Ini kesah diri ku yang hina ini bersama Guru yang Mulia Al-Alim Al-Allamah Ad-Da'ie IlaALLOH Al-Habib Umar Bin Muhammad Ben Salim Ben Hafiz Ben Syaikh Abu Bakar Ben Salim Ba'alawi Al-Husaini HafizohuLLOH. Ada 2 kesah, Kesah pertama ketika aku belum kenal sangat Al-Habib Umar (Kenal biasa-biasa je) dan kesah kedua ketika aku sudah kenal betapa hebatnya Al-Habib.
Kesah 1 : (Susunan ALLOH dan aku ikhtiar biasa2 je)
Ketika aku masih di bangku sekolah Ma'ahad Muhammadi Lelaki,Aku sudah sewa 1 Pondok di dalam kawasan Pondok Pasir Tumboh, Memang kalau jadual sekolah xbest tu, aku cuti lah sekolah, aku mengaji kat Pondok... (Hehehe Kenakalan Zaman remaja) .. Ketika aku duk di Pondok Pasir Tumboh tu lah aku kenal sikit2 Al-Habib Umar. Macam2 kawan yg biasa gi Pondok Jenderami kat Selangor tu duk bawak balik VCD2,Kitab2 Maulid dan Gambar2 Al-Habib Umar kat Pondok dan bagi hadiah kat aku. Aku terima je org nak bagi hadiah kan?? hehehe .. Hinggalah pada 1 hari, terdengarlah khabar Al-Habib datang ke kelantan dan akan bagi Tausyiah di Pondok Pasir Tumboh, Aku tunggu lah juga. Aku masih ingat lagi Al-Habib sampai kira-kira petang selepas Asar, kawan-kawan aku yg duduk dgn aku dalam Masjid Pondok Pasir Tumboh meloncat dan sepantas kilat pi kejar nak bersalaman dengan Al-Habib Umar (Aku di tinggal seorang diri ketika itu) , Aku jadi kagum dan kebingungan dan di dalam hati aku berkata2 " Mesti betul2 hebat sekujur tubuh yg bernama Al-Habib Umar ini". Sampai waktu nak maghrib, Aku terpaksa kena keluar pergi ke Gunong sebab aku ada kelas pengajian Al-Quran dengan anak Tuan Guru ku yakni Al-Mursyid Tuan Guru Hj Abdul Hamid bin Hj Solleh (Pak Su Mid Gunong). Jadi aku keluar lah juga tinggalkan majlis Al-Habib Umar, walaupun dah di sekat dan di marahi oleh beberapa orang Abg di Pondok Pasir Tumboh tu krn bukan senang nak dengar kalam mutiara nasihat daripada Al-Habib dan nak duduk di dalam majlis bersama Al-Habib, Namun lain pula bagi ku ketika itu , bagi ku pula macam ni :" Aku kena Istiqomah mengaji dengan Tok Guru aku dulu, tak kira lah Tok Syeh mano , Malaikat mana pun mari, Itiqomah mengaji tu penting sbb lebih baik dari 1000 Karomah lagi ". Jadi keluar lah pi mengaji di Gunong dengan hati yg tenang je, xde rasa rugi apa pun sebab tinggal Majlis Al-Habib. Bila balik malam tu, Fuuuuh habis bersumbat telinga aku duk kena bantai dengan abang2 yg baik dengan aku di Pondok Pasir Tumboh tu. Huk3.. Aku memang jenis degil, aku buat deeek jee.. buat hati keras,jiwa babil... Hahahahahaha... Tapi jauh di sudut hati ku, mahu juga aku duduk 1 majlis dengan Al-Habib, Tp tak mungkin kot.. sebab Al-Habib Umar ni ramai orang duk kerumun dia. Taqdir ALLOH Ta'ala, pada 1 hari aku di pilih untuk ke rumah Al-Habib Salim Al-Kaff di Kota Bharu dekat Jalan telipot menghala ke masjid kg laut. Katanya ada majlis Al-Habib Umar di rumah Al-Habib Salim Al-Kaff untuk berhimpun dengan Ahlul Bait di Kelantan dan di minta juga wakil dari Pondok Pasir Tumboh ke sana. Aku masih ingat lagi, yg pergi hari tu antaranya Aku sendiri lah (hehehe), Sahabatku Al-Fadhil Ustaz Syed Ridwan, Kekanda Al-Fadhil Ustaz Syed Salehuddin, anak saudara dia Syed Soleh (kalau xsilap lah, kalau silap sory), Al-Fadhil Ustaz Wan Autad (cicit Tok Faridah,aku 1 kereta dengan beliau ). Sedang molek tak de pengajian mana-mana petang tu, aku pun setujulah bila di pilih juga nak ke Majlis Al-Habib. Sampai di sana , pendek ceritanya, Aku pun tak tahu macam mana aku dan sahabat ku Ustaz Syed Ridwan boleh betul-betul berada di depan-depan dengan Al-Habib Umar sampai tersentuh luntutnya dengan luntut kami. Tidak berkelip mata aku memandang wajah yang selama ini jauh di mata ku sekarang betul-betul di depan mata. Ketika itu menantu Al-Habib Umar dan Khadamnya membaca Kitab ihya' Ulumuddin dan beliau tersenyum melihat gambar beliau bersama Al-Marhum As-Sayyid Muhammad bin 'Alawi Al-Makki di dinding rumah Al-Habib Salim Al-Kaff. Tiba-tiba beliau menegur menantunya tersalah baca kitab. Dalam hati aku " Fuuuh patut lah , Al-Habib Umar ni betul-betul hebat orangnya, Kitab tak tengok pun boleh tegur orang tersalah baca." Pendeknya di akhir majlis tu, Al-Habib Umar mengIJAZAHkan amalan Toriqoh Ba'lawi Kitab Khulasoh Madad Nabawi dan Ijazah 'Ammah. Aku yang tak tahu apa-apa ketika itu, bila orang suruh kata "Qobiltu Ijazatan" (Aku terima ijazah) aku pun ikut juga lah.. Hehehe ,Tuan rumah pun bahagilah Kitab Khulasoh Mada karangan Al-Habib Umar sendiri. Padahal masa tu aku betul-betul kat depan Al-Habib Umar, tak terlintas pun nak ambil Tauqi' (Tanda tangan) beliau. Sampai lah habis majlis tu... dan sekadar itulah kesah pertama.
(Benda jadi senang, tidak penat kalau itu susunan ALLOH)
Kesah ke 2 : (Susunan ALLOH juga akan tetapi hati aku ini bersungguh sangat nak jumpa)
Bila aku di mesir, antara Guru yg aku pernah jumpa dan belajar serta dapat ijazah 'Ammah ialah Syaikhuna Al-Musnid Asia TG Syaikh ,Beliau sentiasa menasihati kami, kalau jumpa Alim Ulamak jangan malu atau segan minta di Ijazahkan Ijazah 'Ammah. (Kami orang kelantan ini, memang terkenal dengan sifat Pemalu atau tak mahu kedepan) dengan beliau lah aku mula rasa penting tentang Sanad-sanad ni. Maka terlintas dalam hati aku, Kalau di beri kesempatan sekali lagi bertemu dengan Al-Habib Umar, aku nak Tajdid ijazah aku dan yang penting sekali nak ambil Tauqi' Al-Habib.
Masa demi masa berlalu, lalu awal bulan rejab ini, sampai lah berita Al-Habib Umar (Guru yang sangat mulia ini) hadir ke Mesir dan memberi Kuliah dan nasihat di Masjid Al-Azhar As-Syarif sempena rakaman bulan Romadhon ini. Dalam hati ku mula memainkan peranan, Hahahaha sekali ini mesti kena usaha dapatkan Tauqi' Al-Habib. Seperti biasalah Al-Habib selalu di kerumuni orang ramai, tak ada masa dan peluang untuk bersama dengan beliau lebih-lebih lagi orang macam aku ni memang rasa tak layak sangat-sangat nak jumpa Al-Habib sebab aku punya dosa banyak sangat nanti kan kasyaf Al-Habib nampak muka aku ni muka Khinzir ke muka beruk ke muka Himar ke, kena sumpah tak pasal-pasal nanti. Lagi pun aku ni malu sangat-sangat kalau berdepan dengan Alim Ulamak macam tu, tak keruan jadi nya. Boleh jadi membisu kot mulut aku ni. Namun begitu nasihat-nasihat Syaikhna Al-Musnid Asia TG Syaikh masih lagi aku ingati " Jangan malu pada ilmu, kalau malu , kita yang rugi" . Dan memang ianya betul, Syaikh dan Ustaz Faud tu sama-sama alim tapi sebab Ustaz Fuaz pemalu. (Hehehe). Maka aku pun terus dengan agenda ku untuk mendapat Tauqi' Al-Habib. Mula hari khamis lagi aku duk ushar-ushar nak dapatkan Tauqi' Al-Habib.sampai lah hari sabtu, siap pi rumah Al-Habib lagi tapi Al-Habib keluar. Kata Khadam di rumah beliau, InsyaALLOH datanglah lepas maghrib sebab mungkin Al-Habib balik sebelum seikit masuk maghrib. Aku pun pergi lah sebelum maghrib denga harapan tak nak ganggu Al-Habib nak berehat selepas Maghrib sebab beliau nak mengajar pulak kat masjid Al-Azhar lepas Isyak.Sampai kat rumah Al-Habib di sayyiduna Al-Husain, khadamnya kata Al-Habib belum pulang lagi, Sampailah waktu maghrib,eletrik xde masa tu dan lepas maghrib terus pergi ke rumah Al-Habib dengan harapan supaya dapat no 1 , lewat kan nanti ramai dah yg duduk kerumun Al-Habib. Rupa-rupanya gelap lagi sebab api tak ade dan Al-Habib pun tak de. Aku dan murid Al-Habib merangkap adindaku dan sahabatku Al-Fadhil Ustaz (Sedang molek dia pun ada hajat dengan Al-Habib, Aku tumpang sekaki lah) mengambil keputusan untuk tunggu sampai Al-Habib Umar pulang. Dan memang tak berapa lama selepas itu Al-Habib pulang dan kami ikut dari belakang sampai kat atas, Al-Habib nak solat Maghrib dulu. Rupa-rupanya Al-Habib keluar dengan Famly beliau pergi ke majlis kenduri sahabat beliau di mesir ni. Semua yg pulang tu anak-anak dan cucu-cucu Al-Habib (Ada seorang tu namanya Fatma, menangis sebab gelap, Al-Fadhil Ustaz Afdholuddin lah yang tolong bawak sampai ke atas dalam rumah Al-Habib). Bila Ustaz Afdoluddin ni tanya dengan anak Al-Habib yg nama Salim , boleh nak jumpa Al-Habib kejap lepas ni. Salim jawab "Mush Mumkin". Hahahahahaha memang lah, kalau ikut logik pun takkan nak jumpa dengan Al-Habib dalam gelap elekrtik pun xde ni. Kami pun turun, Kawan aku yg namanya Al-Habib Ustaz Afdholuddin ni punya lah kuat semangat dia, dia tetap nak jumpa juga biarpun mengadu hajat ketika Al-Habib berjalan kerana katanya di HadhrolMaut nuh, mereka biasa je bercakap-cakap dengan Al-Habib dalam keadaan berjalan. Aku pulak dah lemah semangat dah tapi sbb tengok dia kuat semangat aku ikut lagi. Sampai lah elektrik dah ada, kami pun naik lagi sekali ke rumah Al-Habib, sampai kat atas , Khadamnya yg tadi bagi tau "Al-Habib Umar dah turun baru je sebentar tadi".. Huhuhuhuhu kami pun turun cepat-cepat nak kejar tapi macam biasalah Al-Habib Umar memang cepat berjalan orangnya persis macam Jaddina Sayyiduna Nabi S.A.W.... mungkin dah masuk Masjid Al-Azhar dah. Akhirnya tak kesampaian juga lah hajat malam akhir tu. Tak pe2 pagi esok ada lagi majlis last Al-Habib di Sahah Ummul Ghulam.
Pagi-pagi lagi selepas subuh aku pergi dengan sahabatku Ustaz Mu'az kesana. AlhamduliLLAH aku dapat duk depan. dan bila akhir majlis tu pun aku dapat duduk tepi Al-Habib, Tapi macam biasalah, bukan senang nak terus masuk sebab Ikhwan-ikhwan dari bangsa arab ni macam biasa lah, diorang rembat je sampai yg bertongkat atas bahu Al-Habib pun ada.. Kesian aku tengok Al-Habib. Tapi nak buat macam mana, bukan aku sorang je ada hajat dengan Al-Habib, orang lain macam-macam lagi ada hajat dengan Al-Habib. Aku walaupun duduk di tepi Al-Habib, Aku bagi je orang arab apa semua untuk mengadu hajat kepada Al-Habib. Aku tengok dah tak ada jalan dah ni sebab anak Al-Habib duk pegang tangan Al-Habib Umar dan bagi Tongkat Al-Habib untuk Al-Habib beredar dari majlis tu. Aku pun turu awal-awal dengan harapan supaya sempat jumpa Al-Habib kat depan jalan Al-Habib nak pulang ke rumahnya. Memang betul sangkaan Aku, Aku sempat juga bercakap dengan Al-Habib. Aku bagitau Al-Habib : "Ya Habib, Aku telah terima Ijazah Khulasoh Madad Nabawi dan 'Ammah daripada Habib pada tahun 2008 (12/2/2008 bersamaan 5 Safar 1429) tetapi hanya dengan Lisan, sekarang aku mahu bertabaruq dengan Al-Habib moga Habib sudi bagi Tauqi'". Al-Habib Umar tersenyum dan menjawab :" SubhanaALLOH,BarokaLLOHufik". baru sahaja Al-Habib nak bagi tauqi', anak beliau bagi HP kat Al-Habib Umar supaya jawab panggilan. Huhuhuhuhu terlepas lagi lah aku....... Ikhwan-ikhwan lain makin ramai duk kerumun Al-Habib sambil berjalan.
Aku pun terfikir, baik aku p tunggu depan muka pintu rumah Al-Habib, mesti xde orang dah time tu. Aku pun meninggalkan Al-Habib dan berjalan seorang diri supaya cepat sampai kat depan rumah Al-Habib Umar. AlhamduliLLAH dengan Rahmat daripada ALLOH Ta'ala, hajat ku di qobulkan juga, bila Al-Habib sampai depan rumah beliau, ketika itu dah kurang dah sikit ikhwan-ikhwan yg duk kerumun Al-Habib. Aku pun bagi lagi sekali kertas Ijazah aku di samping kertas Ijazah Syaikh Husni ada juga supaya Al-Habib dapat tulis cepat kat kertas ijazah tu. (Sebab Al-Habib tak kenal pun aku) . Siap semua tu, Aku pun bagi 1 risalah yg pernah aku tulis dulu .Bukan nak takabur hanya dengan harapan supaya Al-Habib tidak lupa aku di dalam doanya, kan atas risalah tu ada nama aku. Aku bagi tahulah kat Al-Habib Umar dengan arab ku yg berterabur sebab bercampur dengan gementar ni :
" هذه رسالي, هدية مني اليك با حبيب لعل أنت لا تنسني في دعاء ك يا حبيب"
"Ini risalah tulisanku ya habib,ku hadiah kan kpd Al-Habib mudah-mudahan Al-Habib tidak lupakan ku di dalam doa Al-Habib". Al-Habib Umar menjawab :" InsyaALLOH Ya Habib......... AlhamduliLLAH,Walaupun berpenat hempas pulas akhirnya dapat juga apa yg di hajatkan. Al-Habib pulang petang ahad kelmarin. Sedih juga dalam hati ini. Bila lah pula dapat timba nasihat-nasihat bagaikan emas bak permata intan berlian daripada Al-Habib lagi. Banya juga nasihat-nasihat Al-Habib sepanjang kuliah Al-Habib di Masjid Al-Azhar. Hari pertama lagi Al-Habib dah bagitau " Orang yang bergaduh sehingga bermusuhan kerana berebut kerusi itu ialah orang-orang yg berpenyakit di dalam hatinya sehingga membawa kepada tuan hati itu mengumpat, mencela dan menghina saudara nya sendiri." Bagiku Al-Habib benar-benar seorang pendakwah yang membezakan DAKWAH dengan HARAKI. Lihat dalam ini gambar ini :
Pengajaran cerita kau yang panjang lebar ini antaranya:
1. Hargailah masa-masa emas anda bersama Alim Ulamak yang 'Amilin.Bila dah tak dapat menyesal lah sangat-sangat
2.Sabar itulah punca segala-galanya bagi kejayaan kita.
3. Pengajaran yang paling penting sekali ialah sebagimana kata Al'ArifbiLLAH Sayyidi Shaikh Ibnu 'Ato'iLLAH Al-Askandari didalam Hikamnya :
أرح نفسك من التدبير فما قام به غيرك عنك لانقم به لنفسك
"Rehatkan dirimu daripada mentadbir perkerjaan mu,Maka barang yang sudah di dirikan oleh ALLOH kepadamu jangan kamu mendirikan yg lain pada yg sudah di tadbir oleh ALLOH Ta'ala"
Memang penat bila kita cuba susun sendiri apa yang kita mahu, tapi kalau yang dah ALLOH Ta'ala susun memang tak penatlah. Senang je.
Padahal dulu masa mengaji Kitab Hikam Tokku Pulau Manis dengan Al-Mursyid Tuan Guru Pak Su Hamid Gunong ingat je, tapi sekarang lupa dah.. Manusiakan mudah lupa....
Ya ALLOH berikanlah ingtan kepadaku.... :(
Al-FaqiruilaLLOH As-Sayyid Faez Al 'Aydrus السيد احمد فائزالعيدروس Ustaz Syed Faiz Al-Idrus