد تمت  على مدى التاريخ الإٍسلامي وفي كل بلدان المسلمين ودولهم بدرجات مختلفة ومتنوعة، ولم يقل أحد من علماء المسلمين إن هذه البلاد قد خرجت عن ربقة الإٍسلام أو إنها لا تطبق الشريعة، بل لا نبعد في القول إذا ادعينا أن كلمة تطبيق الشريعة كلمة حادثة.
وهناك حقائق يجب معرفتها:
1 -  أن الشريعة تعني ما يتعلق بالعقائد والرؤية الكلية من أن هذا الكون مخلوق لخالق، وأن الإنسان مكلف بأحكام شرعية تصف أفعاله، وأن هذا التكليف قد نشأ من قبيل الوحي، وأن الله أرسل به الرسل وأنزل الكتب، ويوم آخر للحساب وللثواب والعقاب، كما أنها تشتمل على الفقه الذي يضبط حركة السلوك الفردي والجماعي والاجتماعي، وتشتمل أيضا على منظومة من الأخلاق وطرق التربية ومناهج التفكير والتعامل مع الوحي قرآناً وسنة، ومع الواقع مهما تغير أو تبدل أو تعقد.
2 -  قضية الحدود تشتمل على جانبين: الجانب الأول هو الاعتقاد بأحقية هذا النظام العقابي في ردع الإجرام، وفي تأكيد إثم تلك الذنوب ومدى فظاعتها وتأثيرها السيئ على الاجتماع البشري ورفضها بجميع صورها نفسيا لدى البشر، وأن هذا النظام العقابي لا يشتمل على ظلم في نفسه ولا على عنف في ذاته، والجانب الآخر هو أن الشرع قد وضع شروطاً لتطبيق هذه الحدود، كما أنه قد وضع أوصافاً وأحوالاً لتعليقها أو إيقافها، وعند عدم توفر تلك الشروط أو هذه الأوصاف والأحوال فإن تطبيق الحدود مع ذلك الفقد يعد خروجاً عن الشريعة.
3 -  المتأمل في النصوص الشرعية يجد أن الشرع لم يجعل الحدود لغرض الانتقام، بل لردع الجريمة قبل وقوعها، ويرى أيضاً أن الشرع لا يتشوف لإقامتها بقدر ما يتشوف للعفو والصفح والستر عليها. والنصوص في هذا كثيرة لا تتناهى.
4 -  لمدة نحو ألف سنة لم تقم الحدود في بلد مثل مصر، وذلك لعدم توفر الشروط الشرعية التي رسمت طرقا معينة للإثبات، والتي نصت على إمكانية العودة في الإقرار، والتي شملت ذلك كله بقوله صلى الله عليه وسلم: "ادرؤوا الحدود بالشبهات" .. وقول عمر بن عبد العزيز: "لأن أخطئ في العفو ألف مرة خير من أن أخطئ في العقوبة".
5 -  قد يوصف العصر بصفات تجعل الاستثناء مطبقاً بصورة عامة، في حين أن الاستثناء بطبيعته يجب أن يطبق بصورة قاصرة عليه، من ذلك وصف العصر بأنه عصر ضرورة، ومن ذلك وصف العصر بأنه عصر شبهة، ومن ذلك وصف العصر بأنه عصر فتنة، ومن ذلك وصف العصر بأنه عصر جهالة، وهذه الأوصاف تؤثر في الحكم الشرعي، فالضرورة تبيح المحظور، حتى لو عمت واستمرت، ولذلك أجازوا الدفن في الفساقي المصرية مع مخالفتها الشريعة، والشبهة تجيز إيقاف الحد كما صنع عمر بن الخطاب في عام الرمادة حيث عمت الشبهة بحيث فٌقد الشرط الشرعي لإقامة الحد، والإمام جعفر الصادق والكرخي وغيرهما أسقطوا حرمة النظر إلى النساء العاريات في بلاد ما وراء النهر لإطباقهن على عدم الحجاب حتى صار غض البصر متعذراً إن لم يكن مستحيلاً، ونص الإمام الجويني في كتابه الغياثي على أحوال عصر الجهالة وفصل الأمر تفصيلاً عند فقد المجتهد ثم العالم الشرعي ثم المصادر الشرعية، فماذا يفعل الناس؟
ويتصل بهذا ما أسماه الأصوليون في كتبهم -كالرازي في المحصول- بالنسخ العقلي، وهو أثر ذهاب المحل في الحكم، وهو تعبير أدق؛ لأن العقل لا ينسخ الأحكام المستقرة، وذلك بإجماع الأمة، ولكن الحكم لا يطبق إذا ذهب محله، فالأمر بالوضوء جعل غسل اليد إلى المرفقين من أركانه فإذا قطعت اليد تعذر التطبيق أو استحال، وكذلك الأحكام المترتبة على وجود الرقيق، والأحكام المترتبة على وجود الخلافة الكبرى، والأحكام المترتبة على وجود النقدين بمفهومهما الشرعي من ذهب أو فضة ومثل ذلك كثير.
6 -  من أجل الوصول إلى تنفيذ حكم الشرع ومراد الله سبحانه منه والوصول إلى طاعة الله ورسوله، يجب علينا أن ندرك الواقع، وفي حديث ابن حبان في صحيحه في موعظة آل داود أن يكون المؤمن مدركا لشأنه، عالماً بزمانه.
ومن هنا فإن الفقهاء نصوا على أن الأحكام تتغير بتغير الزمان إذا كانت مبنية على العرف  (نص المادة 90 من مجلة الأحكام العدلية)، وأجاز المذهب الحنفي في جانب المعاملات العقود الفاسدة في ديار غير المسلمين، فتغيرت الأحكام بتغير المكان، وقاعدة الضرورات تبيح المحظورات والمأخوذة من قوله تعالى: (فمن اضطر غير باغ ...) تجعل الشأن يتغير بتغير الأحوال، وكذلك تتغير هذه الأحكام بتغير الأشخاص، فأحكام الشخص الطبيعي الذي له نفس ناطقة تختلف عن الشخص الاعتباري حيث لا نفس له ناطقة.
