Pages

Isnin, 17 September 2012

Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt Serta Ahlul Baiyt Itu Tidak Sama Maknanya Dengan Zuriyyat


Ahlul bayt dan ulama warisatul anbia adalah golongan yang sama malah saling berkait.

a) Ahlul bayt bernasab secara genetik/silsilah atau baka. Bagi yang sedar akan mewarisi sifat-sifat yang ada pada Rasulullah SAW serta mengambil contoh t
auladannya termasuk mengamalkan sunnah-sunnahnya dan sentiasa mengingati baginda (rabitah dan wasilah bagi tafsiran ahlul bayt) Ilmu warisan ini dimiliki oleh Ulama Warisatul Anbia dan Ahlul Bayt perlu mencari Ulama Warisatul Anbia untuk mempelajari ilmu seperti ini.

b) Ulama Warisatul Anbia bernasab pada silsilah perguruan dan ilmunya yang juga sampai kepada Rasulullah SAW - juga menerusi Syeikh Zaini Dahlan, Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (yang juga ahlul bayt secara nasab keturunan) dan tiba kepada Sayyidina Hussin dan Hassan r.a. Mereka juga mewarisi ilmu, sifat-sifat, contoh tauladan, sunnah-sunnah dsb sebagaimana ahlul bayt.

c) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia adalah mereka yang berpegang kepada iktiqad ahlus sunnah wal jamaah 4 Madzhab yang rojeh.

d) Ahlul bayt dan Ulama Warisatul Anbia perlu memahami dan menghayati kalimat tauhid dan ditahkikkan dengan dua kalimah syahadah.

Jadi jika Abu Jahal disebut ahlul bayt - maka tidak benar sama-sekali kerana tiada pada dirinya ciri-ciri rahmatul alamin, huluqin azhiim, uswatun hasanah dan makarimul akhlak. Tetapi anaknya Ikrimah bin Abu Jahal adalah ahlul bayt kerana menerima dua kalimah syahadah dari Rasulullah SAW. (4 ciri-ciri ini adalah tanda-tanda besar untuk mengenal ulama warisatul anbia atau ulama muhaqqiqin - ada tanda-tanda kecil lagi - itu kena tanya Pok Nik le..)

Tanpa kalimat tauhid dan dua kalimat syahadah, maka pada pendapat ana, orang itu tidak boleh dipanggil ahlul bayt walaupun terdapat pangkat Syed dsb. kerana tidak berakhlak, tidak membawa rahmat pada sekitarnya serta tidak ada contoh teladan dalam kepimpinannya.

d) Zaid bin Haritsah r.a. (yang namanya disebut dalam Al-Qur'anul Karim) dan Salman Al-Farisi r.a. - jika ditanya kepada Rasulullah SAW maka baginda mengelarkan mereka "putera Rasulullah SAW" dengan kata lain, Rasulullah telah mengangkat taraf/darjat kedua mereka menjadi 'ahli rumahnya' (ahlul bayt).

Samalah kesnya DYMM Sultan Muzaffar 1 Phra On Mahawanser yang diberikan gelaran "Sultan" oleh Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (ahlul bayt dan ulama warisatul anbia) - samalah juga dengan kes 'Mala-u' (Milayu/Melayu) - gelaran Syeikh Abdullah Qumairy (ahlul bayt dan ulama warisatul anbia) kepada baginda Sultan Muzaffar dan rakyat baginda. (Rujukhttp://www.abjadmalaysia.blogspot.com/ )


e) Islam bukan baka tetapi Islam adalah Pusaka (warisan - rujuk kembali kes Ulama Warisatul Anbia) . Jika Islam itu baka, maka logiknya, baka Rasulullah SAW sahajalah yang akan menjadi lebih Islam dari orang lain. Maka perkara ini mustahil!

Mengenai persoalan pengiktirafan ahlul bayt terhadap Sayyidina Salman Al-Farisi r.a. dan Sayyidina Zaid bin Harisah r.a.

Semasa perang Khandaq, kaum Anshar sama berdiri dan berkata:

“Salman r.a. dari golongan kami”.

Bangkitlah pula kaum Muhajirin, kata mereka:

“Tidak, dia (Salman) dari golongan kami!”

Mereka pun dipanggil oleh Rasulullah SAW, dan baginda bersabda:

"SALMAN ADALAH DARI GOLONGAN KAMI (AHLUL BAIT)" (satu riwayat menyatakan Rasulullah menunjukkan kepada dirinya)

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a (kw) menggelarkan Salman r.a. sebagai “Luqmanul Hakim”. Dan sewaktu ditanya mengenai Salman r.a. semasa kewafatan Salman,

maka jawabnya (Sayyidina Ali r.a.) :


“DIA ADALAH SEORANG YANG DATANG DARI KAMI DAN KEMBALI KEPADA KAMI AHLUL BAIT. Siapa pula di antara kamu yang akan dapat menyamai Luqmanul Hakim. Dia telah beroleh ilmu yang pertama begitu juga ilmu yang terakhir. Dan telah dibacanya kitab yang pertama dan juga kitab yang terakhir. Tidak ubahnya dia bagaikan lautan yang airnya tidak pernah kering”.

http://www.facebook.com/notes/as-sayyid-faez-al-aydrus/ahlul-bayt-penerangan-ahlul-bayt-syed-hamdan-bin-syed-jaafar-al-eddrucce/194279830621879

Pendeknya Kita orang yang belajar ilmu ini jangan ta'asub... mesti kena tahu beza antara AHLU BAIT , ZURIYYAH,ITROH,NASABIYAH dan SABABIYYAH... baru lah tak berkelahi antra kita..... antara zuriyyah dan ahlu bait itu ada umum khusus mutlaq dia.... hehehehe

Jaddina Tuan Guru Syed Idris Bin Engku Syed Idrus Sa'amah Bin Engku Syed Abdul Hamid Bin Engku Syed Muhammad Amin Al-Fathoni (TOK KU SYED TOK PATANI)  Al-Kelantani Al-Idrus



Pal Jaddina Sayyiduna Ja'afar As-Sodiq a.s  Peninggalan Al-Marhum Moyang Kami (Amalan Turun Temurun Keturunan )...

(TokKu Syed Kelantan@Fathoni)
 

Sebahagian daripada catatan nasab Al-Marhum Datuk KU...Engku Syed Idris Bin Engku Syed Sa'amah Aidrus Al-Aydarus..
Puji dan syukur Lillahi Akbar
Atas nikmatnya kecil dan besar
Sholawat akmal beserta salam
Di atas  Datuk Kami Nabi pelita alam
Dan atas keluarganya Nabi
Fathimah, Hasan, Husein dan Ali
Dan turunannya Hasan dan Husein
Hingga kiamat beserta Qur’an


 Jaddina wa Sayyiduna wa Habibuna Nabi s.a.w.bersabda, “Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah.” (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya’la, Abu Nu’aim dan Addailamiy)

Sesungguhnya Allah hendak menghapuskan noda dan kotoran dari kamu sekalian, ahlulbaiyt, dan mensucikan kamu sekalian dengan sesuci-sucinya." (al-Quran s.al-Ahzab:33) Nabi s.a.w.bersabda, "Yang terbaik diantara kamu sekalian ialah yang terbaik perlakuaannya terhadap ahlulbaiytku, setelah aku kembali kehazirat Allah." (Hadis Sahih dari Abu Hurairah r.a. diriwayatkan oleh al-Hakim, Abu Ya'la, Abu Nu'aim dan Addailamiy) Imam Syafi'i r.a. dalam banyak syair beliau telah melahirkan rasa cinta dan kasih sayang beliau kepada Ahlulbaiyt Rasulallah s.a.w.antara syair beliau yang banyak itu, beliau pernah bermadah: "Wahai Ahlulbait Rasulallah ! Kecintaan kepadamu adalah kewajiban dari Allah, yang turun dalam al-Quran. Cukuplah bukti betapa tingginya kamu sekalian. Tiada sempurna sholat tanpa shalawat untuk anda sekalian."

HADIS NABI Berkaitan Ahlulbait : 1.Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Penduduk Yaman datang, mereka lebih lembut hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fekah juga ada pada orang Yaman. Kemudian hikmat juga ada pada orang Yaman

2.Hadis Abi Mas'ud Uqbah bin Amru r.a katanya: Nabi s.a.w memberi isyarat dengan tangan ke arah Yaman, seraya bersabda: Ingatlah, sesungguhnya iman ada di sana sedangkan kekerasan dan kekasaran hati ada pada orang-orang yang bersuara keras berhampiran pangkal ekor unta ketika muncul sepasang tanduk syaitan, iaitu pada Bani Rabi'ah dan Bani Mudhar

3. Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang dilambatkan oleh amalannya, tidaklah dia dipercepatkan oleh nasab keturunannya.”

4. Dari Abdul Muthalib ibnu Rab’ah ibnul Khariif, katanya Rasulullah SAW telah bersabda : ” Sesungguhnya sedeqah itu berasal dari kotoran harta manusia dan ia tidak dihalalkan bagi Muhammad mahupun bagi keluarga Muhammad .” (HR Muslim)

5. At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadeeth yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri .”

6. Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tarmizi dari `Ali RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Barangsiapa mencintai kedua orang ini, yakni Hassan,Hussein dan ayah serta ibunya, maka ia bersama aku dalam darjatku di Hari Kiamat

7. Ibnu `Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Cintailah Allah atas kenikmatan yang diberikanNya kepadamu sekelian dan cintailah aku dengan mencintai Allah dan cintailah ahlul-baitku kerana mencintaiku”

8. Ad- Dailami meriwayatkan sebuah Hadeeth dari `Ali RA yang menyebut sabda Rasulullah SAW: “Di antara kalian yang paling mantap berjalan di atas sirath ialah yang paling besar kecintaannya kepada ahlul-baitku dan para sahabatku.”

9. Diriwayatkan oleh At-Thabarani, bahawa Jabir RA mendengar `Umar ibnu Khattab RA berkata kepada orang ramai ketika mengahwini Ummu Kalthum binti `Ali bin Abu Thalib : “Tidakkah kalian mengucapkan selamat untukku? Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ` Semua sabab (kerabat) dan nasab (salasilah keturunan) akan terputus pada hari kiamat kelak kecuali kerabat dan nasabku’.

10. Hadeeth Thaqalain riwayat Zaid bin Al-Arqam RA menyebut : “Kutinggalkan di tengah kalian dua bekal. (Yang pertama): Kitabullah, di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Hendaklah kalian ambil dan berpegang teguh padanya.dan (kedua) :Ahli Baitku. Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku! Kalian kuingatkan kepada Allah mengenai Ahli-Baitku!”

11.Imam Ahmad bin Hambal meriwayatkan dalam Hadeeth lain: “Apabila bintang-bintang lenyap, lenyaplah penghuni langit; dan apabila ahli-baitku lenyap, lenyap pula penghuni bumi.”

12.Sebuah Hadeeth riwayat Al Hakim dan disahihkan oleh Bukhari & Muslim menyebut : “Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang belayar) dari bahaya tenggelam/karam sedangkaan ahlul-baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis.”

13. Hadeeth Rasulullah SAW dari Abu Dzar menyatakan :” Ahlul- baitku di tengah kalian ibarat bahtera Nuh. Siapa yang menaikinya ia selamat dan siapa yang ketinggalan ia binasa.”

14. Abu Dzar Al- Ghiffari RA menuturkan bahawa ia mendengar sabdaan Rasulullah SAW :”"Jadikanlah ahlul-baitku bagi kalian sebagai kepala bagi jasad dan sebagai dua belah mata bagi kepala.”

15. Hadeeth riwayat Imam At-Tarmidzi, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : “Dunia tidak akan berakhir sehingga bangsa Arab dipimpin oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya menyerupai namaku.


انما يريد الله ليذهب عنكم الرجس اهل البيت ويطهركم تطهيرا Sesungguhnya Allah swt hendak membersihkan kotoran atas kamu hai ahlu bait, dan mensucikannya sesuci-sucinya (Al-Ahzab ayat 33) Wahai ahlu bait Rasulullah saw, mencintai kamu adalah suatu kewajiban yang Allah swt turunkan dalam alquran. (Imam Syafii ra) Sesungguhnya Allah swt telah menciptakan Muhammad saw dan keturunannya dari tanah arsy. (Imam Ja’far al-Shaddiq) Tuhan belum pernah menciptakan apapun yang lebih dicintai-Nya selain Muhammad dan keluarganya. (Al-Hallaj) Aku yakin bahwa cinta dan patuh kepada ahlu bait itu wajib. Sekalipun musuh berusaha menjauhkanku, usaha mereka itu justru menyebabkan aku dekat. (Ibnu al-Araby)
yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

1 ulasan:

  1. alhamdulilah.. blog ni penuh dgn maklumat dan ilmu2 yg berguna..

    BalasPadam