Pages

Rabu, 19 September 2012

Kitab Mengenai Wahabi


1. Fitnah Wahabi (Syeikh Ahmad Zaini Dahlan) :- Muat Turun 1 - atau - Muat Turun 2 -

2. إحياء السنة المحمدية بدلاً من سلفية 700ه :- Muat Turun 

3. اعترافات الجاسوس الانگليزي :- Mut Turun 

4. الآراء الحشوية في الفكر الإسلامي دراسة نقدية-د. مصعب الخير إدريس :- Muat Turun

5. الايمان و الاسلام و يليه السلفيون :- Muat Turun

6. السلفية-مرحلة زمانية مباركة لا مذهب إسلامى :- Muat Turun

7. حسن السقاف-الوهابية :- Muat Turun

8. من فضائح كتاب التوحيد لمحمد بن عبد الوهاب-حسن السقاف :- Muat Turun

9. التيميون الجدد-سعيد فودة :- Muat Turun

10. الحبل المتين فى إتباع السلف الصالحين-سعيد الرّحمن التيراهي :- Muat Turun

11. الحبل المتين في اتباع السلف الصالحين و يليه العقود الدرية و يليهما هداية الموفقين :- Muat Turun

12. Kesesatan Nashiruddin Al-bany (wahaby - salafy)
Dalam Ilmu Hadits :-
 Muat Turun

13. Sifat Shalat Nabi vs Sifat Shalat Albany (Salafy/wahaby sesat) :- Muat Turun

14. الدرر السنية في الرد علي الوهابية :- Muat Turun

15. الرد المحكم المنيع-هاشم يوسف الرفاعى :- Muat Turun

16. السحب الوابله على ضرائح الحنابله :- Muat Turun

17. السلف و السلفيون :- Muat Turun

18. السلفية بين التأصيل والابتداع-مصطفى فرحات :- Muat Turun

19. السلفية وتشتييت الأمة-سعيد فودة :- Muat Turun

20. السلفية-مرحلة زمانية مباركة لا مذهب إسلامى :- Muat Turun

21. المنحة الوهبية في رد الوهابية و يليه اشد الجهاد و يليهما الرد على محمود الآلوسى و يليها كشف النور :- Muat Turun

22. الوهابية فى صورتها الحقيقية :- Muat Turun

23. جلاء الظلام في الرد علي الوهابية :- Muat Turun

24. Penolakan Terhadap Wahabi :- Muat Turun

25. Senarai Hujah Ahlus Sunnah wal Jama'ah Ke Atas Penyelewengan Ajaran Golongan Wahabi :- Muat Turun

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG FIQH WANITA MUSLIMAH





Haid


 Takrifnya:

Nama bagi satu jenis darah yang keluar daripada faraj/kemaluan perempuan yang bermula umurnya sembilan   tahun taqriban, bukan darah penyakit dan bukan sebab wiladah.

-    Tidak keluar pada saluran lain seperti mata, telinga dan lain-lain dan bukan keluar pada kemaluan lelaki.

-      Yang dikehendaki di sini adalah sembilan tahun hijrah/qomariyyah(355 hari).

-   Yang dimaksudkan sembilan tahun taqriban di sini adalah kurang 15 hari lagi nak sampai had umur sembilan tahun, juga dihukumkan SAMPAI had umursembilan tahun qomariyyah.

-      Kalau 15 hari lagi, atau 14 hari lagi, atau 13 hari lagi, atau 12 hari lagi dan ke bawah nak sampai had umur sembilan tahun, jika keluar darah cukup 24 jam, maka dihukumkan darah haid juga.

-     Kalau 16 hari lagi, atau 17 hari lagi, atau 18 hari lagi, atau 19 hari lagi dan ke atas nak sampai had umur sembilan tahun, jika keluar darah, maka TIDAK dihukumkan darah haid tetapi dihukumkan darah istihadhah.

-     Bukan keluar sebab sakit tetapi keluar darah sebab tabiat kebiasaan, datang di waktu tubuh badan perempuan itu sihat, keluar dari HUJUNG rahim peranakan perempuan.

-     Dan keluar darah bukan sebab melahirkan anak.


 Masa sekurang-kurang haid, sehari semalam.

-     Paling kurang/sedikit datang darah haid adalah sehari semalam, dengan makna cukup 24 jam.

- Yang dikatakan sehari semalam cukup 24 jam di sini, ada dua MAKNA PENGERTIAN:

1-  Dengan makna jika darah itu keluar terus menerus(berhubung/bersambung) hingga cukup 24 jam.

    • Misalnya, perempuan itu keluar darah terus menerusTANPA HENTI dari jam 8 pagi hingga jam 8 pagi esoknya. Inilah yang dikatakan sehari semalam BERHUBUNG.

2- Dengan makna keluar darah itu putus-putus(tidak berhubung/tidak bersambung) tetapi jika dihimpun/dikira, maka cukup 24 jam.

      • Misalnya, perempuan yang keluar darah pada hari pertama 10 jam kemudian berhenti, hari yang kedua keluar 10 jam kemudian berhenti, dan hari yang ketiga keluar 4 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun/dikira, maka cukup 24 jam tetapi dengan mengambil masa 3 hari 3 malam. Maka HUKUMhaidnya adalah 3 hari 3 malam. Jadi, hukum inidiamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, makabeginilah caranya.

      • Misal kedua, hari pertama keluar darah 5 jam kemudian berhenti, hari yang kedua keluar 5 jam kemudian berhenti, hari yang keempat keluar 5 jam kemudian berhenti, hari keenam keluar 5 jam kemudian berhenti, dan hari yang ketujuh keluar 4 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun kesemuanya cukup 24 jam tetapi dengan mengambil masa 7 hari 7 malam. Maka HUKUM haidnya adalah 7 hari 7 malam.  Jadi, hukum ini diamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilah caranya.

      • Misal ketiga, hari pertama keluar 5 jam kemudian berhenti, hari ketiga keluar 5 jam kemudian berhenti, hari kelima keluar 5 jam kemudian berhenti, hari ketujuh keluar 5 jam kemudian berhenti, hari kesembilan keluar 2 jam kemudian berhenti, dan hari kesebelas keluar 2 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun kesemuanya cukup 24 jam tetapi dengan mengambil masa 11 hari 11 malam. Maka HUKUM haidnya adalah 11 hari 11 malam. Jadi, hukum ini diamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilah caranya.

      • Misal keempat, hari pertama keluar 10 jam kemudian berhenti, hari ketiga keluar 10 jam kemudian berhenti, hari keempat keluar 8 jam kemudian berhenti, hari kelima keluar 4 jam kemudian berhenti, hari keenam keluar 2 jam kemudian berhenti, dan hari ketujuh keluar 1 jam kemudian berhenti. Jika dihimpun kesemuanya adalah 35 jam(melebihi 24 jam) tetapi dengan mengambil masa 7 hari 7 malam. Juga dihukumkan haid walaupun melebihi 24 jam kerana SEBANYAK-BANYAK haid adalah 15 hari 15 malam yaitu 360 jam(akan datang bicaranya). Maka HUKUM haidnya adalah 7 hari 7 malam.  Jadi, hukum ini diamalpada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilahcaranya.

    •      Dan misal seterusnya, kiaskanlah.
Dan sebanyak-banyak haid, 15 hari 15 malam.

-      Paling banyak darah haid adalah 15 hari 15 malam, dengan makna cukup 360 jam.

-  Yang dikatakan sebanyak-banyak haid di sini, juga ada dua MAKNA PENGERTIAN:

1- Dengan makna jika darah itu keluar penuh terus menerus(berhubung/bersambung) sebanyak 360 jam(24jam X 15 hari).

    • Misalnya, perempuan itu keluar darah terus menerusTANPA HENTI bermula pada hari pertama hingga hari kelima belas(jika dihimpun/dikira, sampai 360 jam).

2- Dengan makna keluar darah tetapi putus-putus(tidak berhubung/tidak bersambung).

      • Misalnya, hari pertama keluar 10 jam kemudian berhenti, hari ketiga keluar 10 jam kemudian berhenti, hari kelima keluar 8 jam kemudian berhenti, hari kelapan keluar 5 jam kemudian berhenti, hari kesebelas keluar 4 jam kemudian berhenti, hari keempat belas keluar 3 jam kemudian berhenti, dan hari kelima belas keluar 1 jam kemudian berhenti.

      • Jika dihimpun kesemuanya adalah 41 jam(melebihi 24 jam) tetapi dengan mengambil masa 15 hari 15 malam. Maka haidnya adalah 15 hari 15 malam. Walaupun darah yang keluar hanya 7 hari sahaja, tetapi akhir keluar darahnya adalah pada hari yang kelima belas, maka HUKUM haidnya adalah 15 hari 15 malam.

      • Jadi, hukum ini diamal pada bulan akan datang. Sekiranya berlaku juga seperti ini pada bulan seterusnya, maka beginilah caranya.

-   Kalau keluar darah KURANG daripada 360 jam, maka dihukumkan haid juga tetapi dengan syarat MESTI keluar darah LEBIH daripada 24 jam(sekurang-kurang haid).



Dan yang ghalibnya(adat kebiasaannya), 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam.

-     Sebagaimana misal-misal di atas.

- Kalau tidak ada masalah, tempoh haidnya adalah TEPAT mengikut adat kebiasaannya. Misalnya, perempuan yang datang adatnya selama 7 hari 7 malam, dan berakhir pada jam 9 malam. Kalau tidak ada masalah pada bulan hadapan, maka haidnya juga berhenti TEPAT pada hari ke tujuh jam 9 malam. Ini biasanya berlaku pada perempuan-perempuan muda belia. Allahua’lam.


Masalah:

  -  Untuk perempuan yang pertama kali datang haid, sekiranya bulan pertama datang haidnya 4 hari 4 malam, kemudian bulan kedua datang haid 5 hari 5 malam, maka  hari yang kelima itu juga dihukum HAID. Maka perempuan ituMESTI amal haidnya pada bulan yang ketiga dengan  hukum haid 5 hari 5 malam.


Dan sekurang-kurang taharah(suci), yaitu perceraian antara dua haid, 15 hari 15 malam.

- Selepas memahami sekurang-kurang haid, sebanyak-banyak haid dan adat kebiasaan haid.

-   Selepas berhenti darah haid pada bulan yang pertama MESTI suci selama 15 hari PALING KURANG sebelum datang haid pada bulan seterusnya.

-   Setiap perempuan selepas berhenti haid bulan yang pertama MESTI solat PALING KURANG selama 15 hari(waktu sekurang-kurang suci) sebelum datang haid pada bulan seterusnya.
      • Misalnya, perempuan yang haid pada adat kebiasaan 7 hari 7 malam. Manakala hari berikutnya hari kelapan, kesembilan, kesepuluh, kesebelas, kedua belas, ketiga belas, keempat belas, kelima belas, keenam belas dan ketujuh belas dia solat seperti biasa.

      • Pada hari kelapan itu adalah hari PERTAMA waktu suci. Dan waktu suci yang paling akhir adalah hari yang kedua puluh dua.

      • Tiba-tiba pada hari ketujuh belas itu keluar darahlagi. Maka secara mudahnya diketahui, bahawa darah yang keluar pada hari ketujuh belas itu adalah darah ISTIHADHAH. WAJIB teruskan solat sehingga hari kedua puluh dua.

      • Kerana pada hari ketujuh belas itu berada pada waktu taharah(suci). Yaitu, masih di dalam waktu suci 15 hari PALING KURANG.

      • Jika keluar darah pada hari kedua puluh dua dan cukup sehari semalam, maka barulah dihukumkanhaid bagi bulan yang seterusnya. Dihukumkan haid pada hari kedua puluh dua itu, kerana sudah PUTUSdengan sekurang-kurang suci yaitu 15 hari.

      • Begitulah seterusnya sehingga sembuh daripada darah istihadhah.

      • Biasanya haid datang sebulan sekali tapi boleh jadi dua kali datang. Allahua’lam.

      • Kalau haidnya sehari semalam, maka sucinya 29 hari 29 malam.
      • Kalau haidnya 6 hari 6 malam, maka sucinya 24 hari 24 malam.

      • Kalau haidnya 7 hari 7 malam, maka sucinya 23 hari 23 malam.

      • Kalau haidnya 15 hari 15 malam, maka sucinya 15 hari 15 malam.

      • Dan seterusnya.

Dan tiada had bagi sebanyak-banyak suci, dan terkadang setengah perempuan tiada haid langsung.

-   Tiada had bagi sebanyak-banyak suci haid. Lama suci tempohnya.
    • Misalnya, perempuan yang datang haid kebiasaan 7 hari 7 malam pada bulan ini. Kemudian tidak datang haid berbulan-bulan lamanya. Jadi, tempoh sucinya lama.
-    Perempuan yang tiada haid langsung seperti Siti Maryam, Asiah, Siti ‘Aisyah.

- Setengah ulama menceritakan zamannya, ghalib(kebiasaan) perempuan-perempuan dalam setahun, hanya datang sehari semalam sahaja datang haid.

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

SHOLAWAT SULTHON (SHOLAWAT YANG SENILAI DENGAN 100 RIBU SHOLAWAT)

SHOLAWAT SULTHON (SHOLAWAT YANG SENILAI DENGAN 100 RIBU SHOLAWAT):
Diriwayatkan bahwa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Sholat subuh sibuk membaca sholawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu x (kali) sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu 'keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajatnya setel
ah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya Nabi mengatakan kepadanya "Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyatmu telah menunggu keluarnya kamu"; maka Sulthon Mahmud menjawab saya duduk menghabiskan waktu lama karna saya bersholawat kepadamu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri sebelum selesai. Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya "Ini menyusahkan Orang lemah (Rakyatmu) dan yang punya hajat"; akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Sholawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 x kali saja sudah sebanding 300 ribu kali,, setelah itu kamu keluar menemui rakyatmu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Sholawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada Orang Muslimin, maka diapun (Sulthon Mahmud) mempelajari Sholawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin. Setelah itu Beliau melihat Nabi Muhammad SAW lagi yang kedua kalinya dan Nabi SAW mengatakan kepadanya "Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu"; Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali sholawat yang Kau ajarkan kepadaku.
* (Keterangan : Sumber ini didapat dari Kitab Al-Qirtos fi Manaqib Al Attas)

#Terjemahan Sholawat Sulthon:
“Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah rahmatnya Allah. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah keutamaan dari Allah. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah ciptaan Allah. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah apa-apa yang ada dalam pengetahuan Allah. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah kemuliaan dari Allah. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah huruf Kalamullah (Kitab-Kitab Allah). Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah kalimat Allah. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak tetesan air hujan. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah daun-daun pepohonan. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah butir pasir di gurun. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah biji-bijian dan buah-buahan. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah yang dinaungi kegelapan malam dan diterangi oleh benderang siang. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah orang yang telah bershalawat kepadanya. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah orang yang belum bershalawat kepadanya. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah napas-napas makhluk ciptaan. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah apa yang ada di seluruh langit. Ya Allah limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad beserta keluarganya sebanyak jumlah tiap-tiap sesuatu yang ada di dalam dunia dan akhirat. Dan segenap shalawat dari Allah beserta para malaikat-Nya, dan para Nabi-Nya, dan para Rasul-Nya, dan seluruh ciptaan-Nya, semoga tercurah atas junjungan para Rasul, pemimpin orang-orang yang bertaqwa, pemuka para ahli surga, pemberi syafa’at orang-orang yang berdosa, Nabi Muhammad dan juga atas keluarganya, para sahabatnya, istri-istrinya, keturunannya, ahli baitnya, para pemimpin yang telah lampau, para guru yang terdahulu, para syuhada dan orang-orang soleh, dan yang senantiasa taat kepada Allah seluruhnya, dari penghuni bumi dan langit, dengan rahmat-Mu, wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang, dan Engkau Yang Maha Mulia dari semua yang mulia, segala pujian bagi Allah Tuhan alam semesta."

Selasa, 18 September 2012

Dewan Ulama' Pas Perak- BAHAYA SALAFIAH WAHABIAH GERAKAN AS-SALAFIYYYAH AL-WAHHABIYYAH PERTENTANGANNYA DENGAN AQIDAH DAN SYARIAT



oleh As-Sayyid Faez Al 'Aydrus pada pada 30hb Julai 2012 pukul 3.27 pagi ·
Dewan Ulama' Pas Perak
Jumaat, 23 September 2011
BAHAYA SALAFIAH WAHABIAH


GERAKAN AS-SALAFIYYYAH AL-WAHHABIYYAH PERTENTANGANNYA DENGAN AQIDAH DAN SYARIAT AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.
1. MUQADDIMAH

      GerakanAs-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah adalah satu gerakan yang sudah lama bertapak di negara ini.Gerakan ini membawa satu fenomena baru yang menimbulkan berbagai konflik dalam masyarakat Islam tempatan. Mereka menggunakan berbagai nama bagi menggambarkan perjuangan mereka dalam menyebarkan fahaman dan pendekatan mereka di negara ini. Gerakan ini menjadi begitu berpengaruh apabila sebahagian dari mereka dilantik sebagai mufti di sesebuah negeri.Walaubagaimanapun, suatu usaha yang bersepadu haruslah difikirkan bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih besar daripada merebak di kalangan masyarakat Islam, terutamanya di negeri-negeri yang berpegang kepada pendapat muktamad di dalam Mazhab Syafie sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang.

2. SEJARAH KEMUNCULAN
  
      Lafaz As-Salafiyyah Al-Wahhabiyyah berasal daripada dua perkataan Salaf dan Wahhab. Menurut Lisanul Arab (Ibnu Manzur : 330-333), lafaz As-Salaf berasal dari perkataan ( سلف يسلف سلفا ) yang bermaksud :

a. Orang yang terdahulu (السلف )
b. Sejenis urusan jual beli (السلف والقرض)
c. Meratakan tanah untuk bercucuk tanam (وسلف الأرض )
d. Memberi pinjaman atau hutang (السلف – والفعل اسلفت )

Apabila lafaz Salaf ditambah dengan huruf Ya nisbiyah maka ianya memberi maksud generasi terawal yang terdiri dari golongan para sahabat, Tabi’in dan Tabi’ Tabi’in. Ini bermakna mereka yang hidup dalam lingkungan 300 tahun selepas hijrah. (Hasyiah Muhammad Bin Muhammad Amir, Syarah Abdul Salam Ibrahim Al-Maliki Ala Jauharat At-Tauhid : 98)

          Aliran Salafiyyah Wahhabiyyah ialah satu aliran yang diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali (1115H- 1206H / 1703M-1792M).Beliau berasal dari negeri Najd yang terletak di sebelah timur Madinatul Munawwarah.Aliran ini dinisbahkan kepada bapa beliau yang merupakan seorang ulamak mazhab Hanbali.Walaubagaimanapun golongan ini tidak selesa digelarkan sebagai golongan Wahabi kerana ianya membawa kepada satu persepsi yang begitu negatif di kalangan Umat Islam.Oleh yang demikian mereka menggunakan berbagai istilah seperti Salafiyyah, Golongan Ahli Sunnah dan sebagainya. Bapa kepada Muhammad bin Abdul Wahab sendiri tidak bersetuju dan begitu kecewa dengan beliau di sebabkan beliau mengambil pandangan yang keras kerana begitu taasub kepada pandangan Ibnu Taimiyyah Al-Harrani. Hasil ijtihad beliau sendiri menyebabkan tindakannya lebih aggresif sehingga mengorbankan ribuan umat Islam berbanding Ibnu Taimiyah sendiri yang hanya menggunakan mata pena sahaja. Abangnya juga, Sulaiman Bin Abdul Wahab turut menjadi penentang hebat beliau.

3. PERTENTANGAN DENGAN AHLI SUNNAH

          Terdapat berbagai pertentangan antara golongan ini dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang mana bukan sahaja melibatkan masalah-masalah Furu’ (Feqah) malah turut melibatkan masalah Usul (Aqidah). Di antara pertentangan dalam masalah aqidah adalah :

a. Mereka menolak dan menyesatkan pengamal pendekatan Tauhid Sifat 20 dan membahagikan tauhid kepada 3 iaitu Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma Was Sifat.

b. Berpegang dengan ayat-ayat mutasyabihat secara zahir sehingga sampai ke peringkat menyamakan Allah dengan makhluk (Musyabbihah Mujassimah). Contohnya :

Allah duduk di atas Kursi
(Fathul Majid, Abdul Rahman Bin Hasan Bin Mohd Bin Abdul Wahab, cet. Darul Salam, Riyadh)

c. Menganggap syirik berbagai amalan ahli sunnah seperti Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Baz. (Mohd Jamil Zainu, Kaifa Ihtadaitu Ila Tauhid, ms 83 dan 89)

d. Pengikut Asya’irah dan Maturidiyah tidak layak digelar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. (Soleh Fauzan, Min Masyahir Al-Mujaddidin Fil Islam, ms 32, terbitan Riasah Ammah Lil Ifta’)

e. Memerangi Tareqat Kesufian – Perangilah golongan sufi sebelum kamu memerangi Yahudi, sesungguhnya Sufi itu adalah roh Yahudi. ( Majmu’ul Mufid Min Aqidatit Tauhid, ms 102, Maktabah Darul Fikr, Riyadh)

f. Menganggap pelaku berbagai amalan ahli sunnah sebagai melakukan bid’ah dhalalah dan akan menjadi penghuni neraka.

          Manakala pertentangan dalam masalah furuk (feqah) adalah terlalu banyak dan mereka mengatakan begitu banyak amalan-amalan yang dilakukan oleh kebanyakkan Umat Islam di negara ini sebagai bid’ah. Di antaranya adalah :

1. Bacaan Yasin beramai-ramai setiap malam Jumaat.
2. Tahlil Arwah.
3. Kenduri Arwah.
4. Bacaan Quran di samping jenazah.
5. Bacaan Quran di kubur.
6. Bacaan Fatihah ketika jenazah keluar dari rumah.
7. Boleh memberi dan menjawab salam orang kafir.
8. Mengharamkan bertawassul dengan kemuliaan nabi.
9. Majlis sambutan Maulid Rasul adalah bid’ah dan haram.
10. Wanita haram menziarahi kubur walaupun maqam Rasulullah.
11. Haram memotong janggut walaupun sedikit.
12. Wanita haram memakai seluar walaupun longgar termasuk di hadapan suami.
13. Lafaz صدق الله العظيم adalah bid’ah yang sesat.
14. Perempuan dilarang memandu kereta.
15. Suara wanita adalah aurat.
16. Waktu Imsak di Bulan Ramadhan adalah bid’ah yang sesat.
4. SEJARAH GERAKAN INI DI MALAYSIA

          Gerakan ini telah bermula di Malaysia semenjak tahun 1950 an lagi. Di antara tokoh yang menonjol dalam gerakan ini adalah seperti Sheikh Abu Bakar Asy’ari di Perlis dan Sheikh Ibrahim Al-Aqibi di Pulau Pinang.Dikatakan bahawa mereka ini adalah merupakan anak murid kepada Hasan Bandung dari gerakan Muhammadiyyah di Indonesia.Di Singapura gerakan ini dirintis oleh Syed Sheikh Al-Hadi dan Sheikh Tahir Jalaluddin melalui majalah al-Imam di ambang kurun ke 20. Di Melaka, atas nama Ansarul-Sunnah gerakan ini digerakkan oleh Ustaz Haji Mohammad Amin. Di Negeri Sembilan lahirnya Ustaz Abdul malik dan Ustaz Hashim Ghani.

          Pernah diadakan pertemuan antara ulamak di Negara ini dengan mereka, antaranya yang telah dihadiri oleh Sheikh Ghazali, Mufti Perak, Sheikh Abu Bakar Al-Baqir dan lainnya dengan tokoh mereka sehingga berakhir dengan kegagalan Sheikh Ibrahim Al-Aqibi menjawab beberapa soalan yang diajukan. Ini menyebabkan beliau jatuh dari kerusi dan meninggal kerananya.

          Sheikh Abdul Qadir Al-Mandili pernah menulis ktab berjudul “Sinar matahari buat penyuluh kesilapan Abu Bakar Asy’ari” yang telah dicetak di Mesir pada Muharram tahun 1379H.Pada tahun 1953, kitab “Senjata Syariah” telah ditulis oleh Abu Qaniah dan Abu Zahidah, yang telah ditashihkan oleh Sheikh Abdullah Fahim, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussin Pokok Sena dan Haji Abdul Rahman bin Haji Abdullah Merbuk Kedah.

5. SEKILAS BERKAITAN BID’AH

          Bid’ah dari segi bahasa bermaksud memulakan sesuatu dan menciptanya tanpa contoh sebelumnya. Bid’ah adalah kata nama (isim) daripada “الإبتداع“ dengan makna “أنشأه وبدأه“ menciptakannya dan memulakannya.Juga “البدع والبديع“ dengan makna sesuatu yang pertama kali wujud. Dalam Al-Quran Surah Al-Ahqaf ayat 9, Allah menyebutkan :

قُلْ مَا كُنتُ بِدْعًۭا مِّنَ ٱلرُّسُلِ
Aku bukanlah yang pertama di kalangan para rasul

Abu Nu’man meriwayatkan daripada Ibrahim bin Al-Junaid, katanya : Aku mendengar A-Shafie berkata :

          Bid’ah terbahagi kepada 2, iaitu Bid’ah Mahmudah dan Bid’ah Mazmumah. Apa yang sejajar dengan sunnah dikira terpuji dan apa yang bercanggah dengan as-sunnah dikira tercela.

          Dalam kitab Manaqib al-Shafie, al-Baihaqi meriwayatkan daripada beliau (al-Shafie) katanya ; perkara–perkara baru ada dua bentuk :

Pertama : Perkara baru yang diada-adakan itu bercanggah dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah atau athar atau ijmak. Inilah bid’ah yang sesat.

Kedua : Perkara baru yang baik dan tidak bercanggah dengan mana-mana perkara yang disebutkan (al-Quran, as-Sunnah, athar dan ijmak) maka ia tidak dicela.

           Dalam hal ini Saidina Umar pernah menyebutkan mengenai Solat Terawikh secara berjemaah pada Bulan Ramadhan dengan katanya ; .نِعْمَتُ البِدْعَةُ هذِهِ

          Ibnu Taimiyah menentang pendapat yang membahagikan bid’ah kepada Bid’ah Hasanah dan Bid’ah Dhalalah.Beliau menyatakan hujah-hujahnya dalam kitabnya, Iqtidha’ al-sirat al-Mustaqim. Pendapat inilah yang dipegang oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, pengasas gerakan Wahhabi dan mereka yang sehaluan dengannya.

Walaubagaimanapun bukan sedikit ulamak yang membuat pembahagian seperti berikut. Antaranya adalah :

a. Imam Muslim, Imam Nasaie dan Ibnu Majah meriwayatkan daripada Jarir Bin Abdullah : 

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي الشَّوَارِبِ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عُمَيْرٍ عَنْ الْمُنْذِرِ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا كَانَ لَهُ أَجْرُهَا وَمِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ سَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

          Sesiapa yang membuat sesuatu yang baik lalu diamalkan amalan tersebut, maka baginya pahala dan juga pahala seumpama orang yang melakukannya tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun, dan sesiapa yang membuat sesuatu yang tidak baik lalu diamalkan amalan tersebut, maka baginya dosa dan juga dosaseumpama orang yang melakukannya selepasnya tanpa dikurangi dosanya sedikitpun.

Imam Nawawi mengatakan bahawa hadis ini menggesa Umat Islam agar merintis jalan-jalan kebaikan dan mempelopori sunnah-sunnah yang baik.

b. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Abu Juhaifah, katanya, Rasulullah saw bersabda :

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَنَّ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كَانَ لَهُ أَجْرُهُ وَمِثْلُ أُجُورِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ سَنَّ سُنَّةً سَيِّئَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ وَمِثْلُ أَوْزَارِهِمْ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا
           Sesiapa yang membuat sesuatu yang baik lalu diamalkan amalan tersebut selepasnya, maka baginya pahala dan juga pahala seumpama orang yang melakukannya tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun, dan sesiapa yang membuat sesuatu yang tidak baik lalu diamalkan amalan tersebut selepasnya, maka baginya dosa dan juga dosaseumpama orang yang melakukannya tanpa dikurangi dosanya sedikitpun.

c. Ahmad, al-Bazzar dan al-tabarani dalam kitab al-Awsat meriwayatkan dengan sanad yang hasan daripada Huzaifah, katanya nabi bersabda :

حدثنا عمر بن حفص السدوسي قال : نا عاصم بن علي قال : نا أبي علي بن عاصم ، عن خالد الحذاء ، عن محمد بن سيرين ، عن أبي عبيدة بن حذيفة ، عن أبيه حذيفة قال : كنا عند النبي صلى الله عليه وسلم فقام علينا سائل فسكت القوم، ثم عاد فسأل ، فأعطاه بعض القوم خاتما أو شيئا ، فتتابع القوم ، وأعطوه ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :  من سن سنة حسنة فاتبع عليها فله أجره ، ومثل أجور من تبعه عليها ، غير منتقص من أجورهم شيئا ، ومن استن سنة سيئة فاتبع عليها فعليه وزرها (1) ، ومثل وزر من اتبعه عليها ، غير منتقص من أوزارهم شيئا

          Sesiapa yang melakukan sunnah yang baik lalu sunnah itu diikuti orang maka baginya pahaladan pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa berkurang sedikitpun. Sesiapa yang melakukan sunnah yang buruk lalu sunnah itu diikuti orang maka baginya dosa dan dosa seperti orang yang mengikutnya tanpa berkurang sedikitpun.

6. KESIMPULAN

          Apa yang dibentangkan di atas adalah sebahagian daripada perbincangan ringkas ulamak berkaitan persoalan bida’ah yang menunjukkan ianya adalah merupakan persoalan khilafiyyah yang memerlukan kepada sikap keterbukaan daripada semua Umat Islam. Setiap mujtahid mempunyai pandangan dan ijtihad tersendiri dan tidak ada mana-mana golongan yang berhak memaksa pandangan mereka diterima pakai oleh semua Umat Islam.

          Walaubagaimanapun perbezaan dari sudut aqidah dan iktikad adalah merupakan perbezaan yang tidak seharusnya diberi ruang tolaransi keran ianya akan menentukan samada kita berada dalam kesesatan ataupun berada di landasan yang sebenar. Pendirian kita hendaklah menjurus kepada pegangan terhadap pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi titik sempadan kepada ketepatan pegangan kita terhadap ajaran Allah dan Rasulnya. Oleh yang demikian, semua pihak digesa untuk kembali menghayati ajaran Allah dan Rasul dengan mendasarkan segala pegangan terhadap ajaran Ahli sunnah Wal Jamaah. Semoga dengan ini kita dapat menyatukan Umat Islam demi mengelakkan sebarang bibit–bibit perpecahan yang nyata akan merugikan Umat Islam di negara ini.

7. PENUTUP

          Semoga dengan perbincangan ini akan dapat merungkaikan berbagai masalah yang membelenggu Umat Islam di negara ini.

Disediakan oleh :

DEWAN ULAMAK PAS NEGERI PERAK.

http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/2011/09/bahaya-salafiah-wahabiah.html

Posted by Dewan Ulamak Pas Perak at 1:29 PG
Labels: Tarbiah Dan Dakwah


Wasiat Syeikh Abdullah Fahim. Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillah was sholatu was salamu 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa ashabihi. (Amma ba'd), tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu seMalaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama-ulama, menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab al-Imam asy-Syafi`i ijma`an tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (yahrumu kharqul ijma`/ diharamkan merobek ijma`). Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`i daripada kitab Tohfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasharatnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatuth Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya. Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu. Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin. Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath daripada Quran dan hadits yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang cemerlang lagi terbilang) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun. Ikhwah, di mana salah silapnya mazhab Syafi`i sehingga kita hendak gugah pegangan masyarakat kita terhadapnya. Jika mazhab Syafi`i mensunnatkan qunut dalam sembahyang Subuh kenapa kita nak tolak dengan mendatangkan pendapat mazhab lain ? Salahkah mazhab Syafi`i ? Bukankah ini hanya perkara khilafiyyah, yang pihak-pihak kena menghormati sesamanya. Masyarakat kita yang sudah sebati dengan qunut, dengan talaffuz bin niyyah, kenduri tahlil dan sebagainya, bukankah semua hal ini termasuk khilafiyyah yang sewajarnya ditangani dengan lapang dada, bukan dengan tuduhan bid`ah membid`ah, sesat menyesat dan sebagainya. Wasiat Syaikh Abdullah Fahim 1 . Dalam buku "Tokoh-tokoh Ulama' Semenanjung Melayu (2)" dipetik antara pesanan beliau:- Supaya jangan berpecah belah oleh bangsa Melayu sendiri. Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukum-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Tuan-tuan bangsa Melayu jangan tertipu daya hasutan mereka itu dikeluar hukum-hukum yang tiada terpakai dalam Mazhab Syafie, dan fatwa mereka itu akan masalah yang buruk-buruk, sudah terdengar kepada awam, harapan bangsa Melayu jangan berpecah belah sesama bangsa sendiri. Siapa yang datang kepada kamu dan menyuruh kamu semua supaya taat kepada seorang lelaki tertentu tujuannya untuk memecahkan persatuan kamu dan menghancurkan kesatuan kamu maka bunuhlah akan dia.
Tuan Guru Hj AbduLLOH geting
Al-Marhum Tuan Guru Hj AbduLLOH lubuk tapah bersama pemimpin PAS
Al-Marhum Tuan Guru Hj AbduLLOH lubuk tapah bersama pemimpin PAS

PENJELASAN DAN MENJAWAB KE ATAS FITNAH MANUSIA YANG JAHAT TERHADAP PONDOK MALTAF DI MESIR


oleh As-Sayyid Faez Al 'Aydrus pada pada 15hb Mei 2012 pukul 9.02 pagi ·
بسم الله الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Puji dan syukur Lillahi Akbar

Atas nikmatnya kecil dan besar

Sholawat akmal beserta salam

Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam

Dan atas keluarganya Nabi

Fathimah, Hasan, Husein dan Ali

Dan sahabat - sahabat baginda yang adil semua mereka itu...

Al-Faqir menaqalkan jawapan Syaikhuna Al'alim Tuan Salim Al-yamani Al-Azhari yang di hantar di wall Al-Faqir sekali gus menjawab tuduhan celupar dari tuan blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dengan menyatakan Maltaf di taja oleh umno dan di urus di bawah umno....ini satu tuduhan yang biadab dan tidak dapat di ma'afkan oleh pelajar-pelajar yang belajar di pondok Maltaf....melainkan kan tuan blog itu menarik balik tuduhan itu tersebut serta secara umumnya meminta ma'af di dalam blog beliau. Jika tidak sampai di padang mahsyar kelak Al-Faqir bimbang orang yang memfitnah akan di sumbat dengan bara api neraka di dalam mulutnya (ini tidak tuju siapa -siapa,hanya atas jalan umum)

Ini lah barang yang di sebarkan dengan penuh tidak bertanggungjawab oleh tuan blog tersebut:

http://uwaisqarny.blogspot.com/2012/05/video-mamat-ustaz-ni-semuanya-di.html


VIDEO : MAMAT USTAZ NI, SEMUANYA DI KUTUK..PAS, TOK GURU, BERSIH 3.0..

saya cuba dapatkan maklumat siapa 'mamat ustaz'ni dari kawan-kawan..hasilnya seperti berikut..

" Ni ust syed faiz, dulu mengaji mahad muhammadi,.,,kata kawan2 dia yg kt mahad muhammadi, dia ni problem time kt maahad lagi..bukn jenis mengaji kitab mane pun..tp duk hentam orng. Skrg kt mesir antara tenaga pengajar MALTAF,orang kuat MALTAF(Majlis Al-Azhari Li Tafaqquh Fiddin).Kalau nk ikot ilmu tak layak pun nk mengajar orang(kata ustz2 kt sini). Tmpt dia mengjar kt video tu kt bangunan MALTAF di hayyu sabie',kaherah,dpn bait hasanah. Memang hentam PMRAM,psatuan2,n PAS itu keje dia..MALTAF ni ajak budak menaji agama,p talaqqi n sayang rasulullah,tapi dia tolak politik, tolak psatuan n tolak pas..sedangkan MALTAF sndiri brada di bawah JPMK yg di biayai umno dia tak kisah pulak.MALTAF ni UMNO yg biayai n memeg jelas dlm organisasi dia pun penanungnya Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Baru2 ni dia kutuk tok guru,budak2 kelate pakat nk gi belasah,tapi bberap senior lama pakat halang, kalu ikot orang bodo,ngn kita pun bodo, pesan sorg penasihat. Ada dlm video2 lain dia kata PMRAM ni setan,badan2 kebajiakn pelajar ni setan, n macam2lah.Org camni kita perlu amik tahu,utk tegur & bagi panduan pada org lain, tapi kita jgn layan,sebb memg jenis dia lagi layan lagi dia suka, suka bdebat mrasakan dia betul padahal senget hakikatnya. Mudir MALTAF asalnya orang kuat Yayasan Al-Jenderami, pusat pengajian kitab turath di malaysia,.2x5 lah sebab Al-jenderami pun tolak politik, mengaji je penting. Politik tak boleh, tapi amik duit n sokong umno boleh pulak sebb tak buat huru hara katanya. Jadi cam ulama' umno.."

aduiii la..macam-macam stail orang belajar agama zaman sekarang ni..ada kawan bagitahu yang dia ni anak murid sorang tok guru kat kelantan yang dok hentam Tok Guru Nik Aziz.. rosak2.. http://uwaisqarny.blogspot.com/2012/05/video-mamat-ustaz-ni-

dan ini FACEBOOK tuan blog tersebut:
http://www.facebook.com/uwais.qarny


itu lah tuduhan yang Al-Faqir  copy paste  dari blog tersebut... Dan ini pula sebahagian jawapan dari senior al-faqir merangkap antara Penasihat Maltaf Al-Faqih As-Syaikh Tuan Salim Al-Yamani Al-Azhari di wall Al-Faqir:



Salam.maaf Syed post kat fb Syed.Kalau tulis dalam fb al-faqir,sapa nak baca?Ramai yang masih tak faham pasai Maltaf ni.Izinkan al-faqir tulis sikit nah.
MANHAJ MALTAF.


Secara ringkasnya MALTAF diadakan kerana hendak membantu kawan2 yang sama2 belajar untuk memahami turas.Pembawakan MALTAF adalah ilmu.MALTAF selalu menegaskan peri pentingnya memahami ilmu dan mengambil dari sumber yang benar.Atas prinsip ilmu&penuntut ilmu yang dipegang oleh MALTAF sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sebahagian kawan2 dengan mengatakan MALTAF tolak persatuan,tolak politik dan sebagainya lagi.Tulisan yang ringkas ini al-faqir cuba jelaskan kecelaruan yang timbul.

1-MALTAF tidak pernah menolak persatuan.MALTAF memahami persatuan dalam konteks kesatuan & kebersamaan pelajar dalam usaha menuntut ilmu.Di situ para pelajar sama dalam 1 kesatuan untuk menuntut ilmu walau berbeza kelab/organisasi.tidak timbul perpecahan di sini.

2-MALTAF menerima تعدّد dengan makna تنوّع لا تفرّق ini jelas kerana,jika kita mengambil "berbilang2" pada makna "berpecah" akan timbul banyak masalah nanti.Atas dasar itu MALTAF menerima pakai makna "pelbagai" bertepatan dengan "manhaj wasatiah".Tiada perpecahan di sini.Atas konsep/prinsip tolong-menolong dalam kebaikan,MALTAF sanggup bekerjasama dengan sesiapa saja untuk kebaikan bersama.

3-Pendirian MALTAF terhadap politik..guru2 MALTAF tidak galakkan pelajar untuk bersibuk2 dalam politik kepartian ketika masih belajar.Utamakan pelajaran.Wajib atas pelajar untuk memahami pelajarannya kerana itu merupakan amanah.MALTAF tak pernah berkempen untuk mana2 parti politik,ini kerana MALTAF tidak berpegang/berfahaman politik menurut politik kepartian tapi memahami politik dari sudut manhaj ilmu tentang politik itu sendiri.Sekiranya memahami politik menurut politik kepartian,akan timbul nanti "mengagamakan politik"..sedangkan,yang sepatutnya ialah mengIslamkan politik.Pihak MALTAF melihat para pelajar tidak sesuai lagi untuk didedahkan dengan politik sebelum menguasai ilmu2 asas samada turas & kontemporari.

4-Penyampaian guru2 yang mengajar di "pondok" berbeza.Ada yang lembut seperti Baba Adnan Al-Azhari..mumkin juga ada yang keras.Semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk memberi ilmu kepada pelajar2 & kawan2 yang datang belajar.

5-MALTAF tidak memaksa sesiapa datang ke "pondok" dan tidak menghalau sesiapa yang datang.

6-MALTAF akan bertegas dalam perkara yang benar.Kalau benar,tetap benar..kalau salah,tetap salah.Khilaf yang dirai ialah khilaf yang mengikut prinsip disiplin ilmu Islam yang diajar oleh ulama2 Islam.Sekiranya ada yang berkata MALTAF mencari salah itu dan ini adalah tuduhan yang tak betul.Guru2 yang mengajar di MALTAF mengeluarkan kenyataan2 berdasarkan ilmu yang ada.Jika ada pihak yang rasa kenyataan itu salah,datanglah berjumpa dengannya dan adakan muzakarah ilmiah.Baru hidup suasana masyarakat mahasiswa.

7-MALTAF menyeru kepada perpaduan dengan "mahabbah" dan menghidupkan majlis2 ilmu.Sekiranya ada keterlanjuran/kekerasan dari pihak MALTAF,apa salahnya menegur..bukankah agama itu nasihat?MALTAF dari dahulu membuka ruang yang seluas-luasnya untuk berbincang demi kebaikan anak-anak Malaysia yang ada di Mesir.

8-MALTAF tidak bergerak atau berpersatuan secara "markazi" tetapi digerakkan secara "manhaji".Ini antara yang diajar oleh Baba Abdul Aziz..MALTAF mengajak kepada menghidupkan budaya ilmu di kalangan pelajar.Bertalaqqi lah di mana pun.MALTAF mengambil peranan mengadakan pengajian bertalaqqi secara serius kerana belum ada yang melaksanakannya di kalangan anak melayu secara serius.Ada tu ada tapi ibarat melepas batuk di tangga.Pakat-pakat mengaji.Ingat amanah yang ditanggung.

-Cukup setakat ini ya.Rasanya bagi yang membaca boleh faham.Elakkan dari prasangka yang bukan2.


untuk mengatahui dengan lebih lanjut boleh rujuk di blog maltaf yang lama
http://maltaf.org/pengenalan/dasar-dan-tujuan/

اللهم اهدنا و ارحمنا و ارزقنا بالمحبة بيننا و افهمنا فهما صحيحا صادقا
Tuan Guru Abi Abdillah Abu 'Alawi Muhammad Adnan bin Abdul Wahab Al-Fathoni Al-Azhari


yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam