Pages

Sabtu, 6 Oktober 2012

AHLU AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM





AHLU AL-BAYT DI DALAM AL-QUR’AN AL-KARIM

Al-Qur’an al-Karim merupakan sumber pemikiran, syariah dan nilai. Setiap yang dibawa oleh al-Qur’an adalah wahyu yang diturunkan dan kalam Allah yang Maha Suci, yang menggubal cara hidup dan menetapkan undang-undangnya. Setiap muslim mengetahui bahawa apa juga yang dibawa oleh al-Qur’an adalah syariah Allah dan risalah yang diwajibkan beramal dengannya dan berjalan menurut petunjuknya. Al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dengan menggunakan uslub berikut:

1. Dengan terus terang menyebut nama mereka dengan menggunakan istilah yang digunakan al-Qur’an, adakala al-Qur'an menyebut mereka dengar nama Ahl a1-Bayt, sebagaimana dalam ayat “at-Tathir”1 dan kadang-kadang disebut dengan “al-Qurba” sepertimana dalam ayat “al-Mawaddah”.2
Dengan sebab itu turunnya beberapa ayat al-Qur’an yang dijelaskan oleh Sunnah Nabi dan diuraikan untuk umat pada ketika itu, serta diriwayatkan oleh ahli-ahli tafsir, perawi-perawi hadis dan ahli-ahli sejarah dalam kitab-kitab dan ensiklopedia mereka.

2. Dengan merekodkan peristiwa dan kejadian yang berlaku khusus mengenai Ahl al-Bayt, dengan turunnya beberapa ayat yang menceritakan kelebihan dan maqam Ahl al-Bayt, dengan memuji-muji mereka dan perhatian umat terhadap mereka sama ada secara berkelompok seperti dalam ayat “al-Mubahalah”,3
dan ayat “at-Ta’am” dalam surah “ad-Dahr” dan lain-lain atau secara berasingan seperti dalam ayat al-Wilayah iaitu:

إِنَّما وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذينَ آمَنُوا الَّذينَ يُقيمُونَ الصَّلاةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكاةَ وَ هُمْ راكِعُون

Maksudnya: “Sesungguhnya wali kamu adalah Allah dan rasul-Nya dan orang-orang yang beriman iaitu mereka yang mendirikan al-solah dan menunaikan zakat, sedang mereka dalam keadaan rukuk.”
Kami akan kemukakan sebahagian daripada ayat-ayat yang banyak menjelaskan keutamaan dan kedudukan Ahl al-Bayt as dengan secara terperinci dan terang.

PERTAMA: AYAT AT-TATHIR

إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكم تَطْهِيرًا

Kebanyakan kitab al-tafsir dan hadis menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan Ahl at-Bayt as ialah keluarga Nabi Muhammad saw, mereka ialah Ali, Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn. Tersebut dalam kitab al-Dur- al-Manthur karangan al-Suyuti, hadis dikeluarkan oleh al-Tabr ni daripada Umm Salamah bahawa Rasululluah saw bersabda kepada Fatimah, maksudnya; “Datanglah kepadaku suamimu dan kedua-dua anaknya, kemudian Fatimah datang bersama-sama mereka, kemudian RasulIullah saw menutupi mereka dengan kain penutup daripada negeri Fadak, lalu meletakkkan tangannya saw ke atas mereka dengan bersabda, maksudnya: Ya Allah sesungguhnya mereka ini adalah Ali Muhammad.
Dalam setengah riwayat menggunakan lafaz (Al Muhammad) – maka jadikanlah salawat dan keberkatan kamu ke atas keluarga Muhammad sebagaimana telah kami jadikannya ke atas keluarga Ibrahim sesungguhnya kamu Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Berkata Umm Salamah: Aku bukakan kain penutup supaya aku dapat masuk ke dalam bersama-sama mereka tetapi Rasullullah merentap kain penutup itu daripada tanganku dan bersabda sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan.”4
Diriwayatkan daripada Umm Salamah, isteri Nabi, bahawa ketika Rasullullah saw berada di rumahnya sedang tidur dengan (memakai) kain selimut dan Khaibar tiba-tiba Fatimah datang membawa satu mangkuk berisi Khazirah.5
Rasulullah saw berkata kepada Fatimah: Panggil suamimu dan kedua-dua anakmu Hasan dan Husayn, maka Fatimab pun memanggil mereka itu tatkala mereka tengah makan tiba-tiba turun ayat 33 Surah 33 kepada Rasulullah saw Kemudian Rasullullah memegang tepi kainnya dan menutupi mereka itu dengan kain itu, seterusnya Nabi saw mengeluarkan tangannya daripada kain selimut dan menadahkan tangannya ke langit dengan berdoa:

ا للهم هؤلاء اهل بيتی و خاصتی فاذهب عنهم الرجس و طهرهم تطهيرا

“Ya Allah mereka itu adalah Ahl Baytku dan keturunanku maka hapuskanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya.” Nabi saw mengulangi (doa ini) 3 kali. Berkata Umm Salamah: Aku masukkan kepalaku dalam penutup itu dan aku berkata: Wahai Rasullullah adakah aku (boleh) bersama kamu? Jawab Nabi saw: 6

انک علی خير“

” Sesungguhnya kamu berada dalam kebaikan (diulangi sebanyak) dua kali.”

Begitulah seterusnya Rasullullah menerangkan kepada umatnya mengenai makna ayat suci al-Qur’an dan bersungguh-sungguh untuk memahamkannya supaya umatnya dapat petunjuk daripadanya dan berjalan mengikut petunjuk al-Qur'an dengan sabdanya yang bermaksud: “Diturunkan ayat ini kepada lima orang, kepadaku, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn:
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”7 Sebagaimana yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah dalam menai sirkan ayat itu dan mengukuhkan mengenai orang-orang yang dimaksudkan dalam ayat ini dengan katanya:
Nabi telah keluar pada suatu pagi dengan memakai mard marhal daripada bulu hitam kemudian datang Hasan bin Ali lalu dimasukkan ke dalarnnya, lepas itu datang pula Husayn dan dimasukkan ke dalamnya, kemudian datang Fatimah dan dimasukkan dia ke dalamnya dan akhir sekali Ali datang dan dimasukkan ke dalamnya, lalu membaca ayat (33 Surah 33).
“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”8
Terdapat dalam riwayat yang lain. pula bahawa Rasullullah saw pernah lalu (di depan) pintu rumah F timah ketika baginda hendak pergi solah subuh dan bersabda maksudnya: “Salat, salat wahai Ali al-Bayt sesungguhnya Allah menghendaki untuk menghapuskan dosa daripada kamu Ahl al-Bayt dan membersihkan kamu dengan penuh kebersihan.” Begitulah al-Qur’an menceritakan tentang Ahl al-Bayt dan menetapkan peribadi mereka yang suci daripada kekotoran, maksiat dan dosa, dan mengikut hawa nafsu Oleh itu akhlak dan peribadi mereka menjadi contoh teladan. Al-Qur’an tidak memperkenalkan mereka dengan takrif itu melainkan untuk mengukuhkan kedudukan dan maqam mereka dan menumpukan perhatian umat supaya mencontohi mereka dan merujukkan kepada mereka dalam memahami. syariah dan hukum-hakamnya, juga untuk menentukan timbangan dan neraca umat apabila timbul perbezaan pendapat dan percanggahan pemikiran dan dalam hal. ini memang jelas penekanan al-Qur’an dalam beberapa ayat dengan Ahl al-Bayt sebagai contoh teladan bagi orang-orang Islam sesudah Rasullulah saw
Apa juga yang biasa dilakukan Rasullullah seperti berhenti di depan pintu rumah Ali dan Fatimah dan memanggil-manggil mereka di waktu fajar serta mengajak mereka sembahyang dan memberikan gelaran Ahl al-Bayt, semuanya itu tidak lain kecuali untuk mengenalkan keperibadian Ahl al-Bayt dan dengan mentafsirkan ayat at-Tathir untuk menberitahu umat maqam Ahl al-Bayt, menumpukan perhatian umat kepada mereka, kewajipan mengasihi dan mentaati serta memberi kepemimpinan kepada mereka.
Al-Tabari telah meriwayatkan daripada Ibn al-Hamra’ dengan katanya “Aku melihat Rasullullah mendatangi pintu Ali dan Fatimah selama enam bulan lalu menyebutkan,

"الصلاة اهل البيت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكم تَطْهِيرًا

“Sesungguhnya Allah hendak menghilangkan kalian dari kekotoran wahai Ahlul Bayt dan membersihkan kalian dengan sebersih-bersihnya.”9

Al-Fakhr al-Razi menyebutkan dalam Tafsir al-Kabir bahawa Rasulullah saw selepas turunya ayat:

"وَ أْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَوةِ وَ اصْطَبرِْ عَلَيهَْا"

“Dan suruhlah ahli kamu sembahyang dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.” Rasulullah saw pergi ke rumah Ali dan Fatimah pada setiap pagi dan berkata, “as-solah” – baginda berbuat demikian berbulan-bulan lamanya.
Dalam hadith riwayat Hamad bin Salamah daripada Ali bin Zaid daripada Anas bahawa Nabi saw berjalan melalui rumah Fatimah selama 6 bulan setiap kali baginda keluar hendak solat dan bersabda:

"الصلاة اهل البيت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكم تَطْهِيرًا

Hal yang demikian adalah satu penjelasan dan bukti bagaimana pengamatan Rasulullah dengan keluarganya Ahl Bayt dan memperkuatkan lagi kepada orang-orang Islam bahawa mereka akan dibersihkannya dengan sebersih-bersihnya. Selepas Allah menujukan firmanNya yang Bermaksud: “Dan perintahkah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya.”

Jelas dengan ayat: “ إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ ” dan menggunakan perkataan muzakkar dan tidak perempuan ( عَنكُمُ ) dan ( وَ يُطَهِّرَكمُ ) adalah menunjukkan bahawa mereka yang dimaksudkan ialah lima oang dan telah disebutkan dalam kitab-kitab tafsir bahawa jika yang dimaksudkan itu isteri-isteri nabi nescaya menggunakan ( وَ يُطَهِّرَكن ) dan ( عَنكنُ ) dan menujukan ucapannya kepada wanita.
Sesungguhnya ayat-ayat di atas menggariskan satu jalan yang mengandungi makna yang luas dan dalam dan menumpukan perhatian kita kepada matlamat-matlamat yang asas dalam kehidupan umat Islam supaya fahaman kita tidak bercanggah dan mensia-siakan maksud sebenar dalam kitab Allah, yang bertujuan untuk pembinaan umat di atas asas kesucian dan jauh daripada kekotoran dan kehinaan, dan menjadikan Ahl Bayt sebagai pusat dan mercu bagi pembinaan ini. Tiada siapa di antara orang-orang Islam yang persaksikan oleh al-Qur’an dengan sifat-sifat ini dan tiada di antara kita yang ditujukan ucapan oleh Rasulullah dengan sifat-sifat yang mutlaq dan dijauhkan daripada dosa-dosa dan maksiat.

KEDUA: AYAT AL-MAWADDAH

قُل لَّا أَسَْلُكم عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى

“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).”(as-Syura: 23)

Sesungguhnya Rasulullah saw telah menjelaskan bahawa orang-orang yang dimaksudkan dengan ayat di atas ialah orang-orang yang wajib dikasihi dan ditaati serta diikuti perjalanan hidup mereka.
Ahli-ahli tafsir hadith dan ahli-ahli sirah telah meriwayatkan bahawa yang dimaksudkan dengan qarabat nabi di dalam ayat ini ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.
Al-Zamahkshari dalam Tafsir al-Kashshaf menyatakan: “Telah diriwayatkan bahawa sekumpulan orang-orang musyirikin telah berhimpun dalam satu perhimpunan dan berkata-kata sesama mereka: Tahukah kamu bahawa Muhammad ada meminta upah buat sesuatu yang dilakukannya. Kemudian turun ayat ini:10

“Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).”(as-Syura: 23) Seterusnya al-Zamakhshari menyatakan; Telah diriwayatkan bahawa selepas turun ayat di atas ada seseorang berkata; “Wahai Rasulullah saw siapakah qarabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka, Rasulullah saw menjawab: “Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak mereka.”11
Al-Allamah al-Bahrain meriwayatkan daripada Musnad Ahmad bin Hanbal dengan sanadnya seperti yang disebutkan di atas daripada Ibn Jubair daripada Ibn Abbas (ra) berkata: Apabila turun ayat: “Katakanlah: “Aku tidak meminta kepadamu suatu upahpun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kerabat(ku).” (as-Syura: 23) Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah saw siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka.” Rasulullah menjawab; Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.”
Al-Fakhr al-Razi dalam Tafsir al-Kabir setelah menyebutkan kata-kata al-Zamakhshari mengenai Al Muhammad saw mengatakan mereka orang yang dihubungkan urusan mereka kepadanya (nabi). Maka setiap orang yang pertalian mereka lebih rapat dan dekat dengan (Muhammad) ialah keluarga nabi dan tidak syak lagi bahawa Fatimah, Ali, Hasan dan Husayn adalah orang yang paling rapat hubungannya dengan Rasulullah saw dan keadaan ini telah diketahui dengan dalil aqli dan naqli yang mutawatir. Oleh itu sabitlah bahawa mereka ialah Al Muhammad.
Begitu juga telah timbul perselisihan mengenal ( الآل ) “al-Al” ada yang mengatakan mereka itu ialah kaum kerabat dan ada yang mengatakan mereka ialah umatnya. Jika kita anggapkan al-Al itu sebagai kerabat maka mereka itu ialah al-Al dan jika kita anggapkan al-Al itu adalah Ummah yan telah menerima seruan Nabi Muhammad saw maka mereka juga sebagai al-Al, oleh itu kalau mengikut semua andaian itu mereka tetap al-Al – maka perbezaan itu berdasarkan kepada perbezaan dari segi dalil naqli dan aqli seperti telah kami jelaskan.
Pengarang Tafsir al-Kashshaf telah meriwayatkan bahawa ketika diturunkan ayat al-Mawaddah ini, Rasulullah di tanya; “Wahai Rasulullah: siapakah kerabat kamu yang kami diwajibkan untuk memberi kasih sayang kepada mereka. Baginda saw: “Ali, Fatimah dan kedua-dua anak mereka.” Oleh itu jelaslah bahawa mereka berempat adalah kerabat Nabi saw dan jika demikian mereka berempat itulah yang dikhususkan dengan beberapa kelebihan dan kebesaran, dibuktikan dengan dalil-dalil di bawah ini:

Dalil pertama: firman Allah: “ إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْبى ” Dan cara pengambilan dalil dengan ayat ini (telah dihuraikan) seperti yang terdahulu.

Dalil kedua: Tidak syak lagi bahawa Nabi saw mengasihi Fatimah as dengan sabdanya yang bermaksud:

“Fatimah adalah sebahagian dariku, apa-apa yang menyakiti Fatimah adalah menyakitiku.” Sebagaimana telah sabit dengan hadith mutawatir daripada Nabi Muhammad s. ‘a.w bahawa baginda s. ‘a.w mengasihi Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn. Jika demikian maka wajiblah ke atas umatnya (mengasihi mereka) seperti Nabi saw (mengasihi mereka) kerana firman Allah swt: “Katakanlah (Muhammad) jika kalian mencintai Allah maka ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” (Ali Imran: 31)

Firman Allah Ta’ala: “Dan ikutilah dia (Muhammad) mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.” (Al-I’Iraf: 158)

Firman Allah Ta’ala: “Maka hendaklah berwaspada orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasul) akan ditimpa fitnah atau azab yang pedih.” (an-Nur:67)

Firman Allah Ta’ala: “Sesungguhnya telah ada bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu ikutan yang baik.” (al-Ahzab: 21)

Dalil ketiga: Bahawa doa kepada keluarga (Nabi) adalah satu kedudukan yang tinggi, sebab itu dijadikan doa ini sebagai penutup tasyahhud dalam solat iaitu dengan lafaz: “ اللهم
”صل علی محمد و آل محمد و ارحم محمدا و آل محمد

Keagungan ini tidak ada pada hak selain daripada Ahl Bayt, dan semua itu termasuk dalam ertikata bahawa kasih sayang kepada Al Muhammad adalah wajib.
Imam al-Syafi’i (ra) bermadah dalam kata-katanya: “Wahai pengunjung Muhassab dari Mina berhentilah seketika, Bergemalah takbir oleh penghuni Masjid al-Khaif terletak dipinggirnya, Merupakan daya tarikan ketika mana para hujjat melimpah di Mina laksana limpahnya sungai Furat, Jika sekiranya menolak kecintaan kepada keluarga nabi, Persaksikanlah dua perkara yang sangat berharga (al-Qur’an dan keluarga) bahawa aku adalah rafidi (Syi’i).”12
Al-Tabari memetik daripada Ibn Abbas, dia berkata ketika turun ayat (al-Syura: 23). Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah: siapakah kerabat kamu yang diwajibkan ke atas kami untuk mengasihi mereka: Rasulullah menjawab: “Ali, Fatimah, dan kedua-dua anak mereka.” Dikeluarkan oleh Ahmad dalam al-Manaqib.13
Diriwayatkan oleh Ibn Munazir, Ibn Abi Hatim, Ibn Mardawih dan al-Tabari dalam al-Mu’jam al-Kabir daripada Ibn Abbas berkata: ketika turun ayat ini (ayat al-mawaddah), Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah siapakah kerabat kamu yang kami diwajibkan mengasihi mereka itu.” Jawab Rasulullah s. ‘aw (mereka ialah): Ali, Fatimah dan kedua-dua anak lelaki mereka.14
Terdapat satu riwayat yang sah daripada Hasan bin Ali as bahawa beliau berkhutbah
di hadapan orang ramai dengan katanya, yang bermaksud: “Aku daripada Ahl Bayt yang Allah memfardhukan kepada setiap muslim untuk mengasihi mereka”, kemudian dia membaca: “ ”قُل لَّا أَسَْلُكم عَلَيْهِ أَجْرًا إِلَّا الْمَوَدَّةَ فىِ الْقُرْب ى

Dalam ayat at-Tathir, al-Qur’an menegaskan kesucian dan kebersihan Ahl Bayt, merekalah orang yang paling mengetahui tentang keutamaaan dan peranan mereka dalam kehidupan.
Dengan sebab itu, mereka berhak menerima kasih sayang dan ikhlas yang dituntut oleh al-Qur’an dalam ayat tadi. Saranan al-Qur’an mengenai kasih sayang bukan setakat hubungan perasaan dan cinta di hati sahaja, kerana tidak ada nilai kasih sayang dan kemesraan yang termetri di dalam jiwa kalau tidak ada keteguhan dan keikhlasan.
Kasih sayang yang sebenar kepada keluarga Nabi saw ialah dengan mencontohi mereka, berjalan mengikut manhaj mereka, patuh dengan madrasah mereka dan apa juga yang dating dari mereka serta meletakkan mereka sebagai contoh teladan dan ikutan umat.
Al-Qur’an ketika turun ayat itu menerusi lisan Nabi Muhammad saw menyuruh baginda saw memberitahu umatnya dan sekelian manusia bahawa Nabi Muhammad saw tidak mahu upah atau bayaran kerana menyampaikan risalah dan berdakwah di jalan Allah melainkan dengan mengasihi kerabatnya saw dan ikhlas kepada mereka dan berjalan mengikut perjalanan mereka. Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan kasih sayang kepada keluarga Nabi saw ialah semata-mata untuk memelihara asas perjalanan umat mengikut batas-batas perjalanan mereka dari segi aqidah dan syariah supaya manusia dapat memusatkan perhatian kepada Nabi saw setelah al-Qur’an meminta umat manusia berbuat demikian.
Kalaulah tidak kerana adanya jaminan sifat istiqamah, pada Ahl Bayt dan keupayaan untuk memimpin umat kepada jalan yang betul nescaya al-Qur’an tidak diturunkan dengan membawa jaminan itu dan nescaya Rasulullah tidak menyuruh umatnya untuk memberikan kasih kepada Ahl Bayt.
Sebenarnya nas al-Qur’an memberitahu kita tentang perlunya ada pertalian yang erat dengan keluarga nabi dan mencontohi mereka kerana adanya jaminan kesucian dan istiqamah dalam keperibadian mereka. Apa yang dimaksudkan oleh al-Qur’an dalam perkara ini ialah kita akan dapat ketenangan jiwa jika kita erat mengasihi Ahl Bayt dan iltizam dengan cara perjalanan mereka dengan mengambil Islam dari jalan mereka, kerana merekalah jalan yang aman, yang dijamin ketahanan dan kelurusan mereka.
Jaminan-jaminan yang kita kemukakan adalah daripada pendapat ahli-ahli tafsir, perawi-perawi, dan pengarang-pengarang hadith yang sampai kepada kita daripada tafsiran Rasulullah kepada ayat yang diberkati. Dengan meletakkan kasih sayang Ahl Bayt dalam hati dan menjadikan kasih sayang kepada mereka itu benar-benar hidup dalam hati sanubari setiap muslim, tergambar dalam kelakuan dan tingkahlaku mereka dan dilahirkan dalam perasaan hatinya, juga dapat menjelaskan pendirian mereka, siapakah musuh-musuh mereka, kawan-kawan mereka dan manhaj mereka, dan apa juga yang telah dating daripada mereka seperti hadith, feqah, tafsir, pemikiran, pandangan dan penjelasan mengenai aqidah dan syariah, dan metodologi untuk bertindak dalam kepimpinan dan pentadbiran.
Anugerah kebesaran dan kemuliaan ini mempunyai tujuan dan matlamat yang tersendiri, yang perlu disedari dan diketahui secara mendalam oleh orang-orang Islam.



KETIGA: AYAT AL-MUBAHALAH

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكم وَ نِسَاءَنَا وَ نِسَاءَكُمْ وَ أَنفُسَنَا وَ
أَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتهَِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَتَ اللَّهِ عَلىَ الْكَذِبِين

“Barangsiapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah dating ilmu (yang menyakinkan kamu) maka katakanlah (kepadanya) marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” (Ali Imran: 61)
Satu peristiwa sejarah yang direkodkan oleh ahli-ahli sejarah dan tafsir yang menjelaskan kepada umat tentang kemuliaan Ahl Bayt (Ali, Fatimah, Hasan, dan Husayn) dan kedudukan mereka serta menunjukkan keagungan dan kedudukan yang ulung di sisi Allah SWT.
Peristiwa yang direkodkan oleh ahli-ahli sejarah dan tafsir itu ialah peristiwa mubahalah iaitu satu utusan14F15 orang-orang Nasara dari Najran datang untuk berhujah dengan Rasulullah; maka Allah menyuruh Rasulullah saw menerusi ayat ini memanggil Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn dan Nabi saw keluar bersama-sama mereka menuju ke satu lembah, manakala orang-orang Nasara juga memanggil anak-anak mereka, isteri-isteri mereka dan keluarga mereka bersama-sama mereka itu kemudian berdoa kepada Allah supaya menurunkan azab ke atas pendusta-pendusta.
Al-Zamakhshari berkata dalam al-Kashshaf, sesungguhnya setelah mereka diajak bermubahalah mereka berkata: “Nantilah sehingga kami kembali dan memikirkannya tetapi setelah mereka ingkar janji, mereka berkata kepada Aqib (tukang siksa) wahai Abdul Masih; apa pendapat kamu? Dia menjawab; Demi Allah sesungguhnya telah kami ketahui wahai Nasara bahawa Muhammad ini yang diutuskan dan datang kepada kamu untuk menyelesaikan urusan kamu. Demi Allah tidak pernah suatu bangsa bermubahalah dengan
seorang nabi, melainkan semuanya habis binasa, dan sekiranya kamu lakukan nescaya kamu akan hancur dan sekiranya kamu ingin agama kamu kekal seperti yang ada sekarang maka tinggalkan lelaki ini dan baliklah ke negeri kamu. Kemudian datanglah Rasulullah saw mendukung Husayn dan tangannya memegang Hasan, Fatimah berjalan di belakang Rasulullah dan Ali di belakang Fatimah dan bersabda saw: “ اذا انا دعوت فآمنوا ” Jika aku berdoa maka ucapkanlah amin”, Lalu Paderi Najran pun berkata: Wahai orang-orang Nasara sesungguhnya aku melihat beberapa wajah, andainya Allah menghendaki meruntuhkan gunung-gunung nescaya Allah boleh meruntuhkannya oleh itu janganlah engkau bermubahalah nanti kamu akan binasa dan tidak tertinggal seorangpun Nasrani sehingga hari kiamat. Mereka pun menjawab: Wahai Abu al-Qasim, pada pendapat kami bahawa kami tidak mahu bermubahalah dengan kamu dan kamu mengakui agama kamu dan kami tetap dengan agama kami. Nabi berkata: “Jika kamu enggan bermubahalah maka serahlah diri kamu, maka bagi kamu apa yang menjadi kewajipan bagi orang-orang Islam, dan ke atas
kamu apa yang diwajibkan ke atas mereka.” Mereka enggan juga, kemudian (nabi) bersabda:
“Kalau begitu aku akan tentang kamu.” Mereka berkata: “Kami tidak memerangi Arab samasekali, tetapi kami hendak berdamai dengan kamu supaya kamu tidak memerangi kami dan menakutkan kami dan tidak mengusir kami dari agama kami dengan membayar kepada kamu tiap-tiap tahun sebanyak $2,000/- baju besi, seribu (dibayar) pada bulan Safar dan seribu pada bulan Rejab dan tiga puluh baju besi biasa,” maka nabi pun berdamai dengan mereka di atas perkara yang demikian, dan bersabda: “Demi Allah yang menguasai jiwaku, sesungguhnya kebinasaan telah nyata ke atas penduduk Najran dan andainya, mereka
bersumpah nescaya mereka bertukar menjadi beruk dan babi, dan mereka akan dibakar di lembah api dan Allah membinasakan Najran dan penduduknya sehinggalah kepada burungburung yang dihinggap di atas pokok-pokok kayu belum pun habis semusim, semua orang Nasara itu binasa!
Seterusnya al-Zamakhshari menyambung ceritanya mengenai tafsiran ayat al-Mubahalah dan kedudukan Ahl Bayt setelah dia mengakui keagungan mereka menerusi hadith daripada Aisyah katanya: didahulukan sebutan Ahl Bayt “ أَبْنَاءَنَا وَ أَبْنَاءَكمُ ” ke atas dirinya ( أَنفُسَنَا ) untuk menunjukkan kasih sayang mereka dan hampirnya kedudukan mereka kepada Nabi saw serta menjelaskan bahawa mereka (Ahl Bayt) mendahului ( للانفس )dan di dalamnya juga menunjukkan bahawa tiada dalil yang lebih kuat tentang kelebihan orang
yang diselubungi.16 Dan dalam ayat itu dalil yang terang tentang kebenaran kenabian Muhammad saw kerana tidak ada seorangpun sama ada yang setuju atau tidak bahawa mereka menunaikan permintaan mereka.17
Sesungguhnya maqam (Ahl Bayt) adalah menunjukkan perbezaan yang ketara antara golongan beriman daripada golongan syirik dan mereka yang menzahirkan keimanan adalah pembela agama dan pemimpin umat dan sesuci jiwa yang telah dihapuskan kekotoran daripada mereka dengan sebersih-bersihnya, maka doa mereka tidak ditolak dan tidak satu kalimah yang didustakan. Dari sini kita dapat memahami bahawa apa juga yang sampai kepada kami daripada Ahl Bayt sama ada dari segi pemikiran, syariat, hadith, tafsir, hidayat dan arahan adalah berjalan mengikut landasan, dan sikap ini, iaitu (Ahl Bayt) adalah yang benar dari segi keutuhan, perjalanan hidup dan peraturannya.
Al-Qur’an menentang musuh-musuh Islam dan menjadikan musuh-musuh mereka sebagai golongan yang dusta, yang terdedah kepada fitnah dan azab: “Kami jadikan laknat Allah ke atas orang-orang yang dusta.” Kalaulah tidak ada jaminan sifat istiqamah dan benar apa jua yang datang dari mereka (Ahlul Bayt) nescaya Allah tidak mengurniakan kemuliaan ini, dan nescaya al-Qur’an tidak berkata apa-apa.”
Al-Imam al-Fakhr al-Razi menyusun dalam tafsirnya (al-Kabir) satu riwayat yang sama seperti yang diriwayatkan oleh Zamakhshari, tafsiran keduanya adalah betul-betul menepati dengan perbincangan ini lalu memberikan ulasannya setelah mengemukakan pendapat al-Zamakhshari, katanya: “Dan ketahuilah bahawa riwayat ini sepertimana yang disepakati kesahihannya oleh ahli tafsir dan al-hadith.”18
Al-Allamah al-Tabatabai dalam menyebutkan huraian tentang apa yang dimaksudkan dengan ayat ini bahawa orang-orang yang Allah (kehendaki) bermubahalah dengan musuh-musuh mereka ialah Rasulullah saw, Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn as telah menjelaskan seperti berikut: ahli-ahli Hadith bersetuju untuk melaporkan ayat di atas dan menerimanya dan diperkukuhkan oleh pengumpul-pengumpul hadith seperti Muslim dalam Sahihnya, al-Tirmizi dalam Sahihnya dengan disokong oleh ahli-ahli sejarah, kemudian ahli-ahli tafsir bersetuju untuk mengumpul dan mengeluarkan dalam tafsiran mereka dengan tidak ada bangkangan dan prasangka, antaranya ialah sebahagian besar ahli hadith dan sejarah seperti al-Tabari, Ibn al-Fida, Ibn Kathir, al-Suyuti dan lain-lain.
Begitulah ahli tafsir telah sepakat dalam menentukan keperibadian Ahl Bayt ada kewajipan mengasihi mereka, mengukuhkan maqam dan kedudukan mereka di kalangan umat ini.
Dalam ayat yang mulia itu Allah dan Rasul-Nya bermubahalah terhadap musuh-musuh Allah dengan Ahl Bayt sehingga dapat diketahui maqam mereka yang agung dan kedudukan mereka yang suci, dan kalaulah tidak kerana mereka mempunyai kehormatan yang teristimewa yang diberikan Allah dan kesucian yang tersendiri nescaya Allah SWT tidaklah menyuruh RasulNya keluar dengan bintang-bintang yang suci itu untuk mencabar musuh-musuh Allah dengan menurunkan azab Allah dan jaminan diterima permohonannya.
Dalam ayat ini juga terdapat kecantikan bahasa yang perlu ditelitikan iaitu disandarkan keturunan Nabi saw (Hasan, Husayn, Fatimah dan Ali) kepada Rasulullah dengan (perkataan) ‘ وَ أَنفُسَنَا ,وَ نِسَاءَنَا ,أَبْنَاءَنَا ’ Kalaulah tidak kerana adanya penyatuan peristiwa dan keluarga Rasulullah bersama-sama dengan keluarganya nescaya tidak akan terfikir untuk dimengertikan perkataan ‘nisa-ana’ kepada isteri-isteri Nabi saw dan ‘abna-ana’ kepada Fatimah dan anak-anaknya yang lain dan perkataan ‘anfusa-na’ kepada dirinya (Nabi)
sendiri, tetapi apabila Rasulullah keluar bersama-sama mereka berempat dan tidak dengan yang lain daripada mereka itu maka jelaslah kepada kita bahawa pilihan wanita umat dan ikutan mereka ialah Fatimah dan pilihan anak-anak muslimin ialah Hasan dan Husayn, dan al-Qur’an mengarahkan mereka itu kepada Rasulullah adalah menepati perkataan yang disebutkan dalam al-Qur’an dan al-Qur’an menganggap Ali seperti diri Rasulullah saw.

KEEMPAT: AYAT SHALAWAT

إِنَّ اللَّهَ وَ مَ ا لَئكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلىَ النَّبى يَأَيهَُّا الَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَ سَلِّمُواْ تَسْلِيمًا

“Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya bersalawat ke atas Nabi saw Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkan salam dengan sebenarnya.”(al-Ahzab: 56)

Dalam ayat-ayat yang terdahulu al-Qur’an menyebutkan mengenai kesucian Ahl Bayt as, kasih sayang kepada mereka, dan bahawa mereka adalah Ahl Bayt Nabi saw dan keluarganya. Ahli-ahli tafsir menentukan secara terperinci nama-nama mereka (Al-Al) yang dimaksudkan ialah Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.
Manakala dalam ayat ini menyebutkan suatu perintah yang wajib untuk bersalawat ke atas Nabi saw dan keluarganya yang mulia dengan menentukan kepada mereka dan bukan kepada yang lain daripada mereka, mengagungkan maqam dan kehormatan mereka supaya umat dapat mengetahui kedudukan kerasulan dalam kehidupan dan risalah mereka.
Al-Fakhr al-Razi telah merekodkan dalam Tafsir al-Kabir sebuah hadith dari Rasulullah saw dalam menghuraikan ayat ini, katanya: Nabi ditanya “Bagaimana kami nak bersalawat ke atas kamu wahai Rasulullah saw.” Nabi saw menjawab: katakanlah:

اللهم صل علی محمد و علی آل محمد کما صليت علی ابراهيم و علی آل ابراهيم و بارک علی محمد و علی آل
محمد کما بارکت علی ابراهيم و علی آل ابراهيم انک حميد مجيد

Sebelum dikemukakan nas ini, dibentangkan huraian ayat-ayat ini, kemudian al-Fakhr al-Razi berkata: (Hadith) ini menjadi dalil bagi Mazhab Syafi’i kerana (fi’il) amar adalah sebagai perintah wajib,18F19 maka wajiblah bersalawat ke atas Nabi saw dan tidak diwajibkan pada selain daripada tasyahhud maka wajiblah bersalawat pada masa tasyahhud.20
Kemudian al-Fakhr al-Razi meneruskan, jika Allah dan malaikat-Nya telah bersalawat ke atas Nabi saw maka apakah perlunya salawat kita ke atasnya. Kami berkata bahawa salawat ke atas Nabi saw bukan kerana perlunya (Nabi) kepada salawat. Kalau tidak kerana hajat maka tidaklah perlu bersalawat dari malaikat bersama-sama dengan salawat dari Allah ke atas Nabi saw Tetapi memberi salawat kepadanya ini semata-mata untuk melahirkan penghormatan dari kita kerana belas kasihannya kita dan kita akan diberi ganjaran kerana bersalawat ke atasnya. Oleh itu bagind bersabda: “Barangsiapa yang bersalawat ke atasku sekali maka Allah akan bersalawat ke atasnya sepuluh kali.”
Dalam kitab al-Durr al-Manthur oleh al-Suyuti (Hadith) dikeluarkan oleh Abdul Razak, Ibn Abi Syaibah, Ahmad, Abd bin Hamid, Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, an-Nasai, Ibn Majah dan Ibn Mardawaih daripada Ka’ab bin Ajrah, berkata: Seorang lelaki bertanya; “Wahai Rasulullah, ada pun cara mengucapkan salam kepadamu kamu sudah tahu, maka bagaimana bersalawat ke atasmu.” Rasulullah menjawab ucaplah:

اللهم صل علی محمد و علی آل محمد کما صليت علی ابراهيم و علی آل ابراهيم انک حميد مجيد

Terdapat lapan belas hadith selain daripada riwayat-riwayat yang menyertakan (Keluarga Nabi saw bersama dengan Nabi saw dalam mengucapkan salawat seperti yang diriwayatkan oleh pengarang (kitab) al-Sunan dan al-Jawami’ daripda beberapa sahabat-sahabat antaranya; Ibn Abbas, Talhah, Abu Sa’id al-Khudri, Abu Hurairah, Abu Mas’ud al-Ansari, Buraidah, Ibn Mas’ud, Ka’ab bin Umrah dan ‘Ali as dalamnya dikeluarkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi daripada Hasan bin ‘Ali bahawa Rasulullah s. ‘a.w bersabda: “Orang yang bakhil ialah orang yang apabil disebutkan salawat di sisinya maka dia tidak akan bersalawat ke atasku.”21
Begitulah ulama feqah berpendapat tentang wajibnya bersalawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad saw dalam tahiyyat sembahyang21F22 dan wajibnya menyebutkan Al Muhammad dalam solat.
Sesungguhnya orang yang meneliti dalam ayat ini akan mengetahui dengan sejelas-jelasnya daripada syariat ini dan kewajipannya iaitu mengagungkan keluarga Muhammad saw yang telah dihapuskan Allah dosa-dosa mereka dan menyucikan mereka dengan sebersih-bersihnya, agar umat dapat mencontohi mereka, mengikuti cara mereka dan berlindung daripada fitnah dan perselisihan kepada mereka.
Mereka tidak harus bersalawat melainkan bersalawat kepada mereka adalah menjadi harapan umat, yang telah ditunjukkan dan yang dijamin untuk diteladani. Kalaulah tidak kerana adanya ketetapan dan jaminan istiqamah mereka, dan terpelihara apa juga yang lahir daripada mereka, nescaya Allah tidak menyuruh umat muslimin untuk bergantung harapan kepadanya sepanjang masa dan bersalawat ke atas mereka pada tiap kali solat. Sesungguhnya berulang-ulangnya perkara itu iaitu berulangnya salawat ke atas Muhammad dan Al Muhammad saw dan kewajipan bersalawat dalam solat adalah untuk mengukuhkan dan menumpukan perhatian muslimin pada tiap-tiap solat terhadap kepentingan Ahlul Bayt, kedudukan mereka, contoh-contoh teladan mereka dan perjalanan mengikut cara mereka serta berpegang kepada cara hidup mereka.

KELIMA: SURAH AD-DAHR/AL-INSAAN (daripada ayat 5-22)

إِنَّ الْأَبْرَارَ يَشْرَبُونَ مِن كَأْسٍ كاَنَ مِزَاجُهَا كَافُورًا عَيْنًا يَشْرَبُ بهَِا عِبَادُ اللَّهِ يُفَجِّرُونهََا تَفْجِيرًا يُوفُونَ بِالنَّذْرِ وَ
يخََافُونَ يَوْمًا كاَنَ شَرُّهُ مُسْتَطِيرًا وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلى حُبِّهِ مِسْكِينًا وَ يَتِيمًا وَ أَسِيرًا إِنمََّا نُطْعِمُكم لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنك مُ
جَزَاءً وَ لَا شُكُورًا إِنَّا نخََافُ مِن رَّبِّنَا يَوْمًا عَبُوسًا قَمْطَرِيرًا فَوَقَئهُمُ اللَّهُ شَرَّ ذَالِكَ الْيَوْمِ وَ لَقَّئهُمْ نَضْرَةً وَ سُرُورًا...

“Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya ialah air kapur, iaitu mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. Mereka menunaikan nazar dan takut suatu hari yang azabnya merata di mana-mana, dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan. Sesungguhnya kami memberikan makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan kami tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan azab suatu hari yang (di hari itu orang-orang bermuka masam, penuh kesulitan) yang datang dari tuhan kami, maka tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberi kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati” hingga ayat 22.
Dalam ayat-ayat di atas al-Qur’an menceritakan Ahlul Bayt dengan meletakkan mereka itu di kemuncak pengaruh dan ketaqwaan dan menonjolkan mereka sebagai contoh dan teladan kepada umat manusia supaya generasi akan datang mencontohi mereka dan berjalan mengikut cara mereka sehingga menyebabkan turunnya ayat al-Qur’an itu.
Peristiwa bersejarah sehingga menyebabkan turunnya ayat adalah menunjukkan tingginya kedudukan Ahlul Bayt as dan ketinggian mereka dalam perlaksanaan dan penglibatan syarak secara total juga keikhlasan yang sempurna kepada Allah Ta’ala dan mereka adalah golongan yang al-abrar yang dijanjikan dengan syurga dan barangsiapa yang mengikuti contoh mereka dan berjalan mengikut perjalanan mereka akan dihimpunkan bersama-sama mereka. Al-Zamakhshari telah mengemukakan pandangannya dalam mentafsirkan ayat ini dengan katanya: daripada Ibn Abbas rd bahawa “Ketika al-Hasan dan al-Husayn sakit, Rasulullah menziarahi mereka bersama-sama dengan ramai.” Mereka berkata: “Wahai bapa al-Hasan (Ali bin Abi Talib) kalaulah kamu bernazar ke atas anak-anak kamu, lalu Ali, Fatimah dan seorang hamba bernama Fiddah, bernazar jika keduanya (al-Hasan dan al-Husayn sembuh (dari penyakit) mereka akan berpuasa tiga hari. Tiba-tiba kedua-duanya pun sembuh, tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa pun, lalu Ali meminjam daripada Syam’aun seorang Yahudi Khaibar sebanyak 3 cupak daripada gandum (sya’ir). Fatimah menguli satu cupak dan dibuat 5 roti sebanyak bilangan mereka (Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn dan jariah). Kesemua roti itu diletakkan di hadapan mereka untuk berbuka puasa, tiba-tiba muncul di hadapan mereka seorang meminta-minta dengan katanya: “As-salamu-‘alaikum Ahlul Bayt: berilah aku makan nescaya Allah akan memberi kamu makan daripada hidangan syurga.” Maka mereka mengutamakan (orang yang meminta) dan mereka tidur dan tidak makan kecuali air dan besoknya mereka berpuasa lagi, maka besok apabila sampai waktu petang dan sedang tangan mereka memegang makanan tiba-tiba muncul seorang yatim berdiri di hadapan mereka, mereka pun memberikan makanan kepadanya, dan pada hari yang ketiga datang seorang tawanan meminta-minta makanan, mereka pun berikan kepadanya seperti hari-hari sebelumnya. Maka pada keesokan harinya, ‘Ali dengan memegang tangan al-Hasan dan al-Husayn menemui Rasulullah saw dan apabila baginda saw melihat mereka dalam keadaan menggeletar kelaparan seperti ayam yang sangat lapar, baginda bersabda: apakah gerangan yang menyedihkan aku bila aku melihat kamu ini, lalu
baginda pun bangun dan pergi bersama-sama mereka dan melihat Fatimah di mihrabnya duduk membongkok sehingga bertemu bahagian atasnya dengan perutnya dan mencurah keluar air matanya, maka keadaaan ini menyedihkan (Rasulullah), kemudian Malaikat Jibrail turun dan berkata: Wahai Muhammad ambillah dia (Fatimah), Allah memberikan tahniah pada Ahlul Bayt kamu lalu Jibrail pun membacakan Surah (al-Insaan).23
Al-Tabrasi meriwayatkan dalam tafsirnya Majma’ al-Bayan riwayat yang serupa. Al-Tabrasi juga meriwayatkan: Ali bin Ibrahim menyebutkan bahawa bapanya bercerita kepadanya daripada Abdullah bin Maimon daripda Ibn Abdullah berkata: bahawa Fatimah mempunyai gandum lalu dimasak menjadi bubur kemudian diletakkan makanan itu di hadapan mereka (Ahlul Bayt) tiba-tiba datang seorang miskin dan berkata: Rahimakumullah – mudah-mudahan Allah merahmati kamu semua. Ali bangun dan memberikan 1/3 daripada makanan itu kepada si miskin itu.Tak lama selepas itu datang lagi seorang miskin dna berkata: Mudah-mudahan Allah memberi belas kasihan kepada kamu semua. ‘Ali bangun dan memberikan kepada si miskin itu 1/3 daripada makanan itu, kemudian datang pula seorang tawanan perang dan berkata: Mudah-mudahan Allah merahmati kamu, maka ‘Ali memberikan kepadanya 1/3 makanan yang tinggal dari apa yang dijamah oleh mereka. Lalu Allah menurunkan ayat itu kepada mereka –Ahlul Bayt – dan hal seperti itu berlaku pada setiap orang mukmin yang melakukan perkara itu kerana Allah Azawajalla, dan dengan ini menunjukkan bahawa Surah (al-Insan) adalah diturunkan di Madinah. Abu Hamzah al-Thimali pula berkaa dalam tafsirnya; al-Hasan bin al-Hasan Abu Abdullah bin al-Hasan bercerita kepadaku bahawa surah ini kesemuanya di turunkan pada ‘Ali dan Fatimah.24
Al-Wahidi menyebutkan dalam kitabnya Asbab al-Nuzul mengenai sebab turunnya firmah Allah: “ وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلى حُبِّهِ مِسْكِينًا ” seperi berikut: ‘Atha berkata daripada Ibn Abbas: bahawa ‘Ali bin Abi Talib menerima gandum sebagai upah dia berkerja menyiram pokok tamar, yang kemudian diuli dan dimasak untuk makanan keluarganya yang diberi nama al-khazirah. Setelah sipa dimasak datang seorang anak yatim dan meminta makanan lalu diberikan makanan itu kepadanya. Kemudian gandum yang tinggal 1/3 pun dibuat
makanan juga, kemudian setelah siap di masak datang pula seorang tawanan perang dan daripada musyrikin lalu Ali dan keluarganya memberikan makanan itu kepadanya. Mereka sekeluarga pun kelaparan pada hari itu, lalu turunlah ayat ini kepada mereka.
Begitulah kita dapati ahli-ahli tafsir mengukuhkan bahawa ayat ini diturunkan pada ‘Ali dan Ahlul Baytnya (Fatimah, al-Hasan dan al-Husayn walaupun dengan riwayat yang berbeza dari segi jalan ceritanya.24F25 Ayat ini juga sebagai saksi bagi Ahlul Bayt bahawa mereka adalah orang-orang yang baik yang dijanjikan dengan syurga.

KEENAM: BEBERAPA AYAT DENGAN AL-IMAM ‘ALI

Beberapa ayat dari al-Qur’an diturunkan mengenai saudara Rasulullah dan ketua Ahlul Bayt iaitu al-Imam Ali bin Abi Talib (as) yang diasuh di rumah Rasulullah saw sejak dari kanak-kanak lagi.26 Dia dibesarkan dalam jagaannya dan dia berakhlak mengikut akhlak Nabi saw Dia beriman dengan (Muhammad) ketika berumur 10 tahun. Dia membenarkan Rasulullah dan mengikutinya . Ali adalah pembawa bendera perangnya dan tenteranya yang gagah berani dalam ke semua medan peperangan. Peperangan Badar, Uhud, Hunain, Khaibar, Zat al-Salasil dan lain-lain medan pertempuran yang mencatatkan kemenangan kepada Islam dan yang disaksikan oleh Rasulullah saw dengan menyusun perkataannya bagaikan bintang-bintang kebesaran yang menghiasi lembaran-lembaran sejarah dan meletakkan di kalangan manusia contoh yang tinggi dalam pengorbanan dan jihad.
Setelah meneliti sebab-sebab turunnya ayat: “ وَ يُطْعِمُونَ الطَّعَامَ ” kita dapati bahawa ayat yang diturunkan mengenai Amirul Mukminin dan Imam al-Muslimin, ‘Ali bin Abi Talib dalam al-Qur’an selain daripada apa yang telah kami sebutkan mengenai Ahlul Bayt adalah menerangkan:

i) Keberanian Ali, dan pengorbanan pada jalan Allah.
ii) Ketabahannya dalam menerima kesengsaraan dan penghinaan.
iii) Kewarakan, ketaqwaan, amalan dan usahanya serta kepimpinannya terhadap orang-orang yang beriman.

Sebagai contoh kita kemukakan di sini beberapa ayat antaranya:

1- Ayat al-Wilayah

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُونَ وَ مَن يَتَوَلَّ اللَّهَ
وَ رَسُولَهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَلِبُون

“Sesungguhnya wali kamu hanyalah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat dan mereka tunduk (kepada Allah) dan barangsiapa yang menjadikan Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.”

Al-Zamakhshari menyebutkan dalam Tafsir al-Kashshaf seperti berikut: bahawa sesungguhnya ayat (di atas) diturunkan pada Ali kr (karramallahu wajhah) ketika ada seorang meminta kepada (Ali) yang sedang rukuk dalam solatnya, lalu Ali campakkan cincinnya yang terus meluncur dari anak jarinya, jadi untuk mencabut cincinnya, ‘Ali tidak melakukan banyak pergerakan sehingga boleh membatalkan solatnya. Jika kamu bertanya macam mana boleh bahawa (ayat) itu mengenai Ali sedangkan lafaznya adalah lafaz jamak ( (وَ هُمْ رَاكِعُونَ  Aku jawab: didatangkan dengan lafaz jamak walaupun sebabnya seorang sahaja ialah untuk
mengalakkan orang supaya meniru perbuatannya (Ali) dan mendapat ganjaran pahala sepertinya, dan untuk memberi ingatan bahawa tabiat mukmin wajib menuju ke matlamat ini iaitu memelihara kebaikan dan ihsan seperti mengambil perhatian terhadap orang-orang faqir, sehingga memaksa mereka untuk (melakukan) sesuatu yang tidak boleh dilambatkan walaupun dalam keadaan mereka sedang solat, tidak boleh dita’khirkan hingga selesai sembahyang.27

Al-Wahidi menyebutkan dari al-Kalbi mengenai sebab-sebab turunnya ayat ini:

إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَ رَسُولُهُ وَ الَّذِينَ ءَامَنُواْ الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَوةَ وَ يُؤْتُونَ الزَّكَوةَ وَ هُمْ رَاكِعُونَ

Ia berkata: bahawa akhir ayat ini adalah mengenai Ali bin Abi Talib ra kerana dialah yang memberikan cincinnya kepada orang yang memintanya ketika ‘Ali sedang rukuk dalam solatnya.28
Beberapa kitab tafsir dan hadith juga telah menyebutkan tentang turunnya ayat ini kepada Imam Ali, kami tinggalkan huraian yang panjang lebar mengenai perkara ini dan kepada para pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut sila rujuk kepadanya.29
Selain daripada itu banyak ayat-ayat al-Qur’an yang menceritakan tentang maqam Ahlul Bayt, karamah dan keagungan peribadi mereka khususnya mengenai bapa keturunan yang suci Imam ‘Ali as, tetapi dalam ruangan yang terhad ini tidak dapat disebutkan kesemuanya. Para pembaca boleh mendapati dalam kitab-kitab tafsir, manaqib, hadith dan sejarah rasul dalam bab-bab mengenai sebab-sebab turunnya (ayat al-Qur’an). Di antaranya ayat-ayat itu ialah:

“ ”إِنَّمَا أَنتَ مُنذِرٌ وَ لِكل قَوْمٍ هَاد

“Sesungguhnya kamu pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada yang memberi petunjuk.” (Ar-Ra’d [13]: 7)

Ada hadith (menyatakan) bahawa Rasulullah saw meletakkan tangannya di atas dadanya dan bersabda, maksudnya: “Aku adalah pemberi peringatan dan bagi tiap-tiap kaum ada orang yang memberi petunjuk kemudian baginda menudingkan tangannya keapda Imam Ali as dan bersabda, maksudnya: “Kamu yang memberi petunjuk Wahai Ali melalui kamu orang-orang yang sesudahku akan menerima hidayah.”30

2. Ayat 18 As-Sajdah [32]

أَ فَمَن كاَنَ مُؤْمِنًا كَمَن كاَنَ فَاسِقًا لَّا يَسْتَوُن

“Apakah orang yang beriman seperti orang yang fasiq, mereka tidak sama.”
Sesungguhnya yang mukmin (dalam ayat di atas) ialah Ali as manakala yang fasiq ialah al-Wahidi bin Uqbah.31

3- Ayat 17 Hud [11]

أَ فَمَن كاَنَ عَلى بَيِّنَةٍ مِّن رَّبِّهِ وَ يَتْلُوهُ شَاهِدٌ مِّنْه
“Apakah (orang kafir) sama dengan orang-orang ada mempunyai bukti yang nyata (Muhammad) dari Tuhannya diikuti oleh seorang saksi dari Allah.”
Sesungguhnya Rasulullah saw atas keterangan daripada Allah dan yang menjadi saksi ialah Imam Ali as.32

4- Ayat 4 At-Tahrim [66]

فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَئهُ وَ جِبرِْيلُ وَ صَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ

“Maka sesungguhnya Allah ialah penolongnya, serta Jibrail dan orang-orang mukmin yang salih.”
Sesungguhnya yang salih daripada orang-orang mukmin ialah Ali bin Abi Talib.32F33

5- Ayat 12 Al-Haaqqah [69]

وَ تَعِيهََا أُذُنٌ وَاعِيَة

“Dan didengar oleh telinga yang mahu mendengar.”

Sesungguhnya Rasulullah saw membaca ayat di atas, dia pun berpaling kepada Ali as dan bersabda: “Aku meminta kepada Allah supaya menjadikan pendengaran itu pada telinga Ali.
Kemudian Ali berkata: “Tiada sesuatu apapun yang aku dengar dari Rasulullah yang aku lupakannya.”34
Al-Wahidi merekodkan dalam Asbab an-Nuzul satu rangkaian perawi hadith daripada Buraidah: bahawa Rasulullah saw berkata kepada Ali: “Sesungguhnya Allah menyuruh aku supaya menghampirimu dan tidak menjauhkan kamu, dan meminta supaya aku mengajar kamu dan menyedarkan, dan berhak bagi Allah menyedarkan kamu” lalu turunlah ayat.

6- Ayat 96 Maryam [19]

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَ عَمِلُواْ الصَّلِحَاتِ سَيَجْعَلُ لهَُمُ الرَّحْمَانُ وُدا

“Mereka yang beriman dan beramal soleh, Allah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih sayang.”
Sesungguhnya Rasulullah bersabda kepada Ali, maksudnya: “Wahai Ali katakan:
”اللهم اجعل لی عندک عهدا و اجعل لی من صدور المؤمنين مودة“
“Ya Allah! Jadikanlah bagi suatu perjanjian di sisiMu dan jadikanlah diriku dikasihi di hati orang-orang yang beriman, lalu Allah menurunkan ayat di atas kepada Ali as35

7- Ayat 7 Al-Bayyinah [98]

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَ عَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُوْلَئكَ هُمْ خَيرُْ الْبرَِيَّة

“Sesungguhnya Rasulullah berkata kepada Ali: “Wahai Ali mereka itu ialah: kamu dan pengikut-pengikut kamu.”36

8- Ayat 19 At-Taubah [9]

أَ جَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الحَْاج وَ عِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الحَْرَامِ كَمَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَ الْيَوْمِ الاَْخِرِ

“Adakah kamu jadikan jabatan memberi air kepada jamaah haji dan memperbaiki Masjid al-Haram sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
Sesungguhnya (mereka yang bekerja memberi air dan memperbaiki Masjid al-Haram) ialah al-Abbas dan Talhah, dan orang yang beriman ialah Ali as37
Banyak lagi ayat-ayat berkaitan dengan (Al al-Bayt) tetapi kami tinggalkan kerana untuk meringkaskannya.

rujukan:

1 QS. Al-Ahzab [33]: 33.
2 al-Syura, 23.
3 Al- ‘Imran, 61ipada al-Tabatabai, Tafsir al-Mizan, Jld. 16, hlm. 316 dalam mentafsir ayat berkenaan dan diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Jld. 6, Manaqib Ahl Bayt, hlm. 308 dengan sanadnya daripada Ibn Salamah iaitu anak tiri Nabi berkata kepada Nabi di rumaj Umm Salamah lalu Nabi memanggil Fatimah, Hasan Husayn dan Ali di belakangnya dan menyelubungi mereka itu dengan kain, kemudian baginda bersabda maksudnya:
“Ya Allah mereka itu adalah Ahlul Baytku, buangkanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya. Umm Salamah berkata: dan aku bersama-sama mereka ya Nabi Allah, Nabi saw menjawab: Kamu tinggal di tempat kamu dan kamu di atas kebaikan.”
4 Dipetik daripada al-Taba’tabai, Tafsir al-Mizan, Jld. 16, hlm. 316 dalam mentafsir ayat berkenaan dan diriwayatkan oleh al-Tirmizi, Jld. 6, Manaqib Ahl Bayt, hlm. 308 dengan sanadnya daripada Ibn Salamah iaitu anak tiri Nabi berkata kepada Nabi di rumaj Umm Salamah lalu Nabi memanggil Fatimah, Hasan Husayn dan Ali di belakangnya dan menyelubungi mereka itu dengan kain, kemudian baginda bersabda maksudnya: “Ya Allah mereka itu adalah Ahlul Baytku, buangkanlah kekotoran daripada mereka dan sucikanlah mereka itu dengan sesuci-sucinya. Umm Salamah berkata: dan aku bersama-sama mereka ya Nabi Allah, Nabi saw menjawab: Kamu tinggal di tempat kamu dan kamu di atas kebaikan.”
5 Sejenis makanan.
6 Hadith ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal dengan tiga cara daripada Umm Salamah, begitu juga dalam Tafsir al-Tha’labi, dikeluarkan oleh Ibn Mardawiyah, al-Khatib daripada Ibn Sa’id al-Khudri dengan makna yang sama walaupun dengan sedikit perbezaan dari segi lafaz. Dalam Ghayam al-Maram, diriwayatkan daripada Abdullah bin Ahmad bin Hanbal daripada bapanya dengan sanadnya daripada Umm Salamah, dinukilkan daripada al-Allamah al- Tabataba’il, al-Mizan Fi al-Tafsir al-Qur’an – ayat Tathir. Sila rujuk kepada sumber-sumber yang berkaitan dengan tafsir ayat at-Tathir dan takrif Ahl al Bayt dilampirkan bilangan (1) di akhir kitab ini.
7 Riwayat ini dikeluarkan oleh Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim dan al-Tabrani daripada Ibn Sa’id al-Khudri juga diriwayatkan dalam kitab Ghayat al-Maram daripada al-Tha’labi dalam tafsirnya, di dalamnya diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan dianggap sebagai hadith sahih. Ibn Jarir dan Ibn Munzir dan al-Hakim dianggap sahih. Ibn Mardawiyah, al-Baihaqi dalam kitab-kitab sunan mereka daripada riwayat Umm Salamah yang dipetik daripada al-Tabataba’I, al-Mizan Fi Tafsir al-Qur’an.
8 Daripada hadith yang disepakati oleh kedua Sahih Bukhari dan Sahih Muslim daripada sanad ‘Aisyah – Ghayat al-Maram dan disebutkan oleh al-Zamakhshari dalam tafsirnya al-Kashshaf dalam mentafsirkan ayat al-Mubahalah.
9 Jami’ al-Usul, jld. 9. hlm. 156, dipetik daripada Sahih al-Tirmizi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik berkata: “Bahawa ketika Rasulullah saw sedang berjalan melalui Fatimah, setiap kali baginda keluar hendak sembahyang tiba-tiba turun ayat ini, hampir enam bulan dan bersabda:
"الصلاة اهل البيت، إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَ يُطَهِّرَكم تَطْهِيرًا
Diriwayatkan juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, Jld. 3, hlm. 158.
10 Al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, Surah al-Syura, ayat 23.
11 Ghayat al-Maram, mentafsirkan ayat tersebut.
12 Al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir, Surah al-Syura, ayat 23.
13 Al-Tabari, Zakha’ir al-‘Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba, h. 25.
14 Ihya al-Mayyit Bi Fada’il Ahl al-Bayt Li al-Suyuti (Mu’assasah al-Wafa’, Beirut, 1404) h. 8. al-Suyuti meriwayatkan dalam al-Durr al-Manthur, Jld. 6, h. 7 dariapda Sa’id bin Jubair daripada Ibn Abbas. Al-Tabari dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musnad al-Imam al-Hasan, Jld. I. H. 125, Dipetik dengan nas ini dariapda al-Tabari al-Haithami dalam al-Majma’ al-Zawa’id, Jld. 9, h. 168. Al-Tabari menyebutkan hadith ini dalam al-Zakha’ir,h .25 dan berkata Imam Ahmad mengeluarkan dalam al-Manaqib seperti yang dinukilkan oleh Ibn al-Sibagh al-Maliki daripada al-Banwi, hadith marfu’ daripada Ibn Abbas, h. 29. Al-Tabari dalam al-Jami’ li-Ahkam al-Qur’an dengan riwayat daripada Sa’id bin Jubair daripada Ibn ‘Abbas, Jld. 16, h. 21-22.
15 Utusan itu mengandungi tukang siksa, namanya Abdul Masih. Dia adalah sebagai ketua, yang dipatuhi pendapat dan ketua mesyuarat mereka. Al-Sayyid tuan bernama al-Aiham, tuan punya arak, dan penerima tetamu, manakala Abu Hatim bin ‘Alqamah adalah ketua agama dan imam mereka dan ketua pengajian – al-Fusul al-Muhimmah ibn al-Sibagh al-Maliki.
16 Iaitu mereka yang bersama-sama dengan nabi dalam selubungnya diturunkan ayat kepada mereka (ayat at-Tathir) iaitu Ali, Fatimah, Hasan dan Husayn.
17 al-Zamakhshari, al-Kashshaf, Surah Al-Imran, ayat 61, begitu juga dalam Tafsir al-Tha’labi daripada Mujahid dan al-Kalbi.
18 al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, ayat al-Mubahalah.
19 Menunjukkan kepada (fi’il al-amr) (sallu ‘alaih) dalam ayat berkenaan, ulama al-usul telah membahaskan tentang fi’l al-amr adalah memberi makna wajib, dalam pandangan mereka setiap yang ada perintah dalam al-Kitab dan al-hadith membawa makna wajib melainkan disertakan dengan perintah yang tidak membawa wajib tetapi membawa erti mustahab.
20 al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir, al-Ahzab, ayat 56.
21 al-Tabatabai, al-Mizan fi Tafsir al-Qur’an.
22 al-Hilli salah seorang ulama besar fiqh Ahl al-Bayt pada kurun ketujuh Hijrah, ketika menyebut kewajipan solat yang (ketujuh) ialah tasyahhud yang diwajibkan sekali pada sembahyang yang mempunyai dua rakaat dan dua kali pada sembahyang yang mempunyai tiga dan empat rakaat jika tertinggal kedua-duanya atau salah satunya dengan sengaja nescaya batallah sembahyangnya dan yang wajib pada tiap-taip satu daripada keduanya lima perkara, duduk salam masa bertasyahud; dua kali syahadah dan salawat ke atas Nabi saw dan kepada kaum keluarganya Syara’I al-Islam, Jld. I, Bab al-Solah.
23 Al-Zamakshari, al-Kashshaf, tafsir Surah al-Insan;al-Fakhr al-Razi, Tafsir al-Kabir sama seperti riwayat dalam al-Kashshaf, begitu juga al-Wahidi menyebutnya.
24 Al-Tabrasi, Majma al-Bayan, tafsir Surah al-Insan.
25 Rujuk kepada Lampiran (3) untuk melihat kepada sumber-sumber yang lebih banyak tentang huraian ayat dan sebab turunnya ayat ini kepada Ahl al-Bayt.
26 Mekah menghadapi kemarau yang dahsyat sebelum kerasulan Nabi saw. Pada masa itu Abu Talib seorang yang faqir lalu Nabi saw mengambil Ali supaya dapat membantu bapa saudaranya (Abu Talib) dalam mendidik dan memberi nafkah kepada (‘Ali bin Abi Talib).
27 Al-Zamakshari, al-Kashshaf, Surah al-Mai’dah, ayat 55.
28 Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, Surah al-Maidah, ayat 55.
29 Sila lihat lampiran (4) mengenai sumber-sumber rujukannya.
30 Mustadrak al-Sahihaini, Jld.2, h.129; Kanz al-Ummal, d.6.h.157. al-Tabrani menyebutkannya dalam tafsirnya, al-Razi dalam Tafsir al-Kabir, al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur dalam mentafsirkannya ayat di atas.
31 Ibn Jarir menyebutkan dalam tafsirnya; al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur, al-Zamakhshari dalam al-Iashshaf di atas mentafsirkan ayat di atas; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, h.263; Tarikh al-Baghdad dan Riyadah al-Nadrah.
32 Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur; al-Fakhr al-Razi Tafsir al-Kabir dalam mentafsirkan ayat di atas; al-Muttaqi al-Hindi dalam Kanz al-Ummal, Jld. 1, h.251.
33 Al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur di belakang tafsir ayat; Kanz al-Ummal, Jld.1, h.22V; al-‘Asqalani, Fath al-Bari, Jld.3, h,27; al-Haithami dalam Majmu’, Jld.9, h.194.
34 Diriwayatkan oleh Ibn Jarir dalam mentafsirkan ayat tersebut; al-Zamakhshari dalam Tafsir al-Kashshaf dalam mentafsirkan ayat tersebut; al-Haithami dalam Majmu’, Jld.9, h. 231; al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur; Kanz al-Ummal, Jld. 6.h.408; dan al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul.
35 Al-Zamakshari, al-Kashshaf; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur dalam mentafsirkan ayat di atas; al-Haithami dalam Majmu’, jld.9, h.125; al-Riyadh al-Nadrah; Jld.2, h. 102; Ibn Hajar, al-Sawa’iq al-Muhriqah, h. 102.
36 Ibn Jarir dalam tafsirnya; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur dengan jalan yang berlainan dan menambah bahawa sahabat-sahabat Nabi saw apabila mereka berhadapan dengan Ali berkata: “Telah datang khair al-Bariyyah.” Ibn Hajar, al-Sawa’iq al-Muhriqah, h.96; al-Shablanji, Nur al-Absar, h. 70 dan 101.
37 Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, h, 183; al-Tabari dalam tafsirnya; al-Fakhr al-Razi dalam tafsirnya dan al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur.

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan