Pages

Isnin, 17 September 2012

ALLOH TIDAK BERSILA LENDIK ATAS ARASY



Mukhalafatuhu ta'ala lil hawadis, ertinya 'Sungguh bagi ALLOH Ta'ala itu bersalahan Dia dengan segala yang baharu.' Bersalahan maknanya tidak sama. Apabila ALLOH SWT bersifat dengan sifat ini, ia adalah suatu sifat kesempurnaan bagi-Nya. Ini kerana, sebagai Tuhan, maka tiadanya persamaan dengan seluruh yang baharu itu adalah pertanda ALLOH SWT itu Tuhan yang sebenar-benarnya. Mana mungkin Tuhan atau ALLOH itu sama seperti makhluk, yakni mempunyai mata, telinga, tangan dan kaki yang sama seperti makhluk (yakni sama pada sifat), atau berwarna -- hijau, merah dan biru misalnya ('arad), atau perlu mengambil ruang seperti mana sebuah kereta atau rumah (jirim) atau tidur dan makan dan berkahwin (sama pada af'al).Lebih-lebih lagi mustahil atas ALLOH bersila lendik di atas arasy...ALLOH tidak menyerupai umpama sesuatu..ini lah akidah ahlissunnah wal jama'ah... laisa wahabiyyah wal mujassimah....

Sedutan Tazkirah ini di sampaikan Oleh: Ustaz As-Sayyid Ahmad Faez Hafizuddin Al'Aydarus
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000610413345

bertempat di surau as-syakirin pinggiran USJ 3.. serta di edit oleh editor : Al-fadhil Ustaz muhammad Nurussobah Al-Yamani Al-Makki Al-Ajyadi

yang menyatakan kebenaran
Ustaz Syed Faiz Al-Idrus As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس
الله موجود بلا مكان ولا تحيز في أي جهة
Aqidah di dahulukan,
Syari'ah menjadi amalan
Membangun mengikut Islam

1 ulasan:

  1. syukran ya ustaz sayyid faiz atas penyampaian ilmu yg penting ni.. mudah-mudahan ana beroleh manfaat sebagai ahli sunnah wajamaah dan kekal hingga ke akhir hayat dengan pegangan ahli sunnah wajamaah..

    BalasPadam