وهذه الجهات الأربع وهي الزمان والمكان والأشخاص والأحوال هي التي نص عليها القرافي كجهات للتغير يجب مراعاتها عند إيقاع الأحكام على الواقع.
ومعلوم أن عصرنا لم يعد أمسه يعاش في يومنا، ولا يومنا يعاش في غدنا، وسبب ذلك أمور: منها: كم الاتصالات والمواصلات والتقنيات الحديثة التي جعلت البشر يعيشون وكأنهم في قرية واحدة، ومنها زيادة عدد البشر زيادة مضطردة لا تنقص أبدا منذ 1830 ميلادية وإلى يومنا هذا. ومنها كم العلوم التي نشأت لإدراك واقع الإنسان في نفسه أو باعتباره جزءاً من الاجتماع البشري، أو باعتباره قائما في وسط هذه الحالة التي ذكرناها.
وسمات العصر هذه ونحوها غيرت كثيراً من المفاهيم، كمفهوم العقد، والضمان، والتسليم، والعقوبة، ومفهوم المنفعة، ومفهوم السياسة الشرعية، فلا بد من إدراك ذلك كله حتى لا تتفلت منا مقاصد الشريعة العليا.
تجارب تطبيق الحدود
7 -  يمكن عرض تجارب الدول الإسلامية المعاصرة مع قضية تطبيق الحدود:
أ -  فنجد أن السعودية تطبق الحدود عن طريق القضاء الشرعي مباشرة من غير نصوص قانونية مصوغة في صورة قانون للعقوبات الجنائية، والتطبيق السعودي للحدود مستقر وليس هناك أي دعوة أو توجه مؤثر لإلغائها أو إيقافها أو تعليقها. وإن كانت هناك بعض النداءات من معارضي النظام السياسي تدعو إلى ضبط الإجراءات وتصف النظام الحالي بعدم العدالة وباعتدائه على حقوق الإنسان.
ب -  حالة باكستان والسودان وإحدى ولايات نيجيريا وإحدى ولايات ماليزيا وإيران والتي نصت قوانينها على الحدود الشرعية وتم الإيقاف الفعلي لها من ناحية الواقع في الباكستان، وتم تعليقها بعد عهد النميري في السودان، وتم تعليقها أيضاً في إيران وماليزيا، وطبقت في ولاية نيجيريا بصورة غاية في الجزئية، ويشيع في كل هذه البلدان العمل بالتعزير بدلاً من تطبيق الحد، فيما عدا الجرائم التي تستوجب الإعدام.
جـ- بقية الدول الإسلامية والتي يبلغ عددها 56 دولة من مجموع 196 دولة في العالم سكتت في قوانينها عن قضية الحدود، وكانت وجهة النظر في هذا الشأن أن عصرنا عصر شبهة عامة، والنبي صلى الله عليه وسلم يقول: "ادرؤوا الحدود بالشبهات"، كما أن الشهود المعتبرين شرعاً لإثبات الجرائم التي تستلزم الحد قد فقدوا من زمن بعيد، فيورد التنوخي في كتابه "نشوار المحاضرة": أن القاضي كان يدخل المحلة أو القرية فيجد فيها أربعين شاهدا ممن نرضى من الشهداء عدالة وضبطاً، وأنه الآن - أي في عصره - يدخل القاضي البلدة فلا يجد فيها إلا الشاهد أو الشاهدين. وأن عصرنا بصفة عامة يمكن أن يوصف بفقد الشهادة أيضاً.
وأن التفتيش للوصول إلى الحقيقة التي تؤدي إلى إقامة الحد ليس من منهاج الشريعة، فإن ماعزاً أتى يقر على نفسه فأشاح النبي بوجهه أربع مرات، ثم أحاله على أهله لعلهم يشهدون بقلة عقله أو جنونه، ثم أوجد له المخارج، ولما رجع في إقراره أثناء إقامة الحد قال رسول الله لعمر: هلا تركتموه؟. وأخذ العلماء من هذا جواز الرجوع عن الإقرار ما دام في حق من حقوق الله وليس بشأن حق من حقوق البشر، كما أن النبي صلى الله عليه وسلم لم يسأله عن الطرف الآخر للجريمة، وهي المرأة، ولم يفتش عنها حتى كنوع من أعمال استكمال التحقيق. وأخرج ابن أبي شيبة عن أبي بكر وعمر وعثمان: أن السارق كان يؤتى به إليهم، فيقول له الإمام: أسرقت؟ قال: لا!.
فالنص على الحدود -كما ذكرنا- يفيد أٍساساً: تعظيم الإثم الذي جُعل الحد بإزائه، وأنه من الكبائر والقبائح التي تستوجب هذا العقاب العظيم، ويؤدي ذلك إلى ردع الناس عن هذه الجرائم على حد قوله تعالى: (ذلك يخوف الله به عباده يا عبادي فاتقون)، ويكمل الحد في هذا الشأن: الضبط الاجتماعي الذي يتولد من الثقافة السائدة لدى الكافة باستعظام هذه الآثام ونبذ من اشتهر بها أو أعلنها أو تفاخر بفعلها. كما أن الشرع فتح باب التوبة، وأمر بالستر في نصوص عديدة من الكتاب السنة.
8 -  ولقد ذكرنا ما ذكرناه إجابة على المبادرة، نرى أن هذه القضية بهذه الصورة ليست ملحة أصلاً، ولا هي في ترتيب أولوياتنا بالمسألة الأَََََولى، بل إن إثارتها الآن يضر ولا ينفع.
والله أعلم.



Terjemahannya :

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak, iaitu Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud. Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.
Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.
Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidaksempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.
Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa.
Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan. Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569)
Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.
Zaman ketiadaan saksi
Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.
Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, Al-Qadhi Al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.
Demikian realiti manusia pada zaman Al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?
Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, Al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).
Setelah menukilkan kata-kata Al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.
(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)
Dalam erti kata lain, zaman ini ialah zaman dimana kita sudah kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud. Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.
Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.
Hudud bukan keutamaan
Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.
Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.
(Rujuk : http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html)
Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini. Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.
Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.
Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’. Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mataSyaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.
Pandangan beliau ini secara tindak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.
















http://www.onislam.net/arabic/madarik/culture-ideas/90481-alsharea.html

 Atau ini terjemahanya:

Pendapat Mufti Mesir Mengenai Perlaksanaan Hukum Hudud


فضيلة الدكتور علي جمعة

Dalam memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, satu perkara asas mesti dimaklumi semua pihak. Iaitu, Syariat Islam telah meletakkan beberapa syarat yang perlu ada sebelum sesebuah negara melaksanakan hudud.

Justeru, apabila dikatakan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, ia bermakna syarat-syarat perlaksanaan hudud itu belum mengcukupi.

Kenyataan ini sama sekali tidak bermaksud hukum hudud itu sendiri ada kelemahan atau kecacatan, sehingga ia tidak boleh dilaksanakan dalam suasana semasa.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah. Hukum hudud adalah sempurna dan lengkap. Cuma suasana semasa tidak memiliki syarat yang ditetapkan yang membolehkan ia dilaksanakan.

Ringkasnya, kenyataan ‘suasana semasa tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud’, bukan mempertikaikan kesempurnaannya dan kewajipan melaksanakannya. Ia sebaliknya berkenaan ‘ketidak-sempurnaan’ suasana semasa. Iaitu tidak memiliki syarat yang ditetapkan bagi membolehkan hukum itu dilaksanakan.

Antara syarat tersebut ialah kewujudan saksi-saksi yang berwibawa. Bagi mensabitkan jenayah hudud (zina, qazaf, minum arak, mencuri, hirabah dan kesalahan murtad), saksi yang bersifat adil (‘adalah) diperlukan.

Saksi yang adil didefinisikan sebagai, antaranya ‘seorang Islam yang menjauhi dosa-dosa besar, tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil, bersikap baik dan bersopan santun (chivalry), dan boleh dipercayai ketika marah. Dengan makna tidak melampau batas dalam tindak tanduknya ketika marah (Rujuk Feqh al-Manhaji, jld. 3, ms.569) Ketiadaan saksi yang memenuhi piawaian yang dinyatakan, akan mengakibatkan hukuman hudud tidak boleh dilaksanakan.

Zaman Ketiadaan Saksi

Persoalannya di sini, wujudkah saksi-saksi seperti yang dinyatakan, pada masa sekarang? Jika diambil kira kenyataan sesetengah ulama dahulu kala, boleh dikatakan kita mempunyai jawapan yang hampir pasti bagi persoalan ini.

Dalam karyanya, Nisywarul Muhadharah, al-Qadhi al-Tanukhi (356-446 Hijrah) ada memperkatakan tentang realiti manusia di zaman beliau dan zaman sebelumnya. Beliau mencatatkan dalam karyanya itu, “sesungguhnya hakim [pada zaman sebelum ini], ketika memasuki sesuatu tempat atau kampung, dia [boleh] menemui 40 orang saksi yang kita perakui [kewibawaan mereka] dari segi ‘adalah (sifat adil) dan ketepatan (accuracy). [Tapi] sekarang, [iaitu pada zaman beliau] seseorang hakim, apabila memasuki sesebuah negeri, dia tidak [dapat] menemui melainkan seorang atau dua orang [yang layak menjadi] saksi”.

Demikian realiti manusia pada zaman al-Tanukhi, iaitu sekitar 980 tahun yang lampau. Jika pada zaman beliau tidak boleh ditemui melainkan 1 atau 2 orang yang layak menjadi saksi bagi mensabitkan kes-kes hudud, maka apakah pada zaman kini-yang disifatkan sebagai akhir zaman yang penuh dengan kerosakan-saksi yang memenuhi piawaian yang ditetapkan syarak itu, mudah didapati?

Jawapannya ada pada Mufti Mesir yang diperakui kemantapan ilmu dan kewarakannya, al-Allamah Syaikh Ali Jum’ah (juga ditulis sebagai Ali Gomaa).

Setelah menukilkan kata-kata al-Tanukhi diatas, Syaikh Ali Jum’ah dengan jelas menyatakan bahawa, “zaman kita secara umumnya, boleh disifatkan sebagai [zaman] yang kehilangan kesaksian [saksi-saksi yang berwibawa]”.

Dalam erti kata lain, zaman yang kehilangan saksi-saksi yang berwibawa pada nilaian syarak, yang boleh diterima kesaksian mereka dalam perbicaraan membabitkan kes-kes hudud.

Dalam realiti Negara Mesir, fenomena ketiadaan syarat yang mencukupi bagi melaksanakan hudud, sebenarnya telah lama berlaku, iaitu sejak sekitar 1000 (seribu) tahun yang lampau. Ini dinyatakan sendiri oleh Syaikh Ali Jum’ah.

Oleh sebab itu, jelas beliau, Negara Mesir, sejak lebih kurang 1000 (seribu) tahun yang lampau, tidak pernah melaksanakan hudud disebabkan fenomena yang dinyatakan.

Hudud Bukan Keutamaan

Oleh kerana zaman kini tidak memiliki ‘kelayakan’ untuk melaksanakan hudud, antaranya kerana tidak memiliki saksi-saksi yang berwibawa, maka menurut Mufti Mesir ini lagi, persoalan hudud bukan sesuatu yang mendesak dan bukan suatu keutamaan.

Lebih dari itu, menurut beliau, membangkitkan isu hudud pada masa sekarang (iaitu tahun 2006, tahun beliau menyatakan pandangan) mendatangkan mudarat dan tidak memberi manfaat.

(Rujuk : Di sini ) jika link ini tidak berfungsi sila ikuti link dibawah:) Sebagai penutup, perlu dinyatakan di sini, Syaikh Ali Jum’ah tidak menyatakan secara jelas bahawa zaman kini tidak kondusif bagi perlaksanaan hudud, seperti yang terpapar pada tajuk tulisan ini.

Tajuk itu sebaliknya adalah rumusan dan kesimpulan penulis daripada dua kenyataan beliau.

Pertama, beliau menegaskan bahawa zaman kini boleh disifatkan sebagai zaman yang ketiadaan saksi yang boleh diterima bagi mensabitkan hukum hudud (seperti yang telah dinyatakan); dan

Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

Prinsip ini diambil daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, ‘abaikanlah [hukuman] hudud dengan sebab [adanya] syubhah’.

Jika demikianlah keadaan zaman kini menurut kaca mata Syaikh Ali Jum’ah, maka bolehlah disimpulkan, perlaksanaan hukum hudud pada zaman kini tidak kondusif disebabkan dua sebab yang dinyatakan.

Pandangan beliau ini secara tidak langsung memberi ‘signal’ amaran kepada semua pihak, agar tidak tergesa-gesa menjatuhkan hukuman ke atas mana-mana pihak yang tidak sependapat dengan mereka dalam soal perlaksanaan hudud.

Dan, inilah objektif tulisan ini. Ia tidak bertujuan mengikat mana-mana pihak dengan pandangan al-Allamah Mufti Mesir ini!

والله أعلم

Moga-moga dengan perletakan Jawatan sebagai Mufti, Sayyidi Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah dapat menyebarkan sepenuh masa ilmu nya yang ibarat Mas permata untuk kita pelajar Al-Azhar.. dan kita juga dapat sepenuhnya menghadiri setiap pengajian dengan Beliau HafizohuLLOH dan bertambah ilmu agama dan siyasah yang sebenar untuk kita. Ramai yang rasa alim politik islam tetapi yang sebenarnya mereka BODOH dan SOMBONG , tidak dapat membezakan antara Siyasah Islamiyyah dan Islam Siyasi Hizbiyyah

sebab itu juga Sayyidi Syaikhona HafizohuLLOH tidak mahu menyertai mana-mana parti politik seperti kata beliau di dalam video ini :





Ini sedikit riwayat kisah hidup Sayyidi Syaikhona Syaikh Ali Goma'ah HafizohuLLOH semoga ianya menjadi Tauladan bagi Al-Faqir dan Sahabat sohabiah semua lebih-lebih lagi mereka yang belajar di Al-Azhar dan yang sudah tamat sebagai Al-Azhari . Inilah Manhaj Al- Azhar  yakni manhaj Ilmu bukan ta'asub Bodoh Membuta tuli  !!!





Yang Banyak Melakukan Dosa dan Khilaf,
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Al-Faqir Syed Ahmad Faiz Al-iDrus

http://www.youtube.com/watch?v=xQ_0wk83D1g

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam


5 ulasan:

  1. imaniyat
    ibadat
    muamalat
    muasyarat
    ahklak - sampai sini org kafir berbondong2 masuk islam
    jinayah
    hudud - umpama bumbung bagi umah mmg wajib ade tapi takkan buat umah nak pasang bumbung terus...ikut le stepnya kan ustaz...

    BalasPadam
  2. salam ustaz..minta izin tnya..

    saya xfhm part ni: Kedua, beliau menyifatkan zaman ini sebagai zaman syubhah (penuh keraguan). Manakala prinsip yang terpakai dalam hukum hudud ialah ‘hukuman hudud diabaikan disebabkan kewujudan syubhah’.

    zaman ni syubhah dari segi mane?

    BalasPadam
  3. Selari dengan apa yang ditulis oleh Abuya Syeikh Ashaari Muhammad, 20 tahun lepas di dalam buku "falsafah perlaksanaan hudud dalam masyarakat" tentang syarat2 dan persiapan yang perlu ada sebelum benar2 hukum hudud ini dapat dilaksanakan.

    BalasPadam
  4. Terima kasih tuan di atas penerangan.

    BalasPadam