Pages

Selasa, 18 September 2012

Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Melayu Posted Oleh:Al-marhum Tuan Guru hj Wan Mohd. Shaghir Abdullah




Tok Ku Paloh Al-Aidrus pejuang Islam dan bangsa Melayu


Oleh:Al-marhum Tuan Guru hj Wan Mohd. Shaghir Abdullah

PESANAN TOKKU PALOH : MAKA TINGGALKANLAH DUNIAMU DAN BELAYARLAH MENUJU TUHANMU. JANGANLAH SEKALI-KALI ENGKAU MELABUHKAN SAUH KETIDAKPASTIAN ITU BIARLAH APA KATA MEREKA PADA DIRIMU. BERHIJRAHLAH, BELAYARLAH MENUJU TUHANMU KERANA KAULAH MELAYU

Pahlawan Datuk Bahaman pernah meminta perlindungan daripada Tok Ku Paloh Al-Aidrus.


DALAM halaman Agama Utusan Malaysia keluaran Isnin lalu, nama Tok Ku Paloh ada disebutkan. Peranan penting ayah beliau, Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar di Terengganu, dilanjutkan pula oleh Tok Ku Paloh.

Beberapa riwayat tulisan yang terdahulu daripada ini, termasuk percakapan lisan, ada memperkatakan tentang sumbangan tersebut. Bagaimanapun, saya menemui beberapa dokumen yang menunjukkan Tok Ku Paloh bukan berpengaruh di Terengganu saja, tetapi juga di Patani.

Hubungan beliau sangat erat dengan Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu Kadi Jambu. Walau bagaimanapun, Haji Wan Ismail al-Fathani (lahir 2 Jamadilawal 1304 H/27 Januari 1887 M) dari segi perbandingan umur adalah peringkat cucu kepada Tok Ku Paloh (lahir 1233 H/1818 M).

Tahun lahir Tok Ku Paloh itu sama dengan tahun lahir Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani (lahir 1233 H/1817 M). Beliau ini ialah datuk kepada Haji Wan Ismail al-Fathani. Hubungan antara Haji Wan Ismail al-Fathani, Kadi Jambu, dengan Tok Ku Paloh hanyalah kesinambungan hubungan yang terjalin sejak zaman datuknya itu, dan meneruskan hubungan antara Tok Ku Paloh dengan ayah beliau, iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.

Darah perjuangan Tok Ku Paloh dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu tidak dapat dinafikan mempunyai kesan tersendiri dalam tubuh Syeikh Ahmad al-Fathani. Isu kemaslahatan Islam dan bangsa Melayu yang menghadapi pelbagai masalah penjajah pada zaman itu perlu dilihat dalam konteks hubungan antara Syeikh Ahmad al-Fathani, Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, Terengganu.

Tok Ku Paloh dirahmati berumur panjang. Beliau meninggal dunia pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M. Bererti ketika meninggal dunia Tok Ku Paloh berusia sekitar 102 tahun menurut perhitungan tahun hijrah atau 100 tahun menurut tahun masihi.

Nama penuh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad bin Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus mempunyai beberapa nama gelaran, yang paling popular ialah Tok Ku Paloh. Gelaran lain ialah Engku Saiyid Paloh, Engku Cik, Tuan Cik dan Syaikh al-Islam Terengganu. Tok Ku Paloh mempunyai beberapa orang adik-beradik. Ada yang seibu sebapa dan ada juga yang berlainan ibu. Adik-beradik kandung Tok Ku Paloh ialah Saiyid Zainal Abidin al-Aidrus yang digelar dengan Engku Saiyid Seri Perdana, Saiyid Ahmad al-Aidrus digelar Tok Ku Tuan Ngah Seberang Baruh dan Saiyid Mustafa al-Aidrus yang digelar Tok Ku Tuan Dalam.

Beliau ialah seorang ulama dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Adik-beradiknya selain yang disebut itu ialah Tuan Embung Abu Bakar atau digelar dengan nama Tuan Embung Solok atau Tok Ku Tuan Kecik, Tuan Nik (Senik). Antara nama-nama tersebut, ramai yang memegang peranan penting dalam Kerajaan Terengganu tetapi nama yang paling masyhur ialah Tok Ku Paloh.

Pendidikan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus atau Tok Ku Paloh berketurunan ‘Saiyid’. Oleh itu sudah menjadi tradisi keturunan itu untuk lebih mengutamakan usaha mempelajari ilmu-ilmu daripada orang yang terdekat dengan mereka. Ayah beliau, Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar, pula merupakan seorang ulama besar yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam urusan Islam di Terengganu. Dapat dipastikan Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus telah belajar pelbagai bidang ilmu daripada orang tuanya sendiri.

Hampir semua orang yang menjadi ulama di Terengganu pada zaman itu memperoleh ilmu melalui jalur daripada ulama-ulama yang berasal dari Patani. Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus, selain belajar daripada ayahnya, juga berguru dengan Syeikh Wan Abdullah bin Muhammad Amin al-Fathani atau Tok Syeikh Duyung (lihat Utusan Malaysia, Isnin, 6 Mac 2006).

Saiyid Muhammad al-Aidrus atau Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung bersahabat baik dan sama-sama belajar daripada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu. Mereka juga sama-sama belajar dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani di Mekah.

Dalam artikel ini saya terpaksa menjawab satu e-mel dari Brunei Darussalam yang bertanyakan apakah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani berketurunan Nabi Muhammad s.a.w.? Sepanjang dokumen yang ditemui ada tulisan meletakkan nama ‘Wan’ pada awal nama beliau. Ada saudara pupu saya di Mekah memberi maklumat bahawa beliau menemui satu catatan Syeikh Ismail al-Fathani (Pak De 'El al-Fathani) bahawa ulama Patani itu juga berketurunan marga ‘al-Aidrus’.

Sejak dulu saya mengetahui ada catatan lain menyebut hal yang sama bahawa Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahim al-Fathani di Bukit Bayas, Terengganu juga termasuk marga ‘al-Aidrus’. Dengan keterangan ini bererti antara ulama Patani dengan ulama Terengganu yang diriwayatkan ini selain ada hubungan keilmuan mereka juga ada perhubungan nasab.

Perjuangan

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus (Tok Ku Paloh) melanjutkan pelajarannya di Mekah. Di sana beliau bersahabat dengan Syeikh Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Nik Mat Kecik al-Fathani (kelahiran Sungai Duyung Kecil, Terengganu) dan ramai lagi. Antara orang yang menjadi guru mereka di Mekah ialah Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus setelah pulang dari Mekah memusatkan aktivitinya di Kampung Paloh, Terengganu. Menurut Muhammad Abu Bakar, Kampung Paloh didatangi orang daripada pelbagai jurusan, bukan saja dari sekitar Kuala Terengganu, tetapi juga dari Kelantan, Pahang dan Patani (Ulama Terengganu, hlm. 181). Diriwayatkan bahawa salah seorang murid Tok Ku Paloh ialah Sultan Zainal Abidin III. Riwayat lain pula mengatakan antara muridnya yang terkenal dan menjadi pejuang antipenjajah ialah Haji Abdur Rahman Limbung dan Tok Janggut.

Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar.

Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan.

“ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad.

“Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.” (Ulama Terengganu, hlm. 184)

Daripada riwayat ini, kita dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa dunia terkini bahawa ramai tokoh Islam menjadi pejuang Islam dan bangsanya, dan ramai pula yang menjadi pengkhianat. Afghanistan, Iraq, Palestin dan Lebanon menjadi sasaran bom yang dilancarkan oleh bangsa-bangsa bukan Islam. Ada ramai pejuang Islam di sana. Pengkhianat pun banyak. Bangsa kita, bangsa Melayu yang beragama Islam, patut mencontohi perjuangan bijak Tok Ku Paloh. Janganlah ada manusia Melayu yang khianat terhadap agama Islam dan bangsanya.

Tok Ku Paloh sangat berpengaruh terhadap murid dan saudara ipar beliau iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beberapa pandangan dan nasihat Tok Ku Paloh kepada Sultan Zainal Abidin III tentang pentadbiran kerajaan banyak persamaan dengan surat-surat dan puisi Syeikh Ahmad al-Fathani kepada Sultan Terengganu itu. Semasa Tok Ku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III masih hidup, Inggeris tidak berhasil mencampuri pentadbiran negeri Terengganu.

Tok Ku Paloh wafat pada bulan Zulhijjah 1335 H/September 1917 M dan Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 22 Safar 1337 H/26 November 1918 M. Sesudah itu, tepat pada 24 Mei 1919 M barulah Inggeris dapat mencampuri kerajaan Terengganu.

Penulisan

Ahli sejarah, Datuk Misbaha ada menyebut bahawa risalah 'Uqud ad-Durratain adalah karya Tok Ku Tuan Besar, berdasarkan cetakan tahun 1950 oleh ahli-ahli Al-Khair dan cetakan pada tahun 1978 oleh Yayasan Islam Terengganu (Pesaka, hlm. 91). Tetapi pada cetakan yang jauh lebih awal berupa selembaran dalam ukuran besar yang diberi judul Dhiya' 'Uqud ad-Durratain, ia merupakan karya Tok Ku Paloh. Tertulis pada cetakan itu, “Telah mengeluar dan mengecapkan terjemah ini oleh kita as-Saiyid Abdur Rahman bin Muhammad bin Zain bin Husein bin Mustafa al-Aidrus....”

Di bawah doa dalam risalah itu dinyatakan kalimat, “Tiada dibenarkan sekali-kali siapa-siapa mengecapkan terjemah ini melainkan dengan izin Muallifnya dan Multazimnya Ismail Fathani. Tercap kepada 22 Ramadan sanah 1335 (bersamaan dengan 11 Julai 1917 M).”

Yang dimaksudkan Ismail Fathani pada kalimat ini ialah Kadi Haji Wan Ismail bin Syeikh Ahmad al-Fathani. Risalah cetakan ini saya terima daripada salah seorang murid Haji Wan Ismail Fathani.

Beliau menjelaskan bahawa risalah itu diajarkan di Jambu, Patani secara hafalan. Orang yang menyerahkan risalah itu bernama Nik Wan Halimah yang berusia lebih kurang 78 tahun (Oktober 2000). Ketika beliau menyerahkan risalah itu kepada saya, beliau masih hafal apa yang termaktub dalam risalah itu.

Kemuncak penulisan Tok Ku Paloh yang sering diperkatakan orang ialah kitab yang diberi judul Ma'arij al-Lahfan. Sungguhpun kitab ini sangat terkenal dalam kalangan masyarakat sufi sekitar Terengganu, Kelantan dan Pahang namun ia belum dijumpai dalam bentuk cetakan.

Saya hanya sempat membaca tiga buah salinan manuskrip kitab itu. Ilmu yang terkandung di dalamnya adalah mengenai tasawuf.

Sebagaimana telah disebutkan, Tok Ku Paloh ialah seorang pejuang Islam dan bangsa. Beliau ialah penganut Thariqat Naqsyabandiyah.

Antara anak Tokku Paloh ialah Saiyid Aqil bin Saiyid Abdur Rahman al-Aidrus. Beliau inilah yang bertanggungjawab mentashhih dan menerbitkan kitab nazam Kanz al-Ula karya datuknya, Tok Ku Tuan Besar, terbitan Mathba'ah al-Ahliyah Terengganu, 1347 H.

Salasilah Tokku Paloh: * Abd Rahman 'Tokku Paloh' b Muhammad 'Tokku Tuan Besar' b Zain alAbidin b Husain b Mustofa b Sheikh b Mustofa b Ali Zain alAbidin b Abdullah b Sheikh b Abdullah b Sheikh b Abdullah Al-Idrus b Abu Bakar Sakran b Abd Rahman AsSaqqaf b Muhammad Maulaldawilah b Ali b Alwi b Muhammad Fakih Muqaddam b Ali b Muhammad b Ali b Alwi b Muhammad b Alwi b Abdullah b Ahmad Muhajjir b Isa b Muhammad al Naqib b Ali al Uraidhi b Jaafar Sadiq b Muhammad Baqir b Ali Zain alAbidin b Husain b Ali+Fathimah binti Muhammad SAWW *
Syahadat Tukku dituduh SESAT! Amalan Syahadat Tukku ini pernah menjadi kontroversi apabila salah seorang pembawa amalan ini dihadapkan ke mahkamah kerana dituduh sesat. Peristiwa ini berlaku kepada Tuan Hj. Hussein Hj. Mat yang mengembangkan amalan ini di Kampung Gong Ubi Keling, Besut di mana dalam masa yang singkat saja sudah meriah dengan ramai pengikut.Tuan Hj.Hussein tidak menolak kemungkinan tidakan yang dikenakan ke atas dirinya itu didorong oleh iri hati dan hasad dengki orang2 tertentu kerana surau yang baru beliau bangunkan lebih meriah berbanding dengan surau2 lain. Mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas beliau atas alasan yang batil dan fitnah. Mengenang peristiwa pahit yang berlaku pada sekitartahun1950 itu, Hj. Hussein bercerita :“Hampir seribu orang yang berada di Mahkamah Kadhi Besut untuk mendengar keputusan perbicaraan saya yang dituduh sesat kerana mengamalkan Syahadat Tukku ini.”Orang ramai nampak cemas kerana peristiwa ini besar dan kali pertama berlaku di Besut. Menurut Hj. Hussein sewaktu perbicaraan, beliau disuruh membaca segala amalan yang diamalkannya selama ini. “Saya pun membaca habis satu persatu bermula dengan ratib Al Hadad, Burdah dan akhirnya Syahadat Tukku. Selesai saya membaca semuanya, Hakim Cik Awing yang juga Kadhi Besut itu berkata ; ‘Apa yang Tuan Hj. baca itu ada pada saya.’“Rupa2nya Tuan Hakim Cik Awing juga mengamalkan ratib Al Hadad dan Syahadat Tukku.“Kemudian saya dibebaskan tanpa sebarang tindakan yang dikenakan malah nampaknya tuan hakim itu pula yang seolah2nya mengalakkan amalan ini diteruskan. Mendengarkan keputusan yang benar itu maka orang ramai di luar mahkamah turut bersyukur dan ada yang menitiskan air mata gembira,” cerita Hj. Hussein lagi.Sehingga kini Hj. Hussein terus mengamalkan Syahadat Tukku bersama2 sahabat2nya, amalan pada setengah orang jahil dikatakan ‘syhadat tambahan’.Syahadat Tukku yang disusun oleh wali Allah itu terus popular di kalangan orang yang arif di banyak tempat dalam negeri Terengganu. Amalan yang menjelaskan unsur2 tauhid dan pembersihan hati yang amat diperlukan oleh seorang hamba terhadap Tuhannya, ALLAH SWT.
Makam Tokku Paloh yang terletak diatas bukit. Turun dari bukit ini, ada sebuah surau dan perigi yang digali sendiri oleh Tokku.





Jaddina Tuan Guru Syed Idris Bin Engku Syed Idrus Sa'amah Bin Engku Syed Abdul Hamid Bin Engku Syed Muhammad Amin Al-Fathoni (TOK KU SYED TOK PATANI)  Al-Kelantani Al-Idrus



Pal Jaddina Sayyiduna Ja'afar As-Sodiq a.s  Peninggalan Al-Marhum Moyang Kami (Amalan Turun Temurun Keturunan )...

(TokKu Syed Kelantan@Fathoni)
 

Sebahagian daripada catatan nasab Al-Marhum Datuk KU...Engku Syed Idris Bin Engku Syed Sa'amah Aidrus Al-Aydarus..


yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

HUKUM WANITA HAID MASUK SERTA DIAM DI DALAM MASJID DI SISI MAZHAB KAMI SYAFI'IE DAN IMAM-IMAM MAZHAB YG LAIN.


oleh As-Sayyid Faez Al 'Aydrus pada pada 31hb Julai 2011 pukul 3.50 ptg ·
HUKUM WANITA HAID MASUK SERTA DIAM DI DALAM MASJID DI SISI MAZHAB KAMI SYAFI'IE DAN IMAM-IMAM MAZHAB YG LAIN.

DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Puji dan syukur Lillahi Akbar

Atas nikmatnya kecil dan besar

Sholawat akmal beserta salam

Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam

Dan atas keluarganya Nabi

Fathimah, Hasan, Husein dan Ali

Dan turunannya Hasan dan Husein

Hingga kiamat beserta Qur’an,

TELAH SAMPAI BERITA KEPADA AL-FAQIR BAHAWA ADA SEORANG USTAZ YG BERPANGKAT DARI KELANTAN MENGAJAR DI DALAM KULIAH BELIAU DENGAN BERMUDAH-MUDAH PADA PENDAPAT ULAMAK YANG KONONYA SEBAGAI TERBUKA TIDAK TA'ASUB PADA MAZHAB KITA SYAFI'IE DENGAN SEWENANG-WENANGNYA MEMBENARKAN PARA MUSLIMAT MASUK DAN DUDUK DI DALAM MASJID.MAKA KETAHUI OLEH MU ORANG ITU TIADA DISIPLIN DI DALAM ILMU,TIDAK PANDAI PADA MEMAHAMI KHILAF ULAMAK MEMBAWA RAHMAT DAN TIADA MENGERTI HAKIKAT SEBENAR MENGIKUT PENDAPAT ULAMAK,MAKA DENGAN TAUFIQ INAYAH ALLOH MAKA DENGAN RENDAH DIRI AL-FAQIR BERUSAHA MEMBETULKAN KEADA'AN YANG SEBENAR

Hukum yang DI IJMAKKAN OLEH IMAM MAZHAB YANG 4 seperti Imam Abu Hanifah, Imam Syafie, Imam Malik, Imam Ahmad bin Hanbal ialah haram bagi wanita haid duduk di dalam masjid.

DALIL YANG MENGHARAMKAN:

Dalil mereka yang mengharamkan ialah dua hadis Nabi saw:
Pertama: Hadis `Aisyah radiyallahu `anha

جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَوُجُوهُ بُيُوتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ ثُمَّ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ يَصْنَعْ الْقَوْمُ شَيْئًا رَجَاءَ أَنْ تَنْزِلَ فِيهِمْ رُخْصَةٌ فَخَرَجَ إِلَيْهِمْ بَعْدُ فَقَالَ وَجِّهُوا هَذِهِ الْبُيُوتَ عَنْ الْمَسْجِدِ فَإِنِّي لَا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلَا جُنُبٍ

Maksudnya: “Nabi saw datang ke Masjid Nabawi. Di kala itu muka pintu rumah para sahabat Nabi saw bersambungan dengan Masjid Nabawi. Baginda lantas bersabda: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid” Kemudian baginda memasuki masjid. Orang ramai belum mengambil apa-apa tindakan pun kerana mengharapkan agar turun kepada mereka kelonggaran. Setelah itu baginda keluar bertemu mereka. Baginda lantas bersabda lagi: “Palingkan rumah-rumah kamu ke arah lain daripada masjid, kerana sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid ini untuk perempuan haid dan orang yang berjunub” Hadis riwayat Abu Dawud (no 201)

وعن عائشة رضي الله عنها قالتْ: قالَ رسول الله صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم: "إني لا أُحِلُّ المَسْجِدَ لحائض ولا جُنُبٍ". رواه أبو داود. وصحّحه ابنُ خزيمةَ.
Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang sedang haid dan junub." Riwayat bu Dawud dan hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah.
[Bulughul Maram/52].

Imam Ash-Shan’ani berkata :
والحديث دليل على أنه لا يجوز للحائض والجنب دخول المسجد، وهو قول الجمهور، وقال داود، وغيره: يجوز، وكأنه بني على البراءة الأصلية، وأن هذا الحديث لا يرفعها.
وأما عبورهما المسجد، فقيل: يجوز لقوله تعالى:
{… إلا عابري سبيل …}
في الجنب، وتقاس الحائض عليه، والمراد به: مواضع الصلاة.
وأجيب: بأن الآية فيمن أجنب في المسجد فإنه يخرج منه للغسل، وهو خلاف الظاهر، وفيها تأويل اخر
Hadits tersebut adalah dalil tidak bolehnya perempuan yang sedang haidh dan junub masuk SERTA DIAM di dalam masjid, demikianlah menurut pendapat jumhur ulama. Sementara Dawud az-zohiri,ibnu hazm dan ulama lainnya mengatakan boleh, sepertinya pendapatnya ini berdasarkan al-bara'ah al-ashliah (hukum asalnya, terlepasd ari kewajiban),dan hadits ini tidak dapat mengangkat hukum asal tersebut.
mereka berhujjah dgn ayat quran, berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala, "..terkecuali sekedar berlalu saja.(.Q" S. An-Nisa': 43) Mengenai yang junub, sedangkan perempuan haidh diqiaskan padanya. Yang dimaksud dalam ayat itu adalah tempat-tempat shalat.
Pendapat tersebut dapat dijawab,QIAS ITU BATIL KERANA bahwa ayat itu berkenaan dengan orang yang junubnya terjadi di dalam masjid, maka dia harus keluar untuk mandi, ini berbeda dengan zhahirnya ayat tersebut. Dan terdapat penafsiran yang lain mengenai ayat ini.
[Subulussalam 1/ (1/229)].

عن عائشة قالت: قال لي رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم نَاوِلْيِنِي الْخُمْرَةَ من المسجدِ فقلت: إني حائضٌ فقال: إن حَيْضَتَكَ لَيْسَتْ في يَدِكَ
Dari 'Aisyah Radliyallaahu 'anha bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ambilkanlah aku sajadahku dari masjid’. Lalu aku berkata, 'Sesungguhnya aku sedang haidh, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, ‘Sesungguhnya haidh itu tidak berada di tanganmu.,' (HR. Jama'ah keccuali Al-Bukkhari)

Asy-Syaukani berkata :
والحديث يدل على جواز دخول الحائض المسجد للحاجة ولكنه يتوقف على تعلق الجار والمجرور أعني قوله: من المسجد بقوله: ناوليني وقد قال بذلك طائفة من العلماء واستدلوا به على جواز دخول الحائض المسجد للحاجة تعرض لها إذا لم يكن على جسدها نجاسة وأنها لا تمنع من المسجد إلا مخافة ما يكون منها وعلقته طائفة أخرى بقوله: (قال لي رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم من المسجد ناوليني الخمرة) على التقديم والتأخير.
وعليه المشهور من مذاهب العلماء أنها لا تدخل لا مقيمة ولا عابرة لقوله: صلى اللَّه عليه وآله وسلم (لا أحل المسجد لحائض ولا جنب)
Hadits di atas menunjukkan bolehnya masuk (MASUK PINTU LAIN KELUAR PINTU LAIN) masjid,bagi orang orang yang haidh dengan adanya hajat . Tetapi pendapati ni tergantung pada hubungan jar dan majrur, yakni pada perkataan "minalinasjidi" berdasarkan perkataan" naawillini". Mereka yang berpendapau demikian adalah segolongan Ulama. Mereka menggunakan hadits ini sebagai dalil bolehnya masuk masjid bagi orang yang haidh karena adanya hajat, jika badannya tidak terkena najis maka tidak ada halangan baginya masuk masiid kecuali khawatir adanya najis. Golongan lain menggantungkan perkataan,
"Rasulullah mengatakan kepada kami dari masjid, ambilkanlah aku kerudung" pada taqdim dan ta’khir (lafadz yang terdahulu dan yang terkemudian).
Madzhab Ulama yang masyhur berpendapat bahwa orang yang haidh tidak masuk masjid, tidak tinggal, dan tidak melewati berdasarkan sabda Nabi yang berbunyi, Sesungguhnya aku tidak menghalalkan masjid bagi orang yang sedang haid dan junub."
[Nailul Authar 1/ 189 (1/514)].

Sayyid Sabiq dalam kitab Fiqih Sunnah berkata :
Haram bagi orang junub menetap di masjid karena hadits Aisyah r.a.,
وعن عائشة قالت: جاء رسولُ اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم وَوُجُوْهُ بُيُوْتِ أَصْحَابِهِ شَارِعَةٌ في المسجدِ فقال: وَجِّهُوْا هَذِهِ الْبُيُوْتَ عن المسجدِ ثم دخل رسولُ اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم ولم يَصْنَعِ الْقَوْمُ شيئًا رَجَاءَ أن يَنْزِلَ فيهم رُخْصَةٌ فخرج إليهم فقال: وِجِّهُوْا هذه البُيُوْتَ عن المسجدِ فَإِنِّي لا أُحِلُ المسجدَ لِحَائِضٍ ولا جُنُبٍ
Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam datang ke masjid, sementara bagian depan rumah para sahabatnya ada menjorok ke dalam masjid. Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pun bersabda, 'Pindahkan bagian depan rumah-rumah ini dari masjid! Kemudian Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pun masuk sedangkan orang-orang itu belum berbuat apa-apa karena mengharapkan keringanan dari Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam . Akhirnya, Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pun keluar menjumpai para pemilik rumah itu, katanya, ’palingkan rumah-rumah ini dari masjid karena aku tiada membolehkan pertempuan haid dan orang junub memasuki masjid” (HR. Abu Dawud)

Kedua : Ummu Salamah radiyallahu `anha.

دَخَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَرْحَةَ هَذَا الْمَسْجِدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ إِنَّ الْمَسْجِدَ لَا يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلَا لِحَائِضٍ


Maksudnya: “Baginda saw masuk ke pintung gerbang masjid lalu menyeru dengan suara yang lantang: “Sesungguhnya masjid ini tidak halal untuk perempuan haid dan orang yang berjunub.”Hadis riwayat Ibn Majah (no 637).

وعن أم سلمة قالت: دخل رسول اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم صَرْحَةَ هذا المسجدِ فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ أن المسجدَ لا يحلُّ لِحَائِضٍ ولا جُنُبٍ
Dari Ummu Salamah ra, " Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam masuk ke halaman masjid dan berseru sekeras suaranya, ’Sesungguhnay masjid ini tidak boleh dimasuki orang haid dan orang junub!"'(HR Ibnu Majah dan Thabrani)

ذهب جمهور الفقهاء من أصحاب المذاهب الأربعة إلى أنه لا يجوز للحائض أن تمكث في المسجد ، واستدلوا على ذلك بما رواه البخاري (974) ومسلم (890) عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ : ( أَمَرَنَا تَعْنِي النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَ فِي الْعِيدَيْنِ الْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، وَأَمَرَ الْحُيَّضَ أَنْ يَعْتَزِلْنَ مُصَلَّى الْمُسْلِمِينَ ) .

فمنع النبي صلى الله عليه وسلم الحائض من مصلى العيد ، وأمرها باعتزاله ، لأن له حكم المسجد ، فدل على منعها من دخول المسجد .واستدلوا بأحاديث أخرىمنها قوله صلى الله عليه وسلم : ( لا أُحِلُّ الْمَسْجِدَ لِحَائِضٍ وَلا جُنُبٍ ) في أبي داود (232

وسئل علماء اللجنة الدائمة للإفتاء (6/272) :

ما حكم الشرع في حق المرأة التي تدخل المسجد وهي حائض للاستماع إلى الخطبة فقط ؟

فأجابوا : لا يحل للمرأة أن تدخل المسجد وهي حائض أو نفساء . . . أما المرور فلا بأس إذا دعت إليه الحاجة وأمن تنجيسها المسجد لقوله تعالى : ( وَلا جُنُباً إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا ) النساء/43 ، والحائض في معنى الجنب ؛ ولأنه أمر عائشة أن تناوله حاجة من المسجد وهي حائض " انتهى من "فتاوى اللجنة الدائمة" (6/272

وينظر مذاهب الفقهاء في: "المبسوط" (3/153) ، "حاشية الدسوقي" (1/173) ، "المجموع" (2/388) ، "المغني" (1/195)

وسئل الشيخ ابن عثيمين (SEORANG ULAMAK WAHABI) : هل يجوز للحائض حضور حلق الذكر في المساجد ؟

فأجاب : " المرأة الحائض لا يجوز لها أن تمكث في المسجد ، وأما مرورها بالمسجد فلا بأس به ، بشرط أن تأمن تلويث المسجد مما يخرج منها من الدم ، وإذا كان لا يجوز لها أن تبقى في المسجد ، فإنه لا يحل لها أن تذهب لتستمع إلى حلق الذكر وقراءة القرآن


Ketiga hadits tersebut menunjukkan bahwa orang haid dan orang junub tidak boleh tinggal atau menetap di dalam masjid, tetapi keduanya diberi keringanan untuk melintasnya (MASUK PINTU LAIN KELUAR PINTU LAIN) saja, karena firman Allah ta'ala,
يا أيها الذين آمنوا لا تقربوا الصلاةَ وأنتم سكارى حتى تعلموا ما تقولون ولا جُنُبًا إلا عابري سبيلٍ حتى تغتسلوا
”Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi.. ” (an-Nisaa' [4]: 43)

وعن جابر قال: كان أحدنا يَمُرُّ في المسجدِ جُنُبًا مَجْتَازًا
Dan diterima pula dari Jabir ra. Yang berkata, "Masing-masing kami biasa melewatl masjid dalam keadaan janabat, tetapi hanya melintas." (HR Ibnu Abu Syaibah dan Sa'id bin Manshur dalam buku Sunan-nya)

وعن زيد بن أسلم قال: كان أصحابُ رسولِ اللَّه صلى اللَّه عليه وآله وسلم يَمْشُوْنَ في المسجدِ وهم جُنُبٌ
Zaid bin Aslam berkata, "Para sahabat Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam biasa berjalan di masjid, sedangkan mereka dalam keadaan junub." (HR Ibnu Mundzir)
Dari Yazid bin Habib bahwa ada beberapa orang di antara laki-aki Anshar; pintu rumah mereka
menghadap masjid. Mereka sering dalam keadaan junub dan tidak mendapatkan air. Mereka tidak
menemukan jalan lain untuk keluar tumah melainkan melalui pintu masjid. Lalu Allah menurunkan ayat, " (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecual sekadar
berlalu saja ." (HR. Ibnu Jarir)

2. الإنصاف الجزء الأول صـ: 347
قوله (واللبث في المسجد) تمنع الحائض من اللبث في المسجد مطلقا على الصحيح من المذهب وعليه جمهور الأصحاب

. كشاف القناع عن متن الإقناع الجزء الأول ص: 413
(ويحرم على جنب وحائض ونفساء انقطع دمهما اللبث فيه) أي : المسجد لقوله تعالى "ولا جنبا إلا عابري سبيل حتى تغتسلوا" ولقوله صلى الله عليه وسلم "لا أحل المسجد لحائض ولا جنب" رواه أبو داود

الفقه الإسلامي وأدلته - (ج 2 / ص 2)
دخول المسجد، واللبث والاعتكاف فيه، ولو بوضوء، لقوله )ص( [لا أحل المسجد لحائض ولا جنب] وأجاز الشافعية والحنابلة للحائض والنفساء العبور في المسجد إن أمنت تلويثه، لأنه يحرم تلويث المسجد بالنجاسة وغيرها من الأقذرار

Sedangkan hukum serambi masjid atau dalam bahasa arabnya rahbah maka terjadi khilaf. khilaf awal menurut pendapat yang mngatakan hukum rahbah sama seperti masjid maka ia adalah haram berdiam di serambi ketika diyakini rahbah dibangun setelah masjid dibangun atau bersamaan. Ini didukung dalam kitab ianah al-thalibin. ada pula berpendapat yang mengatakan rahbah tidak dapat dihukumi masjid sama ada dibangun sebelum masjid atau setelahnya.

4. فوائد الجانية صـ: 425-428
(ثم حريم المسجد اجعل حكمه كحكمه فيما له من حرمة) على ما قله السيوطي قال فيحرم المكث فيه للجنب ويجوز الاعتكاف فيه وغير ذلك. (قلت وقال غيره) أي غير الأصل (كابن حجر)في تحفته (لم يك كالمسجد وهو) القول (المعتبر. كذاك في الرحبة الخلف نقل وهي التي تبنى له) أي لأجله ويحوط عليها (إذ تتصل) به مع التحويط. وهل منها الفضلة التي تجعل بين جزءي المسجد ؟ الظاهر نعم لصدق الضابط فتعطى حكمه قال في شرح المهذب قال صاحب الشامل والبيان ما كان مضافا إلى المسجد. وعبارة المحاملي هي المتصلة به خارجه قال النووي وهو الصحيح خلافا لقول ابن الصلاح إنها صحنه وقال البندنيجي هي البناء المبني له بجواره متصلا به وقال القاضي أبو الطيب هو ما حواليه وقال الرافعي الأكثرون على عد الرحبة منه ولم يفرقوا بين أن تكون بينها وبين المسججد طريق أم لا وهو المذهب وقال ابن كج إن انفصلت عنه فلا وفيه كلام للسيد السمهودي وغيره وجمعٌ بين أقوال العلماء (وعدها منه إليه يذهب فيما حكى) السيوطي عن الرافعي (الجمهور وهو المذهب)
(قوله ثم حريم المسجد) لعل مراد السيوطي بحريم المسجد رحبته وذلك لأن حريمه هو الموضع المتصل به المهيأ لمصلحته كانصباب الماء وطرح القمامات فيه فليس له حكم المسجد قال الزركشي ويلزم الواقف تمييز الرحبة من الحريم لتعطى حكم المسجد. (قوله كابن حجر في تحفته) عند فصل شروط القدوة ص 313 من الجزء الأول حيث قال ما نصه لا حريمه وهو ما يهيأ لإلقاء نحو قمامته اهـ أي ليس من المسجد حريمه. (كذاك) أي كحريم المسجد في الخلاف هذا بناء على إبقاء عبارة السيوطي على ظاهرها وإلا فقد قلنا إن المراد بالحريم فيها الرحبة يدل على سياقه فيما بعد حيث ذكر ضابط الرحبة عقيب التنويه على ضابط حريم المعمور فلو كان مراده غير الرحبة لذكر ضابطا له أو نوه به فافهم (قوله به) أي المسجد ويقرب من هذا الضابط ما ضبط به ابن حجر حيث قال ما حجر عليه لأجله قال الرملي في النهاية أي ولم يعلم كونها شارعا قبل ذلك أو نحوه سواء أعلم وقفيتها مسجدا أم جهل أمرها عملا بالظاهر وهو التحويط عليها (قوله وهو) أي قول المحاملي ويقرب عبارة الخطيب هي ما كان خارجه محجرا عليه لأجله اهـ (قوله فلا) أي فلا تعد الرحبة المنفصلة عن المسجد منه واستحسن هذا في الشرح الصغير (قوله بين أقوال العلماء) قال الزركشي وقول المجموع والمذهب الأول فقد نص الشافعي والأصحاب على صحة الاعتكاف فيها لا حجة فيه إذ لا نزاع في صحة الاعتكاف فيها وإنما النزاع في أنه إذا كان بينها وبين المسجد طريق يكونان كمسجد واحد أم لا ؟ والأشبه ما قاله ابن كج وعليه يحمل إطلاق غيره اهـ قال الخطيب ومع هذا فالأوجه أنه يأتي في ذلك التفصيل بين أن يكون أي الطريق قديما فيضر أوحادثا فلا. اهـ وتوقف الإسنوي فيما إذا لم يدر أوقفت مسجدا أم لا هل تكون مسجدا لأن الظاهر أن لها حكم متبوعها أم لا ؟ لأن الأصل عدم الوقف والمتجه الأول كما قاله بعض المتأخرين وهو مقتضى الشيخين كما صرح بذلك الخطيب (قوله المذهب) أي الطريق الراجح لقول الأكثرين به كما سبق


PERBINCANGAN DALIL

Hujah yang mengatakan bahawa hadis Aisyah dan Ummu Salamah di atas adalah lemah telah dibantah oleh para ulama terkemudian antaranya Imam Syaukani (Syauqani, Nayl al-Autor, juz 2, hlm 94&95) Bagi beliau kedua-dua hadis di atas samada berstatus Hasan atau Sahih dan kedua-duanya boleh dijadikan hujah dalam hukum.

TALFIQ TIDAK DI BENARKAN : SEPAKAT PARA ULAMAK

Perlu difahami, para ulama mujtahid bukanlah sedikit bahkan ramai.Cuma ada yang terpelihara mazhabnya sehingga sekarang dan ada yang sudah tiada lagi. Oleh kerana itulah al-Imam Alawi al-Saqqaf rahimahullah (1255-1335H)menyebutkan di dalam kitabnya Fawaid Makkiyah bahawa para ulama menyebutkan tidak boleh mengikut mana-mana mazhab selain mazhab empat.

Apakah sebabnya? Bukanlah kerana para ulama mazhab selain mazhab empat tidak diyakini ilmunya, sebaliknya kerana ketiadaan sandaran dan sanad yang menyakinkan bahawa pendapat tersebut keluar daripada Imam-imam tersebut ( seperti al-Auza’ie, Abu Thaur, Sufyan al-Thauri, Ibn Uyaynah, Ishak bin Rahuyah, Ibn Jarir al-Tabari dan lain-lain rahimahumullah).

Oleh sebab itulah ramai para ulama menyebutkan berkenaan Imam Zaid bin Ali radhiyallahu anhuma: (( Imam Zaid merupakan seorang yang sangat tinggi kedudukannya, hebat ilmunya, tetapi kepercayaan terhadap mazhabnya sudah tiada bukanlah kerana peribadi Imam Zaid, tetapi kerana para pengikutnya tidak mengambil perhatian tentang pembinaan mazhab( serta tidak mengambil perhatian tentang sanad mazhab tersebut), maka mazhab tersebut tidak terlepas daripada berlakunya perubahan dan menyandarkan kepada Imam bukan kepada apa yang disebutkan oleh Imam itu sendiri)).enarlah kata-kata Imam Ibn Mubarak rahimahullah:

الإسناد من الدين, لولا الإسناد لقال من شاء ما شاء

Maksudnya: Sistem sanad tersebut adalah sebahagian daripada agama Islam, kalaulah bukan kerana sistem ini, maka orang akan menyebutkan apa sahaja yang dia ingin sebutkan.

Maksud sebenar kalam ini ialah, jika tiadanya sistem sanad maka semua orang boleh menyandarkan pendapatnya kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki tanpa amanah ilmu. Bila ditanya, daripada siapakan kamu mengambil pendapat ini, maka seseorang yang tiada sandaran akan menyebutkan : daripada si fulan dan si fulan dan seterusnya tanpa meraikan amanah ilmu itu sendiri.

Kembali kepada perbahasan asal berkenaan adakah kita boleh berpindah-pindah mazhab?

Kata al-Imam Ibn Hajar al-Haitami,al-Imam Alawi al-Saqqaf , dan para ulama yang lain:

“ Harus bagi seseorang tersebut untuk berpindah-pindah daripada satu mazhab ke mazhab yang lain (mazhab empat), walaupun dengan berseronok-seronok, sama ada berpindah secara berterusan atau secara sekejap sahaja(kemudian kembali semula ke mazhab asal).”

Cuma yang perlu diambil perhatian ialah berpindah-pindah mazhab dibenarkan dengan syarat tidak berlaku talfiq yang diharamkan(sehingga menyebabkan berlaku perkara yang tidak dikatakan oleh seorang pun dikalangan ulama Islam).

Talfiq bermakna “melipat”, namun pada istilah syar’i bermakna mencampuradukkan pendapat seorang ulama dengan pendapat ulama lain. Sedangkan tidak seorang pun dari mereka yang membernarkan perbuatan yang dilakukan tersebut.

Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi mengatakan:

“(syarat kelima dari taqlid) adalah tidak talfiq, iaitu tidak mencampurkan di antara dua pendapat di dalam satu qadliyah (masalah), samada sejak dari awal, pertengahan dan seterusnya. Akibatnya nanti dua pendapat itu akan menimbulkan satu amaliyah yang tak pernah disebutkan oleh orang pendapat tersebut.” (Tanwir al-Qulub, 397)
Ini menunjukkan bahawa talfiq adalah melakukan suatu perbuatan atas dasar hukum yang merupakan gabungan dua madzhab atau lebih.

Contoh seperti berikut:
a. Seseorang berwudhu’ menurut madzhab Syafi’I dengan menyapu atau mengusap sebahagian (kurang dari seperempat) kepala. Selepas itu dia menyentuh kulit wanita ajnabiyyah (bukan mahramnya), kemudian terus bersolat dengan mengikuti Mazhab Hanafi yang berpendapat bahwa menyentuh wanita ajnabiyyah tidak membatalkan wudhu’.

Perbuatan seperti ini disebut talfiq, karana mencapuradukkan pendapat Imam Syafi’I dan Hanafi dalam masalah wudhu’. Hasilnya, kedua Imam tersebut sama-sama tidak mengakui bahwa gabungan itu merupakan pendapat mereka. Ini adalah kerana, Imam Syafi’I berpendapat batal wudhu’ seseorang yang menyentuh kulit wanita yang bukan mahram (Ajnabiyah). Sedangkan dalam masa yang sama Imam Hanafi tidak mengesahkan wudhu’ seseorang yang hanya mengusap sebahagian kepala.

b. Seseorang berwudhu’ dengan menyapu sebahagian kepala, atau tidak menggosok anggota wudhu’ karena mengiikuti madzhab Imam Syafi’i. Kemudiannya dia menyentuh anjing, karena mengikut Mazhab Imam Malik yang mengatakan bahwa anjing adalah suci. Ketika dia solat, maka kedua imam tersebut tentunya sama-sama akan membatalkannya. Sebabnya menurut Mazhab Maliki wudhu’ itu hendaklah dengan mengusap atau menyapu seluruh kepala dan juga dengan mengosok anggota wudhu’. Berwudu’ cara Imam Syafi’I, menurut Imam Malik adalah tidak sah.

Demikian juga anjing menurut Imam Syafi’i termasuk najis mughallazhah (najis yang berat). Maka ketika menyentuh anjing lalu bersolat, Maka solatnya tidak sah. Sebab berlaku demikian kerana kedua imam itu tidak menganggap sah salat yang dilaksanakan dengan cara tersebut.

Talfiq seperti ini dilarang di dalam agama sebagaimana yang tersebut di dalam kitab I’anah al-Thalibin:

“talfiq dalam satu masalah itu dilarang, seperti mengikuti Imam Malik dalam sucinya anjing dan ikut Imam Syafi’I dalam bolehnya mengusap sebahagian kepala untuk mengerjakan solat.” (I’anah al-Thalibin, juz 1, hal 17)

Perkara ini dilarang kerana dibimbangi akan terjadi “tatabbu’ al-rukhash” (mencari yang mudah) di dalam beramal. Ini juga agar umat tidak mengambil jalan meringan-ringankan hokum dan agar tidak bersifat “tala’ub” (main-main) di dalam hukum agama.
Sebenarnya larangan talfiq bukan untuk mengekang kebebasan umat Islam untuk memilih mazhab. Ianya juga bukanlah merestui sikap pembelaan dan fanatik terhadap mazhab tertentu namun ianya lebih kepada menjaga kebebasan bermazhab agar tidak disalahfahami oleh sesetengah gulongan.

Untuk menghindari amalan talfiq yang dilarang ini, maka perlulah ada satu penetapan hukum dengan memilih salah satu mazhab dari ‘mazahib al-arba’ah’ yang sesuai dengan keadaan dan suasana di tempat kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan talfiq yang diharamkan? Para ulama menyebutkan bahawa talfiq yang diharamkan ialah mengumpulkan dan menghimpunkan pendapat ulama di dalam satu masalah yang sama menjadi satu masalah yang mana ianya tidak pernah langsung disebutkan oleh mana-mana ulama.

Contohnya seperti mengambil wudhuk dengan menggunakan mazhab syafie(menyapu sebahagian kepala), kemudian selepas itu orang tersebut menyentuh ajnabiah(wanita bukan mahramnya) dan ingin pula mengikut mazhab Abu Hanifah yang mengatakan menyentuh wanita tidak membatalkan wudhuk. Maka seolah-olah jika para imam tersebut dikumpulkan semula di hadapan kita kelak, kesemuanya tidak mengi’tiraf perbuatan kita. Al-Imam Syafie akan menyebutkan bahawa wudhuk kamu seperti yang kami sebutkan cuma bagi kami jika menyentuh wanita @ disentuh akan membatalkan wudhuk. Orang tersebut menjawab: Aku menyentuh mengikut mazhab Abu Hanifah. Maka Imam Abu Hanifah pula akan menjawab: Memang benar mazhab kami mengatakan bahawa wudhuk tidak akan batal jika disentuh atau menyentuh wanita ajnabiyah(kerana bagi mazhab Abu Hanifah , bersetubuh barulah membatalkan wudhuk) tetapi cara kamu mengambil wudhuk bukanlah seperti yang kami letakkan (kerana hanya meyapu sebahagian kepala sahaja) .Kata Imam Abu Hanifah lagi: Bagi mazhab kami, wajib menyapu kepala keseluruhannya. Jadi kamu tetap tidak mengikut mazhab kami.

Inilah contoh talfiq yang tidak dibenarkan,tetapi jika kita contohnya berwudhuk menggunakan mazhab Syafie, kemudian berniaga di pasar menggunakan mazhab Abu Hanifah, keesokkan harinya berwudhuk menggunakan mazhab Abu Hanifah dan seterusnya maka tiadalah masalah padanya. Ini perlu kepada pemahaman usul fiqh yang baik. Perbahasan talfiq ini sangat panjang. Perlu dibahaskan pada masa yang akan datang.

Jadi, kesimpulannya ialah,para ulama tidak pernah menghalang untuk kita berpindah-pindah mazhab, malah tidak mewajibkan untuk kita berpegang dengan satu-satu mazhab (tanpa membenarkan untuk berpindah mazhab).

Cuma, perlu difahami kalam para ulama, tiada seorang pun yang menyebutkan tidak mengapa kalau tidak bermazhab langsung. Tidak pernah kami (yang belajar dengan para ulama secara terperinci dan membaca kitab-kitab para ulama)mendengar dan menjumpai para ulama menyebutkan bahawa tidak perlu untuk bermazhab. Ini kefahaman yang perlu diperbetulkan. Kefahaman “tidak perlu bermazhab” bukanlah perkara yang baharu, janganlah kamu berpura-pura menyokong para ulama ahlussunnah seperti Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti(mazhab Syafie), Syeikh Ali Jumaah(mazhab Syafie), Syeikh Wahbah Zuhaili(Mazhab Syafie) dan sebagainya sedangkan kamu langsung tidak memahami pendapat yang mereka sebutkan. Baca sendiri kalam mereka( Bukan sekadar membaca, tetapi memahami sebagaimana para ulama yang membacanya memahaminya). Mereka juga bermazhab walaupun sudah mencapai peringkat yang tinggi di dalam Ilmu mereka.

Sekali lagi saya sebutkan, baca dengan hati yang terbuka dan ilmu yang disadur dengan iman, bukan dengan hawa nafsu dan pendapat-pendapat kurang ilmiahnya. Terima kasih kepada semua.Dan perlu diingat, golongan wahabi sejak akhir-akhir ini baru menyebutkan bahawa mereka bermazhab, setelah dikecam oleh para ulama. Rujuk kitab " alla mazhabiyah" oleh Syeikh Muhammad Said Ramadhan al-Buti kamu akan dapati hujah-hujahnya kepada golongan yang tidak bermazhab dan baru ingin menempelkan diri mereka kepada mazhab.

Rujukan:

1. Fatawa Hadithiyah oleh Al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah cetakan Darul Taqwa

2. Mukhtasar Fawaid Makkiyah oleh al-Imam Alawi al-Saqqaf cetakan Darul Basya’ir Islamiyah tahqiq Dr. Yusuf Mar’ashli

3. Risalah Talfiq di dalam Fatwa oleh Doktor Saad Anzi, Majalah Syariah keluaran Kuwait Jilid 38

ULASAN AL-FAQIR:

Beberapa pertimbangan lain perlu dibincangkan bersama dalam bab ini.

Pertimbangan pertama: Sayugia diingat bahawa taqwallah adalah kunci kemuliaan kita. Sifat taqwa mesti menjadi pakaian hidup kita walau di mana kita berada. Quran dan hadis rujukan kita. Dalam Quran Allah sebut:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى وَأَقِمْنَ الصَّلَاةَ وَآَتِينَ الزَّكَاةَ وَأَطِعْنَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيرًا (33)

Pertimbangan kedua: Biasanya kita ke masjid untuk beribadat, solat berjamaah,beriktikaf, berzikir dan sebagainya. Dalam bab solat berjamaah, Nabi tidak memberati para mulimah supaya berjamaah di masjid sebagaimana lelaki. Kehadiran muslimah untuk solat berjamaah di masjid ketika tidak uzur pun bersyarat bagaimana pula kalau uzur?. Dalam sunan Al-Baihaqi, kitab solat ada satu bab:

باب خير مساجد النساء قعر بيوتهن

[ 5142 ] أخبرنا أبو عبد الله الحافظ أنبأ أبو العباس محمد بن أحمد المحبوبي بمرو ثنا سعيد بن مسعود ثنا يزيد بن هارون ثنا العوام بن حوشب حدثني حبيب بن أبي ثابت عن بن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا تمنعوا نساءكم المسجد وبيوتهن خير لهن

[ 5143 ] وأخبرنا أبو عبد الله الحافظ ثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب ثنا عمرو بن الحارث أن دراجا أبا السمح أخبره عن السائب مولى أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم قال خير مساجد النساء قعر بيوتهن

Juga dalam mustadrak Al-Hakim hadis nabi SAW:

[ 756 ] ما حدثناه أبو العباس محمد بن يعقوب أنبأ محمد بن عبد الله بن عبد الحكم أنبأ بن وهب أنبأ عمرو بن الحارث أن دراجا أبا السمح حدثه عن السائب مولى أم سلمة عن أم سلمة زوج النبي صلى الله عليه وسلم عن النبي صلى الله عليه وسلم خير مساجد النساء قعر بيوتهن.

Pertimbangan ketiga: Perempuan keluar dari rumah:

Dalam Sahih Ibn Hibban

[ 5598 ] أخبرنا عمر بن محمد الهمداني قال حدثنا أحمد بن المقدام العجلي حدثنا المعتمر بن سليمان قال سمعت أبى يحدث عن قتادة عن أبى الأحوص عن عبد الله عن النبي صلى الله عليه وسلم قال المرأة عورة وانها إذا خرجت استشرفها الشيطان وانها لا تكون الى وجه الله أقرب منها في قعر بيتها

Begitu juga dalam Sahih Ibnu Khuzaimah melaporkan perkara yang sama.

Pertimbangan keempat: Tidak dapat dipertikaikan bahawa masyarakat kita beramal dengan Mazhad Syafie yang berpendapat haram perempuan haid masuk dan berdiam dalam masjid. Ya betul, mazhab dan pandangan lain boleh diamalkan tapi sayugia difaham bahawa di sana ada adat muhkamah, uruf, fiqh dakwah dan lain-lain yang perlu diraikan. Elakkan fitnah orang awam.JANGAN MEMECAH BELAHKAN MASYARAKAT DENGAN KE DANGKALAN ILMU KITA,ULAMAK DAHULU JAUH LEBIH ALIM PUN TAWADHUK,MEREKA RAMAI YANG ALIM LEBIH DARI 4 MAZHAB,AKAN TETAPI TETAP SAHAJA BILA PULANG KE TANAH JAWI,MEREKA MENGAJAR AQIDAH ASYA'IRAH WAL MATURIDIYYAH,MAZHAB SYAFI'IE..INGANT ITU!!!!!!!!

Lagipun di sana ada qaedah:

الخروج عن الخلاف مستحب

والله تعالى أعلم بالصواب.

AL-HAQIR WAL FAQIR SYED AHMAD FAIZ HAFIZUDDIN AL-AYDARUS

DALIL DARI AL-BAYAN FI MAHAB IMAM AS-SYAFI'IE SYARAH MUHAZZAB
DALIL DARI KITAB BAHRUL MAZI
DALIL DARI KITAB BUGHYATU TULLAB
DALIL DARI FATHUL 'ALAM SYARAH BULUGH MARROM
DALIL DARI FIQH MANHAJI
DALIL DARI KITAB GHOYATUL BAYAN SYARAH MATAN ZUBAD
DALIL DARI KITAB HASYIAH BAIJURI
DALIL DARI KITAB HASYIAH DUSUQI
DALIL DARI KITAB HASYIAH JAMAL
DALIL DARI KITAB IQNA'
DALIL DARI KITAB KIFAYATUL MUHTADIN
DALIL DARI KITAB MIZANUL KUBRO
DALIL DARI KITAB SABILAL MUHTADIN
KITAB AL-BANI AL-WAHABI AL-ZOHIRI YG DI BUAT RUJUKAN OLEH PEGAWAI TERSEBUT DLM MENCELARUKAN IBADAT PARA MUSLIMAT MELAYU YG SELAMA INI BERPEGANG TEGUH DGN MAZHAB SYAFI'IE


yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

AMALAN WAFAQ KHOTAMUN NUBUWWAH DALIL YANG NYATA


oleh As-Sayyid Faez Al 'Aydrus pada pada 26hb Mac 2012 pukul 9.38 ptg ·
berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu, ” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”

DENGAN NAMA ALLOH YANG MAHA PEMURAH LAGI MENGASIHANI

Puji dan syukur Lillahi Akbar

Atas nikmatnya kecil dan besar

Sholawat akmal beserta salam

Di atas Datuk Kami Nabi pelita alam

Dan atas keluarganya Nabi

Fathimah, Hasan, Husein dan Ali

Dan turunannya Hasan dan Husein

Hingga kiamat beserta Qur’an,

TELAH SAMPAI BERITA KEPADA AL-FAQIR BAHAWA ADA SEORANG HAMBA ALLOH YG MENUDUH MEREKA YG BERAMAL DGN WAFAQ KHOTAMUNNBUWWAH SEBAGAI AMALAN SYIRIK DAN BID'AH PADAHAL DIA SENDIRI TIDAK MEMAHAMI APA ITU MAKNA SYIRIK...,MAKA DENGAN TAUFIQ INAYAH ALLOH  DENGAN RENDAH DIRI AL-FAQIR BERUSAHA MEMBETULKAN KEADA'AN YANG SEBENAR,MOGA MANFA'AT UTK AL-FAQIR DAN SAHABAT-SAHABAT SEKELIAN...

DI ANTARA KELEBIHAN-KELEBIHAN NABI MUHAMMAD S.A.W

NABI S.A.W DICAP DENGAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH HIKMATNYA MENENTUKANNYA MENENTUKAN BAHAWA NABI S.A.W ITU YANG MENYUDAHI SEGALA NABI-NABI DAN RASUL-RASUL DAN PULA CAP ITU DI BELAKANG DIHADAPKAN KERANA APABILA NABI ITU KELUAR DARIPADA RUMAHNYA SENTIASA CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI KEPADA KITA AMAT BANYAK, SETENGAH DARIPADANYA SIAPA-SIAPA YANG MENJADIKAN CAP KHATAMUN NUBUWWAH INI SEBAGAI HIASAN DI RUMAH ADALAH AHLI RUMAH ITU DIPELIHARAKAN ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN SEPERTI SABDA NABI S.A.W YANG DIRIWAYATKAN SAIDINA ALI DI DALAM KITAB MAHAMATANIAH SABDANYA BERMAKSUD “SIAPA-SIAPA YANG MENJADIAN IA AKAN LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU (PERHIASAN BAGI RUMAH)DIPERLIHARAKAN OLEH ALLAH BAGINYA DARIPADA PENYAKIT TAUN DAN WABAK DAN TADA MATI OLEH AHLINYA MELAINKAN ATAS TIAP IMAN DAN MELUASKAN OLEH ALLAH DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA DAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA DENGAN TIADA HISAB”.DAN DIRIWAYATKAN DARIPADA ANAS SABDA NABI S.A.W YANG BERMAKSUD “BERMULA RUMAH YANG ADA LUKISAN KHATAMUN NUBUWWAH AKU DI DALAMNYA MAKA SESUNGUNYA DIPELIHARAKAN OLEH ALLAH DARIPADA KEBAKARAN DAN KECURIAN DAN DARIPADA TIAP-TIAP SETERU, DAN TIADA DIMATIKAN MELAINKAN DIALIHNYA TEMPAT DUDUK DI DALAM SYURGA DAN MELUASKAN OLEH ALAH TAALA DI DALAM KUBURNYA DAN MENERANGKAN DIA.DAN KATA IMAM AT-TARMIZI SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT KEPADA RUPA KHATAMUN NUBUWWAH NABI S.A.W PAGI-PAGI DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PETANG DAN SIAPA –SIAPA YANG MELIHAT PETANG DIPERLIHARAKAN HINGGA KE PAGI DAN SIAPA-SIAPA YAN MELHAT WAKTU MUSAFIR DIPERLIHARAKAN DAN DIBERKATIKAN HINGGA IA KEMBALI.

*******

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. dikemukakan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi s.a.w., lantas ia berkata kepada Rasulullah s.a.w.: ,’ anak saudaraku ini sakit.’
Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keb...erkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”

(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

*******

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali k.w. menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”

(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

*******

Dalam suatu riwayat, Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri mengadakan dialog dengan Abu Zaid ‘Amr bin Akhthab al-Anshari r.a. sebagai berikut:
“Abu Zaid berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku: ‘Wahai Abu Zaid mendekatlah kepadaku dan usaplah belakang tubuhku.’
Maka belakang tubuhnya kuusap, dan terasa jari jemariku menyentuh Khatam. Aku (Alba’ bin Ahmar al-Yaskuri) bertanya kepada Abu Zaid: ‘Apakah khatam itu?’
Abu Zaid menjawab: ‘Kumpulan bulu-bulu.’”

(Riwayat Muhammad bin Basyar, dari Abu ‘Ashim dari ‘Uzrah bin Tsabit, yang bersumber dari Alba’ bin Ahmar al-Yasykuri)

*******

Abu Buraidah r.a. menceritakan tentang pengalaman Salman al-Farisi sebagai berikut:
“Salman al-farisi datang membawa baki berisi kurma kepada Rasulullah s.a.w. (sewaktu ia baru tiba di Madinah). Baki itu diletakkannya di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Wahai Salman! Apa ini?’
Salman menjawab: ‘Ini sedekah buat anda dan sahabat anda.’
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Angkatlah ini dari sini, kami tidak makan sedekah.’
Baki itu pun diangkat oleh Salman. Keesokan harinya, ia datang lagi dengan membawa makanan yang serupa dan diletakkan di hadapan Rasulullah s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘ Apakah ini wahai Salman?’
Salman menjawab: ‘ Ini adalah hadiah buat tuan.’
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya: ‘HIdangkanlah!’
Kemudian Salman memperhatikan Khatam yang terletak di belakang Rasulullah s.a.w. (bahagian belakang badannya sebelah atas) maka ia pun (Salman) menyatakan keimanannya kepada Beliau. Salman r.a. adalah budak seorang Yahudi, maka oleh rasulullah s.a.w. ia dibeli dengan beberapa dirham, yakni dengan cara mengupah menanam pohon kurma. Salman bekerja di kebun itu sampai pohon-pohon kurman itu berbuah. Rasulullah s.a.w. membantunya menanam pohon-pohon itu. Di antaranya ada sebatang pohon yang ditanam ‘Umar r.a. Pohon-pohon itu tumbuh dengan subur, kecuali sebatang pohon yang mati.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Kenapa pohon yang satu ini?’
Umar r.a. menjawab: ‘Wahai Rasulullah, sayalah yang menanamnya.’
Rasulullah s.a.w. pun mencabutnya, kemudian menanaminya lagi, dan tumbuhlah dengan baik.”

(Riwayat Abu ‘Ammar bin Harits al-Khuza’i, dari ‘Ali bin Husein bin Waqid, dari ‘Abdullah bin Buraidah, yang bersumber dari Abu Buraidah r.a.)

*******

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

*******

‘Abdullah bin Sirjis menceritakan pengalamannya tatkala bersama Rasulullah s.a.w.:
Aku datang menghadap Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang berada di antara sahabat-sahabatnya. Aku berkeliling sedemikian rupa di belakangnya. Rupanya beliau mengerti apa yang kuinginkan, maka beliau melepaskan selendang dari belakangnya, kemudian terlihatlah olehku tempat Khatam Kenabian yang berada di antara kedua bahunya sebesar genggaman tangan, di sekitarnya terdapat tahi lalat, seakan-akan kumpulan jerawat. Sebelum aku kembali, aku menghadap dulu kepada Rasulullah s.a.w., kemudian kukatakan:

‘Wahai Rasulullah, semoga Allah s.w.t. melimpahkan maghfirah-Nya kepada tuan!’
Beliau pun menjawab:
‘Bagimu juga.’
Orang-orang (yang berada) ketika itu bertanya:
‘Apakah Rasulullah s.a.w. memohonkan ampunan untukmu?’
Ia menjawab:
‘Ya, dan juga untuk kalian!’
Kemudian, ia membaca ayat yang bermaksud:
“Dan mohonlah ampun kerana dosamu dan mohonlah ampun untuk orang-orang Mu’min, lelaki dan perempuan.” (Muhammad:19)

(riwayat Ahmad bin al-Muqaddam ‘Abul Asy’ats al-’Ajali al-Bashri, dari Hammad bin Zaid dari ‘Ashim al-Ahwal, yang bersumber dari ‘Abdullah bin Sirjis)

*******

Dari Jabir bin Samurah r.a. mengemukakan perihal Khatamun-Nabi sebagai berikut:
“Aku pernah melihat khatam (kenabian)… Ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah s.a.w. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung dara.”

(Riwayat Sa’id bin Ya’qub at-Thalaqani dari Ayub bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Samurah r.a.)

*******

Seorang wanita bernama Rumaitsah bercerita kepada cucunya, iaitu Ashim bin ‘Umar r.a. sebagai berikut:
“Waktu aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, aku duduk berdampingan dengan beliau s.a.w., begitu dekatnya, seandainya aku mahu mengucup tanda kenabian yang terletak di antara kedua bahunya, tentu dapat kulakukan.

Adapun, sabda beliau yang ditujukan kepada Sa’ad bin Mu’adz di kala meninggal dunia ialah: ‘bergoncang Arasy Allah yang Maha Rahman kerananya (kerana kematian Sa’ad).’”

(Riwayat Abu Mush’ab al-Madini, dari Yusuf bin al-Majisyun, dari bapanya, dari ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah yang bersumber dari neneknya, iaitu Rumaitsah)

*******

Abu Nadirah al-’Aufi pernah bertanya kepada Abi Sa’id al-Khudri perihal khatam. Inilah ceritanya:
Aku bertanya kepada Abu Sa’id al-Khudri perihal Khatam Kenabian Rasulullah s.a.w.
Ia menjawab: ‘ Khatam itu di bahagian belakang badan Rasulullah s.a.w. merupakan daging yang menyembul.”

(Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Bisyr bin al-Wadlan, dari Abu ;Aqil ad-Dauraqi yang bersumber dari Abu Nadlrah al-’Aufi)

Diantara dua bahu nabi SAW ada cap kenabian (Khatamun Nubuwwah)

Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi sedang berada ni Hijir Ismail( Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah dengan Khatamun Nubuwwah..

Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,


” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad,HambaNya,RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan di sebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”


Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah

Menurut Mafhum Hadis yang dipindahkan daripada Imam At-Tirmidzi ra. katanya:

“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudhu’;

1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya.
Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad SAW menunjukkan Nabi SAW adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah SAW.
Para Ulama berbeza pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, iaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.
Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi SAW ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:
“Sesiapa yang menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.“
Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Annas ra. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Bermula rumah yang ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada setiap musuh, dan tidak dimatikannya melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan cahaya.“
......


Wafak Khotamun Nubuwwah

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam