Pages

Rabu, 9 Januari 2013

Isu Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Orang-orang Kafir (Terutmanya Orang-orang Kristian)





Penggunaan Kalimah ALLAH Bagi Orang-orang Kafir

Soalan: Adakah Islam membenarkan orang-orang kafir termasuk ahli-kitab menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka?

Jawapan:

Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad.

Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut.



                                   USTAZ SYED AHMAD FAIZ (USAF) - ISU KALIMAH ALLOH @ ALLAH ini Sebahagian JaWaPaN Ku













  






Penggunaan Kalimah Allah dan Toleransi Beragama

Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka.

Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka.

Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam

Kalimah ALLAH  adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan.

Dalam Islam, kalimah “ALLAH” bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhanan yang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya.

Kalau seseorang berkata: “Saya menyembah Allah” tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiri daripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity, maka ianya suatu yang menyalahi “dasar dan prinsip” Islam sebenar.

Allah s.w.t. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah “Allah” adalah suatu nama bagi merujuk kepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Allah s.w.t. berfirman:

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Maksudnya: “Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (Surah Al-Ikhlas: 1- 4)

Ayat ini merupakan pendirian Islam yang jelas menunjukkan Islam menolak sebarang kepercayaan ketuhanan selain daripada konsep ketuhanan Allah s.w.t.. Konsep ketuhanan yang sebenar yang merujuk kepada Tuhan yang sebenar yang bernama Allah mempunyai sifat-sifat berikut:

- MAHA ESA (Al-Ahad) 
- AS-SHOMAD (Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu)
- Tidak beranak dan tidak diperanakkan.
- Tidak ada yang serupa denganNya.

Daripada penjelasan surah Al-Ikhlas ini menunjukkan secara jelas bahawa, tiada agama lain selain Islam yang boleh menamakan tuhan mereka sebagai “ALLAH” menurut agama Islam, termasuklah agama Kristian, kerana hanya agama Islam yang menjelaskan konsep ketuhanan dengan intipati tauhid yang murni ini.

Adakah “Allah” yang ingin dimaksudkan oleh orang-orang Kristian bersifat dengan keseluruhan sifat-sifat yang telah disebutkan dalam surah Al-Ikhlas tersebut? Kalau tidak, maka Islam secara jelas menolak konsep ketuhanan mereka yang mereka rujuk sebagai “Allah” tersebut. Adakah prinsip ajaran Islam yang menolak kepercayaan triniti orang-orang Kristian dalam konsep ketuhanan, dalam masa yang sama tidak menolak penggunaan nama Allah (nama Tuhan yang Maha Benar) kepada tuhan yang mempunyai konsep ketuhanan yang salah?

Orang-orang Kristian samada memilih untuk mengesakan Allah s.w.t. dalam penyembahan dan menafikan Nabi Isa a.s. sebagai anak tuhan, maka bolehlah memanggil tuhan tersebut dengan nama Allah ataupun tidak dibenarkan menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka.

Kekhususan Nama Allah s.w.t..  

Imam As-Syirbini dalam Tafsir As-Siraj Al-Munir menafsirkan kalimah ALLAH dalam surah Al-Ikhlas tersebut dengan berkata: “ALLAH ialah Tuhan yang bersifat dengan ketuhanan dan keesaanNya.”

Imam Al-Khazin pula berkata yang bermaksud: “((ALLAH)) ialah kata nama khusus bagi Allah yang hanya khusus untukNya s.w.t.. Ia (nama) itu bukan terbit dari mana-mana kata terbitan dan tidak ada sesiapa berkongsi nama tersebut denganNya.  Inilah pegangan yang sahih dan terpilih. Dalilnya adalah firman Allah: “Apakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia (yang patut disembah)?” iaitu: tidak dikatakan kepada selainNya dengan nama ALLAH...” [Tafsir Al-Khazin pada tafsir Surah Al-Fatihah]

Sheikh Muhammad Ali As-Shobuni juga ketika menjelaskan tentang kalimah ALLAH dalam Shofwah At-Tafasir pada surah Al-Fatihah berkata: “((ALLAH)) Suatu nama khusus bagi Zat Maha Agung yang mana tidak ada yang berkongsi nama tersebut denganNya…” [1/18]

Sheikh Sa’id Hawa dalam kitab Tarbiyyatuna Ar-Ruhiyyah pada menjelaskan zikir dengan Ism Mufrad berkata yang bermaksud: “(Allah) adalah satu-satunya nama yang merujuk kepada segenap zat, sifat, nama-nama dan perbuatan-perbuatan Allah s.w.t.. Adapun nama-nama yang lain merujuk kepada sifat-sifaNya. Kemudian, nama ALLAH tersebut tidak dinamakan kepada selain ALLAH (Tuhan yang disembah oleh umat Islam).

Kalau kita rujuk kepada tulisan-tulisan para ulama’ Islam, hampir kesemuanya tidak membenarkan lafaz ALLAH digunakan bagi merujuk kepada tuhan-tuhan lain selain Allah atau kepada konsep ketuhanan yang bercanggah dengan tauhid. Ini kerana, ALLAH bermaksud TUHAN yang MAHA ESA dan ia sangat berkaitan dengan konsep keesaan Tuhan itu sendiri.

Inilah secara prinsip dalam Islam di mana tidak boleh menamakan kepada tuhan-tuhan selain Allah dengan nama Allah s.w.t.. Secara dasarnya, berdasarkan penerangan para kebanyakan ulama’ sendiri, kata nama “Allah” khusus untuk Allah s.w.t. yang disembah oleh orang-orang Islam dengan konsep ketuhanan yang murni (keesaan dan kesucian).

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Maka (Zat yang demikian) itulah Allah, Tuhan kamu yang sebenarnya; Maka tidak ada sesudah kebenaran itu, melainkan kesesatan. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran)?” (Surah Yunus: 32)

Nama Tuhan, Agama Kristianiti dan Kalimah ALLAH

Sememangnya Allah s.w.t. ada menyebutkan kalimah ALLAH bagi menceritakan tentang aqidah agama Kristian namun dalam bentuk penafian terhadap aqidah mereka yang sesat, bukan dalam bentuk mengakui penggunaan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka.

Ini kembali kepada penggunaan mereka (orang-orang kafir termasuk ahlul-kitab) yang hidup dalam masyarakat Arab yang juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan yang menciptakan alam ini. Oleh kerana Ahlul-Kitab yang hidup dalam masyarakat Arab yang menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta, maka mereka juga menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada Tuhan Maha Pencipta.

Namun, itu bukanlah tradisi asal orang-orang Kristian sebagaimana dijelaskan oleh orang-orang Krisitan sendiri. Menurut kebanyakan cendikiawan Kristian sendiri, mereka menyebut tuhan mereka sebagai ElElohim atau Yahwah (Yhwh).

Asalnya, nama tuhan dalam bahasa Ibrani atau Hebrew (bahasa asal Old Testement) adalah seperti berikut jika diterjemah ke dalam bahasa Inggeris: YHVH atau YHWH tanpa ada huruf vokal. Maka, sebahagian cendikiawan Kristian yang awal menetapkan sebutannya sebagai Yahweh.

Nama lain bagi tuhan sembahan mereka adalah Elohim dalam bahasa Hebrew. Ada juga yang menyebut tuhan mereka sebagai Jehovah. Ada juga menyebut Tuhan sebagai HaShem. Kemudian, bagi orang-orang Kristian, mereka merujuk kepada New Testament yang dikatakan berbahasa Yunani (Greek) lalu menyebut tuhan mereka dalam bahasa Greek iaitu “Ho Theos”.  

Walaupun ada ahli ilmu cuba mengaitkan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab hampir dengan kalimah “Eloah” dalam bahasa Hebrew, yang merujuk kepada Tuhan yang sama, namun dari sudut aqidah orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian, maka sudah jelas tuhan mereka (Kristian) berbeza dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini kerana, orang-orang Kristian tidak menyembah tuhan Nabi Isa dan Nabi Musa a.s. yang sememangnya adalah ALLAH s.w.t., tetapi menyembah tuhan triniti.

Pendirian Islam terhadap Konsep Ketuhanan Kristian

Orang-orang Kristian menyembah tuhan dalam bentuk triniti, di mana tuhan itu bukan Maha Esa seperti kepercayaan orang-orang Islam dan bukan juga berbilang-bilang sebagaimana kepercayaan orang-orang kafir. Mereka bertuhankan tuhan yang satu dalam tiga dan tiga dalam satu. Bahkan, hampir tiada orang-orang Kristian yang mampu memahami konsep triniti dengan kefahaman yang tepat kerana setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza tentang konsep trinity mereka.

Kesimpulannya, orang-orang Kristian percaya bahawasanya tuhan adalah:

- TUHAN AYAH (Yahweh)
- TUHAN ANAK (Jesus/Nabi Isa)
- TUHAN ROH QUDS (Holy Spirit)

Ketiga-tiga tersebut bukanlah tiga individu yang berbeza tetapi satu tuhan yang berbeza personalitinya. Ketiga-tiga (oknum) itu bukan tiga tuhan tetapi satu tuhan. Kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Krisitian merujuk kepada yang mana satu?

Andaian Pertama:

Tuhan Ayah + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI = Inilah ALLAH)

Andaian Kedua:

Tuhan Ayah = Inilah ALLAH + Tuhan Anak + Tuhan Roh Quds = TUHAN TRINITI

Allah pada bentuk (andaian) pertama iaitu TUHAN TRINITI (gabungan Tuhan Ayah, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Qudus) tertolak dalam Islam.

Allah s.w.t. berfirman secara jelas dalam al-Qur’an:

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَا تَغْلُوا فِي دِينِكُمْ وَلَا تَقُولُوا عَلَى اللَّهِ إِلَّا الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللَّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ فَآَمِنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَلَا تَقُولُوا ثَلَاثَةٌ انْتَهُوا خَيْرًا لَكُمْ إِنَّمَا اللَّهُ إِلَهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَنْ يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَكَفَى بِاللَّهِ وَكِيلًا

Maksudnya: Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putera Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (trinity)", berhentilah (dari ucapan itu). (itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. cukuplah Allah menjadi Pemelihara. (Surah An-Nisa’: 171)

Ayat ini secara jelas menunjukkan pendirian agama Islam yang menolak kepercayaan triniti dalam konsep ketuhanan, apa lagi menamakan tuhan triniti ini sebagai ALLAH.

Isyarat pertama daripada ayat ini di mana Allah s.w.t. menegaskan:

وَلاَ تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ إِلاَّ ٱلْحَقَّ

Maksudnya: “…janganlah kamu berkata terhadap Allah melainkan yang benar…”.

Daripada ayat ini dapat difahami bahawa, Allah s.w.t. tidak membenarkan seseorang berkata tentang “Allah” s.w.t. secara batil, apatah lagi menamakan “Allah” kepada tuhan yang batil sebagaimana difahami oleh orang-orang Kristian.

Imam At-Tabari ketika menafsirkan perkataan (انْتَهُوا) “berhentilah…” dalam ayat tersebut dengan berkata yang bermaksud: “Bahawasanya berhenti (orang-orang Kristian) daripada yang demikian (berkata Allah itu salah satu daripada triniti atau triniti secara keseluruhan) lebih baik daripada berkata sedemikian, kerana bagi kamu (orang-orang Kristian) dari Allah (terhadap ucapan tersebut), siksa yang akan datang terhadap apa yang telah dikatakan tersebut (iaitu Allah itu tuhan triniti).”  [rujuk Tafsir At-Tabari pada ayat tersebut]

Imam At-Tabrani pula ketika menafsirkan perkataan firman Allah s.w.t. menjelaskan lagi: “((Jangan kata tiga)) iaitu jangan kamu katakan tuhan-tuhan kami tiga (atau triniti) yang merangkumi: tuhan bapa, tuhan anak dan roh quds. ((Berhentilah)) dari kekufuran dan dari perkataan tersebut (Tuhan itu trinity).

Imam Al-Alusi juga menyebut dalam kitab Ruh Al-Ma’ani pada ayat tersebut pada perkataan Intahu: “Berhentilah daripada mengatakan Triniti…” [Ruh Al-Ma’ani]

Jika penggunaan kalimah ALLAH merujuk kepada bentuk (andaian) kedua iaitu:

Allah ialah Tuhan Ayah di samping Tuhan Anak dan Tuhan Roh Quds  yang mana ketiga-tiganya adalah satu TUHAN TRINITI.

Jika kalimah ALLAH yang cuba digunakan oleh orang-orang Kristian bagi merujuk kepada TUHAN AYAH (God The Father) dalam konsep trinity, maka ianya juga turut disebut di dalam Al-Qur’an tetapi sekadar merujuk kepada “penggunaan mereka” terhadap istilah tersebut, bukan kerana Islam meraikan istilah tersebut atau menerima konsep tersebut.

Kebanyakan orang-orang Kristian memahaminya begitu, iaitu Allah bagi mereka merujuk kepada Tuhan Bapa atau Tuhan Ayah yang merupakan salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti.

Allah s.w.t. berfirman:

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلَاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ وَإِنْ لَمْ يَنْتَهُوا عَمَّا يَقُولُونَ لَيَمَسَّنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya:

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang mengatakan: "Bahwasanya Allah salah satu (oknum) daripada yang tiga (oknum triniti)", padahal sekali-kali tidak ada tuhan selain dari Tuhan yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih. (Surah Al-Ma’idah: 73)

Ayat ini secara jelas mempunyai ketegasan dalam bentuk membantah orang-orang kafir menjadikan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti. Ayat yang berbentuk ancaman sebegini jelas menunjukkan ketegasan al-Qur’an bagi menolak konsep ini.

Ini suatu peringatan yang jelas dalam Islam agar orang-orang kafir khususnya dari kalangan orang-orang Kristian agar tidak mengatakan bahawa ALLAH adalah salah satu oknum daripada tuhan triniti. Ini secara tidak langsung menunjukkan larangan terhadap menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada salah satu daripada oknum tuhan triniti tersebut. Al-Qur’an secara jelas mengatakan bahawa, mereka yang menamakan Allah sebagai salah satu daripada tiga oknum tuhan triniti adalah suatu kekufuran, adakah Islam meredhai kekufuran dengan membenarkan lafaz Allah digunakan pada salah satu daripada oknum tuhan triniti?

Imam Al-Qurtubi menafsirkan seruan Al-Qur’an yang bermaksud: “…Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih…” dengan berkata: “((jika mereka tidak berhenti…)) tidak berhenti daripada berkata tentang triniti tersebut, mereka akan disiksa di dunia dan di akhirat”. [rujuk Tafsir Al-Qurtubi]

Asas-asas ajaran Islam berkenaan kalimah ALLAH ini harus diutamakan dalam berinteraksi dengan orang-orang kafir dari kalangan musyrikin dan ahlul-kitab, apatah lagi demi menjaga maslahat umat Islam yang awam daripada tipu daya musuh-musuh Islam yang cuba menyebarkan kesesatan aqidah mereka kepada umat Islam.

Penjelasan Bagi Surah al-Taubah

Memang benar, ada ayat yang menceritakan bahawa Ahlul-Kitab sudah tersesat dalam menisbahkan anak kepada ALLAH, namun ianya bukan dalam bentuk pengiktirafan terhadap konsep anak bagi Allah s.w.t. dan menerima konsep tuhan beranak.

Allah s.w.t. menyebut:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللَّهِ وَقَالَتِ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللَّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُمْ بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِئُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (30) اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ (31) يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ (32) هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ (33)

Maksudnya:

Orang-orang Yahudi berkata: "Uzair itu anak Allah" dan orang-orang Nasrani berkata: "Al-Masih itu anak Allah". Demikianlah itu ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah mereka , bagaimana mereka sampai berpaling? (30) Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih anak kepada Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan. (31) Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (32) Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkanNya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai. (33)[Surah At-Taubah: 30-33]

Ayat ini secara jelas menceritakan betapa Allah s.w.t. melaknat perbuatan mereka dengan menisbahkan anak kepada diri-Nya yang Maha Esa, bahkan menjelaskan bahawa Maha Suci Allah s.w.t. daripada apa yang mereka sekutukan. Jadi, ayat ini juga secara jelas menolak sebarang konsep yang bercanggah dengan tauhid untuk dinisbahkan kepada Allah s.w.t.. Maka, tidak ada sebab seseorang perlu membenarkan orang-orang Kristian khususnya yang masih mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai anak Allah menamakan tuhan versi triniti mereka sebagai Allah sedangkan Allah s.w.t. menyucikan zatNya daripada penyekutuan tersebut.

Bukan semua ayat yang menceritakan perihal sesuatu golongan dianggap pengiktirafan daripada Allah s.w.t. kerana ada juga kisah-kisah yang disebut sebagai pengingkaran terutamanya dengan penolakan yang jelas dalam ayat-ayat berikutnya.

Jadi, masyarakat Islam mempunyai asas untuk melarang orang-orang Kristian daripada menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka, berdasarkan seruan asas Al-Qur’an sendiri yang menyuruh mereka (orang-orang Kristian) yang sudah menisbahkan anak atau triniti kepada Tuhan yang Sebenar iaitu Allah, agar berhenti daripada memperkatakan sedemikian. Bahkan, ia juga sebagai sandaran bagi larangan  ke atas orang-orang kafir khususnya orang-orang Kristian yang baru ingin menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka dalam masyarakat awam Melayu yang tidak memahami perbezaan penggunaan Allah dari sudut bahasa dan istilah syarak sebagaimana difahami oleh masyarakat awam Islam Arab.



Pendirian Islam terhadap Orang-orang Kristian Secara Umum

Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Qur’an:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab (Yahudi dan Kristian), marilah kepada satu Kalimah yang membawa persamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". (Surah Ali Imran: 64)

Islam menjelaskan bahawasanya, para penganut agama yang digelar ahlul-kitab seperti agama Judaisme (bagi orang-orang Yahudi) dan Kristianiti (bagi orang-orang Kristian) telah dipesongkan daripada ajaran para rasul mereka terdahulu yang pada asalnya merupakan ajaran tauhid yang murni juga.

Oleh yang demikian, agama Islam mengajak orang-orang Kristian dan Yahudi, yang digelar sebagai ahlul-kitab, agar mereka kembali kepada ajaran tauhid dengan berpegang kepada ajaran Islam samada aqidahnya, fiqhnya mahupun akhlaknya, dan mengikuti rasul yang terakhir, iaitu Nabi Muhammad SAW.

Jika orang-orang Kristian tidak mahu menerima kebenaran Islam, maka Islam membenarkan mereka mengamalkan ajaran agama mereka secara bebas selagimana tidak membawa kepada tertegahnya perlaksanaan ajaran-ajaran agama Islam khususnya dalam negara Islam.

Islam turut mengakui ketinggian moral sebahagian penganut agama Kristian dengan ayat yang berbunyi:

…dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menymbongkan diri…(Surah Al-Ma’idah: 82)

Apabila berkaitan dengan penggunaan sesuatu kalimah yang digunakan oleh masyarakat Islam, maka ianya bukan sekadar berkaitan penggunaan perkataan, tetapi merangkumi keseluruhan kefahaman terhadap perkataan dan kalimah tersebut. Oleh sebab itulah, isu penggunaan kalimah Allah tidak wajar dilihat sebagai masalah perkataan semata-mata kerana ianya mempunyai pengaruh yang lebih luas dalam sesebuah masyarakat. Maka, oleh sebab itulah masyarakat Islam berdiri mempertahankan kalimah Allah ini, kerana merangkumi maksud yang besar dalam kefahaman mereka terhadap agama Islam secara menyeluruh.

Istilah dan Pengaruhnya dalam Masyarakat

Istilah memainkan peranan yang penting. Hal ini jelas khususnya ketika ianya digunakan dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat khususnya di Malaysia sudah lama mengkhususnya penggunaan kalimah Allah kepada Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja. Tidak timbul suatu tradisi seperti orang-orang Kristian Arab yang sudah lama menggunakan kalimah Allah bagi merujuk salah satu oknum daripada tuhan bersifat trinity yang mereka sembah.

Jadi, istilah-istilah yang menjadi penggunaan khusus bagi sesebuah kumpulan penganut sesebuah agama perlu diraikan khususnya apabila perkongsian istilah boleh membawa kepada fitnah yang lebih besar. Orang-orang Kristian di Malaysia khususnya tidak rugi jika tidak menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka. Padahal, di pihak masyarakat awam Islam di Malaysia pula, ianya boleh membawa kepada kekeliruan.

Sebahagian masyarakat awam mungkin membuat andaian, jika orang-orang Kristian pun menyembah Allah sebagaimana orang-orang Islam, jadi tiada bezanya orang-orang Islam beragama Kristian kerana menyembah tuhan yang sama. Ini adalah suatu kekeliruan yang boleh merosakkan aqidah sesetengah masyarakat awam Islam.

Sebagai contoh, orang-orang Kristian juga mengaku sebagai “believer”, iaitu mempercayai ketuhanan Jesus, namun jika mereka cuba menterjemahkannya sebagai beriman lalu mengaku mereka sebagai orang-orang beriman, maka dari ukuran Islam, mereka adalah orang-orang yang kafir dan syirik kerana menjadikan tuhan selain daripada Allah s.w.t..

Jadi, istilah “beriman” juga secara dasarnya dikhususkan kepada orang-orang Islam dalam penggunaan masyarakat yang tertentu. Kita juga tidak bersetuju jika orang Kristian mengaku sebagai Mu’min kerana beriman dengan ketuhanan Jesus dan kita juga tidak dapat menerima orang-orang Kristian mengaku sebagai Muslim kerana kepatuhan mereka kepada Paul. Oleh itu, penggunaan sesuatu istilah berdasarkan tasawwur yang khusus bagi sesetengah pihak sangat dipentingkan. Sebahagian orang membahaskan pengkhususan istilah bagi masyarakat Islam ini berdasarkan pandangan sarwa Islam (Islamic worldview).

Memang benar, dalam perbahasan “penggunaan” bahasa, para ulama’ Islam sering membahaskan bahawa, sesuatu kalimah itu mempunyai makna yang berbeza berdasarkan dua sudut penggunaan yang berbeza iaitu, dari sudut penggunaan bahasa dan dari sudut istilah syarak. Ini kerana, Tasawwur dan Mafhum kalimah berbeza dari sudut penggunaannya. Namun, tradisi sebegini tidak difahami secara asas oleh masyarakat awam Islam di Malaysia sehingga dapat membezakan pengunaan sesuatu kalimah samada di tempat yang salah ataupun betul.

Jadi, larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian juga merujuk kepada suasana masyarakat awam Islam di Malaysia berdasarkan penggunaan bahasa Melayu dan kedudukan agama Islam yang menjadi agama Persekutuan.

Larangan Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Bahan Penerbitan Kristian: Suatu Prinsip Islam dalam Memelihara Aqidah Umat Islam

Pada prinsip ajaran Islam, kita telah kemukakan sebelum ini di mana secara jelas Islam tidak mengakui konsep Triniti yang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada sifat kesempurnaan ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang kemurnian aqidah Islam daripada kesesatan triniti tersebut. Ini secara tidak langsung juga menunjukkan betapa Islam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan ALLAH dalam aqidah murni umat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab ketuhanan dengan idea triniti.

Dalam Surah An-Nisa’ ayat ke-171 dan Surah Al-Ma’idah ayat ke-73 secara jelas menolak konsep trinit yang cuba dinisbahkan kepada ALLAH. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam juga menolak sebarang usaha untuk menggunakan kalimah ALLAH yang pada asalnya merujuk kepada TUHAN yang MAHA ESA kepada suatu tuhan versi triniti.

Kalimah “ALLAH” perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh orang-orang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan lain yang bersifat triniti, bukan keesaan. Ini tertolak sama sekali.

Adapun penggunaan Al-Qur’an dalam menggambarkan sesetengah pihak mempersekutukan ALLAH dengan menjadikan tuhan-tuhan lain selain Allah bukan menunjukkan ianya suatu galakan kepada menggunakan kalimah ALLAH bagi agama-agama lain, tetapi ianya sebagai suatu penolakan terhadap ajaran syirik agama-agama lain yang mana sebahagian daripadanya telah menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan dengan konsep yang salah, sebelum kedatangan Islam lagi, terutamanya dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab dan Ahlul-Kitab yang hidup di tanah Arab.

Ia sebenarnya kembali kepada penggunaan istilah ALLAH dalam konteks bahasa Arab yang mana sebahagian daripada ahli ilmu bahasa Arab mengatakan bahawasanya ALLAH adalah kata nama daripada Illah yang bermaksud tuhan yang disembah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Munziri daripada Ibi Al-Haitham yang disebut dalam kitab Lisan Al-Arab. Jadi, penggunaan kalimah “Allah” dalam bahasa Arab boleh merujuk kepada maksud tuhan yang disembah secara mutlak (ma’bud) menurut sebahagian ahli bahasa walaupun kata “Allah” khusus merujuk kepada Allah s.w.t. sahaja di sisi majoriti ahli bahasa. Maka, dengan keluasan bahasa Arab inilah, Ahlul-Kitab yang tinggal dalam masyarakat Arab juga menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan sembahan mereka.

Oleh kerana itu juga, sebahagian ulama’ masih lagi memberi ruang kepada penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang Kristian Arab khususnya kerana ianya secara adatnya sudah dimaklumi secara umum bahawasanya ALLAH yang dimaksudkan oleh orang Kristian Arab berbeza dengan ALLAH yang dimaksudkan oleh orang-orang Islam. Ini kerana, salah guna istilah “ALLAH” itu berlaku sejak sebelum kedatangan Islam lagi di mana orang-orang musryikin tetap turut mengakui menyembah ALLAH namun mereka menjadikan tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan antara mereka dengan ALLAH menurut mereka.  Ahlul-Kitab di dunia arab yang hidup dalam masyarakat Arab tersebut sudah terbiasa menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka walaupun disaluti fahaman yang batil.

Maka, toleransi dalam dunia Arab-Islam hanyalah kerana latar belakang sejarah yang sudah sekian lama malah tidak lagi membawa kekeliruan kepada orang-orang Islam di Arab. Ini kerana, biarpun Islam tidak mengiktiraf konsep ketuhanan triniti Kristian tersebut, namun tidak ada dalil qat’ie melarang orang-orang Kristian khususnya Arab yang sudah terbiasa dengan kalimah Allah, menggunakan kalimah tersebut berdasarkan keluasan ilmu bahasa Arab itu sendiri. Dari sinilah timbulnya toleransi dalam masyarakat Arab dengan orang-orang Kristian Arab. Namun, dalam masa yang sama, tidak dinafikan adanya seruan agar mereka berhenti daripada memperkatakan bahawa Allah itu salah satu daripada tuhan triniti. Seruan yang sebegitu juga boleh dijadikan hujah bagi melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian secara tidak langsung.

Apa yang menghairankan, ada usaha pihak-pihak Kristian yang menggunakan bahasa selain bahasa Arab dalam penulisan-penulisan mereka, sibuk juga menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka sedangkan pada dasarnya ia menyalahi prinsip Islam dan menyalahi kepercayaan mereka sendiri kerana tuhan mereka bukanlah ALLAH sebagaimana yang disembah oleh orang-orang Islam.

Kalau mereka pun menyembah tuhan dengan konsep ketuhanan triniti, namun masih mengaku tuhan yang mereka sembah adalah ALLAH, maka mereka secara tidak langsung mendakwa berpegang kepada kalimah bahagian pertama daripada syahadah iaitu La ilaha illaLlah (yang Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan ALLAH), kerana mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan Allah tetapi dalam bentuk kepercayaan mereka yang sesat (yakni, triniti). Sedangkan menurut ajaran Islam, hanya orang-orang Islam sahaja yang berpegang dengan kalimah syahadah.

Oleh yang demikian, majoriti ulama’ Islam menegaskan bahawasanya lafaz ALLAH adalah suatu nama yang khas yang tidak terbit dari mana-mana kata terbitan yang mana ianya suatu nama khusus bagi zat TUHAN yang MAHA ESA. Konsep keesaan Tuhan itu adalah intipati utama bagi kalimah ALLAH itu sendiri.

Konsep ketuhanan triniti bagi orang-orang Kristian jelas tidak merujuk kepada konsep tauhid yang menjadi inti bagi konsep ketuhanan di sebalik nama ALLAH itu sendiri. Jadi, tidak selayaknya kalimah ALLAH digunakan oleh orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan mereka yang tidak bersifat “keesaan”.  

Kalau mereka mahu kekalkan penggunaan bahasa asal bible, samada dalam Hebrew atau Greek, maka mereka boleh memanggil tuhan mereka sebagai ElohimElYahwehJehovah atau Ho Theos. Mengapa perlu menggunakan kalimah “Allah” sedangkan ianya bukan bertujuan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Kalau penterjemahan perkataan tuhan kepada bahasa Arab, maka ada ruang kepada menterjemahkannya kepada Allah jika memilih pendapat sebahagian ahli bahasa Arab di mana Allah itu adalah terbitan dari kata Ilah yang bermaksud “tuhan” (riwayat Ibn Haitham dalam Lisan al-‘Arab).

Namun, jika ingin terjemahkan god kepada bahasa Melayu, atau bahasa Inggeris, tidak pernah membawa kepada kalimah “Allah” kerana dalam penggunaan bahasa Melayu, kalimah Allah merujuk kepada kata nama khusus bagi Tuhan yang Maha Esa, iaitulah Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja, bukan tuhan dalam bentuk umum.

[rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. Boleh didapati secara online dihttp://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=Allah&domain=PRPM ]

Larangan penggunaan kalimah ALLAH kepada agama-agama lain (termasuklah kepada agama Kristian) selain agama Islam di Malaysia adalah suatu dasar yang menepati maqosid syar’iayyah Islam yang menjaga agama masyarakat Islam daripada kekeliruan itu sendiri. Ia juga merupakan suatu dasar yang menutup ruang fitnah yang lebih besar. Ia juga dalam rangka untuk mempertahankan Perkara 11 (4) yang bertujuan menjaga aqidah umat Islam yang awam khususnya daripada kepercayaan-kepercayaan agama lain.

Oleh yang demikian, pelbagai kaedah-kaedah fiqhiyyah yang sesuai digunakan dalam larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam seperti kaedah Sad Az-Zari’ah dan sebagainya. Bahkan, sejak fatwa umum di Malaysia atau di negeri-negeri tertentu melarangnya, ianya sepatutnya sudah selesai, kerana keputusan hukum pemerintah itu mengangkat perselisihan.

Kesimpulan: Asas-asas Umum Larangan Penggunaan Kalimah Allah bagi Orang-orang Kristian

Orang-orang bukan Islam samada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya, perlu menghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pedirian bahawasanya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah Islam adalah merujuk kepada beberapa asas:

Pertama: Nas-nas daripada Al-Qur’an dan hadith menunjukkan konsep kemurnian aqidah Islam yang menolak sebarang pencemaran bagi konsep ketuhanan ALLAH s.w.t. yang berpaksikan aqidah tauhid. Oleh yang demikian, kalimah ALLAH yang merujuk kepada tuhan yang berpaksikan trinit dan sebagainya yang sesat adalah menyalahi prinsip ajaran aqidah Islam yang murni itu sendiri. Dalil-dalil yang menolaknya adalah seperti surah Al-Ikhlas, Surah An-Nisa’ ayat ke-171, Surah Al-Ma’idah ayat ke-73 dan sebagainya.

Kedua: Ia bercanggah dengan kemurnian konsep kalimah syahadah yang menunjukkan hanya orang-orang Islam sahaja yang menyembah ALLAH s.w.t.. Maka, kalaulah orang-orang Kristian pun menyembah ALLAH dengan konsep triniti, maka mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan ALLAH tetapi Allah yang bersifat triniti. Hal ini justeru menafikan pengkhususan kepada orang-orang Islam dalam berpegang dengan kalimah syahadah (La ilaha illaLlah). Maka, ia suatu yang tertolak dari sudut kemurnian kalimah syahadah ajaran Islam itu sendiri.  

Ketiga: Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya di Malaysia. Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orang-orang Kristian adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini membuka pintu kepada murtad yang dicela oleh Islam itu sendiri. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4), adalah wajar larangan kalimah ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. Ia demi menjaga maslahat umat Islam itu sendiri.

Daripada inilah, ada kaedah-kaedah tertentu dalam qawa’id fiqhiyyah untuk mencegah kemudaratan yang lebih besar dan fitnah yang lebih bahaya dalam masyarakat Islam, maka larangan menggunakan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian di Malaysia khususnya boleh digunakan.

Keempat: Orang-orang Krisitian di Malaysia khususnya juga tidak mempunyai sebab yang kuat untuk menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana penggunaan istilah ALLAH di Malaysia (penggunaannya secara adat dan dari sudut bahasa Melayu itu sendiri) khusus merujuk kepada Tuhan orang-orang Islam sahaja. Malah, mereka (orang-orang Kristian) juga tidak menulis tulisan mereka dalam bahasa Arab sehingga perlu menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk perkataan tuhan atau god. Mengapa mereka tidak menggunakan perkataan tuhan, untuk menterjemahkan kalimah tuhan yang mereka gunakan, kerana god dalam bahasa Melayu adalah tuhan. Bahkan, mereka boleh gunakan nama-nama yang lebih dekat dengan tradisi Bible seperti elohim (bahasa Ibrani), yahweh dan sebagainya yang sering digunakan oleh mereka sebelum ini. 

Kelima: Larangan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka adalah suatu yang wajar di Malaysia khususnya, kerana Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara, sedangkan Islam pula menolak konsep pencemaran terhadap kemurnian aqidah Islam termasuklah penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan [Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (4)], pendirian larangan tersebut adalah wajar kerana prinsip ajaran Islam tidak boleh dihalang oleh kebebasan beragama dengan agama-agama lain. Sebarang usaha atau amalan oleh penganut-penganut agama lain yang boleh membawa kepada mencemarkan prinsip dan roh agama Islam adalah ditolak kerana konsep kebebasan itu sendiri tidak boleh menjangkau kepada hak-hak pihak lain. Adapun penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam dalam penulisan dan penerbitan khususnya, sudah menjangkau daripada sempadannya kerana ianya mencemarkan kemurnian ajaran agama Islam yang merupakan agama Persekutuan dalam konteks di Malaysia.

Orang-orang Kristian khususnya, jika berpegang teguh dengan ajaran mereka, pasti mereka akan menghormati kedudukan tinggi agama Islam di negara ini serta kedudukan Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Umum Negara dan Ketua Agama, lalu mereka juga akan menghormati larangan penggunaan kalimah ALLAH yang mana ianya berteraskan ajaran Islam yang merupakan agama Persekutuan dan agama bagi Ketua Umum Negara.

Dalam surat Paul kepada orang-orang Rom (iaitu Romans: 13) menceritakan tentang suruhan agar orang-orang Kristian khususnya, agar mentaati raja-raja yang memerintah di sesuatu tempat tersebut. Maka, sekiranya larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian digubal, maka mereka perlu menerimanya atas semangat mematuhi ajaran Bible (Romans: 13) itu sendiri.

Maka, dari sudut menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Malaysia secara umumnya sahaja, larangan penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dan bukan Islam adalah suatu yang praktikal. Umat Islam di Malaysia yang mempunyai banyak ruang kelemahan dari sudut pendidikan agama dan sebagainya, seharusnya tidak terdedah kepada kekeliruan yang lebih besar seperti berkongsi nama tuhan yang sama dengan penganut agama-agama lain.

Apatah lagi, setelah dinilai secara dasarnya, Islam sememangnya menyeru ke arah tidak menisbahkan kesyirikan, triniti, anak dan sebagainya kepada “Allah” yang Maha Esa. Allah s.w.t. sendiri menyucikan zatNya dan sifat-sifatNya daripada perkataan-perkataan seperti konsep triniti dan sebagainya yang menyeleweng tersebut. Jadi, dasar dan prisinp asas Islam secara umum sememangnya membawa kepada tidak memberi ruang untuk menisbahkan konsep ketuhanan yang salah kepada Allah s.w.t.. Ini juga memberi makna bahawa tidak boleh menamakan sesuatu tuhan yang berteraskan konsep ketuhanan yang salah dengan nama “Allah” yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Benar.

Kita melihat pengecualian atau toleransi para ulama’ Islam di dalam masyarakat Arab khususnya terhadap penganut agama Kristian Arab kerana mereka sudah biasa menggunakan kalimah “Allah” bagi merujuk kepada “Al-Ilah” atau “Tuhan”. Namun, penggunaan itu tidak berlaku samada dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Jadi, secara tidak langsung, toleransi terhadap penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya boleh menimbulkan kesamaran dan tidak menepati penggunaan bahasa yang sebenar.

Bahkan, dengan membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka merupakan antara hambatan dalam “dakwah islamiyyah” kerana mereka (orang-orang Kristian) secara asasnya sudah mengganggap bahawa mereka sudahpun menyembah Allah sebagaimana orang-orang Islam menyembah Allah, tetapi mereka memahami ‘Allah’ mereka dengan kefahaman yang berbeza.

Jadi, dengan alasan mereka sudah menyembah ‘Allah’, mereka tidak perlu lagi untuk menganut agama Islam kerana beza antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian di sisi mereka hanyalah, orang-orang Islam mengikut Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan orang-orang Kristian mengikut Nabi Isa a.s., sedangkan kedua-dua agama mengajar konsep ketuhanan yang sama. Inilah alasan mereka yang cuba dijelaskan kepada masyarakat awam Islam khususnya, bahawasanya agama mereka juga adalah agama kebenaran dan orang-orang Kristian juga menyembah ‘Allah’ seperti orang-orang Islam.

Justeru, secara prinsipnya, masyarakat Islam sewajarnya tidak meredhai orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana tuhan mereka tidak bersifat keesaan tetapi sebaliknya bersifat triniti. Di sisi orang-orang Kristian, mereka cuba membuktikan bahawasanya konsep triniti adalah konsep tauhid (atau monotheism). Maka, sebab itulah mereka juga mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka agar masyarakat Islam awam khususnya faham bahawa, mereka (orang-orang kristian) juga menyembah tuhan yang Maha Esa tetapi dalam bentuk triniti.

Oleh kerana penggunaan kalimah “Allah” dalam bahasa Melayu atau dalam penggunaan umum masyarakat di Malaysia merujuk kepada “Tuhan yang Maha Esa” (sebagaimana disebutkan dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua), maka tidak wajar orang-orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada tuhan triniti mereka, kerana Islam sama sekali tidak mengiktiraf konsep triniti tersebut sebagai konsep tauhid.

Di samping beberapa sudut lain seperti keharmonian aqidah umat Islam dan sebagainya, maka pendirian yang melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian khususnya dan bagi orang-orang bukan Islam amnya, adalah suatu pendirian yang tepat dan kukuh khususnya di Malaysia. Mudah-mudahan ianya dapat membantu dalam menjaga aqidah umat Islam yang semakin terdedah kepada pelbagai serangan fahaman yang sesat samada dari dalam mahupun luar. Amiin…

Wallahu a’lam

Al-Faqir ila RabbiHi Al-Jalil

Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

‘AmalahuLlahu bi LutfiHi Al-Khafiy

7 Januari 2010 (diedit semula pada 9 Januari 2013)



ISU AMANAT TG HAJI HADI AWANG




Ringkasan berkaitan fatwa isu "Amanat".
بسم الله الرحمن الرحيم


Apa itu fatwa?
·        Fatwa Ar keputusan tentang sesuatu hukum agama (yg belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak).
[Kamus Dewan,Edisi ke-3]
·        Pada bahasa ia diambil daripada afta-ifta'an yang memberi maksud menjelas dan menghuraikan hukum permasalahan. 
             Dari Segi Istilah

Pada istilahnya pula, fatwa mempunyai pelbagai definisi antaranya:
1.     Fatwa adalah sebagai jawapan yang dibuat oleh mufti pada perkara yang berlaku apabila diajukan soalan kepadanya.

2.     Fatwa ialah mengkhabarkan hukum Allah SWT sama ada pada yang mesti atau harus.
Peruntukan Mengenai Fatwa Dalam Undang-Undang

Di dalam Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], peruntukan mengenai fatwa dijelaskan di bawah Seksyen 34 iaitu:
1.     Maksud Fatwa iaitu pendapat atas apa-apa persoalan yang belum diselesaikan atau yang  menimbulkan pertikaian mengenai atau berhubung dengan Hukum Syarak;

2.     Mengenai bila sesuatu fatwa itu boleh dibuat, iaitu apabila diperintahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, atau atas permintaan orang ramai melalui surat yang dihantar kepada Mufti, atau dibuat atas kehendak Mufti itu sendiri;

3.     Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh Mufti hanya boleh diambil sebagai fatwa jika pernyataan itu disiarkan dalam warta berhubung dengan Hukum Syarak;

4.     Sesuatu fatwa yang telah disiarkan dalam warta hendaklah dipatuhi oleh semua umat Islam yang berada di negeri itu, kecuali amalan peribadi yang dibenarkan mengikut Hukum Syarak; dan

5.     Fatwa yang diwartakan merupakan sebahagian daripada undang-undang yang perlu diikuti oleh semua Mahkamah Syariah bagi negeri itu.  
  
[Portal Rasmi Fatwa Malaysia]

Saya kira, penjelasan berkaitan fatwa di atas telah jelas dan mudah difahami.Saya cuba jelaskan isu fatwa berkaitan "Amanat Hj hadi" kerana di sana ada suara-suara yang menyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan tak pernah menfatwakannya.Betulkah dakwaan suara-suara itu?

15 Jamadil-Akhir 1401-20 Februari 1981

مجلس اوڬام اسلام دان عادة استعادة ملايو كلنتن
  
Keputusan Jemaah Ulama Mengenai Masalah Kafir-mengkafir. 

Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat Islam yang telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan di kalangan umat Islam khasnya di Negeri Kelantan.

Di antara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-

1)Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional).

2) Haram dimakan daging binatang sembelihan orang 
Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah
sembelihannya.

3) Terfasakh nikah di antara suami isteri orang Barisan
(UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

4)Tidak sah akad nikah oleh imam dari golongan Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional).

5) Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari
Barisan (UMNO- Barisan Nasional).

6) Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan 
(UMNO- Barisan Nasional) di perkuburan Islam.

7) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak
boleh disembahyangkan ke atasnya kerana murtad dan
mereka juga tidak boleh sembahyangkan ke atas mayat 
orang Pas.

8) Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah
sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh 
Tuhan amalan itu daripada mereka.

Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam di negeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu.

Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat Islam maka jemaah ulama telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul-Fadilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jemaah ulama yang terdiri dari :-

1) Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - 
Timb.Mufti Kerajaan Kelantan.

2) Al-Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar - 
Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

3) Al-Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik - 
Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas.

4) Al-Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff- 
383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru.

5) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail - 
Maahad Muhammadi,Kota Baru.

6) Al-Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman - 
Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas.

7) Al-Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan - 
Iman Besar Masjid Muhammadi.

8) Al-Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris - 
Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan 
(JASA) Lundang,Kota Baru.

Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut di perenggan 2 di atas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa :-

"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM"

Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap.

Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini.

(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf )
b/p Yang Dipertua.
Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,Pada 15 Jamadil Akhir 1401.

Jika dilihat tarikh keputusan ini, lebih awal dari Amanat Hj Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981.Apa erti semua ini?

Ini bererti bahawa sudah ada fahaman atau doktrin kafir-mengkafir dalam mainan politik negara sebelum itu lagi. Jelasnya, Amanat Hj Hadi seakan-akan merupakan kesinambungan dari ajaran doktrin kafir-mengkafir itu samada disengajakan atau tidak. Apa yang telah berlaku, telah berlaku.


27 Safar 1405-21 November 1984



Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 21 November 1984 telah membincangkan mengenai isu kafir mengkafir sesama orang Islam. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:

1.     Bahawa jika ada tuduhan atau anggapan oleh ahli atau penyokong PAS atau oleh sesiapa jua bahawa ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan  yang beragama Islam sebagai kafir atau sebaliknya iaitu ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan yang beragama Islam menuduh pemimpin atau ahli-ahli PAS kafir, adalah tidak benar sama sekali dan sia-sia. Oleh yang demikian ahli-ahli UMNO atau sesiapa jua yang mengucap Dua Kalimah Syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam Malaysia.

2.     Sesiapa yang membuat tuduhan atau anggapan bahawa ahli-ahli UMNO, pemimpin atau pegawai Kerajaan atau sesiapa juga yang beragama Islam sebagai kafir, maka perbuatan itu adalah haram dan hendaklah bertaubat kepada Allah. Perbuatan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta.

15 Jamadil-Awal 1423-24 Julai 2002
Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2002.
Amanat Haji Abdul Hadi
Tarikh Keputusan: 
24 Jul, 2002
Keputusan:

1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.

Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
25 Jul, 2002
Nombor Rujukan: 
PMM/0020 Jld.4 (61)
Akta/Enakmen: 
M.P.U. 13
  


Kenapa selepas difatwakan pada tahun 1984, difatwakan pula pada tahun 2002? Ini menunjukkan bahawa fahaman itu telah meresap masuk ke dalam sebahagian orang dan diamalkan sehingga menimbulkan suasana komuniti yang tidak nyaman.Doktrin amanat itu akan terus meresap dan meresap jika tidak ditarik balik atau dibatalkan oleh empunya amanat.

Saya menyokong penuh Samahatul-Mufti, Tan Sri Harussani yang menyatakan bahawa amanat itu salah dan perlu ditarik balik. Pada pendapat saya ini bukan soal hak untuk beri penerangan atau penjelasan. Ini adalah kenyataan salah yang perlu dibetulkan. Sekiranya beralasankan hak untuk memberi penjelasan, kenapa masa 7 April 1981 dahulu tidak meminta penjelasan dari pihak lawannya sebelum dikeluarkan amanat itu?

Saya melihat jalan terbaiknya ialah menarik balik amanat itu.


والله أعلم



Meludah ke langit terkena muka sendiri.

 بسم الله والحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله وآله و صحبه ومن والاه
Isu Amanat Hj Hadi bukan kerana isu lama yang diperangat kembali atau isu yang dah basi kononnya.Isunya adalah kesan negatifnya juga keabsahannya pada Fikah. الفِقْْهُ هُوَ الحِلُّ. Bertanggung jawablah dengan apa yang telah dilakukan.
"Apa statusku?". Jika ditanya begitu, berikut adalah respons saya. "Statusmu?" tanya balik. "Ya lah. Dah tok imam UMNO baca khutbah Jumaat tak sah, orang UMNO sembelih pun tak sah sebab UMNO kafir ikut amanat apa tak tau yang tengah kecoh² tu." Dalam hati "Aduh², bahana apa pulak dah kali ni. Tak habis² dengan amanat ni." Disambung "Macam mana dengan statusku? Aku mengaji agama tak tinggi, takat KAFA ja. Mak aku PAS ayah aku UMNO. Depa kahwin masa amanat tu keluar. Sah dak perkahwinan depa tu sebab yang aku tau orang Islam tak boleh kahwin orang kafir. Ayah aku kafir la kan kalau ikut amanat tu? Dia tak keluar UMNO sampai dia mati. Sekarang ni macam mana, aku ni? Aku ni anak luar nikah ka?". Respon "MAIK dah keluar kenyataan tentang tu.Tak yah risau la. Statusmu adalah anak dalam nikah. Jangan dok hirau sangat cakap² orang politik pasai agama ni." 
Moralnya, kawan² UMNO jangan risau la pasai status perkahwinan ka anak ka apa ka. Sah!Sah!Sah! kalau cukup syarat yang ada dalam kitab² Fikah. Tak payah dengar benda² pelik gitu. Amanat tu dari ceramah politik bukan kuliah akademik. Hakikatnya tak dak nilai akademis hanya menyemai prejudis.
[Tiada kena mengena dengan sesiapa.Sekadar mencakar minda.Pun begitu,amanat tu masih dipegang di sebahagian tempat.Jika benar ditanya begini,masing² bertanggungjawab dengan apa yang dibawa.Kalau tanya saya,tu lah jawapan ringkas saya.]
 "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Di atas adalah dasar bersama PR [DAP-PKR-PAS] yang terdapat dalamBuku Jingga. Maka tak perlu cerita panjang. Hj Hadi perlu tarik balik amanatnya itu untuk menunjukkan halatuju politiknya. Saya pernah tulis dulu yang saya tak perlu untuk susah-susah keluar mengundi jika Hj Hadi tak tarik amanatnya. Inilah antara sebab mudahnya. PAS pun nak kekalkan perlembagaan penjajah yang telah dikafirkan pengamal atawa orang orang yang mengekalkannya oleh Hj Hadi dalam amanatnya. Jadi, mantiknya mudah. Sokong PAS pun turut sama kafir kalau ikut amanat Hj Hadi. Sokong UMNO tak boleh[ikut faham orangPAS], PAS pun 2x5 saja,baik duduk rumah. Sebab itulah untuk meredakan keadaan & kepentingan jangka hayat PAS, Hj Hadi perlu bertindak segera.

"Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan
Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu
sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang
menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia
dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat
Malaysia;"


Ini pula adalah antara matlamat-matlamat dalam Perlembagaan DAP. Nampak tak betapa perjuangan mereka nak mensekularkan negara? Jadi siapa yang sekular sekarang & siapa yang sokong sekular?

PAS bersama DAP & acap kali dilihat membela DAP pada perkara yang tak sepatutnya seperti penceramah DAP gunakan ayat Quran. PASbersama parti yang sekular. Memang berlaku pertembunganlah antara amanatnya dengan dasar bersama PR. Benar! Kalau nak kan kuasa, apa-apa pun jadi tak apa, boleh-boleh saja, kira halal lah. Ingatlah! Jangan kerana kuasa akidah punah. Ini isu "takfir". Jelas dalam amanatnya itu mengkafirkan orang yang mengekalkan Perlembagaan penjajah. Mufti Wilayah dah beri peringatan, ini berkaitan akidah, jika yang dituduh kafir itu tak kafir maka hukum kafir itu kembali kepada si penuduh.

قوله ﷺ : إذا كفر الرجل أخاه فقد باء بها أحدهما
Sabda Baginda Nabi ﷺ : Jika seseorang mengkafirkan saudaranya, nescaya kembali [kafir itu] kepada salah seorang dari keduanya.

Amanat itu wajib ditarik balik olehnya. Saya tak lihat keabsahannya pada Fikah. Mana "مخرج عليه"nya? Mana "العلاقة" pada "العلة" untuk menatijahkan hukum "kafir" itu. Banyak lagi yang perlu dibahaskan jika nak dibahas menurut Fikah. Banyak elemen yang perlu dijelaskan kerana terdapat banyak elemen yang perlu kepada penjelasan. Cukup dengan nasihat mufti. Sebab itu saya tak tulis perbahasan Fikah secara panjang di sini, cuma secuit saja.
Semoga Allah memberi kefahaman yang terang & nyata kepada kita & mereka umpama matahari menyinari bumi..bersama beroleh hidayah..آمِيْن. 
Sedikit lagi tambahan berkaitan amanat itu. Amanat itu bersifat khusus bukan umum. Sebab itulah saya menolaknya. Jika ada yang menyatakannya umum, maka di mana umumnya? Kenapa tak berimamkan imam orang UMNO? Kenapa tak makan sembelihan orangUMNO? Jika amanat itu bersifat umum, perkara sebegini tak berlaku. Adakah orang PAS tersalah faham amanat Tok Guru mereka? Kalau begitu, kenapa tak dibetulkan dahulu? Kenapa bila dah melarat sampai sekarang baru nak kata umum lah khusus lah, dekat PRU13 lah & macam-macam alasan? Kita cuba cari sikit di mana umumnya amanat itu. Mari baca petikannya;
[Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-
undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentangmereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi)puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syah
id. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.]
Baiklah! Ganti nama ke-3 semua kembali kepada UMNO. Amanat ini tak akan menjadi umum. Hj Hadi wajib tarik balik amanatnya.Kita melihat dari zahir ucapannya. Adapun niatnya, dialah yang tahu tujuannya berucap begitu. Jelasnya kini, ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri. والله أعْلَم
p/s: Berpolitiklah dengan berhemah.Jangan wewenang mempergunakan agama untuk kelansungan hayat parti.الفِقْه هو الحِ
لّ
Al-Faqir naqalkan penulisan Penasihat Pondok Maltaf
Al Fadhil Ustaz Najmuddin Al Azhari Al Qodahi [ Tuan Salim ~ Facebook ]

Isnin, 7 Januari 2013

HUKUM HISAP ROKOK DAN SHISHA


  • Al'Alim Al'Allamah Syaikh Habib Sayid Abdur Rahman ibn Muhammad ibn Husain ibn ‘Umar Ba’alawiy di dalam Bughyatul Mustarsyidin (hal.260) yang sepotong teksnya sebagai berikut:

    لم يرد في التنباك حديث عنه ولا أثر عن أحد من السلف، ……. والذي يظهر أنه إن عرض له ما يحرمه بالنسبة لمن يضره في عقله أو بدنه فحرام، كما يحرم العسل على المحرور والطين لمن يضره، وقد يعرض له ما يبيحه بل يصيره مسنوناً، كما إذا استعمل للتداوي بقول ثقة أو تجربة نفسه بأنه دواء للعلة التي شرب لها، كالتداوي بالنجاسة غير صرف الخمر، وحيث خلا عن تلك العوارض فهو مكروه، إذ الخلاف القوي في الحرمة يفيد الكراهةTidak ada hadits mengenai tembakau dan tidak ada atsar (ucapan dan tindakan) dari seorang pun di antara para shahabat Nabi SAW. … Jelasnya, jika terdapat unsur-unsur yang membawa mudarat bagi seseorang pada akal atau badannya, maka hukumnya adalah haram sebagaimana madu itu haram bagi orang yang sedang sakit demam, dan lumpur itu haram bila membawa mudarat bagi seseorang. Namun kadangkala terdapat unsur-unsur yang mubah tetapi berubah menjadi sunnah sebagaimana bila sesuatu yang mubah itu dimaksudkan untuk pengobatan berdasarkan keterangan terpercaya atau pengalaman dirinya bahwa sesuatu itu dapat menjadi obat untuk penyakit yang diderita sebagaimana berobat dengan benda najis selain khamr. Sekiranya terbebas dari unsur-unsur haram dan mubah, maka hukumnya makruh karena bila terdapat unsur-unsur yang bertolak belakang dengan unsur-unsur haram itu dapat difahami makruh hukumnya.INTAHA





  •  Mahmud Syaltut di dalam Al-Fatawa (hal.383-384) dengan sepenggal teks sebagai berikut:

    إن التبغ ….. فحكم بعضهم بحله نظرا إلى أنه ليس مسكرا ولا من شأنه أن يسكر ونظرا إلى أنه ليس ضارا لكل من يتناوله, والأصل في مثله أن يكون حلالا ولكن تطرأ فيه الحرمة بالنسبة فقط لمن يضره ويتأثر به. …. وحكم بعض أخر بحرمته أوكراهته نظرا إلى ما عرف عنه من أنه يحدث ضعفا فى صحة شاربه يفقده شهوة الطعام ويعرض أجهزته الحيوية أو أكثرها للخلل والإضطراب.Tentang tembakau … sebagian ulama menghukumi halal karena memandang bahwasanya tembakau tidaklah memabukkan, dan hakikatnya bukanlah benda yang memabukkan, disamping itu juga tidak membawa mudarat bagi setiap orang yang mengkonsumsi. …Pada dasarnya semisal tembakau adalah halal, tetapi bisa jadi haram bagi orang yang memungkinkan terkena mudarat dan dampak negatifnya. Sedangkan sebagian ulama’ lainnya menghukumi haram atau makruh karena memandang tembakau dapat mengurangi kesehatan, nafsu makan, dan menyebabkan organ-organ penting terjadi infeksi serta kurang stabil.



  • Demikian pula apa yang telah dijelaskan oleh Prof Dr Wahbah Az-Zuhailiy di dalam Al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh (Cet. III, Jilid 6, hal. 166-167) dengan sepotong teks, sebagai berikut:

    القهوة والدخان: سئل صاحب العباب الشافعي عن القهوة، فأجاب: للوسائل حكم المقاصد فإن قصدت للإعانة على قربة كانت قربة أو مباح فمباحة أو مكروه فمكروهة أو حرام فمحرمة وأيده بعض الحنابلة على هذا التفضيل. وقال الشيخ مرعي بن يوسف الحنبلي صاحب غاية المنتهى: ويتجه حل شرب الدخان والقهوة والأولى لكل ذي مروءة تركهما

    Masalah kopi dan rokok; penyusun kitab Al-’Ubab dari madzhab Asy-Syafi’i ditanya mengenai kopi, lalu ia menjawab: (Kopi itu sarana) hukum, setiap sarana itu sesuai dengan tujuannnya. Jika sarana itu dimaksudkan untuk ibadah maka menjadi ibadah, untuk yang mubah maka menjadi mubah, untuk yang makruh maka menjadi makruh, atau haram maka menjadi haram. Hal ini dikuatkan oleh sebagian ulama’ dari madzhab Hanbaliy terkait penetapan tingkatan hukum ini. Syaikh Mar’i ibn Yusuf dari madzhab Hanbaliy, penyusun kitab Ghayah al-Muntaha mengatakan : Jawaban tersebut mengarah pada rokok dan kopi itu hukumnya mubah, tetapi bagi orang yang santun lebih utama meninggalkan keduanya.




  • Saqqaf 

    hukum shisha - 2007/11/27 04:02 Assalamu'alaikum ya habibanaSemoga habib selalu dalam lindungan dan limpahan rahmat dan keridhaan Allah.Habib, bagaimanakah masalah hukumnya Shisha (rokok timur tengah). Demikian bib pertanyaan singkat saya. Wassalam| | Silahkan login terlebih dahulu untuk bertanyamunzir 

    Re:hukum shisha - 2007/11/27 16:31 Alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh,

    Kebahagiaan dan Kelembutan Nya semoga selalu menyelimuti hari hari anda,

    Saudaraku yg kumuliakan,selama ia merusak kesehatan maka hukumnya haram, jika tidak terlalu berbahaya baginya dan orang yg disekitarnya maka hukumnya makruh, saya belum jelas apakah shisha ini sperti rokok?, karena ia adalah sari bunga, bukan dari tembakau, sedangkan tembakau telah jelas merusak kesehatan tubuh, namun shisha tidak memabukkan,

    Demikian saudaraku yg kumuliakan, semoga dalam kebahagiaan selalu, semoga sukses dg segala cita cita,

    Wallahu a'lam


  • Para ulama berbeda pendapat dalam menetapkan status hukum rokok. Di dalam Kitab Radd al-Muhtaar, Imam Ibnu ’Abidin rahimahullah menyatakan, ”Pendapat para ulama mengenai masalah ini (rokok) tidaklah seragam. Sebagian ulama berpendapat bahwa rokok hukumnya makruh; sebagian yang lain mengharamkannya, dan sebagian yang lain memubahkannya. Masing-masing menyatakan pendiriannya dalam karya-karya mereka.” [Ibnu ’Abidin, Radd al-Muhtaar, juz 27, hal. 266]Masih menurut beliau, ”Di dalam Kitab Syarah al-Wahbaaniyyah karya Imam al-Surunbulaliy , beliau menyatakan, ”Dilarang jual beli rokok dan meminumnya (menghisapnya). Orang yang menghisap rokok di saat puasa tidak diragukan lagi ia telah berbuka. Di dalam Syarah al-Allamah Syaikh Isma’il al-Nablusiy, orang tua dari guru kami, ’Abd al-Ghaniy, terhadap kitab Syarah al-Durari, disebutkan bahwa seorang suami punya hak melarang isterinya memakan bawang putih, bawang merah, dan semua makanan yang menyebabkan mulut berbau…Gurunya guru kami, al-Musayyaraiy dan yang lainnya, memberikan fatwa larangan menghisap tembakau.” [Ibnu ’Abidin, Radd al-Muhtaar, juz 27, hal. 266]’Allamah Syaikh ’Ali al-Ajhuriy memiliki sebuah risalah (tulisan) yang membolehkan menghisap tembakau. Di dalam tulisan itu disebutkan bahwasanya orang yang memberi fatwa bolehnya menghisap tembakau bersandar kepada Imam empat madzhab. [Ibnu ’Abidin, Radd al-Muhtaar, juz 27, hal. 266]Ibnu ’Abidin menyatakan, ”Saya katakan, ”Ulama yang juga mengarang tulisan yang membolehkan menghisap tembakau adalah guru kami yang arif, ’Abdul Ghaniy al-Nablusiy. Tulisan itu berjudul al-Shulhu bain al-Ikhwaan fi Ibaahat Syurb al-Dukhaan. Beliau telah menjelaskan dengan sangat baik masalah ini dalam karya-karyanya. Beliau mengkritik dengan sangat keras orang-orang yang mengharamkan atau memakruhkan tembakau. Sebab, keduanya (haram dan makruh) adalah hukum syariat yang harus disandarkan pada dalil. Padahal tidak ada satupun dalil yang menunjukkan hukum itu. Pasalnya, tidak terbukti bahwa tembakau itu memabukkan, melemahkan, atau membahayakan (dlarar). Tetapi justru terbukti bahwa ia memiliki beberapa manfaat. Hukum tembakau (rokok) masuk dalam kaedah ”al-ashl fi al-asyyaa’ ibaahah” (hukum asal dari benda adalah mubah). Sesungguhnya beberapa dlarar yang terkandung di dalamnya tidak menjadikan keseluruhannya haram. Madu bisa membahayakan orang yang terkena penyakit kuning akut. Seandainya Allah swt menetapkan keharaman atau kemakruhan tembakau, maka pastilah ada dalil yang menunjukkannya. Akan tetapi, jika tidak ada, maka harus dinyatakan bahwa mubah adalah hukum asalnya. Nabi Saw tawaqquf (menahan diri) dalam masalah pengharaman khamer sebagai umm al-khabaaits (induk segala barang yang menjijikkan); padahal beliau adalah musyarri’, hingga turun nash qath’iy pada dirinya….” [Ibnu ’Abidin, Radd al-Muhtaar, juz 27, hal. 266]Di dalam Haasyiyyah al-Bajiiramiy disebutkan, ”Jika penguasa memerintahkan perkara-perkara mubah yang di dalamnya terdapat kemashlahatan bagi orang banyak, semacam menghisap rokok, maka, rakyat wajib mentaatinya.” [Haasyiyyah al-Bajiiramiy ’Ala al-Khaathib, juz 5, hal. 475]



  • Di dalam Fatawa al-Azhar, ’Abdurrahman Qaraa’ah menyatakan, ”Menghisap rokok tidak pernah terjadi di masa Nabi saw, Khulafaaur Rasyidin, shahabat, maupun tabi’in. Menghisap rokok terjadi pada masa-masa belakangan. Para ulama berpendapaty pendapat dalam masalah ini. Sebagian mereka mengharamkannya, dan sebagian lagi memakruhkan. Sebagian lagi memubahkannya. Saya (’Abdurrahman Qara’ah) menguatkan pendapat yang memakruhkannya…” [Fatawa al-Azhar, juz 5, hal. 499]Adapun Hasanain Mohammad Makhluf menguatkan pendapat yang memubahkannya. Di dalam Fatawa al-Azhar, beliau menyatakan, ”Kami menyatakan; ketahuilah, sesungguhnya hukum menghisap rokok adalah hukum ijtihaadiy. Pendapat para fukaha dalam masalah ini tidaklah seragam. Yang benar menurut kami adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam Kitab Radd al-Muhtaar; bahwa hukum menghisap rokok adalah mubah. Orang-orang yang bersandar kepada imam empat madzhab telah memfatwakan kebolehannya; seperti penuturan dari al-’Allamah al-Ajhuuriy al-Maalikiy di dalam tulisannya.” [Fatawa al-Azhar, juz 7, hal. 247]Menurut Lajnah al-Daaimah li al-Buhuuts wa al-’Ilmiyyah wa al-Iftaa’, menghisap rokok hukumnya adalah haram. Di dalam Kitab Fatawa Lajnah al-Daaimah li al-Buhuuts wa al-’Ilmiyyah wa al-Iftaa’ disebutkan, ”Menghisab rokok hukumnya haram. Orang yang terlanjur menghisap rokok, ketika hendak masuk ke dalam masjid wajib membersihkan mulutnya untuk menghilangkan bau busuk mulutnya, dan untuk mencegah dlarar dan gangguan bau rokok bagi orang-orang yang sholat. Akan tetapi, menghisap rokok tidaklah membatalkan wudluk.” [Fatawa Lajnah al-Daaimah li al-Buhuuts wa al-’Ilmiyyah wa al-Iftaa’, juz 7, hal. 282]Demikianlah, para fukaha kontemporer berselisih pendapat mengenai status hukum rokok. Ada tiga pendapat masyhur dalam masalah ini; haram, makruh, dan mubah.Lantas, mana pendapat rajih yang wajib kita ikuti? Untuk menjawab pertanyaan ini harus diketahui terlebih dahulu pandangan syariat Islam terhadap hukum asal benda, baru setelah itu hukum-hukum derivatifnya.Hukum Asal BendaPada dasarnya, para ulama sepakat bahwa benda hanya memiliki dua status hukum saja, yakni yakni halal dan haram. Sedangkan hukum atas perbuatan manusia ada lima, yakni wajib, sunnah, mubah, makruh, dan haram.Para ulama juga sepakat bahwa hukum asal benda adalah mubah, selama tidak ada dalil yang melarangnya. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah SWT:قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ”Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi –karena sesungguhnya semua itu kotor– atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Al-An’aam (6): 145)Ayat ini dengan sharih menyatakan bahwa tidak ada benda yang diharamkan oleh Allah swt, kecuali benda-benda yang disebut di dalam ayat ini. Hanya saja, karena ayat ini Makiyyah, maka benda-benda yang diharamkan hanya sebatas pada bangkai, darah yang mengalir, babi, dan binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Setelah itu, Syaari’ menambah jenis-jenis benda yang diharamkan, baik yang disebutkan di dalam al-Quran maupun hadits-hadits shahih; semacam binatang bertaring dan berkuku tajam, binatang jalalah, dan lain sebagainya.Dengan demikian, ayat ini dengan sharih menyatakan bahwa hukum asal dari benda adalah mubah, selama tidak ada dalil yang mengharamkannya.Di ayat lain, Allah SWT berfirman:هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا”Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu…” (Qs. al-Baqarah (2): 29 )Imam Syaukaniy di dalam Kitab Fath al-Qadiir menyatakan, ”Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahwa hukum asal dari benda yang diciptakan adalah mubah, hingga ada dalil yang memalingkan hukum asalnya (mubah)…” [Imam Syaukaniy, Fath al-Qadiir, juz 1, hal. 64]قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ”Katakanlah: “Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezki yang baik?” (Qs. al-A’raaf (7): 32); dan masih banyak ayat lain yang memiliki pengertian senada.Berdasarkan ayat-ayat di atas dapat dipahami dua hal penting